Anda di halaman 1dari 33

Akhlak Islamiyyah

ADAB DENGAN ALLAH S.W.T


SUDAHKAH KAMU MENSYUKURI ALLAH HARI INI?
ADAKAH KAMU MENSYUKURI ALLAH SETIAP HARI?
ADAKAH KAMU MENSYUKURI ALLAH APABILA
MENERIMA NASIB BURUK, MENDAPAT MUSIBAH,
DIUJI, DAN DALAM KESEDIHAN?
PERLUKAH? MENGAPA?
• Manusia sesungguhnya diciptakan Allah Taala.
• Sejak ia dari setitis air mani, manusia dijaga Allah Taala dan diajarkan
kemampuan-kemampuan hingga akhirnya menjadi manusia
sempurna, dan akhirnya kembali kepada Allah SWT.
• Dan jika dihitung nikmat dan rahmat Allah, maka tidak terhitung oleh
manusia.
• Insan yang beradab kepada Tuhannya wajib
mensyukuriNya.

• Bagaimana? - iaitu dengan bersungguh-sungguh


melaksanakan perintahNya, meninggalkan
laranganNya, ikhlas dalam beribadah, sabar
dengan ujian-ujianNya, amanah dalam segala hal
dan keadaan di setiap masa, serta taat
kepadaNya dengan hati yang terbuka dan bukan
terpaksa atau menunjuk-nunjuk.
IKHLAS
• Ikhlas itu terletak pada niat hati
• setiap amal kita dilihat pada niatnya. Sabda Rasulullah s.a.w:
• Maksudnya: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat
dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan”
• (Bukhari & Muslim)

Definisi:
• Perkataan ikhlas dari perkataan arab: khalasa - yakhlisu - khulusan -
khulasan bererti bersih dan hilang kekotorannya.
• Istilah ikhlas = mengesakan Allah SWT dalam setiap ketaatan dan
disertai dengan niat semata mata untuk menghampirkan dirinya
kepada Allah.

• orang yang ikhlas tidak menyertakan kepentingan peribadi

• juga tidak mementingkan imbuhan duniawi daripada setiap


perbuatannya.

• tetapi orang yang ikhlas itu berharap agar apa yang dilakukannya
diterima oleh Allah SWT.
• Surah al-Bayyinah ayat 5:
• Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan
supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-
Nya”.

• Al-Junaid mengatakan, “Ikhlas merupakan rahsia antara


Allah dan hamba, yang tidak diketahui melainkan oleh
malaikat sehingga dia menulisnya. Ikhlas juga dapat
menjernihkan amal dari perkara yang keruh.”

• Sahl pernah ditanya tentang ikhlas,”Apakah yang paling


berat bagi nafsu?” Sahl menjawab, “Ikhlas”. Dia menambah
lagi, “Ikhlas adalah diam dan gerakan hamba kerana Allah
semata-mata”.
Kepentingan Ikhlas:
• Sifat ikhlas merupakan salah satu syarat agar amal seseorang diterima
oleh Allah SWT.
• Ibn al-Qayyim mengatakan: “Niat itu bagaikan ruh dan amal bagaikan
jasad.” Hal ini juga ditekankan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana
sabdaNya:
“Sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa kalian dan juga pada harta
kalian, akan tetapi Allah melihat hati dan amal kalian.”
(Riwayat Muslim)
• Dalam surah Mukminun ayat 25;

Maksudnya: “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu
Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”

menurut Ibn al-Qayyim, yang dimaksudkan dengan ayat tersebut


adalah amal yang tidak sesuai dengan sunnah atau amal yang dilakukan
bukan kerana Allah SWT.

menurut Ibnu Abdullah bin al-Mubarak, “Banyak amal yang kecil


menjadi besar disebabkan oleh niat dan begitulah sebaliknya. Selain
itu, antara hikmah lain dianjurkan ikhlas dalam beramal adalah kerana
ia menjadi benteng bagi seseorang mukmin daripada godaan syaitan.”
“Siapa yang niatnya telah ikhlas, Allah akan
menjadi pelindungnya dari yang lain. Manakala
al-Ma'ruf al-Kharki berkata, “Wahai jiwaku
berlaku ikhlaslah, engkau akan terbebas dari
segala masalah.”

