Anda di halaman 1dari 19

MPU23012-PENGAJIAN ISLAM- MINGGU KE 2

1.2 Melaksanakan Rukun Islam

1.2.1 Konsep Syahadah

Bahasa : Penyaksian.

Istilah: penyaksian tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi
Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah

Boleh dilakukan dalam bentuk lisan atau perbuatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tiadalah orang-orang musyrik itu berhak meramaikan masjid-masjid Allah


sedang mereka telah mengakui bahawa mereka sendiri tidak beriman, itulah orang-
orang yang pekerjaan mereka sia-sia sahaja dan mereka kekal di neraka”

(Surah Al-Tawbah 9:17 )

Jika lafaz syahadah itu berlawan dengan apa yang dipercayai di dalam hatinya, maka
syahadahnya itu dinamakan syahadah dusta.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata: Kami


mengakui bahawa engkau sesungguhya utusan Allah. Dan Allah mengetahui, bahawa
kamu sesungguhnya utusan-Nya dan Allah mengakui bahawa sesungguhnya orang-
orang munafik itu dusta” ( Surah Al-Munafiqun 63:1 )

Terdapat dua lafaz kalimah syahadah dalam akidah Islam, iaitu syahadah kepada
Allah SWT dan syahadah kepada Rasul.
Syarat Sah Syahadah

Apabila seseorang telah melafazkan kalimah syahadah, maka hendaklah dia


mengerjakan segala yang telah diakuinya itu. Dia hendahlah mengerjakan segala
suruhan dan eninggalkan segala larangan. Syarat sah syahadah dibahagikan kepada
empat :

i. Diketahui dan difahami. Wajib mengetahui lafaz Dua Kalimah Syahadah itu, wajib
mengetahui maknanya dan kandungannya.

ii. Ditasdiqkan dengan hati. Wajib meyakini maksudnya dan tidak mempunyai
keraguan atau merasa sangsi kebenaran isi dua kalimah syahadah itu.

iii. Diikrarkan dengan lidah. Wajib mengikrar dengan lidahnya serta hendaklah
mengucapkan (membaca) perkataan tersebut (dua kalimah syahadah atau
syahadatain) dengan sempurna dan selengkapnya.

iv. Diamalkan dengan anggota. Wajib mengamalkan tuntutan dan kehendak-kehendak


dua kalimah syahadah itu dan menolak segala apa jua yang bertentangan dengan
maksud yang terkandung di dalam dua kalimah syahadah itu.

Tuntutan beriman kepada Syahadah terbahagi kepada:

i. Melaksanakan Hak Allah :


a) Taat kepada Allah
b) Melakukan perintahnya dan menjauhi larangannya
c) Menerima apa yang dibawa oleh al-quran dan Sunnah
d) Mencari keredhaannya (Mardhatillah)

ii. Melaksanakan Hak Individu/Hak Diri :


a) Menuntut ilmu
b) Melaksanakan ibadat
c )Menghukum dengan hukum Allah
d) Mengajak atau menyuruh kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran
e) Menjaga diri dari melakukan perkara yang boleh merosak dan membatalkan
syahadah
f) Beriman dengan yang ghaib (Sam’iyyat) iaitu Allah, Malaikat, hari kiamat dan hal-
hal yang berkaitan.

Perkara-perkara yang membatalkan Syahadah:

Perkara yang membatalkan syahadah boleh dibahagikan kepada:


i. Iktikad
ii.Perbuatan
iii.Perkataan

Contoh-contoh perkara yang membatalkan syahadah dari sudut Iktikad :

a. Syak terhadap kewujudan Allah


b. Syak terhadap kerasulan Muhammad Saw atau 25 rasul yang lain
c. Syak terhadap berlakunya kiamat, syurga, neraka, kebangkitan selepas mati, pahala,
seksa, mahsyar, hisab dan lain-lain
d. Meringankan janji Allah dengan balasan pahala atau dosa.
e. Menafikan perkara sunat dengan ijmak ulama seperti sunat rawatib dan sunat dua
hari raya.
f. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dengan ijmak seperti zina, membunuh
jiwa yang diharamkan bunuh, mencuri, liwat dan semua perkara dibawah hukuman
hudud.

Contoh-contoh perkara yang membatalkan syahadah dari sudut Perbuatan :

i. Sujud kepada berhala, patung,tugu, matahari atau makhluk lain selain Allah
dengan sengaja
ii. Mencampakkan mushaf Al-Quran ke tempat yang hina seperti najis, tandas, tong
sampah dengan maksud mempersenda, menghina atau meringan -ringankan Al-
Quran. Begitu juga kitab hadis dan ilmu syariat dengan maksud menghinanya.
iii. Pergi kerumah ibadat agama lain dengan memakai pakaian keagamaan mereka.
Tidak kufur jika pergi ke rumah ibadat agama lain tanpa memakai pakaian keagamaan
mereka atau sebaliknya, dengan syarat perbuatan ini dibuat tanpa redha kepada agama
mereka. Jika perbuatan itu dibuat dengan redha kepada agama mereka, maka
hukumnya kufur.

Contoh-contoh perkara yang membatalkan syahadah dari sudut Perkataan :

i. Menyebut kepada orang Islam: “Hai orang tiada agama!”, tetapi ucapan ini
memerlukan penjelasan. Jika ia iktikadkan ucapannya itu dengan maksud si fulan itu
bukan beragama Islam, maka kufur.
ii. Mempermainkan nama Allah, atau janji Allah memberi pahala, syurga, neraka
sambil meringankannya.
iii. Menyebut: “Kalau Allah menyuruh melakukan sekian sekian, saya tidak akan
melakukannya” sambil meringankan suruhan Allah atau degil dan ingkar.
v. Menyebut: “Berapa kali dah aku sembanyang tapi tak pernah bernasib baik, solat
apa macam ni!”

Pembahagian Syahadah:

1-Syahadah Tauhid Kepada Allah

Mentauhidkan Allah SWT dengan tauhid (Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma’was Sifah


wa al Af’al).

Tidak menghadapkan sembahan kepada sesuatu selain Allah.

Dua rukun:

1. La ilaha illallah (nafi) –Diperhatikan pada kalimah La ilaha yang bererti


menolak sebarang bentuk pengabdian selain daripada Allah SWT
2. Ithbat (penegasan) –Dilihat pada kalimah illallah yang bererti menegaskan
tentang hakikat ketuhanan Allah SWT Yang Maha Esa.
Pembahagian Tauhid

Merupakan konsep alam akidah Islam dengan menyatakan keesaan Allah dan hanya
Allah yang layak disembah.

Ikrar seorang Muslim melalui kalimah syahadah dan dapat menjauhi perbuatan
syirik.

Jenis-Jenis Pengertian
Tauhid

Rububiyyah Pengakuan bahwa Allah SWT ialah Tuhan bagi sekalian alam. Dialah Tuhan
yang mencipta dan mentadbir alam ini.

Uluhiyyah Pengakuan dan kepatuhan bahawa Allah SWT sahaja yang layak disembah
dengan sebenar-benarnya dan diserahkan pengabdian diri kepada-Nya
semata-mata.

Asma’ wa al- Mengakui dan beriman kepada nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang
sifat Maha Agung serta mensucikan-Nya daripada segala sifat kekurangan.

TAUHID RUBUBIYYAH

Mengesakan Allah SWT dalam segala perbuatan-Nya, dengan keyakinan bahawa


Dialah satu-satunya Pencipta, Penguasa dan Pengatur segala urusan alam
semesta. Hanya sebagian kecil daripada golongan manusia yang mengingkari tauhid
ini. Tauhid ini belum mencukupi untuk menjadikan seseorang umat yang bertauhid
kepada Allah SWT. (Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ wa al-sifat)

Kaum Musyrikin mengakui dan meyakini tauhid tetapi tidak bermanfaat kerana
mereka belum mengesahkan Allah SWT dalam ibadah. (Tauhid Uluhiyyah)

Firman Allah SWT:


Maksudnya : “Siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi
atau siapakah yang mengusai (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan
siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mengeluarkan
yang mati daripada yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan.” Maka
mereka menjawab: “Allah”. Maka katakanlah: “Mengapa kamu tidak bertakwa
kepada-Nya?” (Surah Yunus 10:31)

TAUHID ULUHIYYAH

✔ Mengesakan Allah SWT pada setiap perbuatan serta beriman dan mempercayai
dengan sepenuh keyakinan bahawa hanya Allah yang layak disembah.

✔ Setiap perbuatan seperti menyembah hanyalah untuk Allah SWT dan bukan tuhan-
tuhan lain

· Patung berhala, hawa nafsu, manusia dan harta benda.

✔ Bertujuan memastikan segala amalan melalui hati, lidah dan tubuh badan bebas
daripada sifat-sifat syirik

✔ Terdapat dalam Islam sahaja kerana segala peribadatan adalah kepada Allah tanpa
melalui sebarang perantaraan.

✔ Umat diajar untuk tidak mensyirikkan Allah melalui hati, lidah dan perbuatan

✔ Para Rasul diutuskan oleh Allah SWT menyampaikan dakwah kepada kaum
mereka dengan perintah untuk mengesakan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap


umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah Thagut itu”.
Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada
pula diantaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya Maka berjalanlah
kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang orang yang
mendustakan (rasul-rasul)” ( Surah Al-Nahl 16:36 )
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku (Muhammad) diutus untuk memerangi manusia, sehingga mereka


bersyahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan
Muhammad ialah utusan Allah” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

TAUHID ASMA’ WA AL-SIFAT

✔ Beriman terhadap seluruh nama dan sifat yang telah Allah tetapkan ke atas-Nya
dengan tidak menyerupakan-Nya dengan makhluk.

✔ Dialah Allah yang memiliki nama dan sifat yang sempurna.

✔ Seorang Muslim wajib menetapkan apa yang Allah SWT tetapkan bagi-Nya (Al-
Quran dan Hadis)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hanya milik Allah asma’ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut
asma’ul husna itu” ( Surah al-A'raf 7:180 )

2-Syahadah Kepada Rasul

1. Bermaksud ikrar dan tasdiq dengan segala syariat yang dibawa oleh Rasulullah
SAW.
2. Percaya bahawa perkara ghaib adalah semua dari Allah SWT
3. Menerima semua sifat dan akhlak kerasulan seperti siddiq, amanah, tabligh dan
fatanah.
4. Merupakan teras Islam yang kedua
5. Menuntut manusia untuk mengetahui, membenar dan meyakini bahawa Nabi
Muhammad SAW ialah Rasulullah dan membuktikannya dengan
perbuatan (menegakkan tingkah laku yang bersesuaian dengan ajaran Nabi
Muhammad SAW serta menurut jejak langkah Baginda ) dan
perkataan (melafazkan kalimah syahadah).

1.2.2 Melaksanakan Ibadah solat dengan sempurna

Pengertian Solat
Dari segi bahasa solat bermaksud doa.
Dari segi istilah pula solat ialah: Beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbiratul
ihram dan disudahi dengan salam mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.

Sembahyang adalah yang paling afdhal di antara rukun Islam selepas beriman
kepada Allah SWT kemudian puasa kemudian haji kemudian zakat.
Hukum tentang wajib sembahyang sebagaimana Firman Allah SWT :

‫علَى ْال ُمؤْ ِمنِيْنَ ِكتَابًا َم ْوقُ ْوتًا‬ ْ ‫صالَةَ َكان‬


َ ‫َت‬ َّ ‫فَأَقِ ْي ُموا ال‬
َّ ‫صالَةَ ِإ َّن ال‬

Maksudnya:
Maka dirikanlah olehmu akan sembahyang sesungguhnya sembahyang itu
difardhukan ke atas orang mukmin pada waktu yang ditetapkan.
(Surah An-Nisa’ : 103)

Sembahyang difardhukan pada malam Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW iaitu
pada malam 27 rejab, selepas 10 tahun 3 bulan Rasulullah dilantik sebagai Nabi.
Sabda Rasulullah SAW :

‫فرض على أمتي ليلة اإلسراء خمسين صالة فلم ازل اراجعه‬
‫واسأله التخفيف حتى جعلها خمسا في كل يوم وليلة‬
Maksudnya : Telah memfardhukan oleh Allah Taala ke atas umatku pada malam
Isra’ mikraj sembahyang 50 waktu , oleh itu aku berulang-ulang mengadap Allah
dan meminta kurangkan sembahyang sehingga dikurangkan kepada 5 waktu sehari
semalam.

SYARAT SAH DAN SYARAT WAJIB SOLAT


Syarat Wajib Solat Syarat Sah Solat

1. Islam. 1. Suci daripada hadas kecil dan hadas


besar.

2. Baligh. 2. Suci seluruh anggota badan,


pakaian dan tempat.

3. Berakal, 3. Menutup aurat.

 Lelaki: bermula daripada pusat


hingga lutut.

 Perempuan: seluruh tubuh


kecuali muka dan tapak tangan.

4. Suci daripada haid dan nifas bagi kaum 4. Menghadap ke qiblat. (muka dan
wanita. dada)

5. Sejahtera pacaindera- 5.Mengetahui tentang masuknya waktu


( Orang yang buta, pekak dan bisu sejak lahir solat sama ada dengan yakin atau
tidak diwajibkan solat) jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid
kepada orang yang tahu mengenainya
6. Sampai seruan agama Islam
RUKUN-RUKUN SOLAT

Pembahagian Rukun
Solat

Rukun Qauli Rukun Fi'li Rukun Qalbi

RUKUN QAULI- RUKUN FI’LI- RUKUN QALBI-


Maksud Apa-apa yang diucapkan Perbuatan yang dilakukan Lintasan dalam
dengan lidah(bacaan) semasa solat hati

Perkara 1. Lafaz Takbiratul ihram. 1. Berdiri betul 1. Niat

2. Bacaan surah al-Fatihah 2. Rukuk berserta 2. Tertib

3. Bacaan Tahiyyat akhir Tuma’ninah

4. Selawat ke atas nabi di 3. I’tidal berserta

dalam Tahiyyat akhir Tuma’ninah

5. Lafaz Salam yang 4. Sujud berserta

pertama Tuma’ninah

5. Duduk antara dua sujud


berserta Tuma’ninah.

6. Duduk tahiyat akhir.


1.2.3 Membincangkan ibadah puasa, zakat dan haji

Pengertian Puasa

Dari segi bahasa puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu.
Dari segi syarak pula puasa bermaksud menahan diri pada waktu siang daripada
melakukan perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sejarah Pensyariatan Puasa

Puasa Ramadhan difardhukan pada tahun kedua hijrah. Puasa memang telah diketahui
oleh umat yang terdahulu dan juga ahli-ahli kitab yang hidup sezaman dengan
Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Hai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.(Al-Baqarah : 183)

Hukum Mengingkari Puasa

Orang yang sengaja mengingkari kefardhuan puasa adalah kafir, sama dengan murtad.
Kecuali, mereka yang baru memeluk Islam atau tidak sampai seruan Islam kepadanya.

Hikmah Berpuasa

1. Membina taqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala.

2. Menyedