Anda di halaman 1dari 6

JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM)

NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

MARHALAH TAARIF : BAB 1

KEDUDUKAN HADITH RASULULLAH SAW DALAM ISLAM

1.0 Muqaddimah
Hadith merupakan khazanah agung selepas al-Quran dalam agama Islam. Ia telah
menjadi sumber rujukan umat Islam yang kedua yang memberikan pedoman dan
panduan daripada kalam Nabi s.a.w.. Hadith di dalam kamus dewan (Edisi keempat,
2013) bermaksud sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad s.a.w. yang
diriwayatkan oleh sahabat-sahabat baginda s.a.w. (untuk menjelaskan atau
menentukan sesuatu hukum Islam). Hadith juga merupakan sandaran yang tidak
boleh ditinggalkan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w. sehingga akhir zaman. Sabda
Nabi s.a.w. ;

‫ تركت فيكم أمرين لن‬:‫وحدثني عن مالك انه بلغه ان رسول هللا صلى هللا عليه و سلم قال‬
‫تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب هللا و سنة نبيه‬

Maksudnya:
Dan (Yahya al Laytsi) menceritakan kepadaku dari Malik, bahawasanya
sampai kepadanya sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya aku
telah meninggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh
kepada keduanya, kamu sekalian tidak akan sesat (iaitu) kitab Allah dan sunnahNya.

Hadith di atas menunjukkan bahawa hadith juga merupakan sandaran utuh umat
Islam dalam menghadapi kehidupan ini.

1.1 Definisi Hadith


Perkataan ‘hadith’ (‫ )حديث‬adalah kata asal daripada perkataan ‘hadatha’ (‫ )حديث‬yang
mana dari sudut Bahasa bermaksud baharu (lawan qadim) atau cakap atau berita.
Perkataan hadith juga membawa kepada beberapa makna antaranya:
1. Perbuatan, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa, ayat 42.

َ‫ٱَّلل‬ ُ ‫س َّو ٰى ِب ِه ُم ۡٱۡل َ ۡر‬


َّ َ‫ض َو ََل يَ ۡكت ُ ُمون‬ َ ُ ‫سو َل لَ ۡو ت‬ َ ‫يَ ۡو َمئِ ٖذ يَ َودُّ ٱلَّذِينَ َكفَ ُرواْ َو َع‬
َّ ْ‫ص ُوا‬
ُ ‫ٱلر‬
٤٢ ‫َحد ِٗيثا‬
Maksud:
JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM)
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Di hari itu orang-orang kafir dan orang-orang yang mendurhakai rasul, ingin supaya mereka
disamaratakan dengan tanah, dan mereka tidak dapat menyembunyikan (dari Allah) sesuatu
kejadian (perbuatan) pun.

2. Khabar, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Yusuf, ayat 101.

ِ ‫ب قَ ۡد َءات َ ۡيت َ ِني ِمنَ ۡٱل ُم ۡل ِك َو َعلَّ ۡمت َ ِني ِمن ت َ ۡأ ِوي ِل ۡٱۡل َ َحادِي‬
١٠١ ….‫ث‬ ِ ‫۞ر‬
َ
Maksudnya:
Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan
dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi (khabar).

3. Perkataan atau percakapan, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah


al-Nisa, ayat 87.

ِ‫ٱَّلل‬ َ ‫َل إِ ٰلَهَ إِ ََّل هُ َو لَيَ ۡج َمعَنَّ ُك ۡم إِلَ ٰى يَ ۡو ِم ۡٱل ِق ٰيَ َم ِة ََل َر ۡي‬
َّ َ‫ب فِي ِۗ ِه َو َم ۡن أَصۡ دَ ُق ِمن‬ ٓ َ ُ‫ٱَّلل‬
َّ ﴿
﴾٨٧ ‫َحد ِٗيثا‬
Maksud:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Sesungguhnya Dia akan
mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. Dan siapakah orang
yang lebih benar perkataan(nya) dari pada Allah?