- Umar ibn al-Khattab kepada Abu Musa al-Asyaari-


Ciri-ciri orang ikhlas:
• Tidak sesekali melakukan apa yang diharamkan oleh Allah SWT dalam
apa jua keadaan sekalipun sama ada ketika bersendirian atau bersama
orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda:


Maksudnya: “Aku beritahukan bahawa ada suatu kaum dari umatku datang
pada hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih,
tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang berterbangan. Mereka
adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama seperti kamu, melakukan
ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika
bersendirian, mereka akan melakukan apa yang diharamkan Allah.”
(Riwayat Ibnu Majah)
• Sentiasa beramal di jalan Allah tanpa mengira pujian atau celaan baik
dalam ketika bersendirian ataupun bersama dengan orang lain. Ali bin
Abi Talib r.a. berkata;
• Malas jika bersendirian dan rajin jika di hadapan ramai orang
• Apabila dipuji maka semakin ghairahlah dia dalam beramal
• Apabila dikeji maka berkuranglah amalnya.

• Sedia menerima seadanya apa yang diberikan oleh Allah Taala dan
selalu bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh-Nya serta mudah
memaafkan kesalahan orang lain.
TAAT

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, taat ditakrifkan sentiasa


menurut perintah dan tidak mengingkarinya. Taat juga bermaksud
kuat beribadat dan soleh. Manakala dari segi istilah taat adalah
tunduk dan patuh, baik terhadap perintah Allah SWT, RasulNya,
mahupun ulil amri (pemimpin), sebagimana firman Allah SWT yang
bermaksud:
• Taat kepada Allah:
• ketaatan yang paling tinggi kedudukannya jika dibandingkan dengan
yang lain.
• dapat dizahirkan dengan merealisasikan tuntutan dan perintah Allah
SWT
• Perintah Allah itu wujud dalam dua bentuk iaitu sama ada dalam
bentuk suruhan atau pun dalam bentuk larangan.
• Melakukan apa yang diperintahkan serta meninggalkan apa yang
dilarang juga adalah bukti kasih sayang kita terhadap Allah SWT.
Sesungguhnya nikmat dan rahmat Allah terlalu banyak ke atas hamba-
hambaNya. Justeru amat rugi orang yang dikurniakan nikmat tetapi
masih kufur padaNya.
Taat kepada Rasul:
• Tingkat ketaatan kedua adalah taat kepada Rasulullah s.a.w.
• melaksanakan ajaran-ajaran yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad
s.a.w.
• orang yang mentaat Allah SWT pastinya mentaati Rasulullah s.a.w.
• Taat kepada Ulil Amri:
• kita dituntut untuk mentaat ulil amri (pemerintah) dalam segenap
perkara.
• ianya menuntut muslim untuk taat kepada pemimpin selama mana
berada di jalan kebenaran dan tidak menyimpang dari ajaran Islam.
• walaubagaimanapun, kewajipan mentaati perintah ulil amri boleh
berubah kepada haram jika mentaatinya dalam perkara-perkara
maksiat. ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: “Tidak boleh taat (kepada makhluk) dalam bermaksiat


kepada Allah. Sesungguhnya taat (kepada makhluk) itu hanyalah
dalam perkara kebaikan.” (Riwayat Bukhari)
SABAR

