Anda di halaman 1dari 4

Fasal l: IMAN, ISLAM & IHSAN

Kunci Rukun Iman


Bermula agama dengan wajib mengimani rukun iman yang enam, iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Beriman kepada Allah


Beriman kepada Rasul
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Kitab
Beriman kepada Hari Akhirat
Beriman kepada Qada dan Qadar

Syaikh Ahmad Al-Fathani8 menyatakan bahawa kunci utama keimanan pada rukun
iman adalah keimanan kepada Rasul. 9 Ini kerana Rasul adalah penghubung antara
kita dengan Allah dan segala alam ghaib.
Akal manusia amat terbatas untuk mencari jawapan kepada semua persoalan dan
misteri kehidupan. Akal hanya boleh mengetahui pada hukum zahir sahaja, malah
sehingga kini pun, banyak rahsia alam yang zahir ini masih lagi tak dapat di temui
jawaban oleh para pemikir.
Mata melihat mayat di hadapan dan akal tiada dapat memberi jawaban apa misteri
disebalik mayat tersebut. Bagaimana keaadaanya selepas mati dan seterusnya ke
mana ia akan pergi. Tanpa Rasul manusia akan bertuhan dengan khayalan akal
sehingga timbul pelbagai ajaran yang disandar pada agama seperti adanya dewadewa di langit, inkarnasi (kelahiran semula) dan lainya, sedangkan ia sama sekali
jauh dengan hakikat agama.
Agama ialah pengetahuan yang disandarkan kepada Rasul dan kitab Allah yang
diturunkan kepada mereka. Justeru manusia amat berhajat pada Rasul untuk
memberi jawaban bagi segala persoalan akal. Maka jawaban kehidupan ini hanya
dapat di huraikan dihuraikan apabila adanya keimanan seorang itu kepada Rasul. Ini
kerana pada Rasul, Allah memberi penglihatan dan pengetahuan tentang hakikat diri
manusia, rahsia alam zahir dan alam ghaib.
Keimanan adalah kepercyaan yang ditasdiq pada hati tanpa ragu. Para sahabat
memulakan keimanan mereka dengan beriman kepada Rasulullah sallaLlahu alaihi
wassalam10 melalui proses kajian dan penelitian siapa Muhammad sallaLlahu alaihi
wassalam dari sudut akhlak, kehidupan, keluarga, tanda-tanda keNabian dan
sebagainya sebelum mereka berbaiah dengan dua kalimah syahadah.
Dengan keimanan pada Rasul tanpa ragu. Membawa mereka mengimani segala
rukun iman yang lain dengan yakin. Akal mereka menolak seorang Rasul itu
berdusta, tiada amanah, tiada bijaksana dan menyembunikan ilmu.
Berimankan kepada sifat wajib bagi Rasul disimpulkan kepada empat, iaitu:

Siddiq - Benar

Amanah - Dipercayai

Sifat wajib bagi RASUL


Fathanah Bijaksana

Tabligh - Menyampaikan

Nur
Dalam al-Quran terdapat sebutan tentang NUR. Antaranya ayat:

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul kami,


menjelaskan kepadamu banyak dari isi al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan
banyak (pula yang dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepada mu
cahaya dari Allah, dan Kitab yangmenerangkan. (al-Maidah:15)
o Dalam Tafsir al-Jalalain imam al-Suyuti rohimahullah
menyatakan makna nur itu ialah Rasulullah sallaLlahu
alaihi wassalam
o Dalam Tafsir al-Qurtubi dinyatakan begini: Telah datang
kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan Islam,
dan dikatakan: Muhammad sallaLlahu alaihi wassalam dari
alZajjaj. Dan kitab itu dikatakan al-Quran.
o Dalam Tafsir al-Tabari
kamu wahai ahli Taurat
Muhammad sallaLlahu
dicerahkan kebenaran,
kesyirikan.

disebutkan: Telah datang kepada


dan Injil Nur dari Allah, iaitu Nur itu
alaihi wassalam yang dengannya
dizahirkan Islam dan dihapuskan

o Dalam Tafsir ibn Kathir tentang ayat ini dinyatakan: Telah


datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata,
Allah Taala memberi khabar berkenaan dengan diriNya
sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya Muhammad
sallaLlahu alaihi wassalam dengan bimbingan hidayat dan
agama yang hak kepada semua ahli bumi.

