Anda di halaman 1dari 6

Cadangan Pembinaan Jambatan Bagi Menghalang

Berlakunya Banjir di Masjid Negeri, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.


Technical Proposal- Part I

CADANGAN PEMBINAAN JAMBATAN BAGI MENGHALANG


BERLAKUNYA BANJIR DI MASJID NEGERI, DAERAH TIMUR
LAUT, PULAU PINANG.

TECHNICAL PROPOSAL

1.0 PENDAHULUAN

Laporan ini adalah untuk cadangan projek Cadangan Pembinaan Jambatan Bagi
Menghalang Berlakunya Banjir Di Masjid Negeri, Daerah Timur Laut, Pulau
Pinang. Tapak cadangan terletak di Jalan Susur masuk ke Masjid Negeri Pulau
Pinang merentasi Sungai Air Hitam, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Komponen pemajuan meliputi komponen seperti berikut:

 Merekabentuk dan membina sebuah jambatan konkrit baru


 Meluruskan Sungai Air Hitam di kawasan cadangan jambatan baru.
 Membaikpulih sistem perparitan
 Membaikpulih sistem air takungan di kawasan chiller penyejuk udara
 Membaikpulih sistem jalan di dalam kawasan masjid

Laporan ini meliputi kerja-kerja tanah, jalan dan perparitan, struktur jambatan
dan melurus sungai.

Design Pro Consult Sdn. Bhd.


Cadangan Pembinaan Jambatan Bagi Menghalang
Berlakunya Banjir di Masjid Negeri, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Technical Proposal- Part I

1.1 Tajuk Projek

Cadangan Pembinaan Jambatan Bagi Menghalang Berlakunya Banjir Di Masjid


Negeri, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

2.0 KEJURUTERAAN STRUKTUR JAMBATAN

2.1 Asas Jambatan

Proses rekabentuk dan penyediaan syor asas adalah di buat berdasarkan


kepada keputusan ujian penyiasatan tapak dan ujian makmal tanah serta
pembangunan sekeliling. Cerucuk konkrit (friction pile) perlu dicadangkan bagi
jambatan konkrit yang akan mengambil beban dari dari kenderaan berat dan
impak air sungai yang deras.

Rekabentuk asas jambatan untuk projek ini adalah dari jenis konkrit Grade 40.
Asas cerucuk konkrit yang dicadangkan adalah bersaiz 500 mm x 500 mm
dengan beban kerja 120 tan / cerucuk.

Asas rekabentuk adalah mengikut:-

 BS 8004 : Foundation 1986


 BS 8110 : Structural Use of Concrete
 BS 5400 : Part 2 : Design Load for Bridges

Design Pro Consult Sdn. Bhd.


Cadangan Pembinaan Jambatan Bagi Menghalang
Berlakunya Banjir di Masjid Negeri, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Technical Proposal- Part I

2.2 Super Struktur

Susunatur kerangka dan saiz anggota-anggota struktur direkabentuk supaya


selamat dan ekonomi. Struktur rangka jambatan untuk projek ini adalah dari
konkrit bertetulang Grade 30.

Proses rekabentuk struktur adalah seperti berikut:


a) Menyusunatur struktur jambatan untuk tujuan analisis dan rekabentuk.
b) Menganggarkan beban.
c) Menganalisis – momen dan daya ricih.
d) Merekabentuk dengan menggunakan keputusan analisis.
e) Menyediakan lukisan susunatur dan perincian.

Kod praktis yang digunakan bagi sistem struktur konkrit adalah seperti berikut:-

 BS 5400 : Part 2 : Design Load for Bridges


 BS 8110 : Structural Use of Concrete.
 BS 5950 (Part 1) : Structural Use of Steel Works in Buildings
 BS 12 : Specification for Ordinary and Rapid Hardening
Portland Cement

3.0 KEJURUTERAAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR

3.1 Kerja-Kerja Tapak

Aras tapak ditentukan berdasarkan kepada pelan ukur yang diterima dan kerja-
kerja pemotongan dan penambunan tanah masih perlu dijalankan hingga ke
paras yang dicadangkan. Aras platform yang dicadangakan untuk jambatan dan
jalan bagi projek ini adalah minimal kerana keadaan aras jalan sediada dan juga
keadaan sekeliling yang tidak membenarkan platform diubah dengan drastik.

