Anda di halaman 1dari 30

PENGGUNAAN FIQH MUWAZANAT

DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Oleh : Nasrudin bin Hassan


Ketua Penerangan PAS Pusat.

M E M B U AT k e p u t u s a n t i d a k l a h
semudah ungkapan atau arahan
untuk mencapainya.

Te r k a d a n g p r o s e s k a j i a n d a n
perbincangan untuk membuat
keputusan hanya berakhir dengan
kebuntuan apabila ia tidak berada di
atas landasan atau manhaj membuat
keputusan yang baik dan betul .

Terutama keputusan yang melibatkan


soal strategi dan gerak kerja amal
Islami dalam Gerakan Islam.

Muka Surat 01
Tidak mudah kerana ia berhadapan
dengan 1001 kemungkinan sementara
harapan yang disandarkan dari
keputusan tersebut sangat tinggi.

Justeru, kita mesti benar-benar


menguasai manhaj dan mekanisme
membuat keputusan agar kita mampu
meminimumkan unsur kelemahan dan
kekurangan dalam keputusan yang
diambil, jauh sekali unsur kesilapan
dan kesalahan dalam memuktamadkan
sesuatu keputusan.

Saya melihat antara mekanisme yang


perlu dikuasai oleh para amilin Gerakan
Islam khasnya para pemimpin ialah
Fiqh Muwazanah atau kefahaman
yang jelas, benar dan tepat dalam
pertimbangan sebelum membuat
keputusan.
Muka Surat 02
Peranan Fiqh Muwazanah

Fiqh Muwazanah (Fiqh Pertimbangan)


adalah satu makanisme yang sangat
berkait rapat dengan Feqh al-
Awlawiyyat (Fiqh Keutamaan) dalam
kita mengambil sesuatu keputusan dan
tindakan agar apa yang kita lakukan
adalah suatu yang terbaik.

Secara garis kasarnya, Fiqh


Muwazanah ialah:
1. Membuat pertimbangan antara
pelbagai bentuk kemaslahatan dan
manafaat dari berbagai-bagai kebaikan
yang telah disyariatkan.
2. Membuat pertimbangan antara
pelbagai bentuk kemudharatan,
kerosakan dan kejahatan yang dilarang
atau ditegah oleh Syariat.

Muka Surat 03
3. Membuat pertimbangan antara
maslahat (kepentingan) dan
mudharat (kerosakan), antara
kebaikan dan keburukan apabila dua
perkara yang bertentangan ini bertemu
antara satu sama lain.

PERTIMBANGAN (AT – TAWAZUN)


ANTARA MASLAHAH

Kita akan dapati Maslahah


(kepentingan/kebaikan) yang telah
ditetapkan oleh syarak tidak berada
dalam satu kategori sahaja bahkan ia
terbahagi kepada beberapa kategori:

a. Dhoruriyat – ‫ضروريات‬
Jika tidak memilikinya (dhoruriyat)
nescaya kita tidak boleh menjalani
kehidupan ini seperti agama, nyawa
dan akal .
Muka Surat 04
b. Haajiyat – ‫حاجيات‬

Kita masih mampu hidup sekalipun


tanpa memilikinya (haajiyat) tetapi kita
akan mengalami kesukaran dan
kesulitan hidup yang getir seperti
rumah, kenderaan dan perkara
seumpamanya.

c. Tahsiiniyat – ‫تحسينيات‬
Suatu yang menambah keselesaan,
kesenangan dan kemewahan dalam
hidup kita dan ia juga sering disebut
sebagai pelengkap (‫ات‬## #‫ي‬# # # # # # ‫ال‬## #‫م‬# # # # # # ‫ )ك‬seperti
kenderaan kedua, rumah kedua,
perabot tambahan dan lain-lain .
Keputusan yang kita hendak ambil ialah
pastinya keputusan yang terbaik atau
yang afdal dan yang aula.

Muka Surat 05
Maka pertimbangannya secara prinsip
umum ialah mendahulukan Dhoruriyat
ke atas Haajiyat demikian juga
Tahsiiniyat.
Begitu pula sewajarnya kita
mendahulukan Haajiyat ke atas
Tahsiiniyat dalam pertimbangan yang
melibat perkara dalam dua kategori
tersebut .
Dhoruriyat terbahagi kepada 5:

* Agama
* Jiwa
* Keturunan
* Aqal
* Harta

Sebahagian Ulama menambah perkara


yang keenam dalam senarai Dhoruriyat
ini iaitu Maruah (penghormatan).

Muka Surat 06
Proses membuat keputusan ialah
mengambil pertimbangan dengan
teliti dan meletakkan agama sebagai
perkara yang terpenting daripada
senarai dhoruriyat dan ia mesti
didahulukan berbanding Jiwa,
keturunan, akal dan harta.
Pertimbangan teliti dan cermat ke arah
menghasilkan keputusan yang baik dan
wajar terhadap pelbagai maslahah
tersebut ialah dengan menggunakan
kaedah berikut: (rujuk lampiran B)
1. Mendahulukan maslahah yang sudah
pasti ke atas maslahah dalam jangkaan
atau masih diragui kedudukannya.
2. Mendahulukan maslahah yang besar
ke atas maslahah yang kecil.
3. Mendahulukan maslahah awam
berbanding maslahah individu.

Muka Surat 07
4. Mendahulukan maslahah yang
banyak berbanding maslahah yang
sedikit

5. Mendahulukan maslahah yang


berterusan dan berkesinambungan
berbanding maslahah yang sementara.

6. Mendahulukan maslahah inti dan


prinsip yang fundamental berbanding
maslahah yang bersifat luaran (cabang)
dan tidak penting .

7. Mendahulukan maslahah
(kepentingan) masa depan yang kuat,
kukuh dan pasti berbanding maslahah
(kepentingan) semasa yang lemah dan
tidak pasti .

Muka Surat 08
Iktibar dari Hudaibiyah

Sebagai contoh kita boleh melihat


peristiwa Perjanjian Hudaibiyah
bagaimana Nabi SAW telah
mengutamakan maslahah prinsip dan
masa depan berbanding maslahah
yang bersifat cabang dan semasa.

Nabi SAW setuju memadam kalimah


Bismillahirrahmanirrahim sebagaimana
yang dituntut oleh Kafir Quraisy pada
surat perjanjian lalu diganti dengan
Bismikallahumma.

Demikian juga Nabi SAW setuju


memadam nama Baginda Muhammad
Rasulullah lalu diganti kepada
Muhammad bin Abdullah.

Muka Surat 09
Tindakan yang diambil oleh Nabi SAW
adalah menafikan maslahah semasa
yang bukan sahaja membuatkan Nabi
SAW terpaksa menangguhkan umrah
pada tahun itu (walau telah berihram)
tetapi juga terpaksa berhadapan
dengan bantahan daripada para
sahabat yang merasakan bahawa
mereka ditewaskan oleh kuffar Quraisy
secara diplomatik.
Namun, Nabi melihat maslahah masa
depan dengan mewujudkan perjanjian
damai atau gencatan senjata dengan
musuh yang membolehkan Islam
bergerak dan berkembang pesat ketika
era damai itu,
Akhirnya membawa kepada
kemenangan besar bagi ummat Islam
iaitu Fathul Makkah (pembukaan Kota
Makkah)

Muka Surat 10
PERTIMBANGAN (AT – TAWAZUN)
ANTARA MUDHARAT

Mudharat (kerosakan) juga mempunyai


beberapa tahap. Mudharat yang
memusnahkan dhoruriyat seperti
agama adalah tidak sama dengan
mudharat yang membinasakan Haajiyat
dan Tahsiiniyat seperti rumah dan
perabot.

