Anda di halaman 1dari 26

CTU263

ISLAM DAN PENGURUSAN

BAB 6: FIQH AWLAWIYAT DALAM PENGURUSAN ISLAM

PENSYARAH: DR. MOHAMAD ZAIM ISAMAIL


USTAZAH NOR ALHANA ABD MALIK
KANDUNGAN

HASIL PEMBELAJARAN ISI KANDUNGAN

Menjelaskan kepentingan fiqh awlawiyat dalam 1 Definisi dan konsep Fiqh Awlawiyat
saistem pengurusan.

Menghuraikan apliksasi fiqh awlawiyat 2 Asas-asas pertimbangan Fiqh Awlawiyat

.3 Bidang-bidang keutamaan Fiqh Awlawiyat

4 Aplikasi Fiqh Awlawiyat

5 Hubungan Fiqh Awlawiyat dengan pembangunan dan


pengurusan

6 Kesan pengabaian Fiqh Awlawiyat


PENGENALAN
❖ Merupakan istilah baru yang
diperkenalkan oleh Prof. Dr. Syeikh
Yusuf Abdullah al-Qaradhawi.
Cendekiawan dari Mesir.

❖ Al-Qaradhawi telah menjadikan


karya Imam al- Ghazali dan Ibn
Qayyim al-Jauziyyah sebagai al- Ghazali
rujukan penting dalam
menghasilkan idea mengenai Fiqh
Awlawiyat.

Al-Qaradhawi
DEFINISI
❑ Fiqh bermaksud kefahaman iaitu kefahaman terhadap sesuatu hukum.
Manakala perkataan awlawiyat pula berasal daripada perkataan awla
(‫ )اوﻟﻰ‬yang bermaksud unggul, utama dan penting. (Yusuf al-Qaradhawi)
❑ Antara istilah lain yang digunapakai ialah kefahaman urutan amalan.
❑ Kefahaman kepada fiqh awlawiyat ini mampu membuka minda individu
dan organisasi kepada penilaian yang lebih adil dan bersesuaian dengan
kepentingan serta keperluan semasa (Shofian Ahmad, 2017).
❑ Secara umumnya, ilmu ini adalah untuk mengajar seseorang muslim
untuk mendahulukan perkara yang penting berbanding perkara yang
kurang penting atau tidak penting langsung. Maka ia adalah usaha
meletakkan sesuatu pada kedudukan yang sewajarnya sama ada dari segi
hukum, nilai dan pelaksanaannya.
DEFINISI FIQH AWLAWIYAT

• Memahami keutamaan
BAHASA

• Meletakkan sesuatu pada kedudukan yang


sewajarnya berdasarkan aspek hukum, nilai
dan pelaksanaan.
ISTILAH • Mendahulukan sesuatu perkara yang penting
berbanding perkara yang kurang penting atau
tidak penting langsung.
KEPENTINGAN
Diperlukan dalam proses pembuatan keputusan/aplikasi
syura.
Bagi meletakkan sesuatu pada kedudukan yang sewajarnya
sama ada dari segi hukum, nilai dan pelaksanaannya.
Mengukur KEUTAMAAN (dahulu dan kemudian).
Mengukur KEPENTINGAN dalam perkara yang sama atau
dua perkara berbeza.
Contoh: Mendahulukan perkara usul (pokok) berbanding
perkara furu’ (cabang).
Contoh: Mendahulukan amalan wajib berbanding amalan
sunat.
Contoh: Mendahulukan pengajian ilmu fardhu ‘ain
berbanding ilmu fardhu kifayah.
CONTOH PENGAMALAN FIQH
AWLAWIYYAT
◦ SIRAH :
◦ Rasulullah SAW memberi penekanan dalam soal pembinaan dan
pemurnian akidah masyarakat di Mekah berbanding
menghancurkan berhala-berhala yang disembah mereka.
◦ PENGURUSAN :
◦ Membina ladang kelapa sawit sehingga berlaku penebangan hutan
yang melampau dan menyebabkan kepupusan haiwan, tanah
runtuh dan banjir kilat. (Keputusan keutamaan yang salah)
◦ MASYARAKAT :
◦ Memperbesarkan masjid atau membantu gerakan yang ingin
memulihkan akhlak golongan remaja di sesuatu kawasan.
(Bertembung dua kebaikan, yang mana satu perlu
diutamakan)
DALIL MAQASID SYARIAH

Maksudnya: “Apakah (orang-orang)


yang memberi minuman orang-orang
yang mengerjakan haji dan mengurus
Masjidil Haram kamu samakan
dengan orang-orang yang beriman
kepada Allah dan hari Kemudian serta
berjihad di jalan Allah? Mereka tidak
sama di sisi Allah; dan Allah tidak
memberi petunjuk kepada kaum yang
zalim.” (al-Taubah, 19)
DALIL MAQASID SYARIAH

