Anda di halaman 1dari 20

691

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia


Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

PERMASALAHAN TAHARAH: FIQH DARAH-DARAH WANITA MASA


KINI

Nor Kartina Tawang & Basri Ibrahim

Abstrak

Isu permasalahan fiqh taharah darah-darah wanita sering dibahaskan oleh pelbagai ulama
Islam kontemporari berikutan ketidakfahaman dan amalan semasa kaum wanita hari ini yang
masih mencetuskan kekeliruan terutamanya daripada sudut pengetahuan hukum hakam
yang perlu difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian golongan berkenaan.
Permasalahan ini melibatkan bukan sahaja golongan remaja perempuan di alam
persekolahan namun tetap berbangkit di kalangan golongan dewasa hari ini. Terdapat
pelbagai permasalahan fiqh taharah dari sudut darah haid, nifas dan istihadhah yang
menjadi isu kekeliruan di kalangan mereka malah para ulama Islam hari ini juga turut
membantu mengeluarkan hukum-hakam berkaitan bagi menjelaskan kekeliruan yang
seringkali timbul. Terdapat sebahagian permasalahan fiqh yang sering ditimbulkan dalam
masyarakat hari ini dikupas dalam penulisan ini antaranya hukum-hukum yang berkaitan
dengan taharah seperti hukum wanita yang sedang mengalami haid membaca al-Quran,
hukum wanita haid berzikir, hukum wanita berhaid memegang mushaf, taraf kesucian
keringat, badan dan air liur wanita haid, wanita haid memasuki dan melewati masjid, mandi
dan tayamum, berjunub dan memandikan mayat wanita haid. Guru Pelatih Institut
Pendidikan Guru Zon Timur dijadikan sampel kajian lapangan bagi membuktikan lagi
wujudnya permasalahan yang disenaraikan. Artikel penulisan ini merujuk kepada kitab-kitab
turath dan kontemporari ulama empat mazhab bagi membincangkan permasalahan hukum
yang telah ditimbulkan.

Kata Kunci: Taharah, Fiqh, Darah-darah Wanita, Fiqh Wanita, Wanita Masa Kini

1. PENGENALAN
1.1 Konsep Taharah Menurut Islam
Taharah dari sudut bahasa ialah bersih dan membebaskan diri dari kotoran dan
najis. Menurut Syarak pula ialah menghilangkan hadas untuk membolehkan
menunaikan solat atau ibadah. Pengertian taharah atau bersuci jelasnya
mengangkat kotoran dan najis yang dapat menghalang sahnya solat, baik najis atau
kotoran yang melekat di badan, pakaian dan tempat ibadah seorang Muslim
(Ibrahim, 2012:5). Allah SWT berfirman:
  
Maksudnya: “Dan bersihkanlah pakaianmu” (Al-Quran, 4: 29)

     


   
  
   
Maksudnya: “Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu
kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan)
kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur.” (Al-Quran, 6:7)
Sabda Rasulullah SAW:
692
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

ِ َ‫اْلمي‬
‫ان‬ ِْ ‫ور َشطْر‬ ُّ
ُ ُ ‫الط ُه‬
Maksudnya: “Bersuci adalah sebahagian daripada iman.” (Sahih, Muslim,
Kitab Taharah, Bab Fardhi Tuhur Wa Mahilhu Min al-Iman, No.188, J. 1)

Taharah mempunyai makna yang sangat luas dan pembahagiannya


diketegorikan sebagai berikut iaitu:
i. Membersihkan bahagian luar dari hadas, kotoran dan sebagainya.
ii. Membersihkan anggota tubuh manusia dari perbuatan yang merugikan.
iii. Membersihkan jiwa dari perbuatan yang hina dan akhlak tercela.
iv. Kesucian para nabi yang bersih zahir dan batinnya mempunyai tatacara yang
harus diikuti seperti tidak menghadap kiblat ketika membuang air besar,
bersiwak, mendahulukan bahagian kanan dan sebagainya. (Ibid: 6)

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Daruqutni:


ِ ‫ول اللَّ ِه صلى اهلل عليه وسلم أَ ْكثَر َع َذ‬
‫اب الْ َق ِْْب ِِف الْبَ ْوِل‬ ُ ‫ال َر ُس‬ َ َ‫َع ْن أَِِب ُهَريْ َرَة َر ِض َى اللَّهُ َعْنهُ ق‬
َ َ‫ال ق‬
ُ
‫فَتَ نَ َّزُهوا ِم َن الْبَ ْوِل‬
Maksudnya: “Bersihkan dirimu dari kencing kerana kebanyakan seksa kubur
berasal darinya.” (Sunan Kubra, Bab Najasah Abwal Wa al-Arwath, No.
4310, Jilid 2).

Sabda Rasulullah SAW menerusi Mucawiyah bin Abi Sufian:


‫ول‬
ُ ‫ت َه ْل َكا َن َر ُس‬ ُ ‫َِّب صلى اهلل عليه وسلم قُ ْل‬ ِّ ِ‫ت أ َُّم َحبِيبَةَ َزْو َج الن‬ ُ ‫َع ْن ُم َعا ِويَةَ بْ ِن أَِِب ُس ْفيَا َن يَ ُق‬
ُ ْ‫ول َسأَل‬
‫ت نَ َع ْم إِذَا ََلْ يََر فِ ِيه أَ ًذى‬ ِِ ِ ِ ِ ‫اللَّ ِه صلى اهلل عليه وسلم يصلِّى ِِف الثَّو‬
ْ َ‫ب الَّذى ُُيَامعُ َها فيه؟ قَال‬ ْ َُ
Maksudnya: “Aku bertanya kepada Ummu Habibah RA, apakah nabi SAW
pernah solat dengan baju yang dipergunakan menggauli isterinya? Ummu
Habibah menjawab, “Ya, bila tidak terdapat najis pada baju itu.” (Sunan
Kubra Lil-Baihaqi, Bab al-Solat Fi Thaubi Allazi Yujamiu al-Rajulu Fi Hi
Ahlahu, Kitab Solat, No. 4296)

Kebersihan tubuh badan juga dianjurkan Islam dengan cara yang tertentu. Ini
adalah bertepatan dengan firman Allah SWT:
    
   
  
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu)
hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang
mencemarkan diri kamu - Wahai "Ahlu al-Bait" dan hendak membersihkan
kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara yang keji).” (Al-Quran, 33:22)

    


  
    
   
    
     
693
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

 

Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad),
mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang
mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri
dari mereka (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang
darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh)
sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka
datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada
kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat,
dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Quran,
2:222)

Cara-cara membersihkan najis berupa darah dan tahi pada pakaian perlulah
dibersihkan dan digosok dengan jari-jari seterusnya dicuci dengan air. Bagi
membersihkan kencing anak-anak lelaki yang kecil pula (yang belum makan
makanan) perlu dilakukan dengan memercikkan air di atasnya. Tetapi bagi anak-anak
perempuan maka kencingnya perlu dicuci seperti najis yang lain. Manakala bagi
lantai yang terkena najis, air yang banyak perlu dituang ke atasnya sebagaimana
terjadi seperti hadis di atas (seorang arab pedalaman yang kencing di dalam masjid).

1.2 Bersuci Dari Haid, Nifas dan Istihadhah


Para wanita yang sudah bersih (kering) dari haid dan nifas maka diwajibkan
mandi hadas (mandi junub) sebagaimana keterangan dari hadis-hadis sahih yang
berikut: Hadis riwayat Bukhari menerusi Aisyah RA bahawa Fatimah Abi Jahsy
sedang istihadhah lalu bertanya kepada Nabi SAW. Sabda Nabi SAW:

‫ إِ َذا َكا َن َد ُم‬:‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ُّ ِ‫ال ََلَا الن‬
َ ‫َِّب‬ َ ‫اض فَ َق‬
ُ ‫ت تُ ْستَ َح‬
ِ ِ
ْ َ‫َع ْن فَاط َم َة بِْنت أَِِب ُحبَ ْيش أَن ََّها َكان‬
ِ ِ َّ ‫ف فَِإ َذا َكا َن َذلِك فَأَم ِس ِكي عن‬
َ ‫الص ََلة فَِإ َذا َكا َن ْاْل َخ ُر فَتَ َوضَّئي َو‬
‫صلِّي‬ َْ ْ َ ْ ‫ض فَِإنَّهُ َد ٌم أ‬
ُ ‫َس َو ُد يُ ْعَر‬ ِ ‫اْلَْي‬
ْ
Maksudnya: “Sekiranya darah haid ia darah hitam yang diketahui (merah
gelap). Jika begitu, tinggalkanlah solat dan kalau telah selesai maka
mandilah dan bersolatlah.” (Sunan Daruqutni, Kitab al-Haid, 207, J. 1)

1.3 Mandi Wajib Selepas Haid, Nifas dan Istihadhah


Rasulullah SAW meninggalkan amalan-amalan sunnah yang baik untuk
diteladani didalam menyempurnakan mandi wajib. Hadis Riwayat Ibnu Abbas
menerusi Maimunah RA berkata:

