Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

TINGKATAN 5 KSSM PELAJARAN 30 UstDi, NDr. 011-1009 5423

TAANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN JENAZAH.

PENGERTIAN PENGURUSAN JENAZAH BERSERTA DALIL.


BIL PERKARA KETERANGAN
1. PENGERTIAN Segala aktiviti yang dilakukan untuk menguruskan jenazah bermula
PENGURUSAN daripada memandikan, mengkafankan, mensolatkan hingga
JENAZAH menyembahyangkan jenazah mengikut cara tertentu.
2 DALIL ‫ وإن‬،‫ص احِلَةً فخريٌ تُقدِّموهَن ا إليه‬ ُ ‫ أس ِرعوا باجلناز ِة فإن ت‬: ‫ قال‬ ‫ عن النيب‬ ‫عن أيب هريرة‬
َ ‫َك‬
‫ضعُ ْونَهُ َعن ِرقَابِ ُك ْم‬ ِ ُ
)‫(رواه البخاري‬ َ َ‫تك س َوى ذلك فَ َشٌّر ت‬
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW telah bersabda : Segerakanlah menguruskan jenazah.
Jika [jenazah] itu yang baik, maka kebaikanlah yang kamu berikan kepadanya, jika sebaliknya,
maka kamu telah menghilangkan keburukan dari tengkuk kamu.
[Hadith Riwayat al-Bukhari]

TAHUKAH ANDA? Tambahan ilmu.


1. HARUS menangis apabila berlaku sesuatu kematian tetapi HARAM apabila meraung dan meratap.
2. HARUS menangis kerana Baginda SAW juga menangis apabila kematian anakand aBaginda Saidina
Ibrahim.
)‫(رواه مسلم‬ .‫ اثنان يف الناس مها هبم كفر الطعن يف النسب والنياحة على امليت‬:  ‫ قال رسول اهلل‬ ‫عن أيب هريرة‬
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : dua perkara pada manusia yang kedua-duanya adalah
perbuatan orang kafir, mencela keturunan dan merata atas kematian. [Riwayat Muslim]

HUKUM DAN ADAB DALAM PENGURUSAN JENAZAH.


BIL PERKARA KETERANGAN
1. HUKUM Termasuk dalam salah satu Fardhu Kifayah [‫ ]ف رض كفاية‬yang
menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam.
Kewajipan ini meliputi :
1. Memandikan jenazah.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Mensolatkan jenazah.
4. Mengkebumikan jenazah.
2. ADAB DALAM Mengucapkan takziah dan menasihatkan/ berpesan agar
PENGURUSAN JENAZAH bersabar kepada keluarga si mati. Doa yang boleh dibaca
seperti;
ْ‫ َواحْ ت َِسب‬، ْ‫ فَاصْ بِر‬،‫ وكلٌّ عن َدهُ بِأ َ َج ٍل ُم َس ّمًى‬،‫ َولَهُ َما أَ ْعطَى‬،‫هلل َما أخ َذ‬
ِ ‫إن‬َّ .
Sesungguhnya apa yang Allah Taala ambil itu adalah miliknya, dan
apa yang diberi oleh Allah Taala juga adalah milikNya. Setiap
urusan itu telah ditentukan waktunya di sisi Allah Tala. Maka
hendaklah kamu bersabar dan mengharap pahala [di atas ujian ini]
Mendoakan si mati agar diberi keampunan oleh Allah Taala
dengan doa;
)‫اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه (رواه مسلم‬
Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosanya, dan limpahkanlah rahmatMu ke
atasnya, sejahterakannya dan maafkanlah dia. [Riwayat Muslim]
Menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan atau makanan

1
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 KSSM PELAJARAN 30 UstDi, NDr. 011-1009 5423

BIL PERKARA KETERANGAN


khususnya kepada keluarga miskin.
Tidak menceritakan keburukan/ aib jenazah kepada orang lain
kerana boleh mencemarkan maruah keluarga si mati.
Melakukan Solat Jenazah sebagai tanda penghormatan terakhir
kepada si mati.
Mengiringi jenazah ke kubur dan mendoakan kebaikan
untuknya.
Memberikan pertolongan dalam mengkebumikan jenazah
supaya urusan pengkebumian dapat dilaksanakan dengan
segera.

