Anda di halaman 1dari 8

1. S: Apakah yang ditafsirkan dengan ‘Pepasangan’?

J: ‘Pepasangan’ ertinya keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan di bawah satu pemunyaan atau, jika
pihak pengurusan ditetapkan, orang yang menjaga pihak pengurusan itu, yang direka bentuk bagi pembekalan
atau penggunaan tenaga, atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; termasuklah penggerak-
penggerak utama, jika ada, berserta dengan semua loji, bangunan dan tanah yang perlu yang berkaitan
dengannya, talian paip, talian bekalan dan radas penggunaan, jika ada.
‘Pepasangan Awam’ adalah pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi membekalkan tenaga
kepada mana-mana orang. ‘Pepasangan Persendirian’ adalah pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang
lesen atau pemunya semata-mata bagi membekalkan tenaga kepada dan penggunaannya di atas harta atau
premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya itu sendiri, atau, dalam hal seorangpengguna, yang
mengambil tenaga daripada pepasangan awam atau pihak berkuasa bekalan, bagi kegunaan hanya di atas harta
atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya sahaja. ‘Pepasangan domestik’ adalah pepasangan di
tempat kediaman persendirian yang bukan diguna pakai untuk mana-mana hotel atau rumah tumpangan atau
bagi maksud menjalankan apa-apa perniagaan, perdagangan, profesion atau perkhidmatan.
(Penjelasan lanjut boleh hubungi pejabat-pejabat ST berhampiran)

PENDAFTARAN PEPASANGAN

2. S: Apakah peranan pemunya atau pengurusan bangunan berkaitan keperluan

pendaftaran pepasangan elektrik?

J: Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk mendaftar pepasangan elektrik di bawah
tanggungjawabnya seperti kehendak Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Elektrik 1990.
Kegagalan mereka mendaftarkan pepasangan mereka adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh
didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

3. S: Di manakah pepasangan elektrik perlu didaftarkan?

J: Permohonan pendaftaran pepasangan elektrik perlu dibuat di pejabat-pejabat ST Kawasan. Pejabat-pejabat


ST Kawasan akan menerima dan memproses permohonan mengikut alamat pepasangan yang terletak di bawah
kawasan masing-masing. Alamat pejabat-pejabat ST kawasan adalah seperti berikut:-

Negeri / Kawasan di bawah


Pejabat ST Kawasan
tanggungjawabnya

Pengarah Suruhanjaya Tenaga


Tingkat 10A, Menara PKNS-PJ Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur &
No. 17, Jalan Yong Shook Lin Putrajaya sahaja)
46050 Petaling Jaya Selangor
Selangor.

Pengarah Suruhanjaya Tenaga


Suite 18A, Aras 18, Menara
Ansar, No. 65, Jalan Trus Johor
80000 Johor Bharu
Johor.

Pengarah Suruhanjaya Tenaga


Tingkat 7, Kompleks Teruntum Pahang
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Pahang.

Pengarah Suruhanjaya Tenaga


Tingkat 1, Bangunan KWSP
Jalan Green Town Perak
30450 Ipoh
Perak.

Pengarah Suruhanjaya Tenaga


Tingkat 6, Bangunan KWSP Kelantan
Jalan Padang Garong
Terengganu
15000 Kota Bharu
Kelantan.

Pengarah Suruhanjaya Tenaga Kedah


Tingkat 10, Bangunan KWSP Pulau Pinang
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang. Perlis

Kudat
Kota Kinabalu
Pengarah Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 7, Wisma BSN Sabah Beaufort
Jalan Kemajuan, Karamunsing Tuaran
68000 Kota Kinabalu Tamparuli
Sabah. Ranau
W. Persekutuan Labuan

Sandakan
Pengarah Suruhanjaya Tenaga Telupid
Tingkat 3, Wisma Saban Semporna
KM 12, Jalan Labuk Kunak
W.D.T. No. 25
90500 Sandakan Tawau
Sabah. Lahad Datu
Beluran

Pengarah Suruhanjaya Tenaga


Tingkat 4, Wisma Perkeso Melaka
Jalan Persekutuan,MITC Negeri Sembilan
75450 Ayer Keroh, Melaka.
4. S: Siapakah yang boleh dilantik untuk menguruskan pendaftaran pepasangan

elektrik?

J: Pemunya atau pengurusan pepasangan boleh melantik juruperunding atau kontraktor elektrik yang berdaftar
dengan Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Sebagai Kontraktor Elektrik Kelas
(A/B/C/D) untuk membuat permohonan pendaftaran bagi pihak mereka.

