Anda di halaman 1dari 28

CTU 101

(PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM)


Bab 2 :

DISEDIAKAN OLEH :
USTAZAH NIK NUR FARAHIN BINTI NIK ZULKIFLI
2.1 Pengertian Akidah
2.2 Makrifatullah
2.3 Konsep Syahadatain
2.4 Perkara yang Merosakkan Akidah
2.5 Nubuwwah
HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat:

• Memahami pengertian akidah


• Menjelaskan konsep makrifatullah, syahadatain
dan al-Nubuwwah
• Menganalisis perkara yang merosakkan akidah
• Menjelaskan signifikan akidah dalam kehidupan
insan
 Iman dan akidah - kefahaman yang tidak dapat dirasa
melalui pancaindera tetapi dapat merasai kemanisan
iman atau akidah yang dipegang.
 Kita hendaklah mensyukuri, memelihara keimanan
dan mempertingkatkan keimanan kepada Allah Taala
 Iman & Islam - nikmat yang paling besar kepada
seseorang Muslim.
 Hati - pusat utama segala aktiviti dan amalan
manusia. Rasulullah telah bersabda seperti yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang
bermaksud :
“ Sesungguhnya dalam satu jasad itu ada seketul daging,
apabila elok daging itu, maka eloknya seluruh jasad,
sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya,
ketahuilah ia adalah hati”
 Akidah dari segi BAHASA : berasal daripada kalimah bhs arab.
Berpunca dari akar kata “aqada” yang membawa erti ikatan
atau simpulan”

 Secara mudah, akidah membawa maksud keyakinan atau


pegangan yang kukuh dalam diri seseorang. Dalam erti kata
lain, keyakinan tersebut perlulah kukuh dan jitu, tanpa ada
rasa ragu-ragu.

 Perkara yang diyakini itu meliputi soal beriman kepada Allah


SWT, beriman kepada para malaikat, beriman kepada seluruh
kitab yang diturunkan Allah SWT, beriman kepada seluruh
rasul yang diutuskan Allah SWT, beriman kepada hari akhirat
dan beriman kepada qada’ dan qadar.
 Iman seperti sabda nabi Muhammad :
“Beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat
dan takdir Allah sama ada baik atau buruk”

 Iman menurut Imam Abu Hanifah R.A :


“Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari
kebangkitan selepas kematian, dan takdir Allah sama ada
baik dan buruk”

 Persoalan akidah juga berkait dengan keimanan atau


keyakinan terhadap perkara-perkara sam’iyyat/ghaibiyyat
seperti yakin akan wujudnya syurga, neraka, soalan dalam
kubur dan lain-lain.
2.2 MAKRIFATULLAH

 Mengenal dan mengetahui semua perkara yang berkaitan dengan Allah SWT,
termasuk sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah.

 Yakin bahawa Allah wujud dan tidak menyerupai makhluk-makhluk ciptaanNya


yang mana Allah bersifat dengan sifat yang sempurna

 Saidina Ali menyatakan bahawa awal agama adalah mengenal Allah.

 Menurut Imam Abu Hanifah r.a :


 Allah yang Maha Esa (bukan dari sudut bilangan) tetapi bermaksud tiada
sekutu bagiNya,
 Tiada anak dan anak kepada yang lain,
 Tiada bagiNya sebanding/sekufu,
 Tidak menyerupai sesuatu dan Allah tidak ada serupa dengan makhlukNya
(yg baharu)
 Tidak ada permulaan dan tidak ada akhir bagiNya.
Merenung dan
melihat tanda- Melalui
tanda kekuasaan tadabbur
Allah SWT (menghayati)
melalui LANGKAH
UNTUK ayat-ayat al-
ciptaannya Quran
MENGENAL
(Surah Ali ALLAH
‘Imran: 191 & (Surah Sad :
Surah al-An’am: 29)
75)

