Anda di halaman 1dari 44

KURSUS KEFAHAMAN ISLAM

(FIQH WANITA)
SENARIO
THOHARAH

DEFINISI
• Bahasa :
bersih dan terhindar daripada kekotoran (hissiah atau ma'nawiyah)
• Istilah Syarak :
Melakukan sesuatu yang membolehkan solat ditunai-
dengan mengangkat hadas dan menghilangkan najis
dengan cara berwuduk, mandi wajib atau tayammum.
Perbuatan bersuci adalah untuk membersihkan anggota
luaran daripada najis dan kotoran. Begitu juga aspek dalaman
seperti kebersihan aqidah dan hati.
Perintah Bersuci

Berwuduk bagi tujuan mendirikan solat.


• Firman Allah :
https://quran.com/5/6
“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu
hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas
kecil) maka(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu,
dan kedua belah tangan kamu, dan basuhlah kedua
belah kaki kamu meliputi buku lali.”
Perintah memotong kuku, bersugi dan pakaian

• Sabda Rasulullah saw:


• Maksudnya :
“lima perkara daripada fitrah ialah berkhatan,
mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,
memotong kuku dan menggunting misai.”
(HR Bukhari dan Muslim)
“ Sekiranya tidak membebankan ke atas umatku,
nescaya aku perintahkan mereka supaya bersugi
(menggosok gigi) setiap kali solat.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Mandi mengikut keperluan dan mandi hadas.
• Firman Allah SWT:
https://quran.com/5/6
Maksudnya :
“ Dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersuci
-lah dengan mandi waji:b
• Hadis Rasulullah SAW:
• Maksud
Tanggungjawab setiap muslim kepada Allah ialah mandi satu hari
seminggu dengan membasuh kepala dan badannya sekali.
(HR Bukhari dan Muslim)
Perintah supaya bersih ketika berjumpa saudara-mara
• Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya :
“Sesungguhnya kamu berjumpa saudara-mara kamu,
maka perelokanlah bekalan kamu dan pakaian-pakaian
kamu sehingga kamu menjadi tahi lalat di kalangan
manusia. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
perkataan dan perbuatan yang keji dan keterlaluan
dalam perkataan dan perbuatan,”
(HR Abu Daud)
Allah SWT suka kepada kebersihan.

• Firman Allah SWT:


https://quran.com/2/222
“ Sesungguhnya Allah swt kasih kepada orang yang suka
bertaubat dan kasih kepada orang yang suka bersuci.”
Bersuci separuh daripada iman.

• Sabda Rasulullah saw:


Maksudnya :
“Bersuci itu adalah separuh daripada iman.”
(HR Muslim)
Kebersihan Aqidah
• Bersih daripada;
- Syirik - kufur
- khurafat - Riddah
- Sihir - Ilmu Hitam
- isme-isme ciptaan manusia
 komunisme
 Pluralisme
 sekularism
 kapitalisme
 Humanisme
(http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/34227/Article_6.PDF)
Kebersihan hati

• Bersih daripada sifat Mazmumah (keji)


- Riak
- Hasad
- Syirik
- Tamak Haloba
- Hubbudduniya
- Sombong
- Bongkak dll
HIKMAH DISYARIATKAN BERSUCI

• ibadat diterima Allah


• menjaga kesihatan
• suci ketika berhadapan dengan Allah SWT
• Fitrah manusia
• Menjaga kemuliaan dan 'izzah
Jenis-Jenis Air

• Air Mutlak
 Air yang suci lagi menyucikan
 air hujan, laut, sungai, telaga, air mata air, embun, salji

• Air Musyammas
 air yang tercemar kepada matahari di negeri panas dan
tersimpan di dalam bekas yang mudah karat seperti besi
dan sebagainya.
 Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh
menggunakannya
Jenis-Jenis Air

• Air Mustakmal
 Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain.
 Ciri-cirinya :
 air yang telah digunakan (kurang dua kolah)
 air yang telah berubah seperti teh, kopi dsbginya.
Air Mutannajis
• air yang bercampur dengan najis
• ciri-cirinya
 jatuh najis ke dalam air yang tidak sampai dua kolah
 air yang sampai dua kolah tetapi berubah rasanya, baunya atau warnanya
disebabkan najis
 air yang sampai dua kolah tetapi berubah sebab jatuh kedalamnya najis
seperti bangkai binatang
• Dalil
• https://www.dakwatuna.com/2014/12/11/61446/air-mutanajis-bagaimanakah/
Hukum Bersuci

• Wajib apabila muslim ingin menunaikan solat kerana


syarat-syarat solat ialah wajib bersuci daripada hadas dan
najis.
NAJIS

• Bahasa : semua benda yang kotor


• Syarak : benda yang kotor yang menghalang daripada
sahnya solat seperti darah dan air kencing.
Jenis-Jenis Najis dan Cara menyucikannya

• Mukhaffafah (Ringan)
 kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umur 2
tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu ibu.

 Cara menyucinya:
Hilangkan ainnya (contoh lap dengan kain atau tisu)
Percikkan air mutlak yang merata ke atasnya.
Najis Mutawassitah (Sederhana)
• Semua najis yang lain daripada najis mughallazah dan
mukhaffafah.
• Contoh :
- Air arak
- bangkai binatang selain babi dan anjing (X sembelihan)
- darah
- nanah
- cecair yang keluar dari alat kelamin
(air wadi, air mazi dan keputihan)
(http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1295-al-kafi-357-perbezaan-air-mani-mazi-dan-wadi)
Najis Mutawassitah (Sederhana)
• Cara menyucikan najis ini: Tambah
 Wajib dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.
 Sekiranya telah dicuci (3 kali) tidak hilang salah satu sifatnya
dikira telah suci.
 mesti menggunakan air mutlak.
Najis Mughallazah (Berat)

• Anjing dan Khinzir atau keturunan salah satu


daripadanya.
• Cara menyucikannya :
 Basuh sebanyak 7 kali.
 Sekali air tanah (air mutlak + tanah yang suci)
 6 kali air mutlak
Wuduk

• Perkara Fardhu
 niat
 membasuh muka
 membasuh dua tangan hingga ke siku
 menyapu sebahagian dari kulit kepada atau rambut yang
di dalam had atau kawasan kepala.
 membasuh dua kaki sehingga buku lali
 Tertib
PERKARA SUNAT

• Bismillah
• membasuh dua tangan hingga ke pergelangan
• berkumur
• menghisap air ke hidung
• menyapu sebahagian kepala
• telinga
• kanan ke kiri
• tiga kali
• muwallat
Perkara membatalkan wuduk

• keluar sesuatu daripada qubul dan dubur


• Tidur (tidak tetap duduknya)
• Hilang akal
• Bersentuh kulit (bukan muhrim yang mukallaf)
• menyentuh kemaluan (kecil, besar, hidup atau mati)
Perkara haram ketika tiada wuduk

• solat fardhu atau sunat


• tawaf fardhu atau sunat
• menyentuh atau membawa al-Quran

• Amali Wuduk
Mandi Wajib

• Enam sebab mewajibkan mandi


 berjimak
 keluar mani
 mati selain mati syahid
 (perempuan) : haid, nifas dan beranak disertai dengan
basah
Sunat ketika Mandi Wajib

• membaca bismillah
• berwuduk
• menggosokkan seluruh badan dengan tangan
• Tertib (tersusun)
• Anggota sebelah kanan diduhlukan
Rukun Solat Wajib

• Niat
• menghilangkan najis jika ada pada badan najis sebelum
mandi atau benda yang boleh menghalang air
• meratakan air ke seluruh kulit dan seluruh bulu, rambut
dan bahagian badan atau kemaluan yang kelihatan atau
zahir ketika qada hajat.