KEPENTINGAN PENGURUSAN JENAZAH DALAM KEHIDUPAN.


1. INDIVIDU.
Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan kerana kematian adalah paling hampir dengan
manusia.
Hati mudah terkesan apabila melihat kematian.
Kematian juga adalah sebahagian daripada Qadak dan Qadar Allah Taala yang wajib
diterima oleh setiap Muslim.
Menzahirkan rasa simpati terhadap ahli keluarga si mati dan mendoakan keampunan dan
kebaikan untuk si mati mengurangkan tekanan emosi kepada keluarga si mati.
2. MASYARAKAT.
Melaksanakan tanggungjawab masyarakat Islam terhadap saudara seagama yang ditimpa
musibah kematian; adalah kewajipan masyarakat membantu dan meringankan beban
Muslim lain yang ditimpa musibah dan kesulitan.
Bekerjasama membantu menguruskan jenazah bersama-sama ahli masyarakat yang lain;
Baginda SAW menyatakan ganjaran yang besar bagi mereka yang membantu menguruskan
jenazah iaitu sebesar Bukit Uhud.
3. NEGARA.
Melibatkan golongan muda dalam cara-cara menguruskan jenazah untuk memastikan
mereka mendapat ilmu mengenai kepentingan menguruskan jenazah demi memenuhi
tuntutan fardhu Kifayah.
Menyedikan SOP bagi pengurusan jenazah penyakit berjangkit seperti CoronaVirus agar
dapat diuruskan dengan selamat dan lancar.

USAHA DAN TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA MENGURUSKAN JENAAH UNTUK
MEMENUHI TUNTUTAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.

1. INDIVIDU.
Segera menziarahi jenazah apabila terdengar berita kematian kerana itu adalah sebahagian
daripada tanggungjawab seorang muslim;
‫ وعيادة‬،‫ رد السالم‬: ‫ حق املسلم على مخس‬: ‫ يقول‬ ‫ مسعت رسول اهلل‬: ‫ قال‬ ‫عن أيب هريرة‬
)‫(رواه البخاري‬ .‫ وإجابة الدعوة وتشميت العاطس‬،‫ واتباع اجلنائز‬،‫املريض‬
Hak seseorang Muslim kepada Muslim yang lain ada lima: menjawab salam, melawat orang sakit,

2
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 KSSM PELAJARAN 30 UstDi, NDr. 011-1009 5423

.mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang yang bersin


Membantu menguruskan jenazah sehingga selesai.
2. MASYARAKAT.
Tidak menyebarkan keburukan/ keaiban jenazah kerana boleh mencemarkan maruah
keluarga si mati.
)‫ (رواه مسلم‬.‫ ال يسرت عبد عبدا يف الدنيا إال سرته اهلل يوم القيامة‬: ‫ قال‬ ‫ عن النيب‬ ‫عن أيب هريرة‬
Tidaklah seseorang hamba menutup aib seorang hamba yang lainnya di dunia, melainkan Allah Taala
menutup aibnya [hamba yang pertama ] di akhirat kelak. [Riwayat Muslim]
Pihak berwajib perlu memberikan pendedahan kepada masyarakat cara tadbir urus jenazah
yang menghidap penyakit berjangkit seperti Corona Virus, dll.
3. NEGARA.
Memberi dana mencukupi kepada pertubuhan khairat kematian agar bantuan dapat
diberikan dengan segera.
Menyediakan khidmat percuma untuk menguruskan jenazah bagi keluarga yang tidak
mampu dan jenazah yang tiada waris.
Pemberian insentif kepada jurumandi jenazah yang bertauliah sebagai tanda penghargaan.
Memperkasakan system pengurusan perkuburan orang Islam supaya dapat menampung
keperluan masyarakat untuk mengkebumikan jenazah.

Anda mungkin juga menyukai