Anda di halaman 1dari 16

Pengertian taubat :

Kembali semula taat kepada Allah setelah


menyesal melanggar perintah Allah atau
larangan Nya.

Taubat nasuha pula ialah taubat yang
dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan
ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.



DALIL WAJIB BERTAUBAT
:
Firman Allah : Surah At-Tahrim Ayat 8

Wahai orang-orang yang beriman
bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
sebenar2 taubat

Hukum Taubat
WAJIB bagi orang-orang yang
melakukan dosa

SUNAT bagi orang yang tiada dosa
Bila diwajibkan bertaubat
Apabila melakukan dosa-dosa/ setelah
melakukan dosa atau kesalahan
Syarat-Syarat taubat
Menyesal terhadap maksiat/dosa yang
dilakukan
Berhenti melakukan maksiat/dosa
Berazam tidak akan mengulanginya lagi
Memohon maaf (istighfar) daripada Allah
Memohon maaf dengan orang lain yang
berkaitan jika dosanya berkaitan dengan
hak orang lain
Perkara-perkara lain dalam
bertaubat
Taubat dengan hati yang ikhlas tanpa
paksaan
Selalu beristighfar dalam kehidupan
seharian




Melakukan solat taubat


Cara Solat Taubat

Waktu : Bila2 masa
Niat :


"Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2
rakaat kerana Allah Ta'ala
Rakaat PERTAMA - Dengan membaca
(disunatkan membaca doa Iftitah)
kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu
bacalah Surah Al-Kafirun
Rakaat KEDUA- Membaca surah Al-
Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-
Ikhlas sebanyak 3 kali.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika
mampu, ucapkanlah Doa Nabi Yunus
sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh
di dalam hati memohon keampunan dari
Allah Taala):


Selepas salam, perbanyakkan
Istighfar sebanyak 100 kali, atau yang
semampunya,
Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih
memuji Allah SWT 100 kali, atau yang
semampunya,
Akhir sekali berdoalah dengan cara
yang mudah mengikut kemampuan
dengan bahasa yang paling mudah atau
dengan Penghulu Istighfar sebagaimana
berikut:



Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada
Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang
menjadikan aku. Sedang aku adalah
hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-
Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman
dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan
yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas
segala nikmat yang telah Engkau berikan
kepada ku dan aku mengaku segala
dosaku. Maka ampunilah aku.
Sesungguhnya tidak ada yang dapat
mengampuni segala dosa kecuali Engkau.
barangsiapa yang membaca Penghulu Istighfar pada Waktu
Zuhur, seandainya dimatikan pada Waktu Asar, nescaya
dimasukkan dia ke dalam Syurga Allah SWT, begitulah waktu-
waktu selanjutnya.
Mengapa syarat taubat
diperlukan?
Supaya Allah menerima taubat yang
dilakukan
Supaya dosa seseorang benar2
terhapus
Supaya taubat dilakukan dengan ikhlas
Supaya taubat tidak dipermainkan
Supaya maksiat dan dosa tidak diulangi
lagi
Hikmat Taubat
Memberi peluang orang yang berdosa
kembali kejalan yang benar/kepada Allah
Memberi ketenangan hati setelah
bertaubat
membersihkan diri daripada dosa apabila
meninggal dunia;
mendapat balasan syurga.



Akibat tidak bertaubat
Dosa dan kemurkaan Allah akan terus
bertambah
Amalan tidak diterima Allah
Hati menjadi tidak tenang dan bahagia
Doa tidak diterima Allah
Muka tidak berseri/tiada cahaya
keimanan diwajah
Rezeki akan disempitkan

Keadaan taubat yang tidak
diterima:
(a) ketika nyawa di halkum;
(b) ketika masih dalam kafir;
(c) ketika masih bergelumang dengan
dosa dan maksiat.

Anda mungkin juga menyukai