Anda di halaman 1dari 16

TUESDAY, 10 JULY 2012

GUIDELINE DALAM MEMILIH TAFSIR AL-QURAN


Bismillahirahmanirahim
Dalam posting kali ini i.allah admin akan berkongsi beberapa perbahasan berikut:

1.

Kenapa Perlu Membaca Tafsir?

2.

Kitab-Kitab Tafsir Pilihan Yang Beredar Sepanjang Zaman.

3.

Kenapa Tafsir Ibnu Katsir

4.

Siapakah Ibnu katsir?

5.

Pujian Ulama Terhadap Ibnu Katsir.

6.

Pujian Ulama Terhadap Tafsir Ibnu Katsir.

7.

Di Atas Pantai Karya Seorang Mufassir.


Kelebihan Tafsir Ibnu Katsir.
Kekurangan Tafsir Ibnu Katsir.

8.

9.

Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir Yang Beredar Buat Masa


Sekarang.
Perbandingan Tafsir Ibnu Katsir.
Apa yang telah dilakukan dalam edisi ringkasan ini?

10. Kesimpulan.
1.

Kenapa Perlu Membaca Dan Memahami Al-Quran?

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi segenap
manusia.Tidaklah ia diturunkan hanya untuk menjadi perhiasan di rak-rak almari yang berada
dirumah, tidaklah juga Al-Quran diturunkan hanya dibaca pada waktu-waktu tertentu ataupun
pada pertemuan-pertemuan tertentu. Tidaklah juga Al-Quran hanya dibaca dan diambil untuk
kepentingan peribadi seperti diniagakan. Dan tidaklah Al-Quran diturunkan hanya dijadikan
tulisan kemudian menjadi hiasan-hiasan di dinding rumah dengan sesuatu kepercayaan.
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada orang yang
bertaqwa, pembeza antara yang benar dan salah, cahaya yang menerangi segenap manusia, roh
kehidupan dan kunci kemuliaan.
Sesungguhnya dengan tuntuan Al-Quran, kita tidak akan menyimpang, lidah orang-orang yang
lemah tidak menjadi tumpul dan para ulama tidak merasa kenyang untuk menimba ilmu-ilmu
langit dariNya. Barangsiapa yang berkata berdasarkan Al-Quran, maka dia berkata benar.
Barangsiapa mengamalkannya, maka dia pasti akan berjaya dan mendapatkan pahala yang
berlipat dan tidak disangka-sangka.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah dan sebuah Kitab (AlQuran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan
keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengan alQuran Allah) keluarkan mereka dari gelap-gelita kepada cahaya yang terang-benderang

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

dengan izin-Nya; dan (dengan al-Quran Allah) menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. [alMaidah 5:15-16]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat
pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang
ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa
rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10:57]
Dengan pengaruh Al-Quran tamadun arab yang tidak mempunyai apa-apa duduk ditengah padang
pasir yang hanya dikelilingi oleh sahara, tetapi sejarah telah mencatatkan dengan tinta emas
seketika dahulu suatu ummat berada ditengah-tengah peradaban besar dunia yang dibangun
dalam hitungan abad, tiba-tiba dalam waktu yang singkat dapat bangkit dan mengungguli negaranegara yang berkuasa seperti Rom dan Parsi.
Marilah kita sama-sama hari ini membuat azam yang baru untuk memahami Al-Quran dan
menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan dan sekaligus petunjuk dalam kehidupan kita.Tidak
usah mengatakan bahawa esokkan baru ingin mula membaacanya, memahaminya dan
mentaddaburi maknanya. Hidup ini adalah pilihan maka segala sesuatu yang telah terjadi dan
sedang terjadi mahupun yang akan terjadi adalah hasil daripada pilihan kita. Jadi ayuh jadikan
pilihan kita untuk berada di bawah Naungan Al-Quran.
2.Kitab-Kitab Tafsir Pilihan Yang Beredar Sepanjang Zaman.
Tiada cara lain untuk memahami Al-Quran melainkan harus melalui perantara tafsir-tafsir yang
dikarang oleh para ulama. Setiap tafsir yang dikarang oleh para ulama mempunyai kelebihan dan
fokus-fokus yang tersendiri.
Tidaklah tafsir yang tidak saya senaraikan adalah tafsir yang tidak bagus. Sekali-kali tidak,
kerana untuk membanding-bandingkan tafsir yang mana bagus dan tidak bagus bukanlah menjadi
tugas saya kerana saya tidak memiliki ilmu dalam hal ini melainkan sangat sedikit, akan tetapi
antara tafsir yang dianjurkan para ulama dan para penuntut ilmu (saya fokuskan hanya untuk 20
jenis tafsir) untuk membacanya.
Juteru janganlah kita sempitkan pemikiran dan skop pembacaan kita, sebagaimana yang dikata alQaradawi hafizahullah: "Kita mengambil khazanah lama yang masih utuh dan juga tidak
meninggalkan perkara2 baru yang bermanfaat".
Berikut dibawah adalah tafsir-tafsir yang telah menjadi haruman wangian oleh para penuntut ilmu
sehinggakan dipuji oleh para-para ulama dalam karya-karya mereka.
1. Tafsir at-Thabari (w. 310 H)
2. Tafsir al-Baghawi (w.516 H)
3. Tafsir al-Zamakhsyari (w. 538 H) - dari aspek Balaghah
4. Tafsir Al-Qurthubi (w. 671 H)
5. Tafsir Ibnu Kathir (w. 774 H)
6. Tafsir Al-Durr al-Manthur li As-Suyuthi (w. 911 H)
7. Tafsir Fathul Qadir li Asy-Syaukani (w. 1250 H)
8. Tafsir As-Sa'di li Syeikh Abdurrahman As-Sa'di -(w. 1376 H)
9. Tafsir Adhwa' al-Bayan li Asy-Syinqithi (w. 1393 H)
10. Tafsir Al-Aisar li Al-Jazairi
11. Tafsir al-Quran al-Hakim al-mushtahar bi ism Tafsir al-Manar (w. 1366 H)
12. Tafsir Ruhul Maani -Muhammad al-Alusi al-Baghdadi dari aspek Irab Al-Quran
13. Tafsir Fi Zilalil Quran
14. Tafsir Al-Jawaahir fi Tafsiril Quran - Syeikh Tantawi Jauhari
15. Tafsir Munir Wahbah Az-Zuhayli
16. Tafsir Al- Maraghi
17. Tafsir Al-Azhar Buya Hamka-Sesuai untuk penduduk Nusantara
18. Tafsir Ibnu Abi Haatim
19. Ahkamul Quran, Ibnul Araby

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

20. Tafsir Fat-hul Bayan (Siddiq Hasan Khan)

(Kesemua Tafsir-Tafsir diatas telah siap diterjemahkan dalam bahasa Indonesia kecuali
no2,3,6,11,12,14 (tafsir ini belum diterjemahkan sebatas pengetahuan penulis) no 15. Belum
siap diterjemahkan (dalam Bahasa Melayu)..no 18 dan no.20.)
(10 Jenis Kitab Tafsir diatas adalah sebagaimana yang dicadangkan oleh moderator
arkib.alfikrah.net sekali gus merupakan guru kami.)

Secara ringkas method tafsir terbahagi kepada dua:


{Tafsir Bil Ma'thur
Menafsir al-Qur'an dengan dengan bersandarkan kepada hadis-hadis, Tabi'in dan Tabi'in-tabi'in.
Dalam jenis ini, Tafsir Jami'ul Bayan oleh al-tabari dianggap yang teragung di mana ianya
memuatkan segala kata-kata Sahabat dan Tabi'in beserta dengan sanadnya sekali. Dan yang
terdekat dengan Tafsir al-tabari ialah tafsir Ibnu Kathir.
Tafsir Bil ra'yi
Pentafsiran al-Qur'an dengan mengunakan akal fikiran. Ada dua jenis tafsiran ini. Pertama, Tafsir
Bil Ra'yi al-Mamduh al-Maqbul yang masih dapat diterima kerana menurut kaedah-kaedahnya
yang betul. Dan kedua, Tafsir Bil Ra'yi al-Mazmum al-Mardud yang tertolak kerana unsur
rasionalismenya yang ekstrim dan menurut hawa nafsu.}2

Di atas merupakan antara tafsir-tafsir yang dianjurkan para ulama. Mungkin terdetik dalam hati
fuhh banyaknya nak kena baca. Zaman sekarang merupakan zaman yang penuh dengan
kesibukan mungkin kita boleh membahagikan 3 tahap pembacaan dalam membaca tafsir. Di
bawah merupakan hanya pendapat peripadi saya bagi yang kesuntukan masa tetapi hendak
mendapat ilmu secara maksimum.

Pembacaan Kitab Tafsir Peringkat Permulaan:


Mungkin ada 6 jenis tafsir yang boleh kita buat pilihan untuk baca untuk peringkat yang pertama.
1.Tafsir Ibnu Katsir (Mukthasar).
2.Tafisr As-Sadi.
3.Tafsir Al-Aisar.
4.Tafsir Al-Azhar.
5.Tafsir Muyassar (banyak pengarang antara yang dianjurkan antaranya Dr.AidhAlqarni dan
sebagainya.)
6.Tafsir Jalalain
(Kesemua enam-enam tafsir ini telah siap diterjemahkan )
Bagi diri saya,saya lebih selesa untuk memilih Tafsir Ibnu Katsir diantara 6 buah tafsir
diatas.
(Hal ini tidak bermakna tafsir yang selebihnya adalah tidak bagus.Tidak!! Tafsir diatas
memang bagus sekali dibaca. Saya telah melihat (meneliti) dan membaca sedikit sebanyak
sebahagian tafsir diatas dan ia sangat baik sekali, malah sebahagian tafsir-tafsir berikut
menjadi rujukan dunia bagi penuntut ilmu dan para ulama.)

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

Bacalah kesemuanya jika anda mampu. Ini hanya bagi mereka yang terpaksa membuat
pilihan atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan.
Cadangan saya mungkin bagi yang pertama kali hendak mendalami ilmu agama mungkin
no.5 Tafsir Muyassar atau no.6 Tafsir Jalalain adalah yang terbaik kerana ia mudah dan
dengan penerangan yang ringkas kita dapat memahaminya. Selain itu, ia tidak berjilid-jilid
dalam tempoh yang singkat kita sudah dapat menamatkan pembacaan.
Bagi Tafsir Muyassar Aidh Al-Qarni ia ditulis dengan bahasa yang agak santai dan sedap
dibaca sebagaimana hampir kepada corak penulisan pada buku beliau La.Tahzan. Edisi
terjemahan dihadirkan dalam 4 jilid. Mungkin ini tidak akan membosakan bagi mereka yang
baru hendak membaca kitab tafsir.
Untuk Tafsir Jalalain ia merupakan tafsir yang sangat ringkas dan merupakan tafsir yang
famous digunakan oleh kebanyakkan pondok.Tafsir ini dihadirkan dalam 2 jilid. Hal ini
mungkin dapat dihabiskan pembacaan dalam masa yang singkat.
Bagi yang sudah selalu mengikuti pengajian kelas-kelas agama di surau dan sebagainya
mungkin no.2 Tafsir As-Sadi atau no.4 Tafsir Al-Azhar adalah paling sesuai kerana ia tidak
terlalu ringkas dan tidak terlalu panjang malah bahasa yang digunakan kedua-dua tafsir
berikut adalah bahasa yang agak santai dan mudah untuk dicerna .
No 2. Dianjurkan bagi mereka yang hendak merasa seolah-olah hidup di alam al-quran yang
diturunkan dizaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat kerana method yang digunakan
adalah tafsir bil ma'tsur (sebagaimana yang telah diterangkan).Tafsir ini akan membawa ke
alam mufassir. (inayallah akan diadkan tulisan asing untuk membahas tafsir ini.)
Manakala no4. adalah bagi mereka yang hendak merasai alam al-quran yang sedang berada
di sekeliling mereka. Tafsir ini adalah tafsir yang baik kerana tafsir ini telas ditulis oleh ulama
nusantara iaitu Hamka. Hamka menggabungkan kedua-dua method diatas bil matsur dan bil
rayi. Huraian yang dibawa hamka mudah difahami kerana bahasa kita sendiri dan bahasa
yang digunakan agak falsafah mungkin menjadi daya tarik bagi mereka yang hendak
mendalami falsafah dengan kaedah yang benar.
Untuk mereka yang telah terbiasa mengikuti kelas pengajian dan telah biasa membaca kitabkitab para ulama mungkin mereka boleh memilih no 1. Tafsir Ibnu Katsir atau no. 3, Tafsir
Al-Aisar.
Tafsir Ibnu Katsir merupakan tafsir telah merentasi zaman. Ia dicatat dengan tinta emas
seolah-seolah ia menjadi mutiara sepanjang zaman, kilaunnya telah menyinari zaman
sehingga seolah-olah menjadi suatu bacaaan wajib bagi mereka yang kehausan ilmu.
(insyaallah telah ditulis artikel untuk membahas Tafsir ini.). Method yang digunakan adalah
method tafsir bil matsur. Satu-satunya tafsir yang paling lama telah melebihi 7 abad diantara
6 tafsir yang dianjurkan. Bahasa yang digunakan dengan bahasa yang ilmiah.
Tafsir Al-Aisar tidak kurang hebatnya, merupakan tafsir yang mengikuti method tafsir ibnu
katsir iaitu bil matsur.Hanya memasukkan hadis yang bertaraf hasan dan juga shahih. Ditulis
oleh ulama besar ketika ini.Tafsir ini telah menjadi rujukan buat abad ini. Boleh lihat lebih
lanjut disini..3