‫غ بِيَ ِمينِ ِه َعلَى‬


َ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم غُ ْس ًَل فَأَفْ َر‬ ِ ‫ال حدَّثَْت نا ميمونَةُ قَالَت صبب‬
ِّ ِ‫ت للن‬
َ ‫َِّب‬ ُ َْ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ َ‫َع ْن ابْ ِن َعبَّاس ق‬
ِ ‫ض فَمسحها بِالتُّر‬ ِ ِ ِ َ َ‫يسا ِرهِ فَغَسلَهما ُُثَّ َغسل فَرجه ُُثَّ ق‬
َ َ َ ‫استَ ْن‬
ْ ‫ض َو‬ َ ‫َمْض َم‬ْ ََ‫اب ُُثَّ َغ َسلَ َها ُُثَّ ت‬ َ َ َ َ َ َ ‫ال بيَده ْاْل َْر‬ َُْ َ َ َُ َ ََ
ِ ِ ِِ ِ ِِ
‫ض ِبَا‬ ْ ‫اض َعلَى َرأْسه ُُثَّ تَنَ َّحى فَغَ َس َل قَ َد َمْيه ُُثَّ أُِِتَ ِبْنديل فَلَ ْم يَْن ُف‬
َ َ‫ُُثَّ َغ َس َل َو ْج َههُ َوأَف‬
Maksudnya: “Dari Ibnu Abbas berkata, telah menceritakan kepada kami
Maimunah berkata, Aku menuangkan air didalam satu bekas untuk Nabi
SAW mandi, lalu dengan tangan kanannya beliau menuangkan air pada
tangan kirinya lalu membasuh keduanya. Kemudian mencuci kemaluannya,
694
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

lalu menyentuhkan tangannya ke tanah dan menyapunya dengan tanah, lalu


membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian berkumur-kumur dan
memasukkan air ke hidung, kemudian membasuh muka dan menyiramkan
air ke atas kepalanya. Kemudian beliau beralih dari tempat mandi untuk
mencuci kedua kakinya. Setelah itu beliau diberi tuala, tapi beliau tidak
menggunakannya.” (Al-Bukhari, Sahih, Kitab al-Ghasl, Bab al-Madhmatil Wa
al- Istinsyaqi Fil Janabah, No.259:455: J. 1)

Kebersihan tubuh badan zahir dan batin sangat dituntut ke atas umat Islam.
Amalan kebersihan perlu diselaraskan dalam kehidupan supaya segala amalan kita
diterima Allah SWT. Firman Allah SWT:
  
   
 
  
 
   
    
     
    
  
   
  
 
     
    
  
  
 
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak
mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka
(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu
meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah
kedua belah kaki kamu meliputi buku lali, dan jika kamu berjunub (berhadas
besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh
kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari
tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak
mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah -debu yang bersih iaitu sapulah muka kamu dan
kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu
menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia
berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmatNya kepada kamu supaya kamu bersyukur. (Al-
Quran, 7:6)

Jelaslah kepada kita sebagai umat Islam bahawa kebersihan itu merupakan
perkara wajib dan dituntut oleh Islam dan menjadi asas utama sempurnanya ibadah
seseorang itu.
695
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

2. AMALAN IBADAH YANG DIHARUSKAN WANITA DALAM HAID, NIFAS DAN


ISTIHADHAH
2.1 Berzikir dan Berdoa
  
   

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah
nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.” (Al-
Quran, 33:41)

Perempuan yang sedang yang sedang haid, zikir amat digalakkan sebagai alat
untuk membersihkan hati dan juga terapi mental. Disunatkan berzikir pada masa
didatangi haid kerana pada masa ini muncul emosi yang tidak stabil ketika haid dan
dipanggil pre menstruasi syndrome sepanjang tempoh haid. Gangguan kesihatan
seperti sakit kepala, sensitif dan sebagainya adalah satu perkara biasa ke atas
sesetengah wanita yang didatangi haid. Menurut satu kajian di Amerika Syarikat
(1982) wanita yang berumur 14-50 tahun kerap mengalami symptom pre menstruasi
syndrome ini (Joseph & Nughroho, hal: 82:2010). Firman Allah S.W.T,
   
    
   
 
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu
nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-
orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan
masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.” (Al-Quran, 40:60)

Doa sangat dituntut dan memberi manafaat kepada golongan wanita yang
sedang didatangi haid. Berdoa telah diketahui satu cara untuk mendekati Allah SWT
meminta pertolongan, menenangkan hati dan juga menambahkan pahala. Doa tidak
mensyaratkan seseorang itu wajib mensucikan tubuh badan sama ada hadas kecil
mahupun hadas besar. Doa yang penuh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada
Allah Insyallah akan dimakbulkan.
2.2 Beristighfar
Firman Allah SWT:
   
   
  
   
   
  
  
    
    
 
Maksudnya: “Dan juga orang-orang yang melakukan perbuatan keji, atau
menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon
696
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang


mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).” (Al-Quran, 3:135)

2.3 Mendengar Bacaan al-Quran


Al-Quran merupakan satu mukjizat agung yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW. Ia merupakan wahyu Allah SWT untuk umat seluruh alam.
Keseluruhan aktiviti berkaitan al-Quran boleh mendatangkan pahala yang besar baik
kepada individu yang membaca, mendengar dan menulisnya. Ianya membawa
petunjuk dan merupakan penawar serta rahmat bagi kaum mukmin. Firman Allah
SWT:
    
   
    

Maksudnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-
ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-
orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
(Al-Quran, 82: 17)

Wanita yang sedang dalam keadaan haid dan nifas tidak dibolehkan menyentuh
dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Walaubagaimanapun wanita yang sedang
dalam keadaan haid adalah dibolehkan untuk mendengar bacaan al-Quran.

ِ ِ ِ َّ ‫َعائِ َ َةَ َحدَّثَْت َها أ‬


ٌ ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َكا َن يَتَّك ُئ ِِف َح ْج ِري َوأَنَا َحائ‬
‫ ُُثَّ يَ ْقَرأُ ال ُق ْرآ َن‬،‫ض‬ َّ ِ‫َن الن‬
َ ‫َِّب‬ َّ‫أَن‬
Maksudnya: “Aisyah menceritakan katanya, Rasulullah S.A.W bersandar ke
ribaanku padahal ketika itu aku sedang haid, sesudah itu beliau membaca al-
Quran.” (Al-Bukhari, Sahih, Kitab al-Haid, Bab Qiraati al-Rajuli Fi Hajri
Imraatihi Wa Hiya Haidhun, No. 297, Juzuk 1)

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa tiada larangan untuk kaum wanita yang
sedang haid mendengar bacaan al-Quran. Selain itu mendengar al-Quran juga dapat
menenangkan hati mereka yang sering dilanda kegelisahan. Sepanjang haid wanita
sering mengalami gangguan emosi dan fizikal mereka dalam keadaan lemah
sepanjang haid, maka sebaik-baik penawar adalah mendengar al-Quran. Al-Quran
berfungsi merawat batiniah yang sering sering terganggu selain memperolehi
rahmah dan barakah (Kumohd 2012, 18).
2.4 Menghadiri Majlis Ilmu Agama
Kewajipan menuntut ilmu tidak berkecuali ke atas kaum wanita. Kewajipannya
sama seperti kaum lelaki. Tuntutan ini adalah tepat dengan sabda Rasulullah SAW di
dalam hadis:
‫َمْضةٌ َعلَى ُك ِّل ُم ْسلِم‬ ِ َ‫طَل‬
َ ْ‫ب الْع ْل ِم فَ ِري‬
ُ
Maksudnya: “Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap muslim.” (Ibnu majah,
Sunan, Kitab Fil Iman Wa Fadhail Al-Sohabat Wa al-Ilmi, No.224:J. 1). Hadis
697
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

ini Sahih (al-Albani, Sahih Wa Dhaif al-Jami’ al-Saghir Wa Ziyadatuhu, No.


10639, J. 1:1064)

Wanita yang berada dalam keadaan haid dan nifas amat dituntut untuk
mendalami ilmu agama terutamanya ilmu Fardhu Ain supaya tidak ketinggalan
pengetahuan agama mereka sekalipun berada dalam tempoh uzur syarie iaitu ketika
didatangi haid dan nifas tersebut. Ibnu Al-Jauzi RA berkata:

‫ فيجب عليها طلب علم الواجبات عليها؛ لتكون من أدائها على يقني‬،‫املرأة شخص مكلَّف كالرجل‬
Maksudnya: “Seorang perempuan adalah seorang yang mukallaf seperti laki-
laki. Maka wajib ke atasnya menuntut ilmu tentang perkara-perkara yang
diwajibkan ke atasnya jua agar ia dapat menunaikan ibadah tersebut di atas
keyakinan.” (Ibn Jauzi 2003, 7)

Sayyidatina Aisyah RA berkata:


‫َّه َن ِِف الدِّي ِن‬ ْ ‫صا ِر ََلْ يَ ُك ْن ميَْنَ عُ ُه َّن‬ ِ ‫نِعم الن‬
ْ ‫اْلَيَاءُ أَ ْن يَتَ َفق‬ َ ْ‫ِّساءُ ن َساءُ ْاْلَن‬
َ َْ
Maksudnya: “Sebaik-baik perempuan adalah kaum wanita Ansar. Tidaklah
rasa malu menghalangi mereka untuk bertafaqquh (mendalami) ilmu agama.”
(Al-Muslim, Sahih, Kitab al-Haid, Bab Istihbabu Isti’mal Al-Mughtasilah, J. 1:
No. 61: hal 261)

Jelas dalil-dalil di atas menunjukkan kewajiban dan kemuliaan seorang wanita


untuk menuntut ilmu terutamanya ilmu berkaitan agama. Banyak dalil-dalil berkaitan
galakkan menuntut ilmu baik ke atas lelaki dan perempuan. Keadaan ini
menzahirkan Islam amat mementingkan ilmu dan manafaatnya sepanjang masa
asalkan seseorang itu dapat menjaga batas-batasnya.

