Anda di halaman 1dari 27

Kaedah Fiqh

Dalam Sains Teknologi Dan


Kejuruteraan

Normurni binti Mohamad


Jabatan Pengajian Am
Politeknik Banting
Topik ini membincangkan pengertian dan
peranan Kaedah Fiqh dalam sains
teknologi dan kejuruteraan

Hasil Pembelajaran Kursus :


CLO 3 : Membincangkan prinsip syariah
dan etika Islam dalam bidang Sains
Teknologi dan Kejuruteraan
1. Memahami Kaedah Fiqh dalam sains teknologi
dan
kejuruteraan
1. Menerangkan pengertian Kaedah Fiqh
2. Membincangkan peranan Kaedah Fiqh dalam sains
teknologi dan kejuruteraan
3. Membincangkan konsep asas Kaedah Fiqh yang
bertepatan dengan sains teknologi dan kejuruteraan
4.1.1
Menerangkan pengertian
Kaedah Fiqh
Kaedah

• Tapak, asas rumah dan prinsip.

Fiqh

• suatu kefahaman

Kaedah fiqh
• Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi
menyelesaikan isu-isu tertentu
4.1.2
Membincangkan peranan
Kaedah Fiqh dalam sains
teknologi dan
kejuruteraan
• Kaedah fiqh menetapkan
Memudahkan formula teras atau asas untuk
pemahaman digunapakai bagi menjadi
terhadap hukum rujukan sebelum memulakan
penyelidikan.

Membantu • Kaedah-kaedah fiqh membantu


menyelesaikan dalam mengenalpasti isu
persoalan yang berkaitan penyelidikan untuk
melibatkan isu-isu diselesaikan agar mendapat
sains teknologi dan rahmat dan berkat ilahi.
kejuruteraan
4.1.3
Membincangkan konsep
asas Kaedah Fiqh yang
bertepatan dengan sains
teknologi dan
kejuruteraan
‫رومﻷﺍ‬
‫اهدصاقمب‬

‫ال نقيالالزي‬
‫ةداعال‬ ‫كشالب‬
‫ةمكحم‬
‫‪Kaedah‬‬

‫ةقشمال‬
‫ررضال‬ ‫لبجت‬
‫الزي‬ ‫يرتيسال‬
Hadis riwayat Saidina Umar al-Khattab:

‫ىون ام ءرما لكل امناو تاينالب المعﻷا امنا‬


"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya
kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang
diniatkan".

Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu


perkara
Fungsi disyariatkan niat

Membezakan ibadat Membezakan ibadat


dengan adat dengan ibadat lain
Menahan diri dari
makan kerana puasa Ibadat fardhu atau
atau menguruskan sunat
badan

Menyembelih binatang Memberikan wang


untuk makan atau sebagai sedekah atau
ibadat korban zakat
Amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi tujuan mencapai status
ibadat atau bernilai di sisi Allah SWT dengan memenuhi syarat-syarat berikut :

Mendahulukan
Setiap perancangan sesuatu yang
Kajian, rekaan dan dan pelaksanaan bagi terpenting daripada
penyelidikan mencapai matlamat di yang penting
hendaklah bertujuan atas hendaklah sebagaimana yang
baik dan menepati disusun dengan baik diminta oleh tujuan
syarak. dan menepati kualiti syariat.
syarak dan semasa.
Contohnya: Contohnya:
menghasilkan telefon Contohnya: menyelamatkan nyawa
pintar yang boleh menghasilkan sistem ramai manusia menjadi
memudahkan dan pengurusan yang keutamaan dalam
membantu kerja mampu menjadikan menghasilkan
manusia. kerja tersusun dan kenderaan berbanding
efektif. untuk tujuan
keuntungan.
Firman Allah SWT dalam surah Yunus : 36

“Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan


sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran”.

Keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu


keraguan. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yangdipegang oleh
seseorang tidak boleh berubah dengan sewenang-wenangnya oleh
gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.
Pemakaian hukum Fiqh

 
Penerangan kaedah

Keyakinan mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan


tiada keraguan padanya.

keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar mampu


menghasilkan keputusan dan tindakan yang benar dan penuh
keyakinan.

segala usaha hendaklah memenuhi tujuan syariat iaitu untuk


memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.

hasil kerja seharusnya dapat memberikan impak terbaik bagi keselesaan


dan kesempurnaan hidup manusia.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj : ayat 78

“Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah


payah dalam perkara agama”.

Masaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam


kaedah ini adalah merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang
melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.
Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya
kemudahan dan keringanan

• Merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanak-kanak


Kekurangan sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia
sedar.

• Hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia


Jahil • Atau suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar, namun
diketahui selepas berlakunya sesuatu perkara tersebut.

• Diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk

Sakit melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang itu


dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang
boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk.
• Seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik,
dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu
andai urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran
Musafir baginya.
• Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk melakukan
solat qasar dan jamak bagi menggantikan solat fardu
secara penuh.

Kelupaan
• Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat
atau apa jua perkara dianggap tidak menanggung apa-
apa tanggungjawab.

@ terlupa • Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang


puasa makan pada siang hari bila ia terlupa.

• Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang

Paksaan gugur memikul tanggungjawab dalam agama


adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan
lain-lain maksud syariat.

Umumul • Suatu perkara yang telah diterima umum yang


boleh dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut.

Balwa
• Contohnya percikkan tanah merah yang mengenai
pakaian.
Konsep Rukhsah (Kelonggaran) yang dibenarkan oleh
syarak merangkumi perkara-perkara berikut :-

Pengguguran
• Digugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh
dianggap kesukaran.
• Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa ramadan disebabkan
kesakitan yang berat.

Pengurangan
• Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila
kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara.
• Contohnya dibenarkan mengurangkan solat fardu empat rakaat
menjadi dua rakaat sahaja.

Penggantian
• Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh
diganti dengan sesuatu yang lain.
• Contohnya bertayyammum untuk menggantikan wuduk.
Pendahuluan
• Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan
sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab
kesukaran yang tertentu.
• Contohnya solat asar dalam waktu zuhur atas
sebab musafir.

Penangguhan atau melewatkan


• Pengangguhan boleh dibuat dalam
melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan
untuk mengelakkan kesukaran.
• Contohnya melaksanaka solat zohur dalam
waktu asar atas sebab bermusafir.
Penerangan kaedah

Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses


penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat
yang membolehkan rukhsah terpakai.

Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi


kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan
untuk menggunapakai konsep rukhsah.

Kaedah ini digunakan apabila sesuatu tujuan yang


sangat diperlukan oleh manusia di dunia terhalang
oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan.
Kebenaran untuk menggunakan segala rukhsah
adalah berkuatkuasa selama mana kesukaran
tersebut masih berlaku.

Kaedah ini bukan diambil mudah untuk menghalalkan


segala bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain
diuji bagi mengelak atau mengatasi kesukaran tersebut.

Pemakaian kaedah ini tiada had dan sempadan waktu.


Keutamaan diberikan kepada kes-kes yang boleh
memudaratkan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan
dan harta manusia.
Hadis Rasulullah SAW oleh Imam Suyuti

“Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan


kemudaratan”.

Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi


kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang
melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta.

Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada


kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa
yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada
pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.
Penerangan Kaedah

Menolak kerosakan menjadi keutamaan daripada mengambil


kebaikan (mendahulukan tujuan menyingkirkan kemudaratan
berbanding kebaikan).

membenarkan sesuatu yang asalnya terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau
digunakan.

Contohnya keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita sekadar yang perlu

kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya


Penggunaan arak samada untuk diminum atau dimakan atau digunakan atas alasan
biasa masih dihukumkan haram. Namun jika digunakan untuk menjadi penawar
terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain, maka penggunaan itu dibenarkan.
Adat : sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh manusia.
Uruf : sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi
amalan kebiasaan.
Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan rujukan bagi
menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu atau kes dengan syarat
ketiadaan nas syarak dalam permasalahan tersebut. Andai terdapat nas
syarak, maka penggunaan kaedah ini akan terbatal.
Pembahagian Adat/Uruf
• kebiasaan yang diterima umum
• Contohnya sembahyang merujuk kepada solat
Adat Am
bukan bermaksud yang lain seperti yang
difahami oleh agama lain.
• sesuatu yang terpakai dan difahami oleh
sesetengah masyarakat atau negeri atau di
Adat Khusus kalangan golongan tertentu.
• Contohnya kesarjanaan merujuk kepada
kepandaian dan kecendekiawan seseorang.
• Sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas
syarak atau prinsip syariat
Adat Sahih • Contohnya pemberian hantaran dalam majlis
perkahwinan tidak termasuk dalam mas
kahwin.
• Sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah
Adat Fasid @ dengan nas syarak atau prinsip syariat.
Rosak • Contohnya menjual barang secara bertangguh
melebihi daripada bayaran secara tunai.
Penerangan Kaedah

Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai


rujukan hukum ialah mencegah berlakunya kemudaratan
melebihi daripada menarik kemaslahatan untuk manusia.

Syarat utama ‘Uruf atau Adat diterima ialah :-


Uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau satu
budaya yang diamalkan secara berskala besar oleh
masyarakat, konsisten dan tidak mudah berubah-ubah
dalam tempoh yang singkat. Contohnya amalan membaca
Yasin setiap malam jumaat.
Hendaklah amalan yang dikatakan sebagai adat tersebut
tidak bercanggah dengan nas syarak atau mana-mana
prinsip syariat yang putus [Qat’i]

Anda mungkin juga menyukai