(Mungkin setakat ini penulisan serba ringkas untuk pembacaan kitab tafsir peringkat
permulaan.)
3.Kenapa Tafsir Ibnu Katsir
Saya hanya paparkan beberapa sebab mengapa saya memilih Tafsir Ibnu Katsir:
You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

Pertama:Method yang digunakan Ibnu Katsir ialah tafsir bil matsur iaitu:
1. Tafsir Al-quran tarhadap tafsir Al-quran itu sendiri.
2. Menggunakan sunnah yang merupakan penjelas Al-quran, bilamana tidak ditemukan ayat lain
yang menjelaskan. Ibnu katsir menjelaskan bahwa imam Syafii pernah mengatakan, setiap
hukum yang ditetapkan rasulullah merupakan hasil pemahaman terhadap Al-quran.
3. Perkataan para As-shahabah, bila dalam Al-quran dan sunnah tidak ditemukan
pembahasannya. Karena para sahabat mengetahui banyak sebab-sebab ayat itu diturunkan
dan kondisi pada waktu itu.
4. Pendapat para tabiin bila dalam Al-quran, sunnah dan perkataan para sahabat tidak ditemui
tafsiranya.
Kesimpulannya:
Dalam memehami Al-Qur'an, seseorang wajib merujuk kepada kaedah-kaedah penafsiran AlQur'an yang benar dan selamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para ulama generasi awal
dari kalangan salaf yang terdiri dari para pembesar sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in dan para ulama
yang mengikuti mereka dengan baik. Al-Qur'an tidak boleh dan tidak akan dapat difahami hanya
berbekalkan logika dan perasaan. Sebaliknya, Al-Qur'an wajib difahami dengan berpandukan
hadis-hadis Nabi yang sahih dan fatwa-fatwa para sahabat yang mana mereka menyaksikan
sendiri turunnya ayat-ayat Al-Qur'an di masa mereka.
Tidak ada lagi bentuk-bentuk agama selain dari apa yang difahami dan disampaikan oleh mereka.
Kerana apa yang difahami dan diamalkan oleh mereka dari agama Islam, sudah sangat-sangat
memadai dan itulah yang terbaik. Kerana apa yang diamalkan oleh mereka, itulah yang mendapat
restu dan pembenaran secara langsung daripada Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam. Dan bentukbentuk amalan (sandaran beragama) selain dari itu, maka ia adalah suatu yang asing lagi tertolak
disebabkan agama ini telah pun sempurna dan mencukupi sebagaimana yang difahami oleh
golongan terbaik bernama sahabat.

Abdullah B. Masoud radhiyallahu anhu berkata:


Sesiapa di antara kamu mengikuti sunnah (bimbingan), maka ikutilah jejak bimbingan orang
yang telah wafat kerana orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka adalah para
sahabat Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang yang paling baik
hatinya, paling dalam ilmunya, serta paling sedikit takallufnya (tidak merasa terbeban dengan
syariat). Mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah untuk berdampingan dengan Nabi-Nya
dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka,
dan ambillah akhlak serta agama mereka kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan
hidayah yang lurus. (Ibnu Abdil Bar, Jaami al-Ilm wa Fadhlihi, m/s. 368. Ibnu Taimiyyah,
Majmu al-Fatawa, 3/126, 4/138, 4/158, 11/368, 11/573. Ibn al-Qayyim, Ilam al-Muwaqqiin,
2/202-203)
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian
generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya. (Hadis Riwayat al-Bukhari,


9/133, no. 2458)
Di dalam Al-Qur'an, Allah mengiktiraf dan menyeru kita semua agar mengikuti jejak-jejak
mereka. Maksud firman Allah Ta'ala:
Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari
golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah
redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka
syurga-syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah
kemenangan yang besar. (Surah at-Taubah, 9: 100)
Kedua :Ibnu Katsir merupakan seorang huffaz. Beliau telah mengusai ilmu hadis baik dari segi
sanad mahupun matan. Beliau dapat membezakan yang mana hadis lemah dan tulen.

Ketiga:Perhatian besar para ulama dan penuntut ilmu terhadap karya ini sehinggakan begitu
banyak tahqiq (tahqiq yang menjadi pilihan adalah tahqiq oleh Muhaddist Abu Ishaq Al Huwaini
hafizahullah) dan muktasar yang dilakukan.

4.Siapakah Ibnu katsir?


Sebelum membahaskan kenapa saya memilih Tafsir Ibnu Katsir, eloklah kita mengenali peribadi
yang menjadi mutiara-mutiara yang menyinari alam ini. Sehingga namanya dicatit dalam
lembaran sejarah. Jika para bangsawan hanya diabdikan di sepanjang nama lorong, jalan ataupun
sebagai nama sekolah. Tetapi!! Saksikanlah bahawa mereka para ulama yang ikhlas menuntut
ilmu dan menyampaikannya hanya mengharapkan keredhaan Allah, nama mereka diabdikan
sepanjang zaman, sering disebutkan oleh penuntu ilmu dan didoakan oleh mereka dengan
rahimahullahutaala.
Perjalanan Hidup Ibnu Katsir
Ibnu Katsir ataupun Abul Fid Imaduddin Ismail bin Syeh Abi Haffsh Syihabuddin Umar bin
Katsir bin Dla`i ibn Katsir bin Zar` al-Qursyi al-Damsyiqi. Ia di lahirkan di kampung Mijdal,
daerah Bashrah sebelah timur kota Damaskus, pada tahun 700 H. Ayahnya berasal dari Bashrah,
sementara ibunya berasal dari Mijdal. Ayahnya bernama Syihabuddin Abu Hafsh Umar ibn
Katsir. Ia adalah ulama yang faqih serta berpengaruh di daerahnya. Ia juga terkenal dengan ahli
ceramah. Hal ini sebagaimana di ungkapkan Ibnu Katsir dalam kitab tarikhnya (al-Bidyah wa alNihyah). Ayahnya lahir sekitar tahun 640 H, dan ia wafat pada bulan Jumadil Ula 703 H. di
daerah Mijdal, ketika Ibnu Katsir berusia tiga tahun, dan dikuburkan di sana.
Ibnu Katsir telah belajar kepada dua Syaikh Besar di Damaskus, iaitu Syaikh Burhanuddin
Ibrahim Abdurrahman al-Fazzari (w. 729) terkenal dengan ibnu al-Farkah, tentang fiqh syafiI,
kemudian belajar ilmu ushul fiqh ibn Hjib kepada syaikh Kamaluddin bin Qodi Syuhbah. Ibnu
Katsir juga sangat tertarik terhadap ilmu hadits. Bakatnya dalam bidang keilmuan yang cukup rumit
itu terasah dengan baik ketika ia belajar kepada Jamaluddin al-Mizzi, ahli hadits kenamaan di Syiria

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

yang belakangan menjadi mertuanya. Selain itu juga berguru kepada Al-Wani, yang memberinya
ijazah sanad-sanad hadits dari ulama Hijaz. Selain itu, ia juga sempat belajar kepada Syaikhul Islam
Ibnu Taymiyyah dan muridnya Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah.
Karena keahlian dalam dua ilmu tersebut, dalam usia tiga puluhan Ibnu Katsir telah memperoleh
kedudukan yang mulia di tengah kaumnya. Tahun 1348, ia diminta menggantikan gurunya, AzZahabi, untuk mengajar di Turba Umm Salih. Tujuh tahun kemudian, 1355, ia bahkan diangkat
menjadi kepala Dar al-Hadis al-Asyrafiyah, sebuah madrasah khusus ilmu-ilmu Hadits yang baru saja
ditinggal wafat Hakim Taqiuddin As-Subki.
Genap usia tujuh puluh empat tahun akhirnya ulama ini wafat, tepatnya pada hari Kamis, 26 Syaban
774 H. Ia di kuburkan di pemakaman shufiyah Damaskus, disisi makam guru yang sangat dicintai dan
dihormatinya yaitu Ibnu Taimiyah.