5. S: Apakah prosedur dan syarat untuk pendaftaran pepasangan elektrik?

J: (a) Bagi pepasangan baru dibina atau lama yang ingin didaftarkan;
(i) Pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah mengemukakannya kepada ST:-

Borang permohonan pendaftaran pepasangan [ST(KE)9] yang telah lengkap diisi. Borang ST(KE)9 ini boleh
diperolehi terus sama ada dari pejabat ST Kawasan atau dimuat turun daripada laman web Suruhanjaya Tenaga
di www.st.gov.my secara percuma
Borang A (permohonan bagi pendaftaran pepasangan) yang ditandatangani oleh pemunya atau pengurusan
sendiri
Pelan, lukisan skematik dan spesifikasi seperti yang ditandatangani oleh orang-orang kompeten mengikut kadar
had voltan/ampere pepasangan seperti berikut:-
(i) Pendawai 1 fasa - Voltan rendah 1 fasa sahaja
(ii) Pendawai 3 fasa - Voltan rendah hingga 60A
(iii) Penyelia Elektrik - Voltan rendah hingga 100A
(iv) Jurutera Elektrik - semua voltan rendah sahaja Kompeten tidak berdaftar dengan LJM (Lembaga
Jurutera Malaysia)
(v) Jurutera Elektrik - tiada had pepasangan Kompeten & Jurutera Perkhidmatan Elektrik yang
berdaftar dengan LJM

Borang G & H seperti di bawah:-

Borang G (Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan) yang diisi oleh:

Pendawai 1 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 1 fasa


Pendawai 3 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 3 fasa, di mana pendawai-pendawai tersebut
hendaklah bekerja sepenuh masa dengan kontraktor elektrik yang berdaftar
Borang H (Perakuan Ujian) yang diisi oleh:

Pendawai 1 fasa atau 3 fasa yang diberi kuasa untuk menguji bagi kerja-kerja pendawaian dan pengujian 1 fasa
Pendawai 3 yang diberi kuasa untuk menguji kerja-kerja pendawaian dan pengujian 3 fasa
Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja sepenuh masa dengan kontraktor Perkhidmatan Elektrik bagi
pepasangan voltan tinggi
(b) Bagi pepasangan yang telah berdaftar yang ingin diperbesarkan atau diubahsuai, pemunya atau pengurusan
pepasangan tersebut dikehendaki memberi notis kepada pejabat ST Kawasan di mana pepasangan itu
didaftarkan dan hendaklah mengemukakan pelan tambahan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk pendaftaran.
(c) Setelah pepasangan elektrik itu diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk didaftarkan, maka suatu Perakuan
Pendaftaran Pepasangan dalam Borang B akan dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan.

6. S: Apakah penalti yang dikenakan kepada mereka yang gagal mendaftarkan

pepasangan mereka dan membuat pembaharuan ke atas pepasangan mereka?

J: Mana-mana orang sama ada pemunya atau pengurusan bangunan yang gagal atau cuai untuk mendaftarkan
pepasangan di bawah tanggungjawab mereka adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 37(8) Akta
Bekalan Elektrik 1990 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 atau denda tambahan tidak
melebihi RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan
selepas sabitan.
Kegagalan mana-mana pemunya atau pengurusan bangunan membuat pembaharuan dengan tidak membayar fi
pepasangan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 122, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan
apabila disabitkan, mereka yang bertanggungjawab boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau di penjara
selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan
bangunan untuk mendaftar pepasangan elektrik di bawah tanggungjawabnya seperti kehendak Peraturan 3,
Peraturan-Peraturan Elektrik 1990.
Kegagalan mereka mendaftarkan pepasangan mereka adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh
didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

KADAR KAPASITI PEPASANGAN DAN FI DIKENAKAN

7. S: Apakah kadar kapasiti pepasangan yang perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya

Tenaga dan adakah sebarang fi dikenakan?

J: Semua pepasangan [xx] perlu didaftar dan fi adalah mengikut keupayaan pepasangan tersebut. Mengikut
kehendak Peraturan 4, fi yang perlu dibayar bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran Pepasangan seperti
berikut:-

* ertinya tahap maksimum kuasa elektrik sesuatu pepasangan boleh diguna, dikerja atau dikendalikan dalam
sesuatu tempoh tanpa mengakibatkan kerosakan pada mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau
bagaimanapun, untuk sistem penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada
tahap kuasa elektrik yang maksimum, yang sistem itu dijangka atau dikehendaki untuk membekal dalam sesuatu
tempoh, mengikut mana satu yang lebih tinggi.
[xx] (i) janakuasa tunggu sedia yang dipasang bagi maksud membekal tenaga sekiranya bekalan daripada
pemegang lesen terputus bekalannya;
(ii) yang menerima tenaga daripada pemegang lesen pada voltan 11,000 volt atau lebih.

8. S: Adakah Suruhanjaya Tenaga akan membuat pemeriksaan ke atas pepasangan

sebelum ia lulus untuk didaftarkan?