3. AMALAN IBADAH YANG DILARANG WANITA DALAM HAID, NIFAS DAN


ISTIHADHAH
3.2 Bersuci daripada Hadas
Wanita yang masih dalam keadaan uzur syarie berada dalam keadaan haid dan
nifas masih lagi dalam kategori belum suci dari segi syarak. Golongan ini tidak dapat
mengesahkan niatnya. Walaubagaimana pun mandi sunat mengerjakan umrah,
wukuf dan melontar jumrah, wanita haid dan nifas boleh melakukannya. Dalilnya
boleh dirujuk kepada sabda Rasulullah SAW kepada Sayidatina Aisyah sewaktu
beliau di dalam haid:
ِ ‫اج َغي ر أالَّ تَطُ ِوِف بِالب ي‬
‫ت‬ ِ
َْ َ ْ َّ َ‫فاقَْمْضي ما ي ْقَمْضي اْل‬
Maksudnya: “Engkau buatlah apa sahaja yang dilakukan oleh orang-orang
haji, kecuali tawaf di Kaabah.” (Al-Muslim, Sahih, Kitab al-Hajj, No. 2800, J.
3, hal. 305)

3.2 Bersolat
Wanita yang didatangi haid haram melaksanakan segala jenis solat samada
solat fardhu, sunat dan qadha. Manakala solat yang ditinggalkan sepanjang tempoh
haid tidak pula wajib diqadha kembali. Hukum mengerjakan solat ketika dalam
keadaan haid dan nifas adalah haram. Dalil yang menunjukkan arahan meninggalkan
solat secara jelas ialah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
698
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

َّ ‫َمْضةُ فَاتْ ُركِي‬


َ‫الص ََلة‬ َ ‫اْلَْي‬
ْ ‫ت‬ ْ َ‫فَِإذَا أَقْ بَ ل‬
Maksudnya: “Apabila haidmu datang, maka kamu tinggalkan solat.” (Al-
Baihaqi, Kitab al-Haid, Bab al-Mustahadhah Taghsilu AnHa Athar, J. 1: 1685,
hal 343)

Wanita yang telah meninggalkan solat tersebut juga tidak perlu


menggantikannya semula solat tersebut. Keadaan ini adalah berdasarkan hadis
Rasulullah SAW:

ِ ِ ِ ِ ِ
ْ َ‫َح ُروِريَّةٌ أَنْت قَ ْد َكان‬
‫ت‬ َ‫ت أ‬ َ ‫ت أَتَ ْقَمْضي إِ ْح َدانَا‬
ْ َ‫ص ََلتَ َها أَيَّ َام ََميَمْض َها فَ َقال‬ ْ َ‫ت َعائ َ َةَ قَال‬ َّ ‫أ‬
ْ َ‫َن ْامَرأَةً َسأَل‬
ِ
َ ‫يض فَ ََل تُ ْؤَم ُر بَِق‬
‫َمْضاء‬ ُ ‫إِ ْح َدانَا ََت‬
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang wanita bertanya kepada Aisyah RA,
adakah wanita haid perlu mengqadha solat? Aisyah menjawab, adakah
engkau seorang Hururiyyah? (nama satu puak yang berfahaman khawarij?
Sesungguhnya kami didatangi haid semasa zaman Rasulullah SAW, maka
kami tidak mengqadha solat dan tidak diperintah supaya
mengqadhakannya.” (Sahih, Muslim, Kitab al-Haid, Bab Wujubi Qadha’ Al-
Saum cala Kitab al-Haid, No. 67, J. 1: Hal 335)
Kedudukan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa wanita yang sedang dalam
keadaan haid dan nifas wajib ke atasnya meninggalkan solat.
3.3 Berpuasa
Wanita yang sedang haid di larang sama sekali berpuasa sama ada puasa wajib
mahupun sunat. Wajib wanita yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana haid
atau nifas tersebut dan menggantikannya semula sepanjang tempoh yang
ditinggalkan. Sekali pun seorang wanita itu sedang berpuasa, tiba-tiba haidnya
datang, maka dengan sendirinya puasa tersebut terbatal. Keadaan ini tetap juga
terbatal sekali pun kejadian didatangi haid berlaku beberapa minit menjelangnya
maghrib. Dia wajib menggantikannya pada hari lain sekiranya puasa yang
ditinggalkan adalah puasa wajib. Sekiranya pada waktu terbit fajar dan wanita masih
haid, dia tidak wajib berpuasa. Sekiranya dia berpuasa, puasanya tidak sah. Namun
sekiranya dia sudah suci sebelum fajar, puasanya sah meskipun dia baru mandi
selepas terbit fajar. (Fahrur 2012:19)
Larangan berpuasa ketika didatangi haid dan nifas dapat dilihat pada dalil sabda
Rasulullah SAW:
‫اليس إذا حاضت املرأة َل تصل و َل تصم‬
Maksudnya: “Bukankah sekiranya perempuan itu haid, dia tidak mengerjakan
solat dan berpuasa.” (Sahih Ibnu Khuzaimah, Kitab al-Saum, Bab Zikir Isqotu
Fardhu Saum, J.3: 2045, hal 268)

3.4 Tawaf
Wanita haid dilarang melakukan tawaf dan terbatal tawafnya jika terus dilakukan.
Tawaf berkenaan tidak sah jika dilakukan sama ada tawaf wajib mahupun tawaf
sunat. Orang yang mengerjakan haji dalam keadaan haid boleh melakukan apa
sahaja tetapi dilarang melakukan tawaf sama ada tawaf rukun, tawaf wada’ atau pun
tawaf sunat di Bait Allah al-Haram. Ibadat-ibadat lain seperti sai’e antara Safa dan
699
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Marwah, wukuf di Arafah, bermalam di Mina dan Muzdalifah tetap dibolehkan. Hal ini
adalah berdasarkan dalil hadis riwayat Aisyah RA:

ِ َ ‫ ح ََّّت ِجْئ نَا س ِر‬،‫اْل َّج‬ ِ ِ ِ ِ


‫ فَ َد َخ َل َعلَ َّي‬،‫ت‬
ُ ْ‫ف فَطَمث‬ َ َ َْ ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َال نَ ْذ ُك ُر إَّال‬ َ ‫َخَر ْجنَا َم َع َر ُسول اهلل‬
ِ ِ ِ ِ َ ‫ فَ َق‬،‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َوأَنَا أَبْ ِكي‬ ِ ُ ‫رس‬
‫ت‬ُ ‫َِّن ََلْ أَ ُك ْن َخَر ْج‬
ِّ ‫ت أ‬
ُ ‫ لََود ْد‬،‫ت َواهلل‬
ُ ‫ال َما يُْبكيك؟ فَ ُق ْل‬ َ ‫ول اهلل‬ َُ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
‫ افْ َعلي َما‬،‫آد َم‬ َ ‫ال َه َذا َش ْيءٌ َكتَبَهُ اهللُ َعلَى بَنَات‬ َ َ‫ ق‬،‫ نَ َع ْم‬:‫ت‬ُ ‫ما لَك؟ لَ َعلَّك نَف ْست؟ قُ ْل‬: َ ‫ال‬
َ َ‫ ق‬،‫الْ َع َام‬
ِ ‫اج َغي ر أَ ْن َال تَطُ ِوِف بِالْب ي‬
‫ت َح ََّّت تَطْ ُه ِري‬ َْ َ ْ ُّ َ‫اْل‬
ْ ‫يَ ْف َع ُل‬
Maksudnya: “Kami keluar dan tidaklah kami menyangka melainkan untuk
mengerjakan haji. Sehinggalah kami sampai di Sarif (Satu tempat yang dekat
dengan Makkah), aku didatangi darah haid maka Rasulullah SAW mendekati
aku yang sedang menangis lalu Rasulullah SAW berkata, Kenapa engkau
menangis? Adakah engkau didatangi haid? Aku pun berkata, ya. Rasulullah
SAW berkata: Sesungguhnya ini (haid) sesuatu yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT ke atas wanita-wanita anak Adam. Lakukan segala yang
dilakukan oleh orang yang menunaikan haji. Tetapi engkau tidak boleh tawaf
di Kaabah sehingga engkau suci.” (Sahih, Muslim, Kitab al-Hajj, Bab Bayani
Wujuh al-Ihram, J. 2, No. 120, hal 873)

3.5 Membaca al-Quran


Para fuqaha telah berbeza pendapat berkenaan larangan membaca al-Quran
untuk wanita haid dan juga dalam keadaan berjunub. (Ibn Qudamah 1997:165)
Sebahagian ulama melarang wanita haid membaca al-Quran.

ِ ِ‫اْلَائ‬
‫ض‬ ِ ُ‫صوا لِْل ُجن‬
ْ ‫ب َو‬ ُ ‫ك َوَر َّخ‬
ِ
َ ‫ف َوََْن َو ذَل‬ ْ ‫ف اْليَِة َو‬
َ ‫اْلَْر‬ ِ ‫اْلنُب ِمن الْ ُقر‬
َ ‫آن َشْيئًا إِالَّ طََر‬ ِ ْ ُ‫الَ تَ ْقرأ‬
ْ َ ُ ُْ َ‫ض َوال‬ ُ ‫اْلَائ‬ َ
ِ
‫َّهل ِيل‬ ِ ِ‫َّسب‬ ِ
ْ ‫يح َوالت‬ ْ ‫ِف الت‬
Maksudnya: “Wanita yang haid dan orang yang dalam keadaan junub tidak
boleh sama sekali membaca al-Quran.” (Sunan Tarmizi, Kitab Taharah, Bab
Ma Ja-a Fi al-Junub Wal Haidh, J. 1, No. 131, hal. 236). Hadis ini Dhaif (al-
Albani, Sahih Wa Dhaif Sunan Al-Tarmizi: 1: 131)

Pendapat ini dikatakan tidak kuat kerana hadis ini dikatakan lemah disebabkan
ada perawai hadis yang pernah melaporkan hadis-hadis munkar yang bernama
Ismail bin cAyyasy. (al-Albani: Dhaif Sunan al-Tarmizi, J. 1: 13)
Walaupun begitu menurut Imam Syafie, Ahmad dan Hanafi tetap berpendapat
wanita dalam haid dan nifas haram membaca al-Quran. Mereka berpegang kepada
hadis Rasulullah SAW yang sama seperti di atas.
Manakala Maliki dan Ibnu Taimiyyah berpendapat wanita yang datang haid harus
membaca al-Quran. Antara hujah mereka ialah hadis yang dipegang oleh fuqaha
yang mengatakan hukum haram membaca al-Quran bagi wanita haid iaitu hadis
riwayat Umar seperti di atas adalah dhaif. Justeru itu mereka berpendapat hukum
haram membaca al-Quran wanita yang haid sebenarnya tidak ada dalam sunnah
yang sahih. Seterusnya mereka berhujah wanita pada zaman Rasulullah SAW juga
ada didatangi haid. Jika membaca al-Quran hukumnya haram ke atas mereka
sebagaimana menunaikan solat, sudah tentu Rasulullah SAW menerangkan
700
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

hukumnya dan mengajar isteri-isterinya sebagaimana baginda menerangkan hukum


menunaikan solat dan puasa bagi wanita dalam haid. Sedangkan hukum ini (haram
membaca al-Quran) tidak pernah disebut oleh Rasulullah SAW. Justeru itu,
bersandarkan hal ini mereka berpegang kepada pendapat Rasulullah SAW tidaklah
mengharamkan pembacaan al-Quran dalam kalangan wanita yang sedang didatangi
haid (Ibnu Taymiyyah 2004, 531).

4. PERSOALAN TAHARAH DALAM FIQH DARAH-DARAH WANITA


Terdapat banyak persoalan berkaitan darah-darah wanita yang sering timbul
dalam kehidupan seharian wanita hari ini. Penulis hanya memilih beberapa
persoalan sahaja berserta hukum-hukumnya.

4.2 Suci Haid Pada Akhir Waktu Solat


Soalan: Bagaimanakah kedudukan seseorang wanita yang telah suci daripada darah
haidnya namun beliau hanya sempat menunaikan satu rakaat solat sahaja pada
masa sucinya itu?
Jawapan: Seorang wanita yang didatangi haid, kemudiannya beliau suci pada akhir
waktu solat, sedangkan baki waktu solat tersebut masih ada contoh suci pada waktu
Asar sekitar jam 6.00 petang, maka wajib ke atas wanita tersebut menunaikan solat
tersebut pada masa tersebut. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW:
َّ ‫ فَ َق ْد أ َْد َرَك‬،ِ‫الصَلَة‬
‫الصَلََة‬ َّ ‫ال َم ْن أ َْد َرَك َرْك َع ًة ِم َن‬
َ َ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ ِ َ ‫َن رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫َع ْن أَِِب ُهَريْ َرَة أ‬
Dari Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa
mendapatkan rukuk dalam solat, berarti ia telah mendapatkan satu rakaat
solat.” (Al-Bukhari, Sahih, Kitab Mawaqitu Al-Solat, Bab Man Adraka Min al-
Solat Rakacatan, Juzuk 1, No. 580)

Ini bermakna orang yang tidak sempat mendapat satu rakaat tidak dikira
mendapat solat itu. Sekiranya wanita tersebut suci pada masa yang hanya cukup
untuk melakukan takbiratul ihram atau kurang daripada satu rakaat seperti sebelum
terbit matahari dan waktu yang masih ada hanya cukup untuk melakukan takbir
sahaja, berdasarkan pendapat yang paling sahih dalam mazhab Syafie wanita
tersebut wajib mengqadha semua solat subuh, kerana dia telah mendapat satu
bahagian sahaja daripada waktu subuh tersebut. Kedudukan beliau sama dengan
orang yang mendapat fadhilat jemaah dalam solat berjemaah (Basri 2010, 52). Dapat
difahami bahawa mereka yang tidak sempat dengan rakaat tersebut tidak dikira
mendapat solat tersebut.

4.3 Hukum Keadaan Wanita Sedang Haid


Soalan: Bagaimanakah hukum keadaan wanita berikut yang sedang dalam keadaan
haid?
a) Duduk dalam majlis ilmu
b) Menggunakan barang-barang, contohnya untuk memasak dan membasuh.
c) Tidur bersama suami.
Jawapan:
a) Tidak diharamkan kepada perempuan yang sedang haid untuk hadir dan duduk di
dalam majlis ilmu bersama-sama orang lain yang hadir.
b) Tidak ada tegahan untuk menggunakan barang-barang yang dipegang oleh
perempuan yang sedang haid ketika memasak, membasuh dan sebagainya.
701
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

c) Suami isteri yang tidur dibenarkan berhimpit-himpit dan melakukan perkara-


perkara yang lain dengannya kecuali antara pusat dan lutut.
Keadaan yang dibenarkan di atas adalah berdalilkan Firman Allah SWT dalam surah
al-Baqarah ayat 222. Manakala dibolehkan suami tidur bersama-sama dengan
wanita haid adalah bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW:
‫ت ِمْن َها‬ ُ ‫ت فَ َخَر ْج‬
ِ ِ ْ ‫َمْضت وأَنَا مع النَِِّب صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم ِِف‬
ُ ‫اْلَميلَة فَانْ َسلَْل‬ َ ََ َْ ُ َ ِّ َ َ َ ُ ْ ‫ت ح‬
ِ َ‫َن أ َُّم سلَمةَ قَال‬
ْ َ َ َّ ‫أ‬
‫ت نَ َع ْم فَ َد َع ِاِّن‬ ِ ِ ِ ِ ُ ‫ال ِِل رس‬ ِ َ ‫اب ِح‬ ِ ‫فَأَخ ْذ‬
ُ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم أَنُف ْست قُ ْل‬َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ ‫يَمْض ِِت فَلَب ْستُ َها فَ َق‬ َ َ‫ت ثي‬ ُ َ
ِ ‫َن النَِِّب صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم َكا َن ي َقبِّ لُها وهو‬ ِ ِ ْ ‫فَأ َْدخلَِِن معه ِِف‬
‫ت‬ُ ‫صائ ٌم َوُكْن‬ َ ََُ َ ُ َ ََ َْ ُ َ َّ َّ ‫ت َو َحدَّثَْت ِِن أ‬ ْ َ‫اْلَميلَة قَال‬ ََُ َ
‫اْلَنَابَِة‬
ْ ‫احد ِم ْن‬ِ ‫أَ ْغتَ ِسل أَنَا والنَِِّب صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم ِمن إِنَاء و‬
َ ْ َ ََ َْ ُ َ ُّ َ ُ
Bahwa Ummu Salamah berkata: “Saat aku berada dalam satu selimut
bersama Nabi SAW, aku mengeluarkan darah haid, kemudian perlahan-
lahan aku keluar dari selimut mengambil pakaian (khusus untuk haid) dan
mengenakannya. Rasulullah SAW bertanya kepadaku, Apakah kamu sedang
haid?. Aku menjawab, Ya. Beliau lalu memanggil dan mengajakku masuk ke
dalam selimut. Zainab berkata, "Ummu Salamah menceritakan kepadaku
bahwa Nabi SAW juga menciumnya saat beliau sedang berpuasa. Ummu
Salamah berkata, Aku pernah mandi junub dalam satu bejana bersama Nabi
SAW.” (Sahih Bukhari, Kitab al-Haid, Bab Al-Naumi Maca al-Haid, J. 1:No.
322)

4.4 Had Masa Kedatangan Haid Bagi Perempuan


Soalan: Berapa lamakah seorang wanita kedatangan haid dalam sesuatu masa
(period)?
Jawapan: Had masa bagi seorang wanita kedatangan darah haid itu dapat dilihat
dalam tiga keadaan iaitu:
a) Tempoh paling sedikit (aqollal haid) adalah selama 24 jam sehari semalam.
b) Tempoh paling banyak (aktharul haid) adalah 15 hari/malam.
c) Tempoh kebiasaan iaitu pertengahan (ghalibul haid) di mana dalam tempoh ini
majoriti perempuan kedatangan haid. Menurut penyelidikan Imam As-Syafie
adalah sebanyak 6 hingga 7 hari (Mansoor 2012: 27)