5.Pujian Ulama Terhadap Ibnu Katsir.


Pengakuan muridnya sendiri mengatakan, Ibnu Katsir adalah ulama yang mengetahui matan hadits,
serta takhrij rijalnya. Ia mengetahui yang shahih dan dhaif.

Guru-guru mahupun sahabat beliau mengetahui, bahwa beliau bukan sahaja ulama yang
berkaliber dalam bidang tafsir, juga hadits dan sejarah. Sehinggakan al-Dzahabi, tidak
ketinggalan memberikan sanjungan kepada Ibnu Katsir, Ibnu Katsir adalah seorang mufti,
muhaddits, juga ulama yang faqih dan berkebolehan dalam tafsir.
Ibnu hubaib yang menyebutnya sebagai, pemimpin para ahli tafsir, menyimak, menghimpun
dan menulis buku. Fatwa-fatwa dan ucapannya banyak didengar hamper diseluruh pelosok. Ibnu
katsir banyak tersohor karena kecermatan dan tulisannya. Ia merupakan pakar dalam bidang
sejarah, hadist dan tafsir.
Para ulama sepakat akan keluhuran ilmu Ibnu katsir, terutama dalam bidang Al-quran. Seorang
murid ibnu katsir mengatakan. dari ulama yang ada di zaman ini, Ibnu katsir merupakan orang
yang terbaik dalam mengahafal hadits dan yang paling mahir dalam meneliti tingkat kebenaran
dan kapasitas rawi suatu hadits.
Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani berkata bahwa beliau adalah seorang yang disibukkan dengan
hadits, menelaah matan-matan dan rijal-rijal (perawinya), ingatannya sangat kuat, pandai
membahas, kehidupannya dipenuhi dengan menulis kitab, dan setelah wafatnya kita dapat
mengambil manfaat yang sangat banyak dari karya-karyanya.
Ahli sejarah yang terkenal dengan nama Abul Mahasin Jamaluddin Yusuf Ibnu Saifuddin yang
terkenal dengan nama Ibnu Taghri Bardi berkata dalam kitabnya al-Manhalush Shaafii wal
Mustaufa ba dal Woofi,
Beliau adalah syaikh imam al- Allamah Imaduddin Abul Fida, ulama yang banyak berkarya)
terus bekerja, meraup ilmu dan menulis, pakar dalam bidang fiqih, tafsir dan hadis. Beliau
mengumpulkan, mengarang, mengajar, menyampaikan hadis dan menulis. Beliau memiliki
penelaahan yang luas dalam ilmu hadis, tafsir, fiqih, bahasa Arab dan ilmu-ilmu lainnya. Beliau

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

mengeluarkan fatwa dan mengajar hingga beliau wafat, semoga Allah merahmati beliau. Beliau
dikenal sebagai uiama yang memiliki hafalan yang kuat dan tulisan yang bagus. Ia telah
mencapai puncak dalam ilmu sejarah, hadis dan tafsir.
Salah seorang muridnya, Syihabuddin bin Hajj berkata, "Beliau adalah seorang yang paling
kuat hafalannya yang pernah aku temui tentang matan (isi) hadits, dan paling mengetahui cacat
hadits serta keadaan para perawinya."

6.Pujian Ulama Terhadap Tafsir Ibnu Katsir.


Kitab beliau dalam bidang tafsir yaitu Tafsir al-Quran al-Azhim menjadi kitab tafsir terbesar dan
tershahih sepanjang masa, bahkan hingga saat ini, di samping kitab tafsir Muhammad bin Jarir athThabari.

Muhammad Nasib ar-RifaI (peringkas tafsir ibnu katsir, insyallah akan dibahaskan dibawah
dalam perbandingan cetakan.) saat memberi pengantar buku Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir ini:
Buku ini memudahkan kita dalam memahami berbagai tujuan Allah, sehingga makna-maknanya
yang tinggi menjadi rendah, mudah untuk dipetik dan berada dalam jangkauan mayoritas
pencari ilmu, termasuk jangkauan para pemula.
Imam asy-Syaukani -pakar ilmu Tafsir- mengatakan bahwa Tafsir Ibnu Katsir adalah salah satu
kitab tafsir terbaik, jika dibolehkan, bisa dikatakan sebagai tafsir terbaik, dari kitab-kitab tafsir
yang ada.
Imam as-Suyuthi menilai tafsirnya menakjubkan, belum ada ulama yang menandinginya.
Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin dalam bukunya "al-Ilmu" menganjurkan penuntut
ilmu membaca Tafsir al-Quranil Azhim atau yang lebih dikenal dengan Tafsir Ibnu Katsir.
Kata Syeikh Abdul Malik bin Muhammad al Qasim : "Tafsir Ibnu Kathir yang ada di hadapan
kita, berapa jumlah umat Islam yang membacanya? Kelupaan telah melipatnya. Debu telah
menyelimutinya di sisi para pemilik perpustakaan. Adapun mereka (para Salaf), mereka adalah
orang-orang yang bersungguh-sungguh dan sabar. [ruj : Waratsatul Anbiya']
Rasyid Ridha berkomentar Tafsir ini merupakan tafsir paling masyhur yang memberian
perhatian besar pada riwayat-riwayat dari para mufassir salaf, menjelaskan mana-mana ayat dan
hukumnya, menjauhi pembahasan masalah Irab dan cabang-cabang balaghah yang pada
umumnya dibicarakan secara panjang lebar oleh kebanyakan mufassirin, menghindar dari
pembicaraan yang melebar pada ilmu-ilmu lain yang tidak diperlukan dalam memahami alQuran secara umum atau hukum dan nasihat-nasihatnya secara khusus.
Imam Suyuthi (w.911) berkata mengenai tafsir ibnu katsir, lam yu-laf al namthihi mitsluhu
( belum pernah ada kitab tafsir yang semisal dengannya).
Kata Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah:
"Saya sendiri bersesuaian dengan fitrah keilmuan dan pengetahuan saya berkaitan kitab-kitab dan
khazanah peninggalan sejarah Islam yang agung, sebenarnya tidak gemar meringkaskan kitabkitab atau melakukan perubahan di dalamnya. Akan tetapi saya dihadapkan dengan keperluan dan
You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