Design Pro Consult Sdn. Bhd.


Cadangan Pembinaan Jambatan Bagi Menghalang
Berlakunya Banjir di Masjid Negeri, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Technical Proposal- Part I

Parit konkrit sediada dan perangkap kelodak akan dibina semula bagi
menampung aliran air hujan lebat bagi menghindarkan berlakunya banjir. Jalan
masuk akan diturap semula agar mendapan yang berlaku dibaiki.

3.2 Kerja-Kerja Jalan

Jalan dalaman ke rumah jentera penyaman udara yang menjadi penghubung ke


jalan utama akan dibina mengikut piawaian Arahan Teknik JKR. Kerja –kerja
pemadatan bagi ke semua kerja- kerja jalan akan menggunakan alat yang
mempunyai berat tidak kurang dari 10 tan.

Ketebalan jalan nominal adalah seperti berikut:-

 Subgrade : Subgrade termampat CBR > 5%


 Lapisan pasir : 50 mm
 Lapisan crusher run : 300 mm
 Binder course : 60 mm
 Wearing course : 40 mm premix

3.3 Perparitan

Rekabentuk untuk perparitan utama adalah berdasarkan ‘JPS Guidelines :


Urban Stormwater Management Manual for Malaysia’.

Parit buangan terakhir adalah parit konkrit. Parit konkrit yang dicadangkan akan
disalurkan ke titik buangan akhir Sungai Air Hitam yang bersempadan dengan
pinggiran Masjid Negeri. Longkang yang digunakan adalah dari jenis konkrit
seperti dikehendaki oleh pihak Majlis Tempatan.

Design Pro Consult Sdn. Bhd.


Cadangan Pembinaan Jambatan Bagi Menghalang
Berlakunya Banjir di Masjid Negeri, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Technical Proposal- Part I

4.0 KEJURUTERAAN SUNGAI

4.1 Sistem Saliran Sungai

Sistem saliran sungai Air Hitam di mana jambatan baru yang akan dibina akan
dibaikpulih. Sungai yang sediada telah cetek akibat mendapan pasir yang terjadi
kerana keadaan sungai yang membengkok. Pasir mendapan akan dibuang dan
sungai akan diluruskan. Tebing sungai akan dipelihara dengan memasang
cerucuk besi penghadang hakisan dan struktur sediada yang menghalang aliran
air akan diroboh. Sebuah jambatan sepanjang 23.0 meter akan dibina pada
aras melebihi 1.0 meter dari aras jambatan sediada.

Design Pro Consult Sdn. Bhd.


Cadangan Pembinaan Jambatan Bagi Menghalang
Berlakunya Banjir di Masjid Negeri, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Technical Proposal- Part I

CADANGAN PEMBINAAN JAMBATAN BAGI MENGHALANG


BERLAKUNYA BANJIR DI MASJID NEGERI, DAERAH TIMUR
LAUT, PULAU PINANG.

TECHNICAL PROPOSAL

TABLE OF CONTENT

1.0 PENDAHULUAN

1.1 TAJUK PROJEK

2.0 KEJURUTERAAN STRUKTUR JAMBATAN

2.1 ASAS JAMBATAN


2.2 SUPER STRUKTUR

3.0 KEJURUTERAAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR

3.1 KERJA-KERJA DI TAPAK


3.2 KERJA-KERJA JALAN
3.3 PERPARITAN

4.0 KEJURUTERAAN SUNGAI

4.1 SISTEM SALIRAN SUNGAI

APPENDIX 1 - TERM OF REFERENCE – Insert Copy of Term Of


Reference From Client

APPENDIX 2 - WORK PROGRRAME

APPENDIX 3 - LOCATION PLAN

Design Pro Consult Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai