Anda di halaman 1dari 4

3.

qawaid fiqh

a. konsep qawaid fiqhiyah menurut pandangan ulama

i. pengertian

Dari segi bahasa Qawa’id membawa maksud asas rumah atau dengan kata lain Qawa’id adalah kata
jamak dari perkataan arab yang membawa maksud yang sama. Kalimah ini mempunyai pelbagai
maksud berdasarkan bahasa arab seperti seorang perempuan yang duduk, pemalas, undang-undang
dan ibu negeri.

Dari segi istilah syarak menurut Mustafa Ahmad al-Zarqa’ dalam kitabnya, kalimah qawa’id ini
membawa maksud hukum yang dipraktikkan ke atas seluruh masalah juz’iyyat. Pada pendapat
ulama usul fiqh maksud Qawa’id dari segi istilah ialah hukum kulli yang bersifat umum yang
dipraktikkan ke atas semua hukum untuk mengetahui hukum daripadanya. Ada juga terdapat dari
golongan ulama Usul Fiqh yang telah menjalaskan bahawa pengertian berkenaan qawa’id dari segi
istilah dengan makna hukum kulli atau lebih bersifat umum yang dipraktikkan ke atas semua hukum
untuk mengetahui hukum daripadanya

ii. ciri-ciri

iii. faktor pembentukan

1. Peranan Para Ulama dan Mujtahid

Faktor kewujudan kaedah fiqhiyyah adalah kerana peranan para ulama dan mujtahid kerana
golongan ini sangat memainkan peranan penting dalam penggunaan akal fikiran mereka
berdasarkan daripada sumber perundangan yang selari dengan konsep syariat yang sesuai
dilaksanakan tanpa mengira masa dan tempat. Para mujtahid juga sentiasa berusaha dengan
berijtihad bagi memahami nas-nas dan mempraktikkan kaedah-kaedah yang berkonsep umum
terhadap permasalahan yang berkait dengan furu’ yang baru dan sentiasa muncul sebagai contoh
konsep al-Qiyas. Istihsan,Uruf dan sumber-sumber yang lain.

Walaupun terdapat dalam rangka ijtihad mempunyai dalil-dalil yang lebih bersifat zanni yang telah
diperselisihkan ataupun mempunyai pendapat yang berbeza di dalam kalangan ulama dan juga para
mujtahid. Walaupun begitu mereka semua bersatu dan bersepakat dan terus berusaha ke arah yang
terbaik dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.

Para ulama dan mujtahid mengkaji dengan lebih mendalam pada setiap ruang serta sumber
perundangan Islam yang sangat luas dan seterusnya mereka berijtihad dengan ilmu-ilmu yang
mereka ada. Para ulama dan mujtahid akan berijtihad bagi memahami nas-nas serta akan mengkaji
prinsip-prinsip syariat yang bersesuaian dengan keadaan masa dan tempat. Mereka menggunakan
kaedah yang berbentuk umum bagi masalah khusus atau furu’ yang bersifat baru yang sentiasa
wujud dalam masyarakat.

2. Penafsiran nas yang berbagai-bagai

Faktor lain yang menyebabkan wujudnya kaedah fiqhiyyah ialah sebagaimana yang telah dijelaskan
oleh para ulama dan fakta sejarah dimana kerana terdapatnya di antara nas-nas yang ditafsirkan
dengan pelbagai tafsiran. Pelbagai masalah yang kebiasaanya adalah berbentuk umum yang
menyebabkan wujudnya pandangan yang berbeza-beza dan ada terdapat nas-nas yang mutlak
melahirkan banyak pendapat untuk diikatkan atau untuk memuqayyadkannya.

3. Wujudnya kaedah-kaedah umum berasaskan adat

Faktor yang seterusnya sehingga wujudnya kaedah fiqhiyyah ialah adalah kesan dari terdapatnya
kaedah-kaedah umum yang lebih berasaskan kepada adat kebiasaan yang muncul dalam
perkembangan hidup manusia dari satu generasi ke generasi yang lain bagi penyesuaian dengan
permasalahan hukum furu’. Dari kerana itulah ianya memerlukan sumber-sumber akal fikiran dan
amalan-amalan yang berterusan yang dijadikan sebagai adat atau uruf dalam pengeluaran hukum
yang fleksibel disamping menangani persoalan semasa yang sentiasa wujud sehingga ke hari ini.

Permaslahan adalah disebabkan fiqh dan furu’ yang terlalu banyak dan luas maka sangat perlu
kepada satu cara penetapan prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah tertentu supaya ianya akan menjadi
lebih mudah untuk mengembalikan semua permasalahan. Para ulama telah mengembalikan semua
masalah furu’ tersebut kepada lima kaedah asas yang utama dan kesan dari itu juga telah
terbentuknya pelbagai lagi kaedah seperti kaedah kuliyyah dan juz’iyyah.

b. empat kaedah qawaid fiqhiyyah berkaitan bagi elak kemudaratan dalam kehidupan

1 Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat

Kaedah ini mambawa maksud setiap perkara adalah menurut tujuannya atau pun dengan kata yang
lebih mudah ialah setiap perkara akan dikira berdasarkan kepada niat. Ianya membawa maksud
setiap amalan yang dilakukan oleh setiap mukallaf adalah berdasarkan kepada niatnya dan kaedah
ini telah diambil dari banyak hadis dan diantaranya ialah hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh
al-Baihaqi yang membawa maksud : “Tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat” Niat adalah
merupakan perkara yang sangat penting dan menjadi syarat sah yang utama sama ada dikira sah
atau pun batal dan seterusnya melibatkan perkara yang berpahala atau pun berdosa. Dari kerana
itulah sekiranya amalan yang dilakukan tanpa niat yang baik tidak akan mendatangkan apa-apa
kesan.

Tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat” Niat adalah merupakan perkara yang sangat penting
dan menjadi syarat sah yang utama sama ada dikira sah atau pun batal dan seterusnya melibatkan
perkara yang berpahala atau pun berdosa. Dari kerana itulah sekiranya amalan yang dilakukan tanpa
niat yang baik tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.

Pecahan Kaedah

Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan adat atau tidak ada kesamaran
dengan yang lain sebagai contoh seperti beriman kepada Allah s.w.t. takut dan mengharap
kepadaNya dengan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain lagi. Bentuk amalan ini adalah berbeza
dengan amalan yang lain dan adlah diwajibkan berniat pada membaca al-Quran apabila
dinazarkannya bagi membezakan antara yang fardhu dengan yang lain. Disyariat ta’yin (menentu)
dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan tetapi tidak di syaratkan ta’yin pada amalan
yang tidak kesamaran dengan yang lain sebagai contoh ialah disyariatkan ta’yin seperti solat dan
tidak diperlukan ta’yin seperti taharah,haji dan umrah. Terdapat amalan-amalan yang disyaratkan
ta’yin dan jika tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu dan di antara contohnya ialah
tersalah niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya dan dari solat zohor kepada solat asar.
2. Perkara Yang Yakin Tidak Dihalangkan oleh Keraguan

Kaedah ini membawa maksud setiap perkara yang tidak yakin berlaku maka keraguan yang datang
kemudian bagi meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Sekiranya seseorang itu telah yakin perkara
yang telah ditetapkan oleh hukum terhadapnya dan selepas itu timbul syak terhadap keyakinan tadi
maka keyakinan asal tidak dapat dihilangkan kecuali dengan keyakinan yang baru. Sebagaimana
hadis abu Sa’id al-Khudri yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud : “Jika seseorang kamu
ragu-ragu ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya: tiga atau
empat? Maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan”

Pecahan kaedah

Asal sesuatu perkara kekal mengikut keadaan sebelumnya yang membawa maksud kaedah ini
mengekalkan sesuatu hukum masa selepas atau akhir mengikut sabit hukum masa lampau. Sebagai
contoh jika seseorang itu yakin bersuci dan kemudian dia syak terkeluar hadas maka dihukumkan
kepadanya masih bersuci. Asal sesuatu itu tidak ada yang bermaksud setiap yang tiada mestilah
mendahului ada dan tiada yang asal dikembalikan sehingga sabit perkara baru yang boleh
menghilanghkan yang asal. Sebagai contoh seseorang yang menggunakan harta orang lain
mengatakan diizinkan tetapi pemilik menafikannya maka pengakuan pemilik barang yang diterima
keranaasal harta orang lain itu tidak mendapat keizinan. Asal bagi sesuatu itu adalah harus
sehinggalah ada dalil yang menunjukkan haram yang bermaksud kaedah ini menunjukkan yang halal
dan haram itu jelas dan perkara didiamkan itu adalah dimaafkan sebagai contoh jika terdapat
binatang, tumbuhan dan buah yang tidak diketahui dengan jelas kedudukan halal dan haramnya
maka hukumnya adalah halal dimakan.

3. Kesusahan Membawa Kemudahan

Kaedah ini menerangkan apabila terdapat kesulitan dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. maka
perintah itu diringankan tidak seperti yang asal sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah yang
diriwayatkan oleh Buhari dan Muslim yang membawa maksud: “Sesungguhnya kamu diutus untu
memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan”

Pecahan Kaedah

Sesuatu perkara apabila tersempit ia akan menjadi luas sebagai contoh seorang wanita yang ingin
menikah dan telah kehilangan walinya sedangkan tidak terdapat juga wali hakim di tempat tu maka
dibolehkan melantik seseorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwini dengan lelaki pilihannya
dan selain dari itu juga diharuskan perempuan yang ber’idah keluar rumah apabila keadaan
mendesak seperti bekerja untuk sara hidup

4. Kemudaratan hendaklah dihapuskan

Kaedah ini membawa maksud kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna kemudaratan yang
telah terjadi. Apabila keadaan demikian yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan
sebagaimana dalil yang bermaksud :

“Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan”

Pecahan Kaedah

Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang membawa maksud sesuatu
kemudaratan itu tidak akan dihilangkan dengan cara menimbulkan bahaya yang lain. Sebagai contoh
seseorang doktor tidak boleh sama sekali mengambil darah untuk ditambahkan kepada pesakit yang
memerlukan darah sehingga menyebabkan orang itu tenat dan boleh membawa maut. Menolak
kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan yang bermaksud apabila bertembung
antara perkara yang membawa kemaslahatan maka perlaksanaanya hendaklah diarah kepada
mencegah kemudaratan. Oleh yang demikian perkara yang mencegah kerosakan akan diutamakan
dan sebagai contoh hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini seperti menghapuskan iklan rokok
untuk mencegah tabiat merokok yang lebih besar bahayanya adalah lebih baik daripada mendapat
bayaran iklan yang sedikit.

c.empat contoh hukum islam semasa di malaysia yang mengaplikasikan qawaid fiqhiyyah berkaitan
tolak kemudaratan

1. Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada pesakit yang memerlukan
darah, jika darah yang diambil menyebabkan pula orang itu tenat atau membawa kepada kematian.

2. Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan orang lain yang juga akan mati
kebuluran sekiranya makanannya diambil.

3. Seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada jika dibimbangi
memudaratkannya.

4. Seseorang boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja sebarang kemungkaran
yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara terang-terang bimbang akan membahayakannya

5. Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang, boleh sembahyang dengan
pakaian sekadar yang termampu.

6. Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika dengan cara itu bayi dalam
kandungannya itu dapat diselamatkan.

https://insanmukmin.blogspot.com/2014/03/qawaid-fiqhiyyah.html

http://www.tayibah.com/v2/kemudaratan-hendaklah-dihapuskan.html

Anda mungkin juga menyukai