kepentingan yang mendesak untuk mendekatkan corak pemahaman tafsir kepada para pembaca di
peringkat menengah yang memiliki wawasan ilmu, yang mana mereka masih tidak mampu
menela'ah dan menyerap ilmu-ilmu pengetahuan yang bermanfaat secara benar lagi mendalam,
dan mereka yang belum benar-benar mengerti tentang istilah-istilah yang diguna-pakai oleh para
ulama dalam disiplin ilmu. Demikian juga untuk para penuntut ilmu Islam di pelbagai penjuru
alam Islami. Untuk itu, saya pun merasa amat perlu melakukannya." (Mukaddimah 'Umdatut
Tasir 'an Al-Hafiz Ibn Katsir)
Syaikh Muhammad Shalih al-Uthaimin :Kitab Tafsir al-Quran al-Azhim, karya Ibnu Kathir.
Ini adalah kitab yang bagus dalam masalah tafsir dengan athar (riwayat), bermanfaat dan aman,
tetapi kandungan irab dan balagahnya sedikit.
Syaikh Al Albani -Dalam bidang tafsir hendaklah ia biasakan membaca kitab Tafsir al-Qur'an alAzhimkarya Al-Hafiz Ibnu Kathir, meskipun pada bahagian-bahagian tertentu terdapat
perbahasan yang panjang, namun kitab ini adalah kitab tafsir yang paling sahih di zaman ini.

7.Di Atas Pantai Karya Seorang Mufassir


Kelebihan Tafsir Ibnu Katsir
1.
2.

Sebagaimana telah diterangkan method yang digunakan dalam menafsirkan ayat alquran.
Beliau memberikan perhatian yang mendalam terhadap apa yang telah ditafsir oleh
mufassir salaf dan menjelaskan makna-makna dan hukumnya.

3.

Perhatian yang sangat besar dengan penafsiran antara Al-quran dengan Al-quran.

4.

Merupakan tafsir yang paling banyak memuat atau memaparkan ayat-ayat yang
bersesuaian maknanya, kemudian diikuti dengan penafsiran ayat dengan hadist marfu
yang ada relevansinya dengan ayat yang sedang ditafsirkan serta menjelaskan apa yang
dijadikan hujjah dari ayat tersebut. Kemudian diikuti pula dengan atsar para sahabat dan
pendapa tabiin dan ulama salaf.

5.

Disertakan selalu peringatan akan cerita-cerita Israilliyat yang tertolak (mungkar) yang
banyak tersebar di dalam tafsir-tafsir bil matsur. Baik peringatan itu secara global atau
mendetail.

6.

Bersandar pada riwayat-riwayat dari sabda Nabi S.A.W para sahabat dan tabiin.

7.

Keluasan sanad-sanad dan sabda-sabda yang diriwayatkan serta tarjihnya akan riwayatriwayat tersebut.

8.

Penguasaan terhadap ayat-ayat nasikh mansukh, serta pengusaannya terhadap sahahih


dan sakimnya jalan jalan riwayat.

9.

Penjelasaanya dalam segi irab, dan istimbatnya tentang hukum-hukum syarie dan ayatayat Al-quran.

10. Tidak mengandung permusuhan, golongan dan mazdhab. Mengajak pada persatuan dan
mencari kebenaran bersama.

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

Kekurangan Tafsir Ibnu Katsir


1. Kurang membahas masalah Irab dan ketatabahasaan dalam menafsirkan ayat-ayat dalam AlQuran.
2. Terdapatnya sejumlah Isroilliyat, sekalipun ia mengingatkanya, namun tanpa penegasan dan
penyelidikan
(Dalam membahas kelebihan dan kekurangan Tafsir Ibnu Katsir saya banyak mengambil
manfaat dari artikel yang ditulis oleh Mukhtar Zaini Dahlan.)

8.Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir Yang Beredar Buat Masa Sekarang


Insyaallah di sini saya akan nyatakan beberapa buah terjemahan kitab Tafsir Ibnu Katsir yang
telah tersebar pada masa kini kesemuanya dalam bahasa indonesia yang boleh difahami.

1) Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i adalah edisi terjemahan bagi kitab
Lubaab Tafsir min Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan tahqiq dan peringkasannya oleh Dr.
'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh hafizahullah. Hadir dalam 10
jilid bagi edisi ekonomi dan 6 jilid edisi lux.
2.Mukhtashar (Ringkasan) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Darus Sunnah adalah edisi terjemahan
bagi 'Umdatut Tafsir 'an Al-Hafiz Ibnu Katsir yang diusahakan oleh Syaikh Ahmad Syakir
rahimahullah. Hadir baru dalam beberapa jilid belum selesai diterjemahkan secara lengkap.
3) Sahih Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka Ibnu Kathir. Hadir dalam 9 jilid. Ini merupakan
terjemahan bagi kitab Misbahul Munir fi Tahdzib Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan oleh
sekumpulan ilmuan yang diketuai oleh Syeikh Al-Mubarakfuri.
4) Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir terbitan Gema Insani Press. Hadir dalam 4 jilid tebal. Edisi
ini merupakan terjemahan bagi kitab Taisir al-'Aliy al-Qadir li Ikhtisar Tafsir Ibn Katsir yang
diusahakan oleh Syeikh Nasib Al-Rifa'i hafizahullah.
5) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Pustaka Algesindo.Merupakan terjemahan lengkap dari teks asli
tanpa tahqiq, taaliq dan sebagainya. Ia diterjemahkan dari kitab yang asli. Hadir dalam 30
jilid dan dalam bentuk buku yang kecil. Terjemahan ini sangat tidak dianjurkan.
6)Tafsir Ibnu Katsir terbitan Victoria Agency. Terjemahan ini merupakan terjemahan yang
sering di lihat di Malaysia suatu ketika dulu.Tetapi terjemahan ini sangat-sangat tidak
dianjurkan.(insyaallah akan diterangkan mengapa untuk terjamahan no.5 dan no.6)

9.Perbandingan Terjemahan Penerbit Kitab Tafsir Ibnu Katsir.


Sebelum saya memulakan membuat perbandingan keatas 4 buah jenis kitab Tafsir Ibnu Katsir
dari no.1 sehingga no.4, eloklah saya menyatakan sebabnya mengapa saya tidak menganjurkan
terjemahan no.5 dan no.6.

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

5) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Pustaka Algesindo.Merupakan terjemahan lengkap dari teks asli
tanpa tahqiq, taaliq dan sebagainya. Ia diterjemahkan dari kitab yang asli. Hadir dalam 30
jilid dan dalam bentuk buku yang kecil. Terjemahan ini sangat tidak dianjurkan.

