Anda di halaman 1dari 17

Kuliah 7

FIQH KEUTAMAAN
(AWLAWIYYAT) DALAM
AMALAN KERJA SOSIAL
Usul Fiqh

Ilmu yg membahaskan tentang kaedah-kaedah yang


digunakan para mujtahid (pakar-pakar fiqh) untuk
mengeluarkan hukum syara’ yang berkaitan dengan
perbuatan mukallaf daripada dalil-dalil yang tafsili.

Secara ringkasnya usul fiqh ialah suatu kaedah yang


digunakan sbg alat untuk mengeluarkan hukum
yang bersumberkan dalil qat’ie dan zanni (dalil
daripada al-Quran dan Sunah)
Fiqh Awlawiyyat

Juga disebut fiqh keutamaan, dan dipelopori


antaranya oleh Yusuf Qardhawi.

Menurut Syeikh Yusuf Al Qardhawi, fiqh awlawiyyat


ialah meletakkan segala sesuatu pada peringkatnya
dengan adil, dari segi hukum,nilai, dan
pelaksanaannya.

Pekerjaan yang mula-mula dikerjakan harus


didahulukan, berdasarkan penilaian syari'ah yang
sahih, yang diberi petunjuk oleh cahaya wahyu, dan
diterangi oleh akal.
Secara terperinci: awlawiyyat (keutamaan)
sesuatu yang tidak penting, tidak didahulukan
atas sesuatu yang penting.
 Sesuatu yang penting tidak didahulukan atas
sesuatu yang lebih penting.
Sesuatu yang tidak kuat (marjuh) tidak
didahulukan atas sesuatu yang kuat (rajih). Dan
sesuatu "yang biasa-biasa" sahaja tidak
didahulukan atas sesuatu yang utama, atau
yang paling utama.
Kesimpulan:
 Sesuatu yang semestinya didahulukan harus
didahulukan, dan yang semestinya diakhirkan
harus diakhirkan.
Sesuatu yang kecil tidak perlu dibesarkan, dan
sesuatu yang penting tidak boleh diabaikan.
Setiap perkara mesti diletakkan di tempatnya
dengan seimbang dan lurus, tidak lebih dan
tidak kurang.
• Firman Allah SWT:

“Dan Allah SWT telah meninggikan langit dan


Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya
kamu jangan melampaui batas tentang
neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu
dengan adil dan janganlah kamu mengurangi
neraca itu." (Ar-Rahman: 7-9)
Dalam keutamaan dasarnya ialah:

- nilai, hukum, pelaksanaan, & pemberian beban kewajiban


menurut pandangan agama, berbeza-beza...
- Ada yang besar, ada yang kecil,
- ada yang pokok (asas) & ada pula yang cabang (pecahan),
- ada yang rukun & ada pula sekadar pelengkap,
- ada persoalan yang menduduki tempat utama tetapi ada
pula yang hanya merupakan persoalan tambahan,
- ada yang tinggi dan ada yang rendah,
- ada yang utama dan ada pula yang tidak utama.

*Persoalan itu dijelaskan di dalam Al-Qur'an,


Firman Allah SWT:

"Apakah orang-orang yang memberi minuman kepada


orang-orang yang mengerjakan ibadah haji & mengurus
Masjid al-Haram, kamu samakan dengan orang-orang
yang beriman kepada Allah & hari kemudian serta
berjihad di jalan Allah?
Mereka tidak sama di sisi Allah, & Allah tidak memberikan
petunjuk kepada kaum Muslim yang zalim.
Orang-orang yang beriman & berhijrah serta berjihad di
jalan Allah dengan harta benda & diri mereka, adalah
lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, & itulah orang-orang
yang mendapat kemenangan.“
(At-Taubah: 19-20)
Contoh-contoh fiqh awlawiyyat

• Ibadah:
"Solat berjamaah itu lebih utama daripada solat
sendirian, dengan kelebihan sebanyak 27 darjat”
 
"Sejelek-jelek umatku ialah mereka yang paling
banyak percakapannya, bermulut besar, & berlagak
pandai,
dan sebaik-baik umatku ialah mereka yang paling
baik akhlaknya.“
 
"Manusia yang dianggap sebagai pencuri paling
ulung ialah orang yang mencuri solatnya, tidak
menyempurnakan rukuq dan sujudnya, sedangkan
manusia yang paling kikir ialah orang yang paling
enggan untuk mengucapkan salam."
 
"Sedeqah yang paling utama ialah sedeqah yang
engkau berikan ketika engkau dalam keadaan sihat
dan sangat memerlukannya, ketika engkau khuatir
menjadi miskin & berangan-angan untuk menjadi
orang kaya."
• "Ada seorang lelaki yang memiliki 2 dirham,
kemudian dia mengambil 1 dirham untuk
disedeqahkan (maksudnya orang ini
bersedeqah dengan separuh harta yang dia
miliki & sangat dia perlukan), kemudian ada
lelaki lain sangat kaya raya. Dia mengambil
sebahagian kekayaannya sejumlah 100 ribu
dirham untuk disedeqahkan.
Diriwayatkan oleh an-Nasa'I (5:95), Ibn
Huzaimah (3443), Ibn Hibban (3347), dan al-
Hakim.
Persoalan awlawiyyat dalam
kebajikan sosial

• Apabila kita memerhatikan kehidupan kita dari


pelbagai sudut, segi material, spiritual, dari
segi pemikiran, ekonomi, politik & sosial dll,
maka kita akan mendapati bahawa timbangan
dan keadilan pada keutamaan umat sudah
tidak seimbang lagi.
 
• Dalam perkara kebajikan, persoalan awlawiyyat perlu
diambil kira agar keputusan yang diambil tidak
menjadi dharar kepada manusia
• Mengambikira Maqasid Syariyyah iaitu:
• Dharuriyyat
• Hajiyyat
• Tahsiniyyat
• E.g. pembangunan kerohanian perlu didahulukan
daripada kebendaan
• Keperluan asasi e.g. makanan, pakaian atau tempat
tinggal perlu diutamakan daripada perkara lain
• Prinsip Fiqh Awlawiyyat dibina oleh fuqaha (ahli
feqah) sebagai panduan dalam membuat apa jua
keputusan
• Beberapa prinsip keutamaan “Awlawiyyat”:
– Maslahat akhirat diutamakan dari maslahat dunia.

– Maslahat yang dinikmati oleh ramai diutamakan


dari maslahat yang hanya dinikmati oleh seorang
atau kumpulan yang lebih kecil.
– Maslahat yang yakin boleh dicapai diutamakan dari
maslahat yang kurang yakin.
– Maslahat yang lebih besar kesannya diutamakan
dari yang kecil kesannya.
Samb…

– Maslahat yang boleh berkekalan diutamakan dari


maslahat yang terputus & cepat hilangnya.
– Maslahat yang berkaitan perkara pokok & asas
diutamakan dari maslahat berbentuk ‘syakliah’
(bentuk dan rupa). ·
– Maslahat masa depan yang diyakini diutamakan
dari maslahat semasa yang lemah.
Fiqh Keutamaan Dalam Kerja Sosial

• Boleh diimplimentasi dalam praktis kerja


sosial, antaranya:
– memilih keutamaan klien (kes)
– Jenis keutamaan bantuan
– Keperluan atau kehendak klien
– Proses kerja yang perlu disegerakan atau
sebaliknya
– antara individu, kelompok atau komuniti
KESIMPULAN

• Fiqh Awlawiyyat boleh membantu pekerja sosial


membuat keputusan terhadap klien
• Selain teori pembuatan keputusan yang
dipelopori oleh Barat,…
• Teori Islam boleh digunakan spt prinsip Fiqh
Awlawiyyat..
• Boleh membantu pekerja sosial dari melakukan
kesilapan dalam membuat keputusan
• Prinsip ini menjamin pekerja sosial dari
kesalahan dalam aspek hukum syarak.
Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai