FASAL 9 - 12
Fasal 9 : Para Rasul
Allah dan bukti
pengutusan mereka
1. Kenapa Allah utuskan para rasul?
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun
melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Aku: oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku. [al-
Anbiya:25]
2. Supaya manusia memahami hikmah sesuatu perkara
a. Semua aturan dan ciptaan Allah ada hikmah, tidak sia-sia
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka
(dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi
Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy
yang mulia. [al-Mukminun: 115-116]
b. Allah utuskan para Rasul untuk jadi perantara antara kita dengan Allah
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah
seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan
kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan
membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan
kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan
kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah: 151]
3. Menyelamatkan manusia daripada perselisihan dan menunjukkan mereka
kepada kebenaran
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira
(kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang
yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu
hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap
Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana. [an-Nisaa: 165]
6. Menjadi teladan kepada manusia
- Pertuturan, ibadah, perilaku
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-
banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab: 21]
Mukjizat?
Definisi: perkara yang dikurniakan Allah kepada para nabi yang diutuskan untuk
menjadi bukti kenabian
Contoh mukjizat:
- Nabi Ibrahim
- Nabi Isa
- Nabi Musa
Fasal 10: Ringkasan
Mukjizat Nabi
Muhammad
Apakah mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W untuk
membuktikan kerasulan baginda?
S.A.W
1. Berita gembira dalam kitab yang terdahulu
- Dalam kitab Injil dan Taurat
- Dalil:
- Mengandungi berita-berita tentang perkara ghaib yang telah berlaku pada masa
lampau
- Mengandungi berita-berita tentang perkara ghaib yang akan berlaku pada masa
akan datang
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama
dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi
Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama
sendiri (umat Islam). [al-Fath:29]
2. Al-Quran vs Kata-kata Manusia
a. Nilai balaghah dan kefasihan al-Quran
ii. Tidak ada seseorang pun yang meniru kalam yang terkandung dalam al-Quran
HIDAYAH
2. Al-Quran mendahului kitab moden
A.Sesak nafas apabila terbang tinggi
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya
nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan
sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan
dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke
langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada
orang-orang yang tidak beriman. [al-Anam: 125]
B. Pusat deria rasa terletak pada kulit
- manusia menyangka bahawa keseluruhan tubuh adalah anggota deria dan tahap deria tersebut adalah
sama pada setiap bahagian.
- ilmu anatomi moden telah menjumpai fakta baru bahawa pusat deria rasa bagi rasa sakit dan selainnya
tertumpu dengan banyaknya pada kulit. Oleh itu, manusia hanya rasa sakit cucukan jarum jika ia
dicucuk melalui kulit.