Anda di halaman 1dari 7

Cara Solat Taubat & Doa Taubat (Panduan Lengkap)

akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-taubat

October 29,
2018

Pengenalan
Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan
diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.

Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan, khilaf dan dosa.

Dan sebaik-sebaik orang yang berbuat salah dan pendosa adalah mereka yang bersegera bertaubat.

Bertaubat di sini maksudnya ikhlas menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan dan bertekad di dalam hati
untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, serta memohon keampunan daripada Allah.

1/7
Syarat-Syarat Taubat
2/7
Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon
keampunan daripada Allah.

Antara syarat-syarat taubat adalah:

Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu


Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi

Tetapi apabila kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan
sebagainya..

… maka hendaklah ditambah lagi satu syarat, iaitu memulangkan semula barang yang dicuri dan
memberitahu kesalahan yang telah dilakukan.

Dicadangkan

Disarankan untuk mengikuti panduan lengkap melakukan taubat nasuha ini

Waktu Sesuai Solat Taubat


Waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan solat.

Walau bagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada
2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)

Cuma apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai
dengan amalan serta-merta.

Dan amal yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.

Jumlah Rakaat
Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci.

Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan
enam rakaat

Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Lafaz niat solat sunat taubat adalah seperti berikut:

Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi taala

Maksudnya:

3/7
Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

Surah Yang Boleh Dibaca


Rakaat Pertama
Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti oleh surah Al-Ikhlas atau surah lain yang dikehendaki:

Rakaat Kedua
Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surahAn-Nas atau surah lain yang dikehendaki:

Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), ucapkanlah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:

Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin

Maksudnya:

Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku
daripada golongan orang-orang yang zalim.

Bacaan Selepas Memberi Salam


Sesudah salam, perbanyakkan istigfar dan memohon keampunan kepada Allah (sambil menyesali dosa-dosa
yang dilakukan)

Maka ucapkanlah istigfar berulang kali:

Astagfirullah hal ‘azim allazi laa ilaaha illa huwalhayyu-qoyyum wa atu bu ilaih.

Maksudnya:

4/7
Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan
melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan
daripadaNya.

Amalan ini sesuai dengan firman Allah:

Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka
mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang
mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah
mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui.

— Surah Aali Imraan: 135

Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz ‘’Astaghfirullah’’, ataupun istighfar dalam ertikata
lain adalah bertaubat kepada Allah SWT

Iaitu seseorang itu benar-benar menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta
berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.

Selepas itu anda boleh membaca zikir taubat nasuha seperti video di bawah:

Ila hilas tu lilfirdausi ahla


Wala aqwa ala naril jahim
Fahabblitau batau wagfir zunubi
Fainnakagho firuz zanbil azim

Akhir sekali adalah berdoa.

Berdoalah mengikut luahan hati mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah.

Namun jika anda buntu, anda boleh membaca doa khusus di bawah ini untuk memohon keampunan Allah.

1. Doa taubat:

Allahumma inni zholamtu nafsi zull-man kasiran walaa yagh-firu zunuuba illa anta, fagh-firli min indika
magfirotan innaka antal rgho-fuu rur-rahim.

5/7
Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang
akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar
daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

2. Selepas selesai berdoa, maka lakukan sujud dengan membaca penghulu istigfar:

Allaahumma annta rabbii laa ilaaha illaa annta khalaq-tanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘ala ‘ahdika wawa’ dika
maas-tatha-tu ‘a-uudzu-bika min syarrimaa shana-tu abuu-u laka bini’matika alayya wa abuu-u bidzanmmbi
fagh-fir-lii fa-innahu laa yagh-firudz-dzunuuba illaa annta.

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah
hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku
meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan
dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.

Penutup: Allah Itu Maha Penerima Taubat


Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih

Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan
maksiat.

InsyaaAllah.

6/7
7/7

Anda mungkin juga menyukai