Maksudnya: “Orang-orang yang


beriman dan berhijrah serta berjihad
di jalan Allah dengan harta, benda dan
diri mereka, adalah lebih tinggi
darjatnya di sisi Allah; dan itulah
orang-orang yang mendapat
kemenangan.” (al-Taubah, 20)
HADIS BERKAITAN MAQASID

Dari Abi Hurairah RA dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Iman itu
ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga
sampai enam puluh Sembilan cabang. Yang paling utama adalah perkataan,
LAA ILAAHA ILLAULAH (tiaa tuha yang berhak disembah selain Allah)
dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Malu
itu adalah sebahagian dari iman. (HR Muslim, No:51)
ASAS PERTIMBANGAN FIQH
AWLAWIYAT
Maslahah hendaklah dipelihara berdasarkan susunan hiearki.
Dikenali juga sebagai Tahap Maslahah*

Dharuriyyat
(asasi)

Hajiyyat (Kehendak)

Tahsiniyyat
(Kemewahan/Pelengkap)
Maslahah asal daripada perkataan ‫ ﺻﻠﺢ‬yang bermaksud kebaikan. Maka maslahah
bermaksud perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan/manfaat.
BIDANG KEUTAMAAN FIQH
AWLAWIYAT
Memelihara maslahah
Mengutamakan perkara yang Mengutamakan perkara usul berdasarkan susunan
berkait dengan agama daripada furu’ keutamaan
(Maqasid Syariah)

Mendahulukan perbuatan
Mendahulukan nas/dalil yang bersifat jama’i Mengutamakan fardhu ain
wahyu daripada akal (kolektif) berbanding amalan daripada fardhu kifayah
fardhi (individu)
APLIKASI FIQH AWLAWIYAT

Pertembungan Maslahah vs Maslahah

Pertembungan Mudarat vs Mudarat

Pertembungan Maslahah vs Mudarat


PERTEMBUNGAN
MASLAHAH VS
MASLAHAH
1. Kepentingan yang sudah dikenal pasti
lebih utama daripada kepentingan yang
baru dikenal pasti.
2. Kepentingan yang besar lebih utama
daripada kepentingan yang kecil.
(Perjanjian Hudaibiyah).
3. Masyarakat lebih utama daripada
individu. (Membela haiwan eksotik.
4. Berterusan lebih utama sementara.
(Perancangan kewangan)
5. Asas lebih utama daripada Tambahan.
6. Masa depan lebih utama daripada
semasa (Pendidikan).
PERTEMBUNGAN MUDARAT VS
MUDARAT
1. Tidak ada bahaya dan tidak boleh
membahayakan (Penetapan polisi)
2. Bahaya seboleh-bolehnya wajar
dihapuskan (Kawalan penyakit)
3. Tidak boleh dihapuskan dengan bahaya
yang lebih besar (Pengguguran)
4. Utamakan bahaya ringan berbanding
bahaya besar.
5. Bahaya yang khusus > meluas/umum
(Turunkan gaji menteri)
PERTEMBUNGAN MASLAHAH VS
MUDARAT

1. Menolak keburukan > pengambilan manfaat (Arak,


pelaburan, sumbangan).
2. Keburukan kecil akan dimaafkan untuk mendapatkan
maslahah yang besar.(Pilihanraya).
3. Keburukan bersifat sementara dimaafkan demi kemaslahatan
yang berterusan.(Rawatan kanser)
4. Kemaslahatan yang sudah pasti > keburukan yang baru
dijangka. (Pelaburan)
APLIKASI FIQH AWLAWIYAT DAN
PENGURUSAN

1 Fiqh awlawiyat menjadi dasar dalam pengurusan Islam.

Mewujudkan kesedaran dan tanggungjawab manusia


2
sebagai khalifah .

Projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan


3
baik dan seimbang.
APLIKASI FIQH AWLAWIYAT DAN
PENGURUSAN

3 Mengelakkan kesan buruk terhadap masyarakat, tumbuhan


dan haiwan.

