Anda di halaman 1dari 7

SOALAN LAZIM MENGENAI PEPASANGAN ELEKTRIK:

BERDASARKAN KEHENDAK AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 &


PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994.

S:
Apakah yang ditafsirkan dengan ‘Pepasangan’?

J:
‘Pepasangan’ ertinya keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan di bawah satu
pemunyaan atau, jika pihak pengurusan ditetapkan, orang yang menjaga pihak
pengurusan itu, yang direka bentuk bagi pembekalan atau penggunaan tenaga, atau
kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; termasuklah penggerak-
penggerak utama, jika ada, berserta dengan semua loji, bangunan dan tanah yang
perlu yang berkaitan dengannya, talian paip, talian bekalan dan radas penggunaan,
jika ada.

‘Pepasangan Awam’ adalah pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen


bagi membekalkan tenaga kepada mana-mana orang. ‘Pepasangan Persendirian’
adalah pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen atau pemunya semata-
mata bagi membekalkan tenaga kepada dan penggunaannya di atas harta atau
premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya itu sendiri, atau, dalam hal
seorangpengguna, yang mengambil tenaga daripada pepasangan awam atau pihak
berkuasa bekalan, bagi kegunaan hanya di atas harta atau premis kepunyaan
pemegang lesen atau pemunya sahaja. ‘Pepasangan domestik’ adalah pepasangan
di tempat kediaman persendirian yang bukan diguna pakai untuk mana-mana hotel
atau rumah tumpangan atau bagi maksud menjalankan apa-apa perniagaan,
perdagangan, profesion atau perkhidmatan.
(Penjelasan lanjut boleh hubungi pejabat-pejabat ST berhampiran)

S: Apakah peranan pemunya atau pengurusan bangunan berkaitan keperluan


pendaftaran pepasangan elektrik?

J:
Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk mendaftar
pepasangan elektrik di bawah tanggungjawabnya seperti kehendak Peraturan 3,
Peraturan-Peraturan Elektrik 1990.

Kegagalan mereka mendaftarkan pepasangan mereka adalah satu kesalahan dan


apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama
tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

S: Di manakah pepasangan elektrik perlu didaftarkan?

J:
Permohonan pendaftaran pepasangan elektrik perlu dibuat di pejabat-pejabat ST
Kawasan. Pejabat-pejabat ST Kawasan akan menerima dan memproses
permohonan mengikut alamat pepasangan yang terletak di bawah kawasan masing-
masing.
S:Siapakah yang boleh dilantik untuk menguruskan pendaftaran pepasangan
elektrik?

J: Pemunya atau pengurusan pepasangan boleh melantik juruperunding atau


kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai
Perakuan Pendaftaran Sebagai Kontraktor Elektrik Kelas (A/B/C/D) untuk membuat
permohonan pendaftaran bagi pihak mereka.

S: Apakah prosedur dan syarat untuk pendaftaran pepasangan elektrik?

J:
(a) Bagi pepasangan baru dibina atau lama yang ingin didaftarkan;
(i) Pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah mengemukakannya kepada
ST:-

* Borang permohonan pendaftaran pepasangan [ST(KE)9] yang telah lengkap diisi.


Borang ST(KE)9 ini boleh diperolehi terus sama ada dari pejabat ST Kawasan atau
dimuat turun daripada laman web Suruhanjaya Tenaga di http://www.st.gov.my
secara percuma.
* Borang A (permohonan bagi pendaftaran pepasangan) yang ditandatangani oleh
pemunya atau pengurusan sendiri.
* Pelan, lukisan skematik dan spesifikasi seperti yang ditandatangani oleh orang-
orang kompeten mengikut kadar had voltan/ampere pepasangan seperti berikut:-

(i) Pendawai 1 fasa – Voltan rendah 1 fasa sahaja


(ii) Pendawai 3 fasa – Voltan rendah hingga 60A
(iii) Penyelia Elektrik – Voltan rendah hingga 100A
(iv) Jurutera Elektrik – semua voltan rendah sahaja Kompeten tidak berdaftar
dengan LJM (Lembaga Jurutera Malaysia)
(v) Jurutera Elektrik – tiada had pepasangan Kompeten & Jurutera Perkhidmatan
Elektrik yang berdaftar dengan LJM