Demikianlah juga mudharat yang


merosakkan harta dan jiwa tidak sama
tahapnya dengan mudharat yang
meruntuhkan agama dan akidah (walau
dalam satu kategori iaitu dhoruriyat).

Muka Surat 11
Justeru itu , para Fuqaha
menetapkan beberapa kaedah feqh
untuk menangani persoalan ini: (rujuk
lampiran C)

1 . Ti a d a m u d h a r a t ( t i d a k b o l e h
mencetuskan bahaya) dan tidak boleh
membahayakan (diri sendiri atau pihak
lain)

2. Suatu mudharat seboleh mungkin


mestilah disingkirkan.

3. Suatu mudharat tidak boleh


dihapuskan dengan mudharat yang
serupa atau lebih.

4. Mudharat yang ringan jika dibanding


dengan mudharat yang lebih berat
mesti dipilih mudharat yang ringan dan
boleh dilakukan.

Muka Surat 12
5. Mudharat yang lebih ringan boleh
dilakukan untuk menolak mudharat
yang lebih besar.
6. Mudharat yang bersifat khusus boleh
dilakukan untuk menolak mudharat
yang sifatnya lebih umum dan luas.

PERTIMBANGAN APABILA
MASLAHAH DAN MUDHARAT
BERTEMU

Apabila dalam satu perkara mempunyai


maslahah dan mudharat secara
serentak. Ada bahaya dan dalam masa
yang sama ada manafaat.

Keadaan ini sangat-sangat memerlukan


kita menimbangnya dengan teliti,
tekun dan cermat sebelum membuat
keputusan.

Muka Surat 13
Situasi seperti ini menuntut kita
mengambil keputusan berasaskan
pertimbangan yang lebih berat dan
lebih banyak dengan mengabaikan
yang lebih ringan dan sedikit.
Contohnya arak. Kita terpaksa
mengabaikan sedikit manafaat yang
terkandung di dalamnya berbanding
mudharat yang lebih besar dan banyak
padanya. Firman Allah SWT:
‫بير و‬## #‫م ك‬## #‫يهما إث‬## #‫ل ف‬## #‫ر ق‬## #‫مر و امليس‬## #‫ن الخ‬## #‫ك ع‬## #‫سئلون‬## #‫ي‬
‫منافع للناس و إثمهما أكبر من نفعهما‬

M e r e k a b e r t a n y a k e p a d a m u Wa h a i
Muhammad mengenai Khamar (arak) dan
judi, katakanlah: pada keduanya ada dosa
(kemudharatan) yang besar dan manafaat
bagi manusia dan dosa (kemudharatan)
pada keduanya lebih banyak dari manafaat
keduanya.
(Surah al-Baqarah : ayat 219)

Muka Surat 14
Sebaliknya jikalau dalam satu perkara
itu terdapat manafaat yang banyak dan
lebih besar maka perkara itu boleh
dilakukan sementara kerosakan kecil
yang ada padanya boleh diabaikan.
Antara kaedah penting dalam
menangani perkara ini ialah: (rujuk
Lampiran D)

1. Menolak mudharat (kerosakan)


mestilah didahulukan ke atas
pengambilan manafaat.

Kaedah ini disempurnakan oleh


kaedah yang lain:

1. Kerosakan yang kecil dimaafkan


untuk mendapatkan kemaslahatan yang
lebih besar.

Muka Surat 15
2. Kerosakan yang bersifat sementara
dimaafkan demi kemaslahatan yang
sifatnya berterusan/ berkesinambungan.

3. Kemaslahatan yang sudah pasti tidak


boleh ditinggalkan hanya kerana ada
kerosakan yang baru dijangka
wujudnya.

Penutup

Sesungguhnya Fiqh Muwazanah ini


mempunyai erti yang sangat besar dan
penting, khususnya dalam masalah
siasah syari’yah kerana ia merupakan
landaan pembinaan ummah yang
pemeringkatannya juga boleh dilihat
sebagai Feqh al Aulawiyat.