Maka, jelaslah di sini bahawa dari sudut bahasa, perkataan ‘hadith’ memberi maksud
perkhabaran atau perbualan dan cerita, sama ada berkaitan dengan keagamaan atau
keduniaan, atau yang telah berlaku atau sedang berlaku dan sama ada ianya sedikit ataupun
banyak.
Sementara dari sudut istilahnya pula, hadith membawa erti sesuatu yang disandarkan
kepada Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, perbuatan, ikrar (pengakuan) atau
sifat, sama ada yang berlaku sebelum dibangkitkan menjadi Rasulullah s.a.w. di Gua Hira
atau sesudah dibangkit menjadi Rasul.
Al-Hadith menurut kebanyakan ulama’ juga merangkumi apa-apa yang disandarkan
kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. atau tabi’in, ini termasuklah apa yang disandarkan
terus kepada Rasulullah s.a.w. (marfu’), atau yang disandarkan kepada sahabat (mauquf),
dan yang disandarkan kepada tabi’in (maqtu’).
Perkataan al-Hadith sering juga dikaitkan dan disebut sebagai as-Sunnah. Seperti
mana hadith yang telah disebutkan di atas mengenai sumber utama kepada syariat Islam iaitu
al-Kitab dan as-Sunnah yang bermaksud al-Quran dan al-Hadith.

1.2 Kedudukan al-Hadith dalam Islam


Sesungguhnya Allah SWT telah menutup semua risalah samawiyah dengan risalah
Islam dengan mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul akhir zaman dan
JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM)
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

diturunkan kepadanya al-Quran sebagai mukjizat yang paling besar yang pernah
diturunkanNya.
Begitu juga dengan kalam Rasulullah s.a.w, yang merupakan sumber sandaran
setelah al-Quran bagi menjelaskan hukum-hukum syara’ atau mentafsir dan
melaksanakan apa yang terkandung di dalam al-Quran. Kalam ini disebut sebagai
hadith nabawi sebagaimana yang telah dibahaskan sebelum ini. Hadith ini sama ada
bersumberkan wahyu dari Allah SWT atau ijtihad dari Rasulullah s.a.w. yang mana
ijtihad ini tidak berlaku melainkan ijtihad berdasarkan kebenaran semata-mata tanpa
ada keraguan. Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 3 & 4:

ٓ ٰ ‫نط ُق َع ِن ۡٱل َه َو‬


﴾٤ ‫ي يُو َح ٰى‬ٞ ‫ ِإ ۡن ُه َو إِ ََّل َو ۡح‬٣ ‫ى‬ ِ َ‫﴿ َو َما ي‬
Maksud:

Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. (4)
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).

Kesimpulannya, hadith merupakan salah satu daripada dua kompenen wahyu yang
diturunkan oleh Allah SWT melalui Jibril a.s. sementara kompenen yang satu lagi ialah al-
Quran.

Imam Ibn Hazm berkata yang bermaksud: “Telah jelas kepada kita bahawa al-
Quran merupakan sumber rujukan yang asas kepada syariat Islam dan apabila kita
menelitinya, kita mendapati bahawa terkandung di dalamnya perintah mewajibkan kita
taat dan patuh segala apa yang diperintah oleh Rasulullah s.a.w. di mana Allah SWT
berfirman dalam surah al-Najm ayat 3 & 4, yang bermaksud: Rasulullah tidak
bercakap mengikut hawa nafsunya dan tidaklah ia melainkan wahyu yang diwahyukan
kepadanya.
Hal yang demikian menjelaskan kepada kita bahawa sumber asas kepada
syariat Islam ialah al-Quran dan al-Hadith. Tidak mungkin sama sekali bagi setiap
muslim untuk memahami syariat Islam melainkan dengan merujuk kepada dua
sumber asasnya itu. Kedudukan dan kepentingan al-Hadith dalam Islam dan
syariatnya semenjak zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah zaman para Imam
mujtahid dan sehingga hari kiamat tidak dapat dinafikan lagi. Sekalipun sentiasa wujud
golongan yang cuba menolaknya sama ada secara keseluruhan atau sebahagian
darinya. Golongan ini wujud semenjak zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah di zaman
akhir ini, walaupun cara dan tekniknya berbeza, tetapi mempunyai matlamat yang
sama.
Untuk mengetahui kedudukan hadith dalam Islam, kita perlu merujuk kepada
sumber Islam yang paling asas iaitu al-Quran. Terdapat banyak ayat-ayat yang
menunjukkan kedudukan hadith di dalam Islam, antaranya:

٢٠ َ‫سولَ ۥهُ َو ََل ت َ َولَّ ۡواْ َع ۡنهُ َوأَنت ُ ۡم ت َ ۡس َمعُون‬ َّ ْ‫ٰ َٓيأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمنُ ٓواْ أ َ ِطيعُوا‬
ُ ‫ٱَّللَ َو َر‬
Maksud:
JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM)
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu
berpaling dari pada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya).
(Surah al-Anfal: 20),