Borang G & H seperti di bawah:-

Borang G (Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan) yang diisi oleh:

* Pendawai 1 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 1 fasa

* Pendawai 3 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 3 fasa, di mana


pendawai-pendawai tersebut hendaklah bekerja sepenuh masa dengan kontraktor
elektrik yang berdaftar

Borang H (Perakuan Ujian) yang diisi oleh:

* Pendawai 1 fasa atau 3 fasa yang diberi kuasa untuk menguji bagi kerja-kerja
pendawaian dan pengujian 1 fasa

*Pendawai 3 yang diberi kuasa untuk menguji kerja-kerja pendawaian dan pengujian
3 fasa
*Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja sepenuh masa dengan
kontraktor Perkhidmatan Elektrik bagi pepasangan voltan tinggi

(b) Bagi pepasangan yang telah berdaftar yang ingin diperbesarkan atau diubahsuai,
pemunya atau pengurusan pepasangan tersebut dikehendaki memberi notis kepada
pejabat ST Kawasan di mana pepasangan itu didaftarkan dan hendaklah
mengemukakan pelan tambahan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk pendaftaran.

(c) Setelah pepasangan elektrik itu diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk
didaftarkan, maka suatu Perakuan Pendaftaran Pepasangan dalam Borang B akan
dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan.

S:Apakah penalti yang dikenakan kepada mereka yang gagal mendaftarkan


pepasangan mereka dan membuat pembaharuan ke atas pepasangan mereka?

J:
Mana-mana orang sama ada pemunya atau pengurusan bangunan yang gagal atau
cuai untuk mendaftarkan pepasangan di bawah tanggungjawab mereka adalah
melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 37(8) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan
boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 atau denda tambahan tidak
melebihi RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama
kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kegagalan mana-mana pemunya atau pengurusan bangunan membuat


pembaharuan dengan tidak membayar fi pepasangan adalah merupakan satu
kesalahan di bawah Peraturan 122, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan apabila
disabitkan, mereka yang bertanggungjawab boleh didenda tidak melebihi
RM5,000.00 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-
duanya. Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk
mendaftar pepasangan elektrik di bawah tanggungjawabnya seperti kehendak
Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Elektrik 1990.

Kegagalan mereka mendaftarkan pepasangan mereka adalah satu kesalahan dan


apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama
tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

KADAR KAPASITI PEPASANGAN DAN FI DIKENAKAN

S:Apakah kadar kapasiti pepasangan yang perlu didaftarkan dengan


Suruhanjaya Tenaga dan adakah sebarang fi dikenakan?

J:
Semua pepasangan [xx] perlu didaftar dan fi adalah mengikut keupayaan
pepasangan tersebut. Mengikut kehendak Peraturan 4, fi yang perlu dibayar bagi
pengeluaran Perakuan Pendaftaran Pepasangan seperti berikut:-

* ertinya tahap maksimum kuasa elektrik sesuatu pepasangan boleh diguna, dikerja
atau dikendalikan dalam sesuatu tempoh tanpa mengakibatkan kerosakan pada
mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau bagaimanapun, untuk sistem
penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada
tahap kuasa elektrik yang maksimum, yang sistem itu dijangka atau dikehendaki
untuk membekal dalam sesuatu tempoh, mengikut mana satu yang lebih tinggi.

[xx] (i) janakuasa tunggu sedia yang dipasang bagi maksud membekal tenaga
sekiranya bekalan daripada pemegang lesen terputus bekalannya;

(ii) yang menerima tenaga daripada pemegang lesen pada voltan 11,000 volt atau
lebih.

S:Adakah Suruhanjaya Tenaga akan membuat pemeriksaan ke atas


pepasangan sebelum ia lulus untuk didaftarkan?

J:
Suruhanjaya Tenaga boleh melakukan pemeriksaan dan ujian pepasangan setelah
menerima Borang A yang dihantar bersama-sama borang permohonan oleh
pemohon.

