Anda di halaman 1dari 8

KELEBIHAN SURAH AL-WAQIAH Sabda Rasulullah SAW: Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan.

Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu. (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa). Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran. (Riwayat daripada Ibn Masud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir). Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan. (Hadis riwayat Ibnu Ady) Menurut fatwa sebahagian Ulama katanya: Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula. Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqiah adalah: 1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan. Rasulullah bersabda : Man qaraa suratal-Waqiati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqiati suratul-gina faqrauha wa allimuha aulada-kum. Ertinya: Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqiah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu. 2. Berkata Masruq: Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqiah. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269) 3. Imam Jafar ra. berkata: Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Taala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat AlWaqiah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360) 4. Disebutkan dalam Khawashul Quran, siapa yang membaca surat Al-Waqiah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqiah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqiah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sad Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih. Rasulullah bersabda: Man qaraa suratal-Waqiati lam yaftaqir abada. Ertinya: Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya. Anda boleh baca surah Al-Waqiah di sini beserta maksudnya. Baca dan hayati. Semoga mendapat hidayah dari bacaan tersebut. Amin. Bacaan yang mempersona dan menginsafkan dibawah disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam

Kelebihan membaca Surah Al baqarah


Antara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW: 1. Rumah yang di bacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan, sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Dari Abdullah bin Masud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran ) Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah Abdullah bin Masud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ; Surah Al baqarah ayat 1-5 Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya Surah Al Baqarah ayat 284-286 Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar. 2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah Ini merupakan salah satu fadhilat dan kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair : Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi.

Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda : Wahai putera Hudhair, baca terus Dia menjawab Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi. Tahukah engkau apa itu Tanya Rasulullah. Tidak Jawabnya. Beliau pun bersabda itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang. 3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar. Surah Al baqarah dan surah Ali- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata: Aku pernah memdengar Rasulullah bersabda: Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah azZahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat. 4. Mengelak dari terkena sihir Kemudian beliau bersabda lagi Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca ) Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah. Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat.

Fadhilat membaca surah Al-Mulk


SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya. Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud: Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk. Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Itulah yang menahan (Al-Maainah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur. (HR At Tarmizi) Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk. (HR At Tarmizi) Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.(Surah Al-Mulk) (HR At Tabrani) An-Nasai juga meriwayatkan dari Ibnu Masud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur. Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman. Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan AlifLam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam Lailatul-Qadar. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Taus rahmatullah alaih telah berkata: Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah. Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka. Ia menjawab, Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada di dalam kubur

FADHILAH SURAH AS-SAJDAH SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam. Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak. Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini. 1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk. 2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur. 3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar. 4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin. 5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati. Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

FADHILAT MEMBACA SURAH AL-QURAN


FADHILAT MEMBACA SURAH AL-QURAN

SURAH AL-KAHFI Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah AlKahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat" SURAH AS-SAJDAH Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata: "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk" SURAH YAASIN Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata: "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran". SURAH AD-DUKHAN Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya". SURAH AL-WAQIAH Rasulullah saw bersabda: " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya" SURAH AL-MULK Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!" Dan Nabi saw bersabda: "saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku". SURAH AL-HASYAR Nabi saw bersabda: "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"

Anda mungkin juga menyukai