1) Sebab yang paling utama saya tidak memilih tafsir ini adalah disebabkan tafsir ini hadir dalam
versi asal iaitu tanpa tahqiq (penelitian terhadap sesuatu hadis) dan takrij (mengeluarkan dan
memisahkan antara hadits yang shohih, hasan dhoif dan palsu atau mungkar dalam suatu kitab
kumpulan hadits). Sebagaimana yang telah terdapat dalam kitab ibnu katsir yang asli, ibnu katsir
telah membawa hadis-hadis dengan sanad-sanad sekali yang merupakan sesuatu yang tidak
penting bagi mereka yang hanya ingin mendapat manfaat bukan untuk mengkaji. Ibnu Katsir juga
telah membawa hadis-hadis yang shahih dan dhaif disamping juga isralliyat. (insyaallah hal ini
akan diterangkan dengan lebih jelas dalam tajuk yang berikutnya.)
2) Susunan Bab yang tidak teratur, justeru ia mempersulitkan untuk bagi mereka yang ingin
membaca.
3)Terdapat isralliyat (kisah-kisah bani Israel) walaupun Ibnu Katsir tegas dalam hal ini.
4)Terjemahan bahasa Indonesia yang agak pekat sehingga menyebabkan sebahagian penduduk
Malaysia sukar untuk memahami.
5)Telah hadir edisi ebook secara percuma.Oleh itu para pembaca dapat memabaca sedikit terlebih
dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. Anda boleh dapatkan di link berikut(salah
satunya dan boleh di search di google):
http://www.ahmadzainuddin.com/id/component/content/article/36-ut/126-free-download-kitabterjemahan-tafsir-ibnu-katsir-gratis6)Tafsir Ibnu Katsir terbitan Victoria Agency. Terjemahan ini merupakan terjemahan
yang sering di lihat di Malaysia suatu ketika dulu. Tetapi terjemahan ini sangat-sangat
tidak dianjurkan.
1) Sebenarnya alasannya lebih kurang sama sebagaimana alasan tidak memilih
terjemahan no.5 akan tetapi yang paling tidak menyenangkan ialah kualiti terjemahan
yang dipersembahkan. Seolah-olah ia menjadi seakan kitab penterjemah, banyak ayatayat yang bukan berasal dari Ibnu Katsir telah ditambah. (Hal ini diperkatakan oleh
guru saya tetapi cukuplah alasan tiada tahqiq, tahkrij dan taaliq terhadap kitab ini
untuk tidak memilih terjemahan versi ini.)

Apa yang telah dilakukan dalam edisi ringkasan ini?


1.

Setiap hadis atau riwayat/atsar diberikan rujukan/nota kaki. Hadis-hadisnya ditakhrij bagi
memudahkan rujukkan dan memberi keyakinan kepada pembaca

2. Hadis-hadis yang tidak sahih (dhoif atau maudhu') dikeluarkan dari kitab ini (sebahagian edisi
terjemahan hanya mencantumkan dlm 6% tetapi dinyatakan ia adalah hadis lemah). Dan
dibiarkan hanya hadis/riwayat yang sahih dan hasan sahaja, serta riwayat-riwayat yang maqbul
(diterima).
You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

3. Menafsirkan lafadz-lafadz yang ditulis dalam kitab ini yang sulit difahami maksudnya oleh
para penuntut ilmu.
4. Menghilangkan israiliyat, cerita, dan kisah yang tidak benar dan tidak berkaitan dengan
maksud dari ayat al-Qur-an.
5. Adapun ayat-ayat al-Quran yang terdapat di sela-sela tafsir telah diberi harakat sesuai dengan
mushaf dan diberi tanda kurung, khusus untuk ayat-ayat al-Quran yang diambil dari mushaf
yang telah diprogram dalam komputer.
6. Pada bagian atas halaman dicantumkan nama surat dan nombornya serta nombor ayat untuk
memudahkan rujukan.
7. Meletakkan bab bagi setiap ayat yang ditafsirkan agar mudah bagi para pemabaca untuk
mencarinya.
8. Menghilangkan nama-nama rijal sanad (perawi-perawi hadits) kecuali nama teratas dari paling
bawah, misalnya Abu Hurairah dan al-Bukhari. Dan mungkin membiarkan sebagian sanad
karena susunannya tidak dapat untuk dihilangkan.
9. Menghilangkan hadits yang biasanya diulang berkali-kali, yang saya anggap pengulangan itu
tidak membawa banyak manfaat
10.Memberi nota kaki bagi sebahagian ayat yang memerlukan rincian yang lebih mendalam.
(Kesemua 10 point ini berlaku kepada keempat-empat jenis ringkasan Tafsir Ibnu
Katsir.)
Perbandingan Tafsir Ibnu Katsir
Saya tidak akan membuat perbandingan secara mendalam kerana saya belum memiliki
kesemua kitab tafsir tersebut. Saya hanya dapat perbandingan sebatas maklumat saya dapati
dan pembacaan saya sekadar melihat-lihat sahaja kesemua kitab dibawah ini kecuali terbitan
Pustaka Imam SyafiI, kerana saya telah memilikinya 2 tahun lepas. Kesemua penerbit
dibawah adalah penerbit yang telah terkenal dengan kualiti terjemahan mereka dan editting.
1) Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i adalah edisi terjemahan bagi kitab
Lubaab Tafsir min Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan tahqiq dan peringkasannya oleh
Dr. 'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh hafizahullah. Hadir
dalam 10 jilid bagi edisi ekonomi dan 6 jilid edisi lux.
Kelebihan terbitan ini ialah kerana kualiti yang dipersembahkan baik dari segi terjemahan,
editor, kertas, kulit buku dan sebagainya. Penerbit Imam SyafiI telah lama terkenal akan
kualiti yang dipersembahkan (hal ini tidak bermakna terbitan lain adalah tidak bagus, tidak,
Cuma branding yang dibina terbitan ini lebih terserlah.)
Terjemahan ini lebih mendekati terjemahannya yang asli, kerana ayat-ayat yang ditulis oleh
Ibnu Katsir dikekalkan. Justeru ia lebih mendekati kepada keaslian kitab.
Bahasa yang dipersembahkan adalah bahasa yang cukup baik seakan-akan ia adalah Bahasa
Melayu. Saya rating 9.1 untuk bahasa.

