Anda di halaman 1dari 4

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada
malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan
banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah
As Sajadah dan surah Al Mulk.
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Fadhilat Dari Hadis


Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam
al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi
keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu,
ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang
membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta
ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sebahagian surah-surah yang
terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu
surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan
mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.
Ulama berkata: Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamalpengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan
Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api
Neraka.

2. Menyelamatkan daripada seksa kubur


Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya
untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; kamu tidak dapat hampir dari sisi
kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk.

Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga
terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana
orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk. Maka, Surah ini menyelamatkannya
daripada azab kubur.
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Surah Al Mulk itu memelihara
dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.
Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam,
diselamatkannya dari azab kubur.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana
malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk
bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya di dalam Al-Quran
ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan
datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur
sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.
Saiyidina Abdullah bin Abbas berkata: Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga
menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah
Subhanahu wa Taala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala,
terdengar satu seruan: Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada
surah Al Mulk.
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan
khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya
terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui
baginda SAW dan berkata : Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di
atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar
seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Nabi SAW
bersabda; Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.
(HR At-Tarmizi)

3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati
setiap orang yang beriman. (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan
membacanya dengan istiqamah). Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk
sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.

4. Mendapat Keistimewaan

Saiyidina Ali berkata: Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia


pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi
Yusuf.
Ulama berkata: Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di
dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia
mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua
manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.

Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk


Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain.
Diantaranya:
.
1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segalagalanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan
menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir,
memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting
dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring
dengan lembung kanan.
.
2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk




Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada
ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk
kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan
berkurangan dan sembuh sakit giginya.

Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al Mulk tersebut. Ia
akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia
diampunkan.

Anda mungkin juga menyukai