Anda di halaman 1dari 5

DEA 1113

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK


ELECTRICAL ACT REGULATION

■ Kumpulan 4
■ Sayed Danny
■ Syed Amirul
■ Farhan
■ Adam Afiq Akmal
SOALAN 2
Sebuah kilang besi Steel Tech di Senawang telah berhenti
beroperasi ekoran pandemik Covid 19. Oleh sebab itu ,
Suruhanjaya Tenaga telah menggantung lesen syarikat tersebut .
A) i) Merujuk Peraturan-Peraturan 1994, nyatakan tindakan yang bakal diambil oleh Suruhanjaya Tenaga bagi pepasangan
yang tidak digunakan di kilang tersebut .
= Pembatalan Perakuan Pendaftaran pepasangan.
a) Pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk digunakan; (Merujuk muka surat 137)
b) Pepasangan itu didapati tak selamat untuk digunakan; (Merujuk muka surat 137)
c) Orang yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakannya bagi tujuan yang berlainan dengan tujuan Perakuan itu
dikeluarkan; atau (Merujuk muka surat 137)
d) Orang itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini.(Merujuk
muka surat 137)
29.Pepasangan yang tidak digunakan.
Apabila terdapat mana-mana bahagian sistem atau sesuatu pepasangan tidak digunakan, bahagian itu hendaklah
diasingkan daripada punca elektrik dan tidak boleh dibiarkan bertenaga.(Merujuk muka surat 148)
ii) Jelaskan perkara yang harus dilakukan oleh kilang Steel Tech sekiranya mereka ingin menyambung semula lesen
aktiviti pepasangan elektrik . Setelah ianya digantung / dibatalkan oleh Suruhanjaya Tenaga .
= Apabila tamatnya sesuatu lesen, pemegang lesen hendaklah mengalihkan pepasangan dan kelengkapannya dalam masa tiga
bulan dari tarikh penamatan itu, yang kegagalannya hendaklah menjadikan pemegang lesen bertanggungan bagi segala apa jua
pun kos yang dilakukan dalam mengalihkannya dan kos itu boleh didapatkan kembali daripada cagaran yang didepositkan
(jika ada) di bawah subseksyen (1). (Merujuk pada muka surat 39)
B) Terangkan TIGA (3) peraturan pepasangan yang perlu dipatuhi oleh orang kompeten
dalam melakukan memasang dan penyengaraan kebel bawah tanah yang melintasi jalanraya
awam .
= i) Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula sesuatu pepasangan atau tambahan
pada pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan 12(1) itu, pepasangan itu
hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau oleh Pendawai dengan
Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan , dan yang
hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.(Merujuk muka surat 139)
ii) Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula pepasangan atau tambahan kepada
pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan 12(2),pepasangan itu hendaklah diuji
oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana
pepasangan, dan yang hendaklah memperakuan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.
(Merujuk muka surat 139)
iii) Apabila siap pepasangan atau tambahan kepada pepasangan yang sedia ada yang
dikendalikan pada voltan yang lebih tinggi daripada voltan rendah itu, pepasangan itu
hendaklah diuji oleh Kontraktor Perkhidmatan Elektrik, yang diambil kerja sepenuh masa
oleh Kontraktor Perkhidmatan Elektrik dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian
bagi pepasangan itu.(Merujuk muka surat 139)
C) Sebagai orang kompeten yang dilantik, jelaskan cara penyeliaan dan penyiapan
pepasangan, ujian pepasangan dan perakuan penyeliaan dan perakuan ujian yang perlu
diambil berkaitan pepasangan tiga fasa mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
= i) Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu pepasangan yang menerima bekalan fasa
tunggal daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang
berkenaan, hendaklah di bawah penyeliaan langsung Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal
atau Sekatan Fasa Tiga, dan apabila siap pepasangan itu, Pendawai tersebut hendaklah
memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.(Merujuk muka surat 138)
ii) Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu pepasangan, dikendalikam pada voltan
rendah yang menerima bekalan tiga fasa daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa
bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah di bawah penyeliaan langsung
Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga, dan apabila siap pepasangan itu, Pendawai itu
hendaklah memperakukan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.(Merujuk muka surat 139)
iii) Bagi maksud peraturan ini dan subperaturan 13(1) dan (2), Pendawai dengan Sekatan
Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah
diambil kerja sepenuh masa oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian.
(Merujuk muka surat 139)

Anda mungkin juga menyukai