J: Suruhanjaya Tenaga boleh melakukan pemeriksaan dan ujian pepasangan setelah menerima Borang A yang
dihantar bersama-sama borang permohonan oleh pemohon.
Untuk itu, notis pemeriksaan permulaan (Borang D) dan susulan (Borang E) akan diberikan secara bertulis
kepada pemunya atau pengurusan pepasangan terlebih dahulu sebelum hari pemeriksaan dibuat. Pemunya atau
pengurusan pepasangan setelah menerima notis berkenaan hendaklah membuat persediaan bagi pemeriksaan
dibuat dan hadir pada masa pemeriksaan dan ujian itu.
Suatu fi bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan dikenakan pada kadar yang ditetapkan dalam Peraturan 6
seperti di bawah:-

PEMBATALAN PERAKUAN PENDAFTARAN PEPASANGAN

9. S: Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pendaftaran pepasangan yang telah

dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dibatalkan?

J: Suruhanjaya Tenaga boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan kepada
pemunya atau pengurusan pepasangan jika:-

pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk digunakan;


pepasangan itu didapati tak selamat untuk digunakan;
orang yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakannya bagi tujuan yang berlainan dengan tujuan
Perakuan itu dikeluarkan; atau
orang itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini.

10. S: Siapakah yang boleh mengendalikan sesuatu pepasangan elektrik?

J: Pemunya atau pengurusan pepasangan pada kadaran 100A dan ke atas hendaklah melantik orang kompeten
untuk mengerja, mengendali atau mengawal apa-apa kerja ke atas pepasangan mereka. Bilangan dan sekatan
skop kerja orang kompeten yang perlu dilantik hendaklah disyorkan oleh mana-mana orang kompeten seperti
berikut:-

(a) Bagi pepasangan dikendali pada voltan yang tidak melebihi 600 V:

seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik;


seorang Jurutera Elektrik Kompeten;
seorang Penyelia Elektrik; atau
seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen.
(b) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 600 V tetapi tidak melebihi 132 kV:

seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik;


seorang Jurutera Elektrik Kompeten; atau
seorang Jurutera Perkhidmatan residen.
(c) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 132 kV, seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen.

Kategori kekompetenan dan sekatan skop kerja orang kompeten bagi Penjaga Jentera adalah seperti berikut:-
11. S: Adakah orang kompeten yang mengerjakan dan mengendalikan pepasangan

elektrik perlu mendaftar Perakuan Kekompetenannya dengan Suruhanjaya Tenaga?

J: Ya, seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga
hendaklah mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya seperti kehendak Peraturan 63(1) Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994.
Fi pendaftaran Perakuan Kekompetenan adalah sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih dari 5
tahun dengan bayaran fi seperti ditetapkan di bawah:-

LAWATAN PEMERIKSAAN KE ATAS PEPASANGAN ELEKTRIK


12. S: Siapakah orang-orang kompeten yang boleh melawat pepasangan untuk

pemeriksaan tetap?

J: Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan rendah:-

Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE);


Jurutera Elektrik Kompeten (JEK); atau
Penyelia Elektrik (PE)
Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan tinggi:-

Jurutera Perkhidmatan Elektrik(JPE); atau


Jurutera Elektrik Kompeten (JEK)

13. S:Berapakah kekerapan lawatan oleh orang kompeten ke atas pepasangan di

bawah tanggungjawabnya?

PENYENGGARAAN / PENYELENGGARAAN PEPASANGAN

14. S: Siapakah yang boleh dilantik untuk melaksanakan atau menjalankan kerja-kerja

penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih, servis penentukuran, ujian pada

pepasangan dan pengesanan kerosakan kabel di pepasangan itu?

J: Seperti Peraturan 111, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menghendaki orang kompeten atau yang bertindak
di bawah kawalan orang kompeten untuk menjalankan apa-apa kerja pembaikan, penggantian, penservisan atau
pembersihan ke atas mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan.
Oleh yang demikian, untuk melaksanakan tugasan kerja seperti soalan di atas, ia hendaklah dilaksanakan oleh
Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja sepenuh masa dengan Kontraktor Perkhidmatan Elektrik
yang memegang Perakuan Pendaftaran yang sah seperti mana dalam Borang P.

15. S: Apakah tempoh penyenggaraan / penyelenggaraan perlu dilaksanakan ke atas

pepasangan elektrik?
J: Seperti kehendak Peraturan 110(3), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan selain daripada
pepasangan domestik, sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-
kurangnya sekali setiap lima tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

16. S: Berapa kerapkah pengujian dan penentukuran perlu dibuat ke atas mana-mana

geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan?

J: Seperti kehendak Peraturan 110(4), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, ia hendaklah diperiksa, diuji dan
ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun, atau pada bila-bila masa yang
diarahkan oleh Suruhanjaya.

Anda mungkin juga menyukai