Anda di halaman 1dari 30

Kerja Kebajikan Menurut Islam

Kuliah 4
Konsep amalan kerja kebajikan dalam
Islam
• Kebajikan ialah sesuatu yang membawa
kebaikan dan perbuatan yang baik (Kamus
Dewan)
• Beberapa istilah:
– al-amal al-salih (Perbuatan Soleh), al-Islah
– al-amal al-khairiyyah (Amal Kebajikan)
– al-amal al-birr wa al-taqwa (Kerja baik dan
taqwa)
samb…

• Sedekah
• Zakat
• Ta’awun
(kerjasama),
gotong royong
• Fi’lul khaira
• Wahai orang-orang yang beriman,
rukuklah serta sujudlah (mengerjakan
sembahyang) dan beribadatlah kepada
Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya),
serta kerjakanlah amal-amal kebajikan;
kebajikan
supaya kamu berjaya (di dunia dan di
akhirat)
- al-Hajj:77
• “Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu,
maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-
orang mukmin akan melihat
pekerjaanmu itu, dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) Yang
Mengetahui akan yang ghaib dan yang
nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu
apa yang telah kamu kerjakan”
- At Taubah:105
• Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia
itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-
orang yang beriman dan beramal soleh
dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan
sabar. (3)
– Surah Al-Asr
• …dan hendaklah kamu bertolong-
tolongan untuk membuat kebajikan dan
takwa dan janganlah kamu bertolong-
tolongan pada melakukan dosa (maksiat)
dan pencerobohan dan bertaqwalah
kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah
Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa
yang melanggar perintahNya)
- Al-Ma'idah: 2
• Dan apa sahaja kebajikan yang mereka
kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali
akan diingkari (atau disekat dari
mendapat pahalanya) dan (ingatlah),
Allah sentiasa mengetahui akan keadaan
orang-orang yang bertaqwa.
- Ali Imran: 115
• “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan
amal-amal yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat)
syurga yang bidangnya seluas segala langit
dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang
yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang
mendermakan hartanya pada masa senang
dan susah, dan orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang yang
memaafkan kesalahan orang.. dan (ingatlah),
Allah mengasihi orang-orang yang berbuat
perkara-perkara yang baik”
- Ali Imran: 133-134
• Amal kebajikan boleh dilakukan dengan
apa sahaja yang kita miliki sama ada
berbentuk wang ringgit, tenaga, buah
fikiran, ilmu dan perkataan yang baik
bahkan sendainya kita tidak memiliki
apa-apa, niat untuk melakukan kebaikan
juga sudah diberi ganjaran pahala oleh
Allah Ta’ala
• Seorang hamba yang dikurniakan Allah Ta’ala
harta dan ilmu dia bertaqwa kepada Allah dan
menghubungkan silaturahim dan mengajar
manusia kebenaran kerana Allah, ini adalah
setinggi-tinggi martabat. Seorang hamba yang
dikurniakan Allah ilmu tetapi tidak dikurniakan
harta. Namun dia sentiasa berniat dengan
ikhlas: Jika dia memiliki harta dia akan lakukan
amal kebajikan seperti hamba yang
dikurniakan harta tadi. Dengan niatnya tadi,
pahala kedua-duanya adalah sama….”

- Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan


Ibni Majah-Hadis Hasan.
• Rasulullah (saw) bersabda bermaksud:

“Apabila seorang wanita menyedekahkan


makanan dari rumahnya, adalah baginya
pahala dengan kadar apa yang
disedekahkannya, bagi suaminya dengan apa
yang dia telah usahakan dan bagi orang
suruhannya sebegitu juga tidak berkurangan
sedikitpun pahala antara mereka”
- Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim
• Konsep kebajikan sebenarnya
menyeluruh dan merangkumi seluruh
maksud kerja yang baik.

• Kerja yang baik atau kerja kebajikan itu


tidak terhad ditujukan kepada sesiapa
sahaja, bukan hanya kepada mereka
yang lemah dan memerlukan.
•Sesuatu yang dituntut dan wajib dilakukan
sebagai manifestasi perhambaan seseorang
kepada Allah s.w.t.
•Amalan kebajikan yang dilakukan oleh
seseorang sebenarnya adalah untuk kebaikan
dirinya sendiri dan untuk memberi manfaat
dalam kehidupannya sendiri.
•Hendaklah berniat ikhlas dan niatnya hanya
kepada Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Sejarah
• Zaman Rasulullah (saw) dan sahabat
• Agama sebagai asas amal saleh @ kebajikan
• Dgn mal, lisan, dgn amal/ perbuatan
• Secara individu, secara jama’i
• Wujud institusi: masjid, madrasah, baitul mal
dll
• Metod yg sama diguna apabila Islam tersebar
serata alam
Amalan kerja kebajikan dalam Islam
• Persoalan niat – melakukan kerja atas nama
Tuhan
• Kerja yang dilakukan tidak bercanggah dengan
kehendak Tuhan
• Kerja dilakukan untuk semua tanpa batas
• Tuhan akan membalas semua jenis kerja
kebajikan sama ada kecil atau besar
• Manusia perlu berlumba-lumba melakukan kerja
kebajikan.
• Dalam pemikiran Islam, orang-orang Islam hidup
untuk beribadat. Ia tujuan kelahiran di dunia.
• Islam mempunyai konsep tersendiri mengenai
ibadat.
Ibadah Menurut Islam
• Dari segi bahasa ibadah bererti
merendah diri, tunduk, patuh dan taat.
• Dari segi syarak pula ibadah diertikan
sebagai taat, tunduk, patuh dan
merendah diri kepada Allah.
• Jelasnya, ibadah ialah peng'abdian diri
sepenuhnya kepada Allah.
• Ibadah ialah keyakinan, sikap, amalan
dan keadaan yang memenuhi makna
hubungan manusia dengan Allah.

http://kuliyyah.wordpress.com/category/kuliyya
h-abdul-karim-zaidan/
Ruang Lingkup 'Ibadah
• Islam menjadikan seluruh kegiatan manusia
sebagai 'ibadah apabila ia diniatkan dengan
penuh ikhlas kerana Allah demi untuk
mencapai keredaanNya serta dikerjakan
menurut cara-cara yang disyariatkan oleh Nya.
Islam tidak menganggap ibadah-ibadah
tertentu sahaja sebagai amal saleh malah ia
meliputi segala kegiatan lain.
Allah berfirman: “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke
arah Timur dan Barat itu suatu kebajikan, akan tetapi
sesungguhnya kebajikan itu ialah:
•beriman kepada Allah,
Allah
•hari kemudian,
kemudian
•malaikat-malaikat,
malaikat-malaikat
•kitab-kitab,
kitab-kitab
•nabi-nabi, dan
•memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya,
kerabatnya
anak-anak yatim,
yatim orang-orang miskin,
miskin musafir (yang
memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-
minta;
minta dan
•(memerdekakan) hamba sahaya,
sahaya
•mendirikan shalat,
shalat dan
•menunaikan zakat,
zakat dan
•orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji,
berjanji &
•orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan
dan dalam peperangan.
peperangan
Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan
mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”
- Surah Al-Baqarah:177
• kegiatan-kegiatan taqwa yang dikerjakan oleh
seseorang seperti solat, puasa dan zikir belum
memadai untuk menjadikan ia sebagai seorang
muslim yang saleh.
• muslim yang saleh itu adalah seorang yang
menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada
Allah.
• menjadikan seluruh masa dalam hidupnya dan
setiap tindakannya sebagai sesuatu yang
ditujukan untuk mendapat keredaan Allah.
• Tidak terdapat ruang di dalam hidupnya dan
tidak terdapat sesuatu pun dari perbuatannya
yang terlepas dari patuh mengikuti ketentuan
yang ditetapkan oleh Allah.
Kebajikan Sosial adalah Ibadat
• Itulah sebabnya perbezaan di antara seorang
yang berjihad pada jalan Allah bagi
membentuk masyarakat yang soleh dengan
seseorang yang membataskan kegiatan
ibadahnya kepada bidang2 yang tertentu
sahaja amatlah jauh.
• Orang yang pertama lebih tinggi martabatnya
dan lebih hampir kepada Allah.
• "(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup
supaya Dia menguji kamu, siapa di
antara kamu yang lebih baik 'amalannya.
Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha
Pengampun."
- Al Mulk: 2
• Apa sahaja kegiatan dan perbuatan yang
dilakukan oleh seorang muslim dengan
penuh ikhlas untuk mendapatkan
keredaan Allah serta dikerjakan menurut
ketetapan ketetapan syarak, maka ianya
dianggap sebagai ibadah yang
dikumpulkan sebagai amal saleh.
Ciri-Ciri 'lbadah Dlm Islam
1. Ibadah hanya dikerjakan semata-mata
kerana Allah
2. Perhubungan langsung di antara hamba dan
Penciptanya
3. Melambangkan Khudu' yang Penuh dan
Keta'atan yang Mutlak kepada Allah
4. Tidak Terkongkong Pada Sesuatu Tempat
Sahaja Untuk Beribadat
5. Ruang Lingkup 'Ibadah yang luas dengan
syarat tertentu.
Syarat-syarat
1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui
Islam, bersesuaian dengan hukum syarak
dan tidak bercanggah dengan hukum
tersebut. Adapun amalan-amalan yang
diingkari oleh Islam seperti yang haram dan
maksiat, maka tidak akan menjadi ibadat.
2. Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang
baik bagi tujuan untuk memelihara
kehormatan diri, menyenangkan
keluarganya, memberi manfaat kepada umat
seluruhnya dan bagi memakmurkan bumi
sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah
3. Amalan tersebut mestilah dibuat dengan
seelok-eloknya bagi menepati apa yang
ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w yang
mafhumnya:

"Bahawa Allah suka apabila seseorang dari


kamu membuat sesuatu kerja dengan
memperelokkan kerjanya." (Muslim)
4. Ketika membuat amalan tersebut
hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum
syarak dan ketentuan batasnya, tidak
menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak
menipu dan tidak menindas atau
merampas hak orang.
5. Tidak mencuaikan ibadat-ibadat khusus
seperti solat, zakat dan sebagainya dalam
melaksanakan ibadat-ibadat umum.
• Apabila seorang muslim dapat
menyempurnakan kelima-lima syarat di atas
dalam mengendalikan segala pekerjaan dan
urusan hidupnya setiap hari maka dia adalah
dikira sentiasa beribadat kepada Allah
meskipun dia tidak duduk di dalam masjid
ketika membuat kerja-kerja tersebut.
Rukun perancangan kerja (ibadat)
dalam Islam

Niat

Kaedah
Matlamat

Anda mungkin juga menyukai