Muka Surat 16
Sewaktu kita membuat keputusan
dalam menetapkan gerak kerja jamaah
sebagai contoh, sering kali kita
berdepan dengan dilema antara dua
perkara yakni kedua-duanya dilihat baik
atau paling baik seperti menentukan
calon dalam pilihan raya.

Fiqh Muwazanah memainkan peranan


besar dalam perkara ini. Tatkala sukar
membuat keputusan, terkadang kita
terpaksa mendahulukan perkara baik
tanpa risiko berbanding perkara yang
paling baik tetapi mempunyai risiko.

Begitu juga disaat berat kita buat


k e p u t u s a n , fi q h M u w a z a n a h
menetapkan cara kita membuat
keputusan seperti kita terperangkap
antara dua situasi

Muka Surat 17
“kalau berjuang mungkin kita mati tetapi
kalau tidak berjuang agama pula
mungkin mati”

maka pertimbangannya ialah dibaca


sekali dengan Fiqh Aulawiyat bahawa
kita mesti mendahulukan agama
berbanding Jiwa kita, lalu wajib kita
kita turun berjuang walau risikonya
mengorbankan nyawa.

Muka Surat 18
LAMPIRAN A:

BAGAIMANA MENGENAL PASTI


MASLAHAT DAN MUDHARAT

Nota: 1

Asasnya, kemaslahatan yang perlu


dipelihara ialah kemaslahatan akhirat
demikian juga kemaslahatan dunia
menurut urutannya.

Bertolak dari nokhtah itu , kita boleh


mengenal pasti kemaslahatan dan
kemudharatan ini melalui:

a. Ketetapan Agama (Nas Naqli)


b. Fungsi Aqal Fikiran (Nas Aqli)
c. atau kedua – duanya sekali.
Pendapat Imam Izzudin Abdus Salam
dalam kitabnya: Qawai’d al-Ahkam fi
Masholih al-Anam seperti berikut:

“Kebanyakan kemaslahatan dunia dan


kerosakannya dapat diketahui dengan
akal sekali gus menjadi bahagian
terbesar dari syariah kerana telah
diketahui bahawa sebelum ajaran
agama diturunkan, orang yang berakal
telah mengetahui bahawa usaha
mereka untuk mencapai suatu kebaikan
dan menghindar terjadinya suatu
kerosakan pada diri manusia menurut
pandangannya suatu yang terpuji dan
baik.”
Nota 2 :

Mendahulukan sesuatu kemaslahatan


yang diterima kuat (rajih) atas
kemaslahatan yang tidak diterima
(marjuh) juga merupakan suatu yang
terpuji dan baik. Sementara penolakan
terhadap kerosakan yang dianggap
pasti berbanding penolakan ke atas
perkara yang dianggap belum pasti juga
merupakan suatu yang baik.

Nota 3:
Konsep asal yang diambil dalam
membuat pertimbangan (tawazun):
“ Ti n d a k a n y a n g m e n g h a s i l k a n
kemaslahatan yang baik merupakan
perbuatan yang paling mulia sedang
perbuatan yang menghasilkan
kerosakan merupakan amalan atau
tindakan yang paling hina.”
Nota 4 :

a. Kemaslahatan mempunyai tiga


bahagian:

– Wajib
– Sunat
– Mubah (harus)

b. Kemudharatan mempunyai dua


bahagian:

– Haram
– Makruh
LAMPIRAN B :

1. Mendahulukan maslahah yang sudah


pasti ke atas maslahah dalam jangkaan
atau masih diragui kedudukannya.

‫تُق َّدم املصلحة املتيقنة‬


.‫على املصلحة املظنونة أو املوهومة‬

2. Mendahulukan maslahah yang besar


ke atas maslahah yang kecil.

‫وتُق َّدم املصلحة الكبيرة‬


‫على املصلحة الصغيرة‬

3. Mendahulukan maslahah awam


berbanding maslahah individu.