• Perkataan sabar berasal daripada kata sabara-


yasbiru-sabran yang bermaksud menahan dan
menghalang.
3 Bentuk Sabar: • Untuk melaksanakan segala
perintah Allah dengan hati yang
• Sabar dalam melaksanakan terbuka dan bukan dengan rasa
perintah Allah SWT terpaksa menuntut sifat sabar
• Sabar dalam meninggalkan dalam diri seseorang.
perkara-perkara maksiat
• Sabar terhadap apa yang telah • orang yang kurang sabar pasti
ditakdirkan Allah SWT tidak dapat melaksanakan
perintah Allah SWT dengan
sesempurna mungkin.
• Begitu juga meninggalkan • Apa sahaja yang Allah Taala
perkara-perkara maksiat amat takdirkan sama ada dalam
memerlukan kesabaran yang bentuk baik atau buruk pastinya
tinggi. mengandungi hikmah di
• orang yang sudah lama sebaliknya.
bergelumang dengan maksiat
pastinya sukar untuk • beriman kepada qadha' dan qadr
meninggalkan maksiat. menuntut kita supaya redha atas
• maka tiada kekuatan yang luar segala ujian dan musibah yang
biasa yang mampu ditimpakan ke atas kita.
mendorongnya untuk
meninggalkan maksiat kecuali
dengan sifat sabar.
AMANAH

• Perkataan amanah berasal dari perkataan arab


iaitu amina- amanatan yang bererti jujur atau
dapat dipercayai.

• dari segi istilah, amanah didefinisikan sebagai


sesuatu yang harus dipelihara dan dijaga agar
sampai kepada yang berhak memilikinya.
• dari pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah
menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri
seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat
dalam kepercayaan itu.

• dalam bahasa mudah, amanah = tanggungjawab yang


diterima seseorang yang diberikan kepercayaan bahawa
ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang
dikehendaki tanpa mengabaikannya.
• Amanah terhadap Allah: • Amanah terhadap Rasulullah:
• kedudukan manusia di bumi adalah • mentaati perintah Rasulullah dan
membawa dua fungsi utama iaitu mengikuti sunnah-sunnah baginda.
sebagai hamba Allah dan sebagai • seseorang dianggap mengkhianati
khalifahNya. amanah Allah dan RasulNya
• T/jawab sebagai hambaNya adalah sekiranya mengabaikan
taat, patuh dan tunduk kepadaNya. tanggungjawab ini.
• T/jawab sebagai khalifahNya adalah • Dan ingatlah, tidak sempurna iman
memakmurkan bumi dan seseorang selagi mana tidak
melaksanakan islah di bumi ini melaksanakan amanah dengan
berdasarkan syariat Islam. sebaiknya. Sabda Rasulullah s.a.w:
• segala nikmat kurniaan Allah Taala
juga perlulah digunakan dengan Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang
yang tidak amanah, dan tidak (sempurna)
sebaik yang mungkin mengikut cara agama orang-orang yang tidak menunaikan
yang diredhaiNya. janji.” (Riwayat Ahmad).
• Amanah terhadap diri sendiri: • Amanah terhadap Masyarakat dan
• Menuntut kita bertanggungjawab Perkhidmatan:
dari segi rohani dan juga jasmani. • Tiada manusia yang dapat hidup
bersendirian tanpa berkomunikasi dan
• menjaga kebersihan, kesihatan
bergaul dengan orang lain. kerana itu
diri, dan memberikan hak-hak kita perlu saling amanah dengan cara
anggota tubuh badan menghormati, berbuat baik, dan jujur.
• menggunakan tubuh badan sejajar Begitu juga tidak menyebarkan aib
dengan tuntutan syarak. saudara Islamnya.
• anggota badan, pancaindera, dan • dan segala apa perkhidmatan yang
ruhaniah semuanya adalah disediakan kepada individu dan
masyarakat perlu dijaga sebaiknya
amanah Allah kepada manusia. kerana ia juga merupakan kemudahan
yang Allah Taala kurniakan.
Perkhidmatan dan teknologi
merupakan kurniaan Allah buat
khalifahNya untuk melaksanakan
tanggungjawab sebaik mungkin.

Anda mungkin juga menyukai