Alam tanpa manusia adalah mati,


Manusia tanpa ruh adalah mati,
Ruh tanpa Rasul adalah mati.
Rasulullah sallaLlahu alaihi wassalam adalah sumber cahaya kerahmatan bagi
sekelian alam. Tanpa Rasulullah sallaLlahu alaihi wassalam ruh dan alam ini dalam
kegelapan dari cahaya Allah. Baginda adalah penghubung antara alam ketuhanan
dan alam manusia. Baginda adalah pintu bagi perindu Ilahi. Memasuki pintu lain
daripada Baginda adalah sesat. Cahaya kerahmatan Baginda tetap kekal merahmati
alam walaupun jasad Baginda tiada lagi di bumi ini.
Maklumat tentang alam ruh tetap tersimpan pada ruh bagaikan cip komputer. Ia
hanya dapat dibuka dengan kod du kalimah syahadah, mentaati perintah dan ajaran
Rasul. Apabila mereka menerima dengan ikhlas bahawa Nabi Muhammad
sallaLlahu alaihi wassalam adalah Nabi, maka nur kerahmatan melimpah dalam jiwa
dan memimpin mereka kepada Allah.
Semakin bersih seorang itu dalam amalannya, maka semakin melimpah nur pada
jiwanya. Kekuatan nur yang melimpah akan dapat membuka kembali cip maklumat
alam ruh sehingga mereka akan terkasyaf kembali di alam ruh. Segala pandangan
dan perjanjian di alam ruh dahulu akan terbuka, maka mengenal mereka akan
hakikat diri, hakikat nur dan rahsia Ilahi secara kasyaf.
Sebaiknya untuk mencapai hakikat ini, perlukan bimbingan para mursyid yang benar.
Jika sukar memiliki, banyakkan selawat, dan benar dalam mengamalkan sunnah,
insya Allahdengan keberkatan selawat, kita dapat pemeliharaan Allah daripada
kesesatan.

Barang siapa yang berselawat padaku satu selawat sekali, nescaya Allah
berselawat padanya 10 selawat. (riwayat Muslim)

Selawat dan salam pada Habibul Lah


Rasulullah sallaLlahu alaihi wassalam!

Banyakkan selawat atas Nabi wahai saudaraku, cintai sunnahnya...


Dengannya kamuakan memiliki cahaya yang membuka pintu
ketauhidan
Ihsan dan menanggalkan kekotoran syirik pada batinmu!
_________________________________
8

Nama sebenar Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafa bin Wan
Muhammad bin Wan Muhammad Zainal Abidin dilahirkan di Kampung Jambu, Negeri Jerim, Patani
pada 10 April 1856 dengan nama Syeikh Ahmad al-Fathani. Beliau disifatkan sebagai pemikir
terbesar dunia Melayu dalam semua aspek merngkumi dunia dan akhirat. Kajian dan penyelidikan
mendapati beliau menguasai 47 bidang ilmu termasuk politik,ekonomi, seni, budaya, kejuruteraan
dan pentadbiran.
Beliau turut mempunyai tujuh jenis ilmu, antara yang menakjubkan adalah ilmu membedah tubuh
manusia (perubatan), menghasilkan emas 24 karat menggunakan bahan campuran yang bukan
daripada emas (kimia) dan memperkenalkan tempat menyemai tanaman (pertanian).
Antara sumbangan terpenting, Syeikh Ahmad Fathani adalah merintis pembangunan pendidikan
masyarakat Melayu. Beliau pernah diberi kepercayaan oleh pemerintah Turki untuk memeriksa
kitab sama ada dalam bahasa Arab atau Melayu pada 1884. Dalam usaha itu, beliau meminta
pemerintah Turki mencetak secara besar-besaran kitab termasuk kitab Melayu/Jawi untuk tujuan
menyebarkan dakwah Islamiah dengan cepat, khususnya di Nusantara.
Syeikh memainkan peranan penting dalam institusi pendidikan pondok dan mengarang lebih 160
kitab (iaitu kitab asli berbahasa Arab, berbahasa Melayu dan kitab yang di tashih. Antara kitab yang
masyhur di alam Melayu adalah Faridatul Faraid. Syeikh Ahmad Fathani amat berpegang teguh
kepada tiga asas agama Islam yang benar menurut jumhur ulama iaitu Fikah Mazhab Al-Syafie,
Akidah Ahlus Sunnah wal-Jamaah serta tasawuf dan tarikat. Beliau meninggal dunia pada 11
Zulhijah 1325 atau 14 Januari 1908.

Lihat takrif iman pada syara dalam kitab Faridatul Faraid

10

Lihat atsar riwayat Ibnu Umar r.a:

Kami kurniakan keimanan (kepada Rasulullah sallaLlahu alaihi wassalam) dahulu sebelum kami
mempelajari al-Quran. Suatu masa nanti akan berlaku manusia diberikan al-Quran sebelum beriman
lalu seseorang dari mereka membacanya dari surah al-Fatihah hingga ke akhirnya sedang dia tiada
memahami perintah dan larangannya. Mereka membaca seperti orang yang meminum minuman
yang tiada melepasi halkumnya. (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak ala al-Sahihain)

Anda mungkin juga menyukai