ٗ ‫س ۡل ٰنَ َك َعلَ ۡي ِه ۡم َح ِف‬


٨٠ ‫يظا‬ َ ‫ٱَّللَ َو َمن ت َ َولَّ ٰى فَ َما ٓ أ َ ۡر‬
َۖ َّ ‫ع‬ َ َ ‫سو َل فَقَ ۡد أ‬
َ ‫طا‬ ُ ‫ٱلر‬
َّ ِ‫َّمن يُ ِطع‬
Maksud:
Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa
yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara
bagi mereka.

Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita tentang kedudukan hadith


sekaligus kedudukan Rasulullah s.a.w. dalam Islam. Rasulullah s.a.w. diutus untuk
dipatuhi dan ditaati dengan izin Allah SWT, bukan semata-mata untuk menyampaikan
risalah Allah sahaja. Dan seseorang itu tidak dikira beriman selagi ia tidak beriman
dengan hukum-hukum Allah dengan mengambil contoh tauladan daripada Rasulullah
s.a.w.

1.3 Cara Berakhlak dengan al-Hadith

Hakikatnya banyak cara yang boleh kita aplikasikan bagi membina akhlak dengan
hadith-hadith Rasulullah s.a.w.. kepentingan berakhlak dengan hadith-hadith Nabi
s.a.w. ialah supaya kita tidak meletakkan martabat hadith sebagai kedudukan yang
tidak penting dalam agama kita, bahkan keperluan hadith menjadikan pelengkap
kepada kandungan-kandungan al-Quran. Antara cara berakhlak dengan hadith-hadith
nabi ialah:
1. Membenarkan hadith-hadith Nabi s.a.w.
Ketika kita membacakan hadith, wajiblah kepada kita membenarkan hadith-hadith
Nabi s.a.w. yang sohih. Adapun apakah kita boleh meriwayatkan hadith-hadith yang
dhoif?
Maka, para ulama membahaskan mengenai hukum meriwayatkan dan
mengamalkan hadith dhoif. Sebahagian ulama membolehkan kita meriwayatkan
hadith dhoif dengan tidak menerangkan kedaifannya dalam perkara yang
berhubungan dengan kisah atau cerita, pengajaran atau nasihat dan yang bertalian
dengan keutamaan ‘amal (fadhail a’mal)1 tetapi tidak dalam perkara yang
berhubungan dengan i’tikad dan dengan hukum halal, haram, makruh dan sunat.
Demikian menurut pendapat sebahagian ulama mengenai hukum meriwayatkan hadis
dhaif seperti Imam Nawawi. Begitu juga sebahagian daripada mereka sepakat tidak

1
Iaitu faedah menggunakan satu amal, bukan hukumnya.
JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM)
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

boleh mempergunakan hadith dhaif untuk setiap pekerjaan, keperluan walaupun


untuk menerangkan keutamaan sesuatu amal. Hal yang demikian supaya tidak ada
orang yang mengatakan kepada Rasulullah perkataan yang tidak baginda katakan,
dan supaya tidak ada orang yang mengi’tikadkan sunat sesuatu perkara yang tidak
disunatkan. Antara mereka ialah Imam Bukhari, Muslim dan abu Bakar Ibn al-Arabi.
Ibn Hajar Al-Asqalani dalam keterangannya mengenai keharusan
menggunakan hadith dhaif telah menetapkan tiga syarat:
a) Hadith yang tidak terlampau dha’ifnya. Yang demikian hadith yang
diriwayatkan oleh orang yang dituduh berdusta ditolak sama sekali.
b) Hadith ini dapat dimasukkan kepada satu dasar yang dapat dipegang
dengan erti memegang atau menggunakannya tidak berlawan dengan
dasar hukum yang telah dibenarkan atau tidak masuk kepada suatu
hukum yang tidak mempunyai asalnya sama sekali.
c) Jangan dii’tikadkan ketika menggunakan hadith dha’if bahawa Nabi
s.a.w. ada mengatakan supaya terpelihara daripada menisbahkan
kepada Nabi s.a.w. apa yang baginda tidak kerjakan dan sabdakan.