Untuk itu, notis pemeriksaan permulaan (Borang D) dan susulan (Borang E) akan
diberikan secara bertulis kepada pemunya atau pengurusan pepasangan terlebih
dahulu sebelum hari pemeriksaan dibuat. Pemunya atau pengurusan pepasangan
setelah menerima notis berkenaan hendaklah membuat persediaan bagi
pemeriksaan dibuat dan hadir pada masa pemeriksaan dan ujian itu.
Suatu fi bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan dikenakan pada kadar yang
ditetapkan dalam Peraturan 6

PEMBATALAN PERAKUAN PENDAFTARAN PEPASANGAN

S:Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pendaftaran pepasangan yang


telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dibatalkan?

J:
Suruhanjaya Tenaga boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang
dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan jika:-

* pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk digunakan;

* pepasangan itu didapati tak selamat untuk digunakan;

*
orang yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakannya bagi tujuan yang
berlainan dengan tujuan Perakuan itu dikeluarkan; atau
*
orang itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau
Peraturan-Peraturan ini.
S:Siapakah yang boleh mengendalikan sesuatu pepasangan elektrik?

J:
Pemunya atau pengurusan pepasangan pada kadaran 100A dan ke atas hendaklah
melantik orang kompeten untuk mengerja, mengendali atau mengawal apa-apa kerja
ke atas pepasangan mereka. Bilangan dan sekatan skop kerja orang kompeten yang
perlu dilantik hendaklah disyorkan oleh mana-mana orang kompeten seperti berikut:-

(a) Bagi pepasangan dikendali pada voltan yang tidak melebihi 600 V:

* seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik;


* seorang Jurutera Elektrik Kompeten;
* seorang Penyelia Elektrik; atau
* seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen.

(b) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 600 V tetapi tidak melebihi
132 kV:

* seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik;


* seorang Jurutera Elektrik Kompeten; atau
* seorang Jurutera Perkhidmatan residen.

(c) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 132 kV, seorang Jurutera
Elektrik Kompeten residen.
Kategori kekompetenan dan sekatan skop kerja orang kompeten bagi Penjaga
Jentera

S:Adakah orang kompeten yang mengerjakan dan mengendalikan pepasangan


elektrik perlu mendaftar Perakuan Kekompetenannya dengan Suruhanjaya
Tenaga?

J:
Ya, seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga hendaklah mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya seperti
kehendak Peraturan 63(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Fi pendaftaran Perakuan Kekompetenan adalah sah bagi tempoh tidak kurang 1


tahun dan tidak lebih dari 5 tahun dengan bayaran fi

LAWATAN PEMERIKSAAN KE ATAS PEPASANGAN ELEKTRIK

S:Siapakah orang-orang kompeten yang boleh melawat pepasangan untuk


pemeriksaan tetap?

J:
Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan rendah:-

* Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE);


* Jurutera Elektrik Kompeten (JEK); atau
* Penyelia Elektrik (PE).
Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan tinggi:-

* Jurutera Perkhidmatan Elektrik(JPE); atau


* Jurutera Elektrik Kompeten (JEK).

S:
Berapakah kekerapan lawatan oleh orang kompeten ke atas pepasangan di
bawah tanggungjawabnya?

J:

PENYENGGARAAN / PENYELENGGARAAN PEPASANGAN

S:
Siapakah yang boleh dilantik untuk melaksanakan atau menjalankan kerja-
kerja penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih, servis penentukuran, ujian
pada pepasangan dan pengesanan kerosakan kabel di pepasangan itu?

J:
Seperti Peraturan 111, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menghendaki orang
kompeten atau yang bertindak di bawah kawalan orang kompeten untuk
menjalankan apa-apa kerja pembaikan, penggantian, penservisan atau pembersihan
ke atas mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan.

Oleh yang demikian, untuk melaksanakan tugasan kerja seperti soalan di atas, ia
hendaklah dilaksanakan oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja
sepenuh masa dengan Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang memegang Perakuan
Pendaftaran yang sah seperti mana dalam Borang P.

S:Apakah tempoh penyenggaraan / penyelenggaraan perlu dilaksanakan ke


atas pepasangan elektrik?

J:
Seperti kehendak Peraturan 110(3), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan
selain daripada pepasangan domestik, sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa
dan diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun, atau
pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

S:Berapa kerapkah pengujian dan penentukuran perlu dibuat ke atas mana-


mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan?

J:
Seperti kehendak Peraturan 110(4), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, ia hendaklah
diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali
setiap dua tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

Anda mungkin juga menyukai