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

Kitab ini juga telah disarankan dan sering dibawa oleh Ust. Zahazan suatu ketika tahun 2010
ketika beliau beri ceramah. (begitu juga dengan Shahih Tafsir Ibnu Katsir.)
Kekurangan kitab ini ialah boleh dikatakan terlalu ringkas jika dibandingkan kesemua empatempat kitab. Penafsiran yang telah di tafsir tidak akan ditafsir lagi. (pentahqiq akan
menyatakan bahawa ayat sekian-sekian telah di tafsir surah sekian-sekian, tidak diberitahu
ayat keberapa. Walau bagaimanapun saya masih menyukai tafsir terbitan ini.)
Muqaddimah Ibnu Katsir dalam kitab ini telah dibuang.
Penyusunan bab kitab ini bagi saya ia sudah cukup amat baik akan tetapi Shahih Ibnu Katsir
lebih baik kerana ia lebih ditujukan kepada orang awam.
Siapa yang sesuai untuk memiliki kitab ini?Kitab ini lebih sesuai kepada mereka yang
penuntut ilmu yang mementingkan keaslian kitab sebenar kerana perbahasan-perbahasan
khilafiah tidak dibuang seperti penafsiran yang terdapat disurah An-Najm ayat 32 .
Selain itu ia juga seusai untuk dijadikan sumber rujukan yang kuat.
Tafsir terbitan ini juga telah dipuji oleh Ketua Majlis Ulama Indonesia "Tafsir bil Ma'tsur
terbaik?
Tentu Tafsir Ibnu Katsir. Terjemahannya yang Terbaik? Hemat saya, karya terbitan Pustaka
Imam Asy-Syafi'i terjemahannya bebas, luwes, pas, namun tetap loyal pada isi dan
subtansi." (Prof. Dr. Roem Rowi, MA. Ketua MUI Jawa Timur, th. 2000-2005)
Kitab ini juga telah hadir versi ebook(belum lengkap) mungkin para pembaca boleh membaca
terlebih dahulu.
http://www.scribd.com/doc/465273/Tafsir-Ibnu-Katsir-I-1200
2.Mukhtashar (Ringkasan) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Darus Sunnah adalah edisi terjemahan
bagi 'Umdatut Tafsir 'an Al-Hafiz Ibnu Katsir yang diusahakan oleh Syaikh Ahmad Syakir
rahimahullah. Hadir baru dalam beberapa jilid belum selesai diterjemahkan secara lengkap.

Ringkasan ini sememangnya telah menjadi idaman saya dan para penuntut ilmu yang lain.
Sayangnya ketika itu kitab ini masih belum diterjemah, ia mula diterjemahkan pada akhir
bulan 2011.
Ringkasan ini telah dilakukan oleh seorang ulama yang cukup hebat iaitu pentahqiq dan
syarah kepada Musnad Imam Ahmad yang terdiri daripada pulahan jilid iaitu Syaikh Ahmad
Syakir r.h.m
Syaikh Ahmad Syakir rhm merupakan ahlu hadis yang cukup hebat (sebenarnya kesemua 4
ringkasan ini telah dilakukan oleh ulama hadis yang cukup hebat ). Cuma saya lebih
menyukai takhrij hadis yang dipersembahkan oleh Syaikh Ahmad Syakir rhm.
Jika anda seorang yang sangat meminati bidang hadis maka ringkasan ini yang harus ada
miliki kerana
Penulisan teks dan tahqiq yang lengkap; menuliskan semua hadits-hadits yang shahih
dan semua ayat-ayat yang menjadi syahid (pendukung); menyebutkan perawi hadits
dengan dilengkapi sumber hadits; menjelaskan kekeliruan-kekeliruan yang ada, baik
yang berhubungan dengan nama orang, peristiwa, dan lainnya; serta hanya
mencantumkan hadits-hadits yang shahih saja.
Bahasa yang dipersembahkan adalah agak keindon-indoan tetapi tidak terlalu pekat
dan boleh difahami. Bahasa yang digunakan baik sekali jika saya boleh rating saya
rating 8.9 dari segi bahasa.
Cuma jumlah jilid ringkasan yang dipersembahkan agak banyak ia mungkin
mengambil masa yang agak lama untuk habis kerana Syaikh Ahmad Syakir rhm
banyak membuat tambahan ilmiah bagi menjelaskan lagi hal-hal yang samar.
You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

Syaikh Muhammad bin Khali hafizahullah mencadangkan juga ringkasan tafsir Ibnu
Kathir, Umdah at-Tafasir karangan Syeikh Ahmad Syakir.
Para ulama menyatakan bahawa tahqiq dan muktashar (ringkasan) Syaikh Ahmad
Syakir rahimahullah ke atas Tafsir Ibnu Katsir ini sebagai antara tahqiq dan
mukhtashar terbaik setakat ini berbanding edisi-edisi lainnya. Beliau memastikan
hanya hadis-hadis atau riwayat-riwayat yang sahih dan hasan sahaja yang
dipersembahkan oleh edisi ini. Walaupun demikian tidak setiap hadis yang dhaif
(lemah) dikeluarkan apabila di sana ada keperluan bagi menjelaskan tarjih asal milik
al-hafiz Ibnu Katsir dan bagi mehilangkan syubhat.
Siapa yang patut miliki kitab ini? Kitab ini seharusnya dimiliki bagi mereka penuntut ilmu
yang meminati bidang hadis dan mementingkan keaslian kitab yang asal maka ini adalah
pilihan terbaik antara semua(bagi pendapat saya).
3) Sahih Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka Ibnu Kathir. Hadir dalam 9 jilid. Ini merupakan
terjemahan bagi kitab Misbahul Munir fi Tahdzib Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan oleh
sekumpulan ilmuan yang diketuai oleh Syeikh Al-Mubarakfuri rhm.

Dari segi penyusunan bab maka bagi saya kitab terbitan ini adalah paling terbaik antara
semua.
Setiap perbahasan (penafsiran) diberikan dan dipisahkan (dibezakan) dengan perletakkan tajuk bagi tujuan
memudahkan pemahaman dan pencarian.
Antara kekuatan terbitan ini ialah catatan nota kaki yang baik.

Corak penyampaiannya begitu mudah dan mesra pembaca dan mudah difahami.
Bahasa yang digunakan mendekati kepada bahasa melayu sebagaimana terbitan Pustaka
Imam SyafiI maka dengan itu saya menilai bahasanya 9.2.
Syeikh Syafiyyurahman al-Mubarakpuri (seorang ulama hadis yang cukup hebat pemilik
kitab tuhfatul awadzi-syarah sunan tirmidzi) telah memipin satu tim iaitu Tim Rabithah Alam
al-Islami dalam melakukan ringkasan ini.
Sebagaimana yang ditegaskan bahawa method yang digunakan dalam meringkaskan tafsir ini
adalah untuk dipersembahkan kepada orang awam. Maka terdapat beberapa tempat yang
dibuang penafsiran Ibnu Katsir sepertimana yang penafsiran dalam surah An-Najm ayat 32.
Kerana apa yg dibuang oleh Syaikh al-Mubarakfoori rhm adalah sesuatu yang baik. Hal ini
kerana sebahagaian tempat Ibn Kathir hanya memuatkan qaul madzhabnya sahaja iaitu alSyafiI dalam sebahagian penafisirannya padahal hal ni perlu kepada perbahasan lebih jauh
dengan melihat kepada kitab-kitab fiqh. Maka apa yang dilakukan oleh Syaikh alMubarakfoori dengan membuangnya, supaya tafsir Ibn Kathir kembali kepada landasan asal,
bebas dari pengaruh madzhab
Siapa yang patut memiliki terbitan ini? Terbitan ini harus dimiliki bagi mereka yang ingin
kitab tafsir yang mesra pembaca khususnya orang awam atau bagi mereka yang baru ingin
mula membaca tafsir kerana ia lebih ringkas, dan setiap perbahasan dibahagikan mengikut
tajuk supaya mudah bagi mereka yang ingin faham. (Strongly suggest bagi mereka yang
hendak miliki tafsir.) Tamabahan kitab ini juga telah ada indeks al-quran yang khusus. Anda
dapat lihat disini
http://www.ibnukatsir.com/index-al-qur%E2%80%99an-dalam-shahih-tafsir-ibnu-katsir/
4) Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir terbitan Gema Insani Press. Hadir dalam 4 jilid tebal. Edisi ini
merupakan terjemahan bagi kitab Taisir al-'Aliy al-Qadir li Ikhtisar Tafsir Ibn Katsir yang
diusahakan oleh Syeikh Nasib Al-Rifa'i hafizahullah.
You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