• Amali (Niat)
• Amali (mandi)
Perkara yang haram semasa junub

• solat
• membaca al-Quran
• menyentuh al-Quran
• Tawaf
• iktikaf
Mandi Sunat

• Sebelum solat Jumaat, Raya, minta hujan, gerhana bulan


dan matahari
• setelah mandikan jenazah
• selepas memeluk Islam
• orang gila apabila sembu
• orang mabuk (pengsan) apabila sedar
• sebelum mengerjakan ihram haji atau umrah
• ketika hendak memasuki Mekah
Mandi Sunat

• Ketika hendak bertolak ke arafah


• ketika akan menginap di Muzdalifah
• ketika hendak melontar
• ketika hendak bertawaf
• ketika hendak bersaie
• ketika hendak memasuki kota Madinah
TAYAMMUM
• DEFINISI
Bahasa : Qasad atau tuju
Syarak : menyapu tanah yang suci ke muka dan kedua
tangan dengan niat dan cara yang tertentu.
tayammum dilakukan ketika keadaan darurat
Firman Allah SWT
Maksudnya : dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),
atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu
datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh
perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk
berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum
dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu
dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu
kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak
membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur.
Tayammum :

• Syarat Sah
 ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air
 masuk waktu solat fardhu
 mencari air terlebih dahulu
 uzur menggunakan air (dibimbangi memudaratkan si
pesakit atau air mencukupi untuk keperluan minum
sahaja)
 Tanah yang suci lagi menyucikan
Fardhu Tayammum

• niat
• menyapu muka dengan debu tanah ke seluruh muka
• menyapu dua tangan serta dua siku.
• tertib
Perkara Sunat Tayammum

• membaca bismillah
• mendahulukan kanan
• berturut-turut (muka --> tangan ke siku)
• menanggalkan cincin kali pertama. (kali ke-2 wajib)
Perkara Membatalkan Tayammum

• beraku sesuatu dari perkara yang membatalkan wuduk


• menemui air ataupun dapat air jika ia tayammum kerana
ketiadaan air
• murtad
Senario

• menghimpunkan satu solat fardu dalam satu tayammum


 tidak sah kerana perlu bertayammum setiap solat
fardhu/ nazar.
 tidak sah sekiranya menghimpunkan tawaf
dengan solat
 tidak sah solat jumaat dengan dua khutbah
ISTINJAK

• ADAB BUANG HAJAT


 Jauh dari manusia dan tertutup
 Mengucapkan ta'awuz sebelum buang hajat
 Masuk ke tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki
kanan
 Tidak memasukkan sesuatu yang ada nama Allah.
 Tidak berkata-kata dan berzikir
 Berdoa ketika selesai buang hajat
ISTINJAK
ADAB BUANG HAJAT

• Makruh buang hajat di jalan dan tempat berteduh


• Makruh kencing di tempat permandian
• Makruh kencing di air bergenang
• Makruh kencing berdiri
• Menjaga dari percikan kencing
• Dilarang hadap kiblat dan membelakanginya
ISTINJAK
• Definisi :
 menghilangkan najis dari qubul dan dubur dengan air
atau batu ataupun seumpamanya.
• Hukum Beristinjak
 wajib
 Hadis Rasulullah saw (HR Daruqutni)
Maksudnya : “ Beristinjaklah dari kencing kerana
kebanyakan azab kubur disebabkannya.”
TATACARA BERISTINJAK

Air Mutlak:
• basuh qubul dan dubur menggunakan air mutlak
sehingga diyakini bersih.

Bahan kesat
 menggunakan sekurang-kurangnya 3 biji batu atau
bahan kesat sehingga diyakini bersih.
RUMUSAN

• Ilmu tentang bersuci (taharah) adalah menjadi ilmu


fardhu ain yang wajib ke atas setiap individu muslim
untuk mempelajari dan mempraktikkannya dalam
kehidupan.
• Kesucian dituntut semasa mengerjakan ibadah seperti
solat, tawaf di kaabah dan juga berpuasa.
• Kesucian perlu dijaga agar ibadah diterima Allah dan
menjauhi siksa semasa di alam barzakh.

Anda mungkin juga menyukai