‫وتُق َّدم مصلحة الجماعة‬


‫على مصلحة الفرد‬
4. Mendahulukan maslahah yang
banyak berbanding maslahah yang
sedikit.

‫و ُتق َّدم مصلحة الكثرة‬


ِ ‫على مصلحة‬
‫الق َّلة‬

5. Mendahulukan maslahah yang


berterusan dan berkesinambungan
berbanding maslahah yang sementara.

‫وتُق َّدم املصلحة الدائمة‬


‫على املصلحة العارضة أو املنقطعة‬
6. Mendahulukan maslahah inti dan
prinsip yang fundamental berbanding
maslahah yang bersifat luaran (cabang)
dan tidak penting .

‫وتُق َّدم املصلحة الجوهرية واألساسية‬


‫على املصلحة الشكلية والهامشية‬
7. Mendahulukan maslahah
(kepentingan) masa depan yang kuat,
kukuh dan pasti berbanding maslahah
(kepentingan) semasa yang lemah dan
tidak pasti .

‫وتُق َّدم املصلحة املستقبلية القوية‬


‫على املصلحة اآلنية الضعيفة‬
LAMPIRAN C :

8 . Ti a d a m u d h a r a t ( t i d a k b o l e h
mencetuskan bahaya) dan tidak boleh
membahayakan (diri sendiri atau pihak
lain)
‫ضرار‬
َ ‫ضررا ً و ال‬
َ ‫ال‬

9. Suatu mudharat seboleh mungkin


mestilah disingkirkan.

‫رر يُزال بقدر اإلمكان‬ َّ


ُ ‫الض‬
10. Suatu mudharat tidak boleh
dihapuskan dengan mudharat yang
serupa atau lebih.

‫الضرر ال يزال بضرر مثله أو أكبر منه‬


11. Mudharat yang ringan jika dibanding
dengan mudharat yang lebih berat
mesti dipilih mudharat yang ringan dan
boleh dilakukan.
‫يرتكب أخف الضررين و أهون الشرين‬

12. Mudharat yang lebih ringan boleh


dilakukan untuk menolak mudharat
yang lebih besar.

‫يتحمل الضرر األدنى‬


‫لدفع الضرر األعلى‬

13. Mudharat yang bersifat khusus


boleh dilakukan untuk menolak
mudharat yang sifatnya lebih umum dan
luas.
‫يتحمل الضرر الخاص‬
‫لدفع الضرر العام‬
LAMPIRAN D :

14. Menolak mudharat (kerosakan)


mestilah didahulukan ke atas
pengambilan manafaat.
‫درء املفاسد أولى‬
‫من جلب املصالح‬

15. Kerosakan yang kecil dimaafkan


untuk mendapatkan kemaslahatan yang
lebih besar.
‫املفسدة الصغيرة تغتفر‬
‫من أجل املصلحة الكبيرة‬

16. Kerosakan yang bersifat sementara


dimaafkan demi kemaslahatan yang
sifatnya berterusan/ berkesinambungan.
‫تغتفر املفسدة العارضة‬
‫من أجل املصلحة الدائمة‬
17. Kemaslahatan yang sudah pasti
tidak boleh ditinggalkan hanya kerana
ada kerosakan yang baru dijangka
wujudnya
‫ال تترك مصلحة محققة‬
‫من أجل مفسدة متوهمة‬

Rujukan :

1. Syarah Al Qawaid Al Feqhiyah karya Asy Syeikh


Ahmad bin Asy Syeikh Muhammad Az Zarqa’ (wafat
1938 M)

2. Qawaid Al Ahkam Fi Masolih al Anam karya Al


Allamah Al Izz bin Abdul As Salam. (Wafat 660 H)

3. Mafhum Feqh Al Muwazanat wa Adillatihi Asy


Syari’yyah karya Athoillah Faidhi (https://
platform.almanhal.com)

Sekian.

Nasrudin bin Hassan


Ketua Penerangan PAS Pusat.

Anda mungkin juga menyukai