Apabila seseorang individu mengenal Allah,


maka dia akan patuh dengan segala
perintah Allah dan meninggalkan segala
laranganNya.
 2.2.1 DALIL NAQLI – Dalil yang datang daripada nas
syarak yang merangkumi dalil al-Quran dan hadith-hadith
Nabi. Antaranya ialah:

 Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu
(wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi
salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang
yang beriman – lelaki dan perempuan, dan (ingatlah), Allah
mengetahui akan keadaan gerak geri kamu (di dunia) dan keadaan
penetapan kamu (di akhirat).”
(Surah Muhammad: 19)
 2.2.2 DALIL AQLI – Dalil yang datang daripada akal
fikiran manusia yang berfungsi untuk memperkukuh dalil
naqli yang telah sedia ada. Contohnya Allah SWT
berfirman:
 Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah,
nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya…”
(Surah al-Anbiya’: 22)

Daripada dalil naqli di atas, akal manusia


dapat memikirkan bahawa urusan
pentadbiran alam semesta ini sudah pasti
akan kacau bilau dan tergendala sekiranya
Tuhan itu lebih daripada satu. Logik akal
manusia (Muslim) akan yakin dengan
sepenuh hatinya bahawa tuhan yang
mentadbir alam ini ialah Allah SWT dan
hanya Dialah sahaja yang layak disembah.
2.3 KONSEP SYAHADATAIN (DUA KALIMAH SYAHADAH)

2.3.1 PENGERTIAN SYAHADATAIN

Syahadah Pertama

“Aku bersaksi bahawasanya tiada yang layak disembah


melainkan Allah”
 Maksudnya : “Aku tahu, percaya dalam hati dan ucap dengan
lidah bahawa tiada yang layak disembah melainkan Allah”
 Maksud menyembah di sini ialah merendahkan diri dan hati
setinggi-tinggi rasa kerendahan hanya semata-mata kepada
Allah Taala.
 Maka wajib ke atas kita menyembah Allah yang Maha Esa
yang tiada sekutu bagiNya.
Syahadah Kedua

“Aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

 Maksudnya : “Kita tahu, percaya dalam hati dan ucap


dengan lidah bahawa Muhammad ialah hamba Allah
yang telah diutuskan untuk sekalian manusia dan jin dan
kepada semua bangsa Arab atau pun tidak.

 Dan wajib beriman bahawa Nabi Muhammad adalah


seorang yang benar dalam semua apa yang dibawa
olehnya dari Allah Taala.
 Seorang Muslim mestilah mengakui dua perkara ini serentak
untuk dipanggil Muslim.

 Apabila seseorang itu sudah bersyahadah atau mengucap,


maka dia perlulah tunduk dan patuh terhadap segala perintah
Allah dan meninggalkan segala laranganNya serta perlu patuh
dan taat terhadap segala suruhan yang diajar oleh Nabi
Muhammad.

 Ucapan ataupun ikrar seseorang Muslim itu dengan dua


kalimah syahadah merupakan satu pengiktirafan dengan hati
yang ikhlas bahawa tiada kuasa lain yang lebih berkuasa
selain Allah dan yakin bahawa Nabi Muhammad merupakan
utusan Allah.
2.3.2 Tuntutan Syahadatain
Syahadah Pertama Syahadah kedua
• Melaksanakan hak Allah • Segala perintah yang dibawa oleh Nabi
• Berusaha mencapai Muhammad SAW terhadap umatnya
keredhaan Allah perlulah dipatuhi walaupun berat.
(mardatillah) dalam •Segala larangan perlu dijauhi walaupun
kehidupan seharian sangat disukai.
• Melaksanakan hak diri •Mencintai Rasul
seperti menuntut ilmu fardu • Menjadikan Rasul sebagai Qudwah
ain atau fardu kifayah, Hasanah (Menjadikan Rasulullah
beriman dengan perkara sebagai ikutan)
ghaibiyyat, mengamalkan • Mengamalkan Sunnah
amar makruf nahi munkar,,
berhukum dengan hukum
Allah dan memelihara diri
daripada melakukan perkara
yang boleh merosakkan
akidah
2.4 PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH

 Perkara yang merosakkan akidah ini dapat


dibahagikan kepada tiga (3) bentuk iaitu:

Rosak akibat
I’tiqad atau
kepercayaan
(hati)

Rosak akibat
Rosak akibat
perbuatan
perkataan
(amalan/tingkah
(lidah)
laku)
Rosak akibat i’tiqad atau kepercayaan (hati)

 Akidah akan terbatal atau rosak akibat daripada I’tiqad


atau kepercayaannya terhadap sesuatu perkara seperti:
• Apabila seseorang itu menyekutukan Allah SWT.
• Apabila seseorang itu tidak mengakui kewajipan
atau kefarduan sesuatu perkara yang telah
disyariatkan oleh Allah SWT.
• Menghalalkan perkara yang diharamkan Allah SWT
atau sebaliknya.
• Rasa syak dengan hukum/syariat Islam, contohnya
merasa ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad SAW itu
adalah utusan Allah SWT.
• Tidak mengakui kekafiran orang kafir.
• Mengatakan tidak wajib mengikut ajaran Nabi
Muhammad SAW.
Rosak akibat perkataan (lidah)

 Akidah seseorang boleh rosak akibat perkataan yang


keluar dari mulutnya. Oleh itu, seorang Muslim
perlu berhati-hati apabila bercakap. Contoh
perkataan yang boleh merosakkan akidah ialah:
• Menghina Allah SWT, para rasulNya dan kitab-
kitabNya.
• Mengingkari perkara-perkara ghaibiyyat
• Berdoa atau memohon bantuan selain Allah SWT,
contohnya memohon doa daripada bomoh dan
lain-lain.
Rosak akibat perbuatan (amalan/tingkah laku)

 Akidah boleh terbatal atau rosak dengan tingkah laku


atau perbuatan seseorang seperti:

Menyembah patung Menyembelih


sama ada berhala binatang untuk Mengamalkan sihir
atau tokong pemujaan

Menghina mushaf al-


Membantu musuh
Quran, sama ada dengan
Islam memerangi
cara memijaknya atau
Islam
meletakkan najis padanya
2.5 NUBUWWAH
 Setiap mukmin wajib mempercayai semua Rasul
tanpa membeza-bezakan mereka.
 Wajib beriman kepada para rasul kerana Allah telah
mengutuskan para rasul kepada ciptaanNya yang
lain.
 Semua Nabi tidak melakukan kufur dan mereka
bersifat maksum.
 Semua para nabi suci daripada dosa besar dan kecil
yang boleh menunjukkan kerendahan dan
kekufuran.
 Rasul yang pertama diutuskan ialah Nabi Adam dan
yang terakhir adalah Nabi Muhammad.
 Nabi Muhammad tidak pernah menyembah berhala
dan berlaku syirik
 124000 orang nabi
 313/315 orang rasul
 25 Rasul yang terdapat dalam al-Quran
 5 daripadanya Rasul ‘Ulul ‘Azmi (Gelaran yang
diberikan kepada rasul-rasul Allah yang memiliki
ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan
ajaran Islam)
 Nabi Nuh AS
 Nabi Ibrahim AS
 Nabi Musa AS
 Nabi Isa AS
 Nabi Muhammad SAW
2.5.1 PERUTUSAN PARA RASUL
 Antara peranan Rasul ialah :
 Menyeru dan mengajak umatnya beribadat, menyembah Allah dan
mentauhidkanNya (asas dakwah kerasulan mereka adalah sebagai
utusan Allah untuk menegakkan agamaNya.
 Menyeru dan membimbing manusia ke jalan yang benar.
 Memimpin manusia kepada keselamatan dan mengeluarkan manusia
dari jalan kesesatan.