4.4 Cara Pengiraan Haid Sebenar


Soalan: Bagaimanakah cara pengiraan haid yang sebenar?
Jawapan: Ulama menetapkan kaedah pengiraan haid kepada bilangan hari yang
mengikut kebiasaan seseorang wanita didatangi darah haid berkenaan.
Imam Al-Ramli menjelaskan menurut ulamak mazhab Syafie tempoh minima
haid seorang wanita ialah sehari semalam dan maksima adalah 15 hari. Darah yang
keluar melebihi 15 hari pula dikira sebagai darah istihadhah (darah penyakit) (Al-
Ramli dalam Nihayat al-Muhtaj, J. 1: 325). Had haid adalah merujuk kepada
kebiasaan seseorang wanita. Menurut Imam As-Syafie “Aku dapati seorang wanita
mengatakan bahawa dia selalu datang haid sehari dan tidak lebih daripada itu.” (Al-
Buhuti dalam Kasyaf al-Qinac cAn Matan al-Iqnac, J. 1: 202). Kiraan sebenar
kedatangan haid adalah bermula dari hari keluarnya haid. Sebagai contohnya
tempoh kebiasaan wanita itu datang haid iaitu 5, 6, 7 atau pun 15 hari (tempoh paling
lama berada dalam haid). Kiraan itu bukan dikira sama ada keluar darah pada
702
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

sesuatu hari dalam sebulan. Tidak semestinya wanita yang didatangi haid pada 1hb
Januari atau Muharram kebiasannya dikira pada 1hb Februari pula. (Al-Syarbini
dalam Mughni al-Muhtaj, 1997: 15; Anisah 2014: 35). Jelasnya cara pengiraan haid
adalah bilangan hari yang bukan khusus kepada kalendar tertentu dan tiada ulamak
yang menghadkan kiraan tempoh haid yang merujuk kepada kalendar Islam (Fatwa
Malaysia, 22 Ogos 2014).
4.5 Memotong Rambut dan Kuku Ketika Haid
Soalan: Benarkah dakwaan wanita yang sedang didatangi haid tidak boleh
memotong kuku, menggunting rambut dan lain-lain?
Jawapan: Dakwaan tersebut adalah tidak benar. Ianya diharuskan kepada wanita
yang sedang haid, sama ada memotong rambut, kuku, pergi ke pasar dan
sebagainya walaupun tidak berwudhuk. Dalil keadaan ini ialah:
ْ َِ‫اخت‬
‫ت‬ َ ‫أَلْ ِ َعْن‬
ْ ‫ك َش ْعَر الْ ُك ْف ِر َو‬
Maksudnya: “Hilangkan darimu rambut kekufuran dan berkhitanlah.” (Sunan
Abi Daud, Kitab Taharah, Bab Fi al-Rajul Yuslimu Fa Yu’maru Bi al-Ghasli, J.
1: No. 356: 98) Hadis ini Hasan (al-Albani Sahih Abi Daud, J. 2: 356: 2002)

Seeloknya rambut atau kuku yang dipotong itu, disimpan dan di bawa mandi
bersama. Dakwaan yang mengatakan tidak boleh memotong kuku, tidak mempunyai
hujah yang boleh dipegang (Basri 2010: 60).

4.6 Menyetubuhi Wanita Haid


Para ulama telah bersepakat menyetubuhi wanita yang sedang haid adalah
haram walau pun berlapik seperti suami menggunakan alat yang menghalang
masuknya air mani ke dalam lubang faraj. Keadaan adalah mengikut dalil surah al-
Baqarah ayat 222. Maksud al-Mahidh dalam ayat ini ialah faraj atau alat kelamin
wanita. Apabila suami menyetubuhi isterinya pada tempat keluarnya haid dan tahu
hukum haramnya secara sengaja dan dengan kehendak sendiri, maka hukumnya
adalah berdosa besar dan menghalalkannya pula adalah kafir. Keadaan ini adalah
menurut hadis:
ِ ‫ال من أَتَى حائَِمْضا أَو امرأًَة ِِف دب ِرها أَو َك‬ ِ
‫اهنًا فَ َق ْد َك َفَر‬ ْ َ ُُ َْ ْ ً َ ْ َ َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ق‬ ِّ ِ‫َع ْن أَِِب ُهَريْ َرَة َع ْن الن‬
َ ‫َِّب‬
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ِبَا أُنْ ِزَل َعلَى َُمَ َّمد‬
ِ
Maksudnya: “Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, beliau bersabda:
Barangsiapa menggauli wanita haid, atau menggauli wanita dari dubur, atau
mendatangi dukun maka ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada
Muhammad SAW (Sunan Tarmizi, Kitab Taharah, Bab Ma Ja’a Fi Karohiyati
Ityani al-Haidhi, J. 1: No: 135: 242). Hadis ini Hasan (al-Albani, Sahih Wa
Dhaif Sunan Tarmizi, J. 1, Bab 135: 135)

Ayat al-Quran di atas juga memberi peringatan kepada suami bahawa


persetubuhan dalam keadaan wanita sedang haid boleh menyebabkan penyakit dan
kemudharatan. Persetubuhan boleh menyebabkan kejutan kepada anggota
peranakan wanita yang belum bersedia untuk menerima kehamilan disebabkan ia
703
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

sedang bekerja dan berfungsi dengn peranan tabicie yang lain iaitu sedang
mengeluarkan darah haid. (Nuruddin, 1997 : 72)

5. PERSOALAN-PERSOALAN BERKAITAN DARAH ISTIHADHAH


5.1 Hakikat Istihadhah
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan Istihadhah?
Jawapan: Istihadhah ialah darah yang keluar dari alat kelamin wanita bukan pada
tempoh haid yang biasa. Darah ini bukan darah haid yang biasa datang setiap bulan
tertentu. Darah ini juga bukan darah nifas yang keluar selepas bersalin. Ada kalanya
darah istihadhah ini bersambung-sambung dengan kedatangan darah haid atau nifas
dalam satu tempoh tertentu dan adakalanya tidak. Darah istihadhah berbeza dengan
darah haid berdasarkan sifat-sifatnya yang tertentu. Darah istihadhah biasanya
muncul akibat penyakit seperti gangguan pada hormon, barah dan sebagainya.
Kaum wanita yang sering mengalaminya dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat
doktor (Basri 2010: 90).
Wanita yang mengalami kedatangan darah ini di panggil Mustahadhah. Ianya
disebabkan oleh penyakit atau kerosakan urat di dalam rahim yang dikenali sebagai
adzil. Imam Syafie mengatakan, jika seseorang wanita melihat darah sebelum genap
usia sembilan tahun maka ia adalah darah fasad dan tidak boleh dikatakan darah
istihadhah kerana darah istihadhah datangnya menyusul selepas haid. Kebanyakan
ulama menganggap darah ini adalah darah istihadhah. (Al-Ramli dalam Nihayat al-
Muhtaj, J. 1: 325). Hakikat tentang darah istihadhah ini boleh dirujuk kepada hadis:
ِ ِ‫ال َذل‬
َ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فَ َق‬ ِ َّ ‫عن عائِ َ َةَ أ‬
‫ك‬ َّ ِ‫ت الن‬
َ ‫َِّب‬ ْ َ‫اض فَ َسأَل‬ ُ ‫ت تُ ْستَ َح‬ْ َ‫ت أَِِب ُحبَ ْيش َكان‬ َ ‫َن فَاط َم َة بِْن‬ َ َْ
ِ ِ ِ ِ ْ ِ‫ت ب‬ ِ
‫صلِّي‬ َ ‫ت فَا ْغتَسلي َو‬ ْ ‫الص ََل َة َوإِ َذا أ َْدبََر‬
َّ ‫َمْضةُ فَ َدعي‬
َ ‫اْلَْي‬
ْ ‫ت‬ ْ َ‫َمْضة فَِإ َذا أَقْ بَ ل‬
َ ‫اْلَْي‬ ْ ‫ع ْر ٌق َولَْي َس‬
Maksudnya: “Dari Aisyah bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy mengalami
istihadhah (mengeluarkan darah penyakit). Maka aku bertanya kepada Nabi
SAW, dan beliau menjawab, itu seperti keringat dan bukan darah haid. Jika
haid datang maka tinggalkanlah solat dan jika telah selesai mandilah dan
solatlah.” (Al-Bukhari, Sahih, Kitab al-Haid, Bab Iqbalil Mahidhi Wa Idbarihi,
J. 2, No. 309).

5.2 Hukum Istihadhah


Soalan: Adakah wanita yang beristihadhah wajib menunaikan solat dan puasa?
Jawapan: Wanita-wanita yang beristihadhah dihukumkan seperti perempuan yang
suci yakni mereka wajib menunaikan solat dan sebagainya seperti mana hukumnya
orang yang bebas daripada darah haid. Keadaan ini bersandarkan kepada hadis
riwayat Sayidatina Aisyah RA:

‫ول اللَّ ِه إِ ِِّّن‬


َ ‫ت يَا َر ُس‬ ْ َ‫َِّب صلى اهلل عليه وسلم فَ َقال‬
ِ
ِّ ِ‫ت فَاط َمةُ ابْنَةُ أَِِب ُحبَ ْيش إِ ََل الن‬ ْ َ‫ت َجاء‬
ِ
ْ َ‫َع ْن َعائ َ َةَ قَال‬
، ‫ك ِع ْر ٌق‬ ِ ِ‫ إََِّّنَا َذل‬، َ‫ول اللَّ ِه صلى اهلل عليه وسلم ال‬ َّ ُ‫ أَفَأ ََدع‬، ‫اض فََلَ أَطْ ُه ُر‬
ُ ‫ال َر ُس‬َ ‫الصَلََة فَ َق‬ ُ ‫ُستَ َح‬ ْ ‫ْامَرأَةٌ أ‬
ِ ِِ َّ ‫ك فَ َد ِعى‬ ِ ُ‫َمْضت‬ ِ ‫ولَي‬
َ َ‫صلِّىق ق‬
‫ال‬ َ َّ‫َّم ُُث‬ َ ‫ت فَا ْغسلى َعْنك الد‬ ْ ‫ َوإِ َذا أ َْدبََر‬، ‫الصَلََة‬ َ ‫ت َحْي‬ ْ َ‫ فَِإ َذا أَقْ بَ ل‬، ‫س ِبَْيض‬ َ َْ
ِ ِ ِ
‫ت‬ُ ْ‫ك الْ َوق‬َ ‫ َح ََّّت َُِيىءَ َذل‬، ‫صَلَة‬ َ ‫ال أَِِب ُُثَّ تَ َوضَّئى ل ُك ِّل‬ َ َ‫َوق‬
Maksudnya: Daripada Aisyah beliau berkata: “Fatimah binti Hubaish telah
datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, wahai Rasulullah, aku adalah
704
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

seorang perempuan yang beristihadhah dan oleh kerana itu, aku tidak suci.
Adakah aku perlu meninggalkan sembahyang? Sabda Nabi SAW, janganlah
kamu meninggalkan sembahyang, sesungguhnya istihadhah itu adalah
sejenis darah penyakit dan bukannya darah haid. Apabila haid datang, maka
engkau tinggalkan sembahyang dan apabila ia putus yakni berhenti, maka
bersihkanlah dirimu daripada darah tersebut dengan mandi dan hendaklah
engkau menunaikan sembahyang.” (Al-Bukhari, Sahih, Kitab Al-Haid, Bab Al-
Istihadhah, J.1, No. 226)
Dalil ini menunjukkan wanita yang mengalami istihadhah boleh meneruskan aktiviti
biasa yang dilakukan oleh orang-orang yang suci.

5.3 Kategori Wanita Yang Istihadhah


Soalan: Berapakah kategori atau pembahagian orang yang istihadhah
(mustahadhah)?
Jawapan: Terdapat tujuh jenis mustahadhah berdasarkan kepada tinjauan daripada
mereka yang baru pertama kali didatangi haid dan yang sudah beradat (kebiasaan)
didatangi haid iaitu:
a) Mustahadhah mubtadiah mumayyizah – wanita yang baru pertama kali keluar
darah istihadhah dan dia dapat membezakannya.
b) Mustahadhah mubtadiah ghairu mumayyizah - wanita yang baru pertama kali
keluar darah istihadhah dan dia tidak dapat membezakannya.
c) Mustahadhah muctadah mumayyizah dzakiratul waqti wal qadar – wanita yang
sudah beradat dan dia dapat membezakannya (ingat waktu keluar dan kadar
darah).
d) Mustahadhah muctaddah ghairu mumayyizah dzakirotun li cadatiha qodaron wa
waqtan – wanita yang sudah beradat serta tidak dapat membezakannya tetapi
mengingati kadar darah dan waktu kebiasaan.
e) Mustahadhah muctaddah ghairu mumayyizah dzakirotun li cadatiha qodaron wan
nasiyatun waqtan (al-mutahayyirah tahayyuran nisbiyyan) – wanita yang sudah
beradat serta tidak dapat membezakan tetapi hanya mengingati kadar darah dan
lupa waktu kebiasaannya.
f) Mustahadhah muctaddah ghairu mumayyizah dzakirotun li cadatiha waqtan wa
nasiyatan qodaron (al-mutahayyirah tahayyuran nasabiyyan) – wanita yang sudah
beradat serta tidak dapat membezakan tetapi hanya mengingati waktu keluar
darah dan lupa kadar kebiasannya.
g) Mustahadhah muctaddah ghairu mumayyizah nasiyatun li cadatiha qodaron wa
waqtan (al-mutahayyirah tahayyuran mutlaqon) – wanita yang sudah beradat
serta tidak dapat membezakannya kerana lupa waktu keluar dan kadar darah.
(Mansoor 2012: 90-91)

5.4 Wudhuk Wanita Mustahadhah


Soalan: Perlukan wanita mustahadhah mengambil wudhuk setiap kali hendak
menunaikan solat?
Jawapan: Wanita yang mengalami istihadhah wajib berwudhuk setiap kali
menunaikan solat apabila telah masuk waktu. Wudhuknya adalah taharah secara
darurat. Harus kepadanya juga mengambil wudhuk sebelum masuk waktu solat. Ini
adalah pendapat majoriti ulama. Apabila seseorang wanita yang mengalami
istihadhah berwudhuk, wudhuknya dikira sah dan terangkatlah hadas. Hadas yang
705
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

berlaku semula selepas itu, yang diluar keupayaannya, tidak memberi apa-apa kesan
kepada wudhuknya. Setelah berwudhuk hendaklah segera menunaikan solat demi
mengurangkan hadas yang keluar. Ini kerana hadas sentiasa berulang-ulang pada
dirinya dan dia berupaya mengurangkannya dengan cara segera menunaikan solat.
Harus kepadanya melewatkan solat atas sebab yang berkaitan dengan solat seperti
memakai pakaian dan sebagainya. Wanita yang mengalami istihadhah wajib
mengambil wudhuk setiap kali hendak menunaikan solat fardhu. Dengan satu
wudhuk dia tidak boleh menunaikan lebih daripada satu solat tunai atau qadhak.
(Nuruddin 1991: 102). Keadaan di atas adalah berdasarkan kepada hadis:
َّ ُ‫اض ِة تَ َدع‬
‫الص ََلةَ أَيَّ َام‬ ِ
َ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ِِف الْ ُم ْستَ َح‬
َ ‫َِّب‬
ِ ِ ِّ ‫َع ْن َع ِد‬
ِّ ِ‫ي بْ ِن ثَابِت َع ْن أَبِيه َع ْن َجدِّه َع ْن الن‬
‫صلِّي‬ ِ ‫أَقْ رائِها ُُثَّ تَ ْغتَ ِسل وتُصلِّي والْو‬
َ ُ‫وم َوت‬
ُ‫ص‬ ُ َ‫ال أَبُو َد ُاود َز َاد عُثْ َما ُن َوت‬
َ َ‫ص ََلة ق‬
َ ‫ضوءُ عْن َد ُك ِّل‬ُ ُ َ َ َُ َ َ
Maksudnya: Dari Adi bin Tsabit dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW
bersabda tentang wanita yang istihadhah (mengeluarkan darah penyakit),
hendaklah dia meninggalkan solat pada hari-hari haidnya, kemudian mandi
dan solat, serta berwudhuk pada setiap kali solat. Abu Daud berkata, Uthman
menambahkan, dan puasa serta solat. (Sunan Abi Daud, Kitab Taharah, Bab
Man Qola Taghtasilu Min Tuhrin Ila Tuhrin, Juz. 1, No. 297) Hadis ini Sahih
(al-Albani, Kitab Sahih Wa Dhaif, J. 2, hal: 93)

5.5 Hukum Wanita Mustahadhah Icktikaf Di Masjid dan Seumpamanya


Soalan: Adakah dibolehkan wanita yang mustahadhah berada di dalam masjid?
Jawapan: Dibolehkan wanita mustahadhah masuk ke dalam masjid dan berdiam diri
di situ untuk berictikaf atau menunaikan solat jamaah atau membaca al-Quran,
kerana ia dikira sebagai wanita yang dalam keadaan suci. Ini adalah berdasarkan
kepada dalil daripada sebuah hadis:
ِ ِِ ِ ‫َن النَِِّب صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم اعت َكف معه ب ع‬ ِ
‫َّم فَ ُرَِّبَا‬
َ ‫اضةٌ تَ َرى الد‬
َ ‫ض ن َسائه َوه َي ُم ْستَ َح‬
ُ ْ َ ُ َ َ َ َْ َ َ َ ْ َ ُ َ َّ َّ ‫َعن َعائ َ َةَ أ‬
Maksudnya: Dari Aisyah berkata: “Nabi SAW pernah berictikaf bersama
isteri-isterinya, sementara saat itu ia sedang mengalami istihadhah dan bisa
melihat adanya darah yang keluar.” (Al-Bukhari, Sahih, Kitab Al-Haid, Bab
Ictikaf Al-Mustahadhah, J. 1, No. 309)

5.6 Menyetubuhi Wanita Mustahadhah


Soalan: Apakah dibolehkan bersetubuh wanita mustahadhah dengan suaminya?
Jawapan: Para fuqaha berpendapat adalah harus menyetubuhi wanita yang
mustahadhah jika bimbang suaminya terjebak dalam perbuatan zina yang dilarang.
Mereka berpegang kepada hadis daripada Ikrimah meriwayatkan daripada Hamnah
binti Jahsyi RA bahawa ketika beliau dalam istihadhah suaminya telah
menyetubuhinya.
‫اضةً َوَكا َن َزْو ُج َها ُُيَ ِامعُ َها‬ ِ ِ
ْ َ‫َع ْن ع ْك ِرَمةَ َع ْن َحَْنَةَ بِْنت َج ْحش أن ََّها َكان‬
َ ‫ت ُم ْستَ َح‬
Maksudnya: Daripada cIkrimah daripada Hamnah binti Jahsyi, sesungguhnya
Ummu Habibah pernah kedatangan darah istihadhah dan suaminya
menyetubuhinya. (Sunan Abi Daud, KitabTaharah, Bab al-Mustahadhah
Yaghshaha Zaujaha, Juz. 1, No. 310, hal. 83). Hadis ini Sahih (al-Albani,
Sahih Abi Daud, Kitab Taharah, Bab al-Mustahadhah Yaghshaha Zaujaha, J.
2, No. 329, hal. 116)
706
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Jumhur fuqaha berpendapat bahawa golongan wanita ini boleh disetubuhi pada
masa dia dihukumkan sebagai suci walaupun darahnya masih mengalir dan tidak
pula makruh menyetubuhinya. Mereka berpegang kepada dalil al-Baqarah ayat 222:

5.7 Idah Wanita dalam Istihadhah


Soalan: Bagaimanakah idah wanita yang sedang dalam istihadhah?
Jawapan: Terdapat dua keadaan iddah wanita yang sedang dalam istihadhah
(Anisah 2014: 120):
i. Iddah wanita istihadhah yang bercerai hidup. Bagi wanita seperti ini terdapat tiga
keadaan idahnya pula.
a) Wanita istihadhah yang lupa hari kebiasaan haidnya dan diceraikan pada awal
bulan. Dia hendaklah beridah mengikut kiraan bulan iaitu tiga bulan. Keadaan
ini lebih memudahkan dia lebih mengingatinya, beridah tiga bulan juga dapat
mengingatkannya dia juga datang haid tiga kali. Contoh, jika seorang wanita
dalam istihadhah itu diceraikan oleh suaminya pada 1 januari, maka dia
mestilah beriddah hingga akhir mac.
b) Wanita dalam istihadhah yang lupa mengingati hari kebiasaan haid dan dia
diceraikan setelah masuk bulan baharu, dia hendaklah menqadakan satu
tempoh yang sah untuk sekali haid pada bulan itu dan beriddah selama tiga
bulan dan tidak mengambil kira bulan yang dia telah diceraikan itu. Sebagai
contoh jika seseorang istihadhah itu diceraikan oleh suaminya pada 10
januari, dia mestilah beridah hingga akhir bulan april. Tempoh hari 10 hingga
30 januari hendaklah tidak diambil kira.
c) Wanita istihadhah yang dapat mengingati hari kebiasaan haidnya. Dia
hendaklah berpegang dengan hari kebiasaan haidnya, iaitu beridah dengan
haid bulan-bulan. Ada kemungkinan hari kebiasaan haidnya ialah awal bulan.
Ini adalah pendapat mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali (Ibn al-Humam 2009,
Jil.4:140)
ii. Idah wanita istihadhah yang mengandung secara mutlaknya adalah selepas
melahirkan anak. Ini adalah sebagaimana dalil ayat al-Quran dalam firman Allah
SWT:
  
   
  
    
  
     
    
 
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang
putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap
tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan, dan (demikian)
juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. dan perempuan-
perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka
melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang
bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala
urusannya.” (Al-Quran, 65:4).
707
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

6. PERSOALAN BERKAITAN NIFAS


6.1 Hakikat Nifas Dari Sudut Bahasa dan Syarak
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan nifas?
Jawapan: Nifas pada bahasa ialah bersalin. Setelah wanita itu bersalin dipanggil
nufasa. Dari sudut syarak menurut ulama Syafie ia bererti darah yang keluar selepas
bersihnya rahim seorang wanita daripada kandungan. Menurut ulama Hambali pula
nifas adalah darah yang keluar dari rahim selepas keluarnya bayi, sama ada
sebahagian besar tubuh bayi atau secara terputus-putus satu anggota. Majoriti
fuqaha berpendapat nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak. (Ibn
Manzur 1994: 411-412).

6.2 Tempoh Maksimum Nifas


Soalan: Berapakah tempoh maksimum nifas?
Jawapan: Tempoh maksimum nifas ialah selama 40 hari menurut mazhab Hanafi
dan Hambali. Mazhab Maliki dan Syafie pula berpendapat tempoh maksimum nifas
ialah 60 hari. Bagi mereka 40 hari adalah tempoh kebiasaan nifas. (Al-Bujairimi,2007,
J. 1: 308).
Dalil berkenaan nifas 40 hari adalah berpandukan kepada hadis:
ِ ِ ِ ‫َصح‬ ِ ِ ِ ‫ِمنْ ح ِد‬
‫ني َوَم ْن‬ َ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َوالتَّابِع‬ َ ‫َِّب‬ ِّ ِ‫اب الن‬ َ ْ ‫َْجَ َع أ َْه ُل الْع ْل ِم م ْن أ‬ ْ ‫يث أَِِب َس ْهل َوقَ ْد أ‬ َ
‫صلِّي فَِإذَا‬ ِ ِ ِ
َ ُ‫ك فَِإن ََّها تَ ْغتَس ُل َوت‬ َ ‫ني يَ ْوًما إَِّال أَ ْن تَ َرى الطُّ ْهَر قَ ْب َل ذَل‬ َّ ُ‫َن النُّ َف َساءَ تَ َدع‬
َ ‫الص ََل َة أ َْربَع‬ َّ ‫بَ ْع َد ُه ْم َعلَى أ‬
‫ني َوُه َو قَ ْو ُل أَ ْكثَ ِر الْ ُف َق َه ِاء‬ ِ
َ ‫الص ََل َة بَ ْع َد ْاْلَْربَع‬
َّ ‫ع‬ ِ
ُ ‫ني فَِإ َّن أَ ْكثَ َر أ َْه ِل الْع ْل ِم قَالُوا َال تَ َد‬
ِ
َ ‫َّم بَ ْع َد ْاْل َْربَع‬
َ ‫َت الد‬ْ ‫َرأ‬
‫ال إِن ََّها‬َ َ‫ي أَنَّهُ ق‬ ِّ ‫ص ِر‬ ْ ‫ََحَ ُد َوإِ ْس َح ُ َويُْرَوى َع ْن‬
ْ َ‫اْلَ َس ِن الْب‬ ْ ‫ي َوابْ ُن الْ ُمبَ َار ِك َوال ََّافِعِ ُّي َوأ‬ ُ ‫َوبِِه يَ ُق‬
ُّ ‫ول ُس ْفيَا ُن الث َّْوِر‬
‫ِّني يَ ْوًما‬ ِ ِ‫الص ََل َة َخَْ ِسني ي وما إِذَا ََل تَر الطُّهر وي روى عن عطَ ِاء ب ِن أَِِب رباح وال ََّع‬
َ ‫ِب ست‬ ِّ ْ َ ََ ْ َ ْ َ َ ُْ َ َ ْ َ ْ ً َْ َ َّ ُ‫تَ َدع‬
Maksudnya: Dari Abu Sahl para ulamak telah sepakat bahawa para sahabat
Nabi SAW, tabiin dan orang-orang sesudah mereka telah sepakat, bahwa
wanita yang habis melahirkan boleh meninggalkan solat selama empat puluh
hari, kecuali jika ia telah suci sebelum itu, maka ia harus mandi dan solat.
Apabila ia melihat darah setelah empat puluh hari, maka sebagian ulamak
berkata, ia tidak boleh meninggalkan solat setelah empat puluh hari. Ini
adalah pendapat sebagian besar fuqahak seperti Sufyan At-Tsauri bin Al-
Mubarak, Syafie, Ahmad dan Ishaq. Dan diriwayatkan pula dari Al-Hasan Al
Basri, beliau berkata: sesungguhnya wanita yang habis melahirkan ia tidak
solat selama lima puluh hari jika dia tidak melihat bahawa ia telah suci. Dan
diriwayatkan pula dari cAtha bin Abu Rabah dan As-Syacbi; iaitu enam puluh
hari. (Sunan Tarmizi, Kitab Taharah, Bab Ma Ja-a kam Tamkuthu al-Nufasa’,
J. 1: 139: 256)

6.3 Hukum Darah Keluar Melebihi Tempoh Maksimum Haid


Soalan: Apakah hukum darah yang keluar melebihi tempoh maksimum nifas?
Jawapan: Darah yang keluar melebihi tempoh maksimum nifas 40 hari bagi mazhab
Hanafi dan Hambali manakala melebihi 60 hari bagi mazhab Syafie dan Maliki
dianggap sebagai darah fasad (istihadhah). Selain daripada itu fuqahak mazhab
Hambali mensyaratkan supaya darah yang melebihi tempoh maksimum nifas yang
kebetulan atau bertepatan dengan kebiasaan haid maka darah itu dikira darah haid.
708
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

(Al-Buhuti, 2009 : 218). Sebagai contoh kebiasaan haid bagi A ialah 15 hari bulan
pada tiap-tiap bulan. A melahirkan anak pada 1 Jun. Ini bererti tempoh maksimum
nifasnya ialah pada 10 Julai. Sekiranya darah keluar berterusan hingga 20 Julai
maka tempoh dari 15 Julai hingga 20 Julai (6 hari) adalah dikira haid bagi mazhab
Hambali kerana tempoh yang melebihi maksimum nifasnya telah menepati tarikh
kebiasaan haidnya (15 hari bulan). Namun sekiranya darah yang melebihi tempoh
maksimum nifasnya terhenti pada 13 Julai, maka darah itu tidak dikira sebagai haid
bahkan nifas kerana tidak menepati tarikh kebiasaan haidnya. (Anisah 2014: 76)

6.4 Nifas Dan Pembedahan


Soalan: Bagaimanakah hukum wanita yang melahirkan anak secara pembedahan?
Jawapan: Terdapat wanita yang melahirkan anak secara pembedahan dan bukan
kelahiran biasa. Bagi wanita yang melahirkan anak dan tidak melihat sebarang darah
sebaik sahaja selesai bersalin atau semasa sedang bersalin, maka dia dikira seorang
yang suci sama ada kelahiran itu melalui faraj (cara kelahiran normal) atau melalui
perut dengan dilakukan pembedahan. Ini adalah pendapat fuqaha Hanafi dalam
sesetengah kitab mereka. Ertinya apabila wanita itu bersalin melalui cara
pembedahan dan darah keluar dari farajnya maka dia dikira sebagai seorang yang
sedang nifas. Ini kerana darah telah keluar melalui rahim sebaik sahaja selesai
bersalin. Jika darah tidak keluar dari farajnya maka dia tidak dikira ada nifas, tetapi
dia hanyalah dikira sebagai seorang yang mengalami luka akibat pembedahan
walaupun hukum hakam tentang anak adalah sabit dengan kelahiran itu, idahnya
juga tamat (dengan pembedahan tersebut) dan dia telah diakui seorang ibu.
(Hasyiah Ibn cAbidin 2000, J.1 : 199)

6.5 Hukum Bayi Dilahirkan Keadaan Kering


Soalan: Apakah wajib mandi seorang wanita yang melahirkan anak yang keluarnya
dalam keadaan kering?
Jawapan: Terdapat dua pandangan fuqaha mengenainya.
a) Golongan Syafie dan Hanafi menghukumkannya wajib mandi ke atas wanita
tersebut kerana dengan bersalin membayangkan kemungkinan wujudnya nifas
yang mewajibkan mandi. Oleh itu bersalin mengambil tempat nifas dari segi
mewajibkan mandi seperti bertemunya dua kemaluan (bersetubuh). Ini juga
kerana anak itu berasal daripada air mani yang telah diproses. Begitu juga dia
wajib mandi apabila melahirkan calaqah iaitu seketul darah beku atau mudgah
iaitu seketul daging menurut pandangan yang asal. (Nuruddin 2011: 181)
b) Menurut pendapat yang sahih dalam kalangan fuqaha Hambali bersalin yang tidak
disertai dengan keluarnya darah, tidak menyebabkannya mandi. Ini kerana
sesuatu kewajipan adalah bersandarkan perintah syarak sedangkan di sini tidak
ada perintah yang menyuruhnya mandi dan ia juga tidak termasuk dalam
pengertian yang tersirat di sebalik nas. Ia bukannya darah dan bukannya air
mani, sedangkan syarak mewajibkan mandi dengan adanya dua perkara
tersebut. Pendapat kedua dalam kalangan fuqaha Hambali mengatakan wajib
mandi semata-mata kerana bersalin (Mughni al-Muhtaj 1997, J. 1: 69).
709
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

RUJUKAN
__________, Al-Quran dan Terjemahan. 1990. Madinah Munawwarah. Saudi Arabia.
__________, 2013. Thesis Writing Guidelines Graduate School: Universiti Sultan
Zainal Abidin (UNiSZA)
__________, The Holy Quran Al-Fatih Al-Quranul Karim. 2013. Al-Fatih. Indonesia.
Abd Al-Wahhab Abd As-Salam Tawilah. Fiqh Al-Taharah. Cetakan 1. 1986. Dar Al-
Salam. Al-Qahirah.
Abdul Rahman Abdullah & Raymond J. Manderola. 1999. Saudi Arabia. Darussalam.
Abu Al-Hussain Muslim bin al-Hajjaj Bin Muslim al-Qusyairi An-Nisaburi, al-Kitab
As-Sohih al-Musamma Sohih Muslim, 8 Juzuk, Dar al-Jail Beirut Wa Dar al-Afaq
Al-Jadidah Beirut. t.t.
Abu Nacim Ahmad bin cAbdillah Bin Ahmad Bin Ishak Bin Musa Bin Mahram Al-Hirani
Al-Asbahani. 1417H/1996M, Al-Musnad Al-Mustakhraj ala Sohih al- Imam
Muslim, Tahqiq Muhammad Hassan Ismacil As-Syafcie Cetakan 1. Dar Al-Kutub
c
Ilmiah, Beirut, Lubnan
Ahmad Sunawari Sulong. 2006. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian
Islam. UKM. Bangi Selangor.
Al-Bujairimi Wal-Khatib As-Syarbini. Hasyiah Al-Bujairimi cAla Al-Khatib. 1996. Jil.3.
Darul Kutub Ilmiah.
Anisah Ab Ghani, 2001. Konsep dan Pengamalan Solat Satu Kajian di Zaman
Rasulullah S.A.W. Al-Hidayah, Kuala Lumpur.
Anisah Ab. Ghani, Dr. Darah Wanita Pandangan Ulamak dan Pakar Perubatan.
2014. Telaga Biru Sdn Bhd Kuala Lumpur.
Basri bin Ibrahim, Al-Hasani Al-Azhari, Dr. 2010. Soal Jawab Mudah Berkaitan Haid,
Istihadhah dan Nifas. Perniagaan Jahabersa Johor.
Basri Ibrahim. 2006. Siri Hukum Fiqh Islam 1 Hukum Hakam Haid. Darul Fuqaha &
Bayt Al-Hikmah, Terenggan Ibnu al-Humam al-Hanafi. Fathu al-Qader. 2009.
Jilid 4. Tahkik: Abd Razak Ghalib Al-Mahdi, Syeikh. Dar Kutub cIlmiyyah.
Ibnu Kathir Al-Hafiz. 1994. Tahqiq Syeikh Syafiyurrahman. Pustaka Ibnu Kathir.
Jakarta. Ibnu Taimiyah, Al-Fatawa Al-Kubra, Darul Kitab al-Ilmiyah, Beirut, Jilid 2.
Ibnu Manzur, Jamal al-Din Muhammad Ibn Mukrim, Lisan al cArab, Cetakan 3, Jilid 8,
1994. Dar Sadr Beirut.
Ibnu cAbidin Muhammad Amin Ibnu cUmar Bin Abd Aziz. Hasyiah Ibnu cAbidin. Jilid
1. 2000. Dar al-Macrifat Beirut.
Imam Nawawi. 1997. Al-Majmuc Syarah Al-Muhazzab. Tahqiq: Muhammad Najib Al-
Mutic. Pustaka Azzam. Jakarta.
Ismacil Kamus, Dato’ dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamed. 2009. Indahnya Hidup
Bersyarciat. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn. Bhd.
Jamaluddin cAbdul Rahman Ibnul Jauzi, 2003, Ahkamu An-Nisa’. Tahkiq
D.Muhammad Al-Iskandarani. Dar Al-Kitab Al-cArabi.
Joseph, H.K dan Nughroho.M. 2010. Catatan Kuliah Ginekologi dan Obstetri. Yog
Jakarta:Nuha Medika. Joseph, H.K dan Nughroho.M. 2010. Catatan Kuliah
Ginekologi dan Obstetri. Yog Jakarta:Nuha Medika.
Joyce M.Hawkins. 2011. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Penerbit Fajar Bakti.
Selangor Darul Ehsan.
Kamal al-Din Muhammmad bin Musa bin ͨ Isa ad-Damiri. 2004. An-Najmu Aluhaj Fi
Syarah al-Minhaj. Tahqiq Majmua ͨ ah Bahithin. Cetakan ke3. Darul Minhaj Wal
Bahsu al- ͨ Ilmi. As-Sa ͨ udiah, Beirut, Lubnan.
710
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Kumuhd Asmadi bin Kumohd Saad. 2012. Doa dan Zikir Khusus Untuk wanita Haid.
Pustaka Al-Ehsan, Selangor. Mansoor Ismail, Tuhfatul Aizaz Fi Idhohi Masail
Dimai an-Nisa. 2010. Miftahul Ulum, Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Mansoor Ismail. 2012. Soal Jawab Agama Mengenai Darah Wanita Bersama Ustaz
Mansoor Al-Hafiz, Haid, Istihadhah & Nifas. Inteam Publishing. Kuala Lumpur.
Mansur Bin Yunus Al-Buhuti. Kasyaf Al-Qinac cAn Matan Al-Iqnac. 2009. Terjemah &
Tahkik Muhammad Hassan Ismail. Jilid 1. Dar Kutub Al-cIlmiyah.
Muhammad Nasiruddin Al-Bani. Al-Bani, Sahih Wa Dhacif Al-Jamic As-Saghir Wa
Ziyadatuhu. Al-Maktab Al-Islami, t.th.
Muhammad Nuruddin Al-Makki Marbu Al-Banjar. 1991M/1412, Al-Ihatah Bi Ahammi
Masail Haid Wa Annifas Wa Al Istihadhah. Cet. 1, Majlis Ihya’ al-Kutub al-Turath
al-Islami.
Muhammad Nuruddin Al-Makki, 1997, Ihatah Bi Ahammi Masail Haid Wa an-nifas Wa
al-Istihadhah, Terjemahan Muhammad Ramzi Omar. Umi Bersih Enterprise,
Kuala Lumpur. Tawilah, Abd. Al-Wahhab Abd al-Salam. 1986. Fiqh al-Taharah.
Dar as-Salam. Al-Kaherah.
Wahbah al-Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam 1994. Penterjemah Syed Ahmad
Syed Hussain, et al. Jilid 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Wahbah AL-Zuhaili, Dr. 2010. Al-Fiqh al-Islami Wa Usuluhu. Dar al-Fikr al-Mua’sir.

Anda mungkin juga menyukai