2. Menghayati kandungan hadith


Ketika membacakan hadith-hadith Nabi s.a.w, seorang muslim itu digalakkan
memberikan sepenuh fokus terhadap kandungan hadith. Alangkah indahnya bagi
seorang Muslim merasai dan menjiwai kalimah-kalimah yang keluar daripada baginda
s.a.w. atau perbuatan-perbuatan baginda mahupun pengakuan-pengakuan baginda
s.a.w. dan merasai betapa hebatnya baginda s.a.w melalui rangkaian hadith yang
dibacakan.
Pada hari ini, ramainya dalam kalangan kita tidak dapat merasai inti pati hadith
kerana mereka hanya membacakan hadith tetapi tidak dapat menghayati hadith
dengan sepenuh jiwa dan perasaan mereka. Akhirnya, aktiviti membaca hadith
semakin hari semakin hambar dan lebih malang lagi pembudayaan menghayati hadith
tidak lagi dijadikan keutamaan umat kini. Wa na’uzubillah!

3. Beramal dengan hadith


Selaku umat Islam, kita harus beramal dengan hadith Nabi s.a.w. sebagai tanda
ketaatan kepada baginda s.a.w. malah ia merupakan tanda ketaatan kita kepada Allah
SWT. cuba perhatikan sirah, perkara ini menjadi kemestian kepada para sahabat
apabila Nabi s.a.w. memberikan sabda baginda s.a.w., pasti mereka
mengamalkannya segera mungkin. Namun, malangnya apabila kita tidak mahu
menerima hadith baginda s.a.w. sebagai panduan dan pedoman hidup. Apabila umat
Nabi s.a.w. meninggalkan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan meninggalkan
sunnah Nabi s.a.w., maka mereka telah mengingkari Nabi s.a.w. dan menjauhkan diri
mereka daripada memasuki syurga Allah SWT yang kekal abadi selama-lamanya.
Sabda Nabi s.a.w.:
JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM)
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

‫ون ا ْل َجنَّةَ ِإ ََّّل‬


َ ُ‫ ُك ُّل أ ُ َّمتِي يَ ْد ُخل‬: ‫سلَّ َم قَا َل‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ِ‫َّللا‬َّ ‫سو َل‬ُ ‫ع َْن أَبِي ُه َر ْي َرةَأ َ َّن َر‬
‫صانِي فَقَ ْد‬ َ ‫ع‬َ ‫عنِي َد َخ َل ا ْل َجنَّةَ َو َم ْن‬ َ ‫َّللاِ َو َم ْن يَأْبَى قَا َل َم ْن أ َ َطا‬
َّ ‫سو َل‬ ُ ‫َم ْن أَبَى قَالُوا يَا َر‬
.‫أَبَى‬
[7280‫رقم الحديث‬, ‫باب اَّلقتداء بسنن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬, ‫ كتاب اَّلعتصام بالكتاب والسنة‬,‫]صحيح البخاري‬
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan
memasuki syurga melainkan mereka yang enggan, "Para sahabat bertanya, "Wahai
Rasulullah, lantas siapakah yang enggan?" Nabi SAW menjawab: "Sesiapa yang taat
kepadaku akan memasuki syurga dan sesiapa yang mengingkariku bererti dia enggan masuk
syurga."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith :7280)

1.4 Kesimpulan
Para ulama telah sepakat bahawa hadith (sunnah) adalah dasar bagi hukum Islam
dan umat Islam wajib mematuhi hadith sebagaimana diwajibkan mematuhi al-Quran.
Banyak ayat al-Quran yang memberikan pengertian secara tegas bahawa hadith itu
suatu pokok dasar bagi syariat Islam (al-Hasyr:7, ali Imran:132, al-Nur:63). Umat Islam
tidak boleh membelakangi atau meninggalkan apatah lagi menentang hukum hadith
atau hukum al-Quran atau hukum keduanya sekali sama ada dengan alasan atau
tidak.
Begitu juga, memelihara hadith mudah-mudahan menjadikan ia salah satu
tanda cinta kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Apakah lagi yang
dapat kita lakukan memandangkan dunia kita lebih memperlihatkan teknologi-
teknologi canggih sehingga melupakan dan melalaikan kita, maka, dengan
membenarkan, menghayati dan beramal dengan hadith Nabi s.a.w. merupakan cara
kita mempromosikan agama yang tercinta kepada seluruh alam.
Mudah-mudahan kita adalah sebahagian daripada mata-mata rantai
perjuangan baginda s.a.w.

Anda mungkin juga menyukai