 PERUTUSAN rasul-rasul ke alam dunia dengan tugas-tugasnya yang


berat mengandungi tujuan-tujuan berikut :
 Pembawa berita gembira kepada orang2 beriman dan berita yang
menakutkan kepada orang2 kafir.
 Menyampaikan wahyu-wahyu Allah dan menerangkan kepada manusia
apa yang mereka perselisihkan dan juga memberi petunjuk dan rahmat
kepada orang2 yang beriman.
 Membersihkan amalan-amalan syirik dan maksiat. Mengajar kandungan
kitab suci al-Quran dan ilmu-ilmu yang belum diketahui.
 Membawa kebenaran dari Allah (al-Quran) dan mengeluarkan manusia
daripada kekufuran kepada keimanan
Dalam kalangan
manusia

Selamat daripada
kelemahan atau
Merdeka
kecacatan yang
menjauhkan manusia

Kesempurnaan akal
Lelaki
fikiran
Amanah : Rasul/Nabi bersifat
Siddiq (Benar) : Rasul/Nabi
amanah dalam melakukan
adalah benar dan dibenarkan
sesuatu perkara dan
segala perkara yang berasal
menegakkan hukum Allah
daripada mereka sama ada
dengan benar dan
dalam bentuk perbuatan,
bersungguh-sungguh seperti
perkataan atau pegangan
mana yang diwahyukan oleh
mereka
Allah

Fatanah (Bijaksana) : Rasul/Nabi


mampu memahami segala
Tabligh(Menyampaikan) : suruhan Allah dengan tepat tanpa
Rasul/Nabi menyampaikan sebarang kesalahfahaman.
kepada umat mereka segala apa Mampu pertahankan kehebatan
yang diwahyukan oleh Allah Islam dalam menghadapi musuh-
musuh agama bersertakan hujah
dan bukti yang kukuh
Malaikat Jibril (Ruhul Qudus) memasukkan wahyu
itu ke dalam hati Nabi Muhammad SAW tanpa
memperlihatkan rupa aslinya. Nabi SAW tiba-tiba
saja merasakan wahyu itu telah berada di dalam
hatinya.

Allah berbicara langsung Malaikat Jibril menampakkan dirinya


dengan Nabi SAW tanpa sebagai manusia lelaki dan
perantara, sebagaimana Allah mengucapkan kata-kata di hadapan
berbicara langsung dengan Nabi SAW. (Meminjam muka salah
Musa tanpa perantara seorang sahabat baginda: Dihyah al-
(kewajipan solat) Kalbi)

Wahyu dlm bentuk mimpi yg Malaikat Jibril turun


baik seperti bermimpi melihat membawa wahyu dengan
perkara-perkara yg baik ,cthnya menampakkan rupanya
mimpi Nabi SAW sebelum yang asli.
menerima wahyu yg pertama
Wahyu turun kepada Nabi SAW
seperti bunyi gemerincing lonceng.
Menurut Nabi SAW, cara inilah yang
paling berat dirasakan, sampai Nabi
SAW mencucurkan keringat
meskipun wahyu itu turun di musim
dingin yang sangat dingin.
Peringkat Penurunan al-Quran

Baitul Izzah di Nabi Muhammad


Allah SWT Luh Mahfuz
Langit Dunia SAW

Nabi Muhammad
menyampaikannya
kepada umat
Peringkat pertama baginda
Peringkat kedua Peringkat ketiga
mengikut peristiwa
Diturunkan oleh Allah yang
Diturunkan pada Diturunkan secara
pada waktu yang hanya berlaku
bulan Ramadhan berperingkat melalui
diketahui olehNya
Di malam Lailatul malaikat Jibril selama
(SEKALIGUS)
Qadar (SEKALIGUS) 23 tahun.
Memberi petunjuk & panduan kepada manusia

Menyelesaikan pertikaian & perselisihan yang timbul

Bukti kesatuan umat Islam kerana semua Rasul membawa risalah


yang sama iaitu tauhid

Rasul menjadi Qudwah Hasanah untuk diteladani oleh seluruh


umat

Memberikan keyakinan kepada seluruh manusia bahawa


mukjizat yang diberikan kepada Rasul menjadi bukti bahawa
antara peranan Rasul ialah memberikan panduan dalam
perkara-perkara yang tidak mampu dicapai oleh akal fikiran
manusia
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai