Anda di halaman 1dari 12

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PENYEDIAAN ‘PERIMETER
PLANTING’

1
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. TUJUAN 3
2. OBJEKTIF 3
3. SKOP 4
4. KEPENTINGAN ‘PERIMETER PLANTING’ 5
5. GARIS PANDUAN TERPERINCI 8 – 11
6. TARIKH KUATKUASA 12

2
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
1.0 TUJUAN

 Garis panduan ini disediakan untuk menjelaskan keperluan perancangan mengenai


penyediaan ‘perimeter planting’ dalam kelulusan permohonan kebenaran perancangan.

2.0 OBJEKTIF

 Memastikan ‘perimeter planting’ disediakan dalam setiap tapak cadangan pembangunan.

 Memastikan ‘perimeter planting’ yang disediakan dapat berfungsi bagi tujuan


pengindahan dan zon pemisah dengan elemen kehijauan.

 Memastikan penyediaan piawaian ‘perimeter planting’ yang inovatif.

3
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
3.0 SKOP

 Garis panduan ini digunapakai semasa menilai


permohonan kebenaran perancangan.

 Garis panduan ini terpakai bagi semua skim pembangunan


tidak termasuk pembangunan bertanah (landed) individu.

 ‘Perimeter planting’ adalah jajaran hijau dalam tapak


pembangunan yang diselenggarakan oleh pemilik atau
badan pengurusan.

4
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
KEPENTINGAN PERIMETER PLANTING

 Berfungsi sebagai lingkaran hijau yang berterusan selaras


dengan Dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020.

 Menyumbang kepada peningkatan kualiti persekitaran dari segi


kehijauan dan keindahan .

 Mengurangkan suhu persekitaran .

5
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
‘PERIMETER PLANTING’ sebahagian dari driveway

BUILDING
2.0m 6.0m

Road level
Building setback / Servis road
Top soil
1.6m

BASEMENT 1 BASEMENT

6
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
‘PERIMETER PLANTING’ atas deck

BUILDING
2.0m 6.0m

Road level Building setback / Servis road


Top soil
1.6m

BASEMENT 1 BASEMENT

7
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
5.0 GARIS PANDUAN TERPERINCI

i. Ruang ’perimeter planting’ hendaklah disediakan di


sepanjang sempadan lot cadangan pembangunan.

ii. Kelebaran ruang ’perimeter planting’ minimum 2 meter.

iii. Ruang ’perimeter planting’ hendaklah digunakan bagi tujuan


penanaman pokok-pokok yang mampu bertindak sebagai zon
pemisah.

iv. Ruang ’perimeter planting’ hendaklah bebas daripada laluan


utiliti.

8
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
v. ‘Perimeter planting’ yang disediakan di atas struktur lantai
di aras tanah hendaklah mempunyai kedalaman tanah
minimum 1.6 meter.

vi. Ruang ‘perimeter planting’ di sempadan laluan masuk utama


boleh disediakan bagi tapak yang mempunyai sempadan
hadapan yang cukup lebar. Walaubagaimanapun, penyediaan
‘perimeter planting’ di bahagian yang terlibat dengan laluan
keluar masuk utama tidak diperlukan.

vii. Ruang ‘perimeter planting’ hendaklah tidak termasuk di


dalam rezab laluan kenderaan bermotor dan laluan bomba.

viii. Ruang ‘perimeter planting’ merupakan sebahagian daripada


ruang anjakan.
9
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
ix. ‘Perimeter planting’ perlu disediakan untuk semua
pembangunan baru yang berkeluasan melebihi 10,000 kp.
‘Perimeter planting’ juga perlu disediakan bagi
pembangunan baru yang berbentuk sementara contohnya
pusat pameran, restoran dan bangunan pejabat.

x. ‘Perimeter planting’ tidak perlu disediakan bagi pembinaan


baru yang masih bercirikan kediaman ‘landed’ seperti di
Jalan Maarof.

10
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
‘Perimeter Planting’ 2.0m

PLINTH AREA
60%
(Bangunan)

KAWASAN LAPANG HIJAU


10%

MAIN ROAD

KAWASAN LAPANG HIJAU


DI BAHAGIAN HADAPAN BANGUNAN

11
PENYEDIAAN PERIMETER PLANTING DI
PERINGKAT KELULUSAN PERANCANGAN
6.0 TARIKH KUATKUASA

Garis panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

12

Anda mungkin juga menyukai