4 Memanfaatkan sumber (manusia/alam) ke arah kebaikan.

5 Mengelakkan pembaziran sumber secara berlebihan.


FIQH AWLAWIYAT DAN
PENGURUSAN
❖ Fiqh awlawiyat memainkan peranan penting dalam
pengurusan Islam
❖ Panduan dalam menentukan tindakan yang harus
didahulukan dan diutamakan pelaksanaannya berbanding
dengan tindakan-tindakan lain
❖ Panduan untuk menentukan sama ada tindakan yang akan
diambil membawa kebaikan atau keburukan dalam jangka
masa pendek atau panjang.
FIQH
AWLAWIYAT
DAN
PENGURUSAN
CONTOH 1:
“Seseorang akauntan telah ditugaskan
memperuntukkan dana untuk menambah
pekerja di bahagian pemasaran untuk
meningkatkan pendapatan syarikat.
Dalam masa yang sama terdapat
seseorang kakitangan yang memerlukan
sejumlah wang yang besar untuk
pembedahan”.
FIQH AWLAWIYAT
DAN PENGURUSAN
CONTOH 2:
Pekerja-pekerja membuat dua
tuntutan terhadap pengurus/ketua
organisasi:
1. Menyediakan surau untuk
orang Islam bersolat.
2. Menyediakan ruang rehat
untuk para pekerja beriadah.
FIQH AWLAWIYAT DAN
PENGURUSAN
CONTOH 3:
Organisasi dimiliki oleh orang Islam dan majoriti
pekerja adalah Muslim. Kerajaan telah
memperuntukkan hanya 5 hari cuti umum
setahun untuk perayaan.

2 hari Hari Raya Puasa?


1 hari Hari Raya Korban?
1 hari Krimas atau Maulud?
1 hari Maal Hijrah atau Thaipusam?
CONTOH-CONTOH LAIN PELAKSANAAN
FIQH AWLAWIYAT DALAM
PENGURUSAN :
❑ Pemberian bonus vs Gaji (Penjimatan)
❑ Penetapan cuti
❑ Krisis ekonomi dan kewangan
❑ Pengurusan risiko
❑ Pelanggaran polisi dan peraturan organisasi (penghakiman)
❑ Belanjawan
❑ Dasar dan polisi negara (Penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim, alam
sekitar).
❑ Gejala sosial (Pembuangan bayi)/Baby Hatch
❑ Bayar zakat dengan wang
❑ Isu vaksin
❑ Pergi haji banyak kali vs derma/sedekah/wakaf
KESAN PENGABAIAN
❖ Manusia akan mengikut hawa nafsu semata-mata dalam membuat keputusan.
❖ Menjerumuskan manusia kepada kerosakan dan kemudaratan.
❖ Kepentingan awam tidak dibela dan dinafikan.
❖ Melahirkan manusia yang bersifat tamak, mementingkan diri dan untuk membina
empayar masing-masing.
❖ Melahirkan masyarakat yang mengenepikan agama dan memikirkan keuntungan
semata.
❖ Kemaslahatan Islam diabaikan kerana hanya memikirkan hal-hal keduniaan sahaja.

Maka aplikasi fiqh awlawiyat ini memerlukan penguatkuasaan undang-undang dan


garis panduan yang jelas bagi memastikan ia dapat dilaksanakan. Pihak atasan
janganlah terlalu rakus mengejar keuntungan sehingga mengabaikan hubungan
sesama manusia.
KESIMPULAN
Fiqh awlawiyat memainkan peranan penting dalam pembangunan, pengurusan
dan pelaksanaan sesebuah organisasi/agensi. Kefaham terhadap kaedah
tersebut dapat membantu individu atau organisasi membuat perancangan dan
tindakan mengikut keutamaan dan keperluan. Ini akan membawa organisasi ke
arah kemajuan dan kestabilan kerana hak semua pihak diambil kira dan
dipertimbangkan.
RUJUKAN
1. Rujukan: Hasan, Zulkifli. (2013). Yusuf al-Qaradawi dan Sumbangan Pemikirannya. Global
Journal Al-Thaqafah. 3. 10.7187/GJAT332013.03.01.

2. Pitchan, Muhammad Adnan & Abd Rahman, Siti Nur & Mohd Kashim, Mohd Izhar Ariff.
(2018). Teori Al-Daruriyyat dan Penggunaan Media Sosial: Satu Perbincangan Konsep
(Al-Daruriyyat Theory and The Use of Social Media: A Conceptual Discussion). Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication. 34. 75-92.

3. Ismail, Nur Inani & Wan Hasan, Wan Norhaniza. (2019). Analisis Epistemologi Islam dalam
Fiqh Keutamaan (Islamic Epistemological Analysis in Fiqh of Priority). JSAAS, VOL.6
BIL.1.. 6. 16-29.

4. Ismail, Nur Inani & Wan Hasan, Wan Norhaniza. (2020). Aplikasi Fiqh Dalam
Pembangunan (Fiqh Applications In Development). 23. 48-59.

Anda mungkin juga menyukai