Kitab ini telah diringkaskan oleh Muhammad Nasib ar-RifaI hafizahullah (seorang
ulama asal Suriah) meringkas kitab tafsir itu menjadi hanya empat jilid saja. Kemudian Penerbit
GEMA INSANI telah menerjemahkan dan menerbitkan keempat jilid lengkap kitab Ringkasan
Tafsir Ibnu Katsir itu.
Sebagaimana yang dikatakan oleh penerbit:"(Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir ini) spirit
maknanya masih utuh tanpa cacat, dalam bentuk susunan yang jelas sehingga dapat dipahami
oleh cendekia, pelajar, pemula dalam mencari ilmu, bahkan oleh masyarakat awam, jika mereka
membacanya atau dibacakan kepada mereka."
Tafsir terbitan ini saya kurang pengetahuan dalam hal ini namun dengan melihat sepintas
lalu tafsir terbinan ini mudah untuk dicerna.
Bahasa yang digunakan mudah difahami akan tetapi ia lebih keakan-akan bahasa indonesia.
Setelah membaca sedikit maka rating saya bagi bahasa adalah 8.7.
Dari segi penyusunan bab dan font yang dipersembahkan mungkin ia agak tidak mesra bagi
sebahagian pembaca.
Walaupun begitu tafsir terbitan ini telah mendapat pujian daripada banyak ulama seperti
Syaikh Abdul Aziz bin Baz rhm, Dr.Aidh Al-Qarni dan sebagainya.
Kitab ini juga telah ada di google book, eloklah terlebih dahulu anda membaca sedikit
sebelum anda membuat keputusan.
http://books.google.com.my/books/about/Kemudahan_dari_Allah.htmlid=5idLGHB0fnUC&redr_esc=y

Siapa yang patut miliki kitab ini? Terbitan ini mungkin tidak begitu sesuai bagi mereka yang
baru untuk membaca tafsir tetapi ia mungkin satu pilihan yang baik bagi penuntut ilmu.

10.Kesimpulan
Perbandingan yang saya lakukan hanya sebatas pengetahuan yang sangat sedikit. Walaupun
perkara yang dilakukan ini mungkin telah menyanggahi adab sebagai penuntut ilmu kerana
dengan membataskan diri dengan kitab-kitab atau buku-buku tertentu dan meletakkan kelebihan
pada sesetengahnya yang lain adalah sesuatu perbuatan yang tidak adil. Tetapi apa yang saya
lakukan adalah disebabkan dilema yang saya rasai ketika dahulu. Dalam keadaan tidak
mengetahui kitab apa yang harus saya miliki demi memahami Al-Quran. Alhamdulillah setelah
hampir sebulan pencarian dengan bantuan sahabat-sahabat dan laman-laman web seperti arkib.
alfikrah saya telah didedahkan kitab-kitab yang patut dimiliki.

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

Sebagai saranan bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk memiliki tafsir Al-Quran tetapi
masih ingin memahmi Al-Quran. Insyaallah buku yang ditulis oleh seorang faqih zaman ini Ibnu
Utsaimin rhm adalah kitab yang paling baik untuk anda miliki iaitu tafsir Juz Amma oleh pustaka
At-Tibyan. ( Kitab ini amat bagus untuk dibaca bersama keluarga untuk dijadikan rutin harian
dan ia juga amat baik bagi mereka yang tidak mampu hendak membaca kitab tebal-tebal maka
mungkin anda dapat mulai dengan kitab ini sebagai permulaan.)

Sekarang terletak keatas pundak bahu kita sama ada kita ingin memahami Al-Quran atau tidak.
Ayuh sama-sama kita menyelami lautan hikmah yang berada di dalam Al-Quran sebuah kitab
yang telah merentasi zaman., tidak pernah merasa bosan untuk membacanya, menjadi penawar
bagi segala duka. Sumber Tertinggi manusia yang berada di muka bumi. Ingatlah dalam
mengharungi kehidupan kita akan sentiasa menumui jalan yang penuh onak dan duri. Kita akan
dihalang oleh berbagai kesulitan, sebab itulah kehidupan yang tidak ada susah bukanlah hidup
namanya. Kadang-kadang jiwa ini mula merana merasa terancam maka timbullah putus asa
dalam diri. Inilah menjadi pentanda kematian hati. Jadi apa yang akan menuntun jiwa kita ini? Di
mana lagi sumber telaga itu dapat dicari, kalau bukan dengan agama?
Kata Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam bukunya Miftah Dar as-Sa'adah :
"Tidak ada sesuatu pun yang lebih bermanfaat bagi hati melebihi Al-Qur'an apabila dibaca
dengan bertadabbur dan tafakkur. Membaca dengan bertadabbur dan tafakkur adalah puncak
kedudukan orang yang berusaha, beramal dan yang mengetahui. Dengan cara itu akan melahirkan
kecintaan, kerinduan, takut, harapan, taubat, tawakal, redha, syukur, sabar dan sifat-sifat lain
yang dapat menghidupkan matinya hati. Membaca dengan tadabbur dan tafakkur juga dapat
menjauhkan seseorang dari semua sifat dan perbuatan tercela yang merusak hati.
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Perumpamaan orang-orang mukmin yang
membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah baunya wangi dan rasanya enak, dan
perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah kurma, tidak
ada baunya namun rasanya manis, dan perumpamaan orang munafik yang membaca AlQuran seperti Raihanah baunya wangi dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang
munafik yang tidak membaca Al-Quran seperti buah Handzolah, ia tidak ada baunya dan
rasanya pahit (Muttafaq alaihi)
Dan Rasulullah SAW bersabda : Bacalah Al-Quran, kerana ia datang pada hari Kiamat ,
menjadi pemberi syafaat bagi pembacanya (H/R Muslim)
Insyallah akan dibahaskan tentang tafsir-tafsir yang lain.WaLlahu a`lam.

You created this PDF from an application that is not licensed to print to novaPDF printer (http://www.novapdf.com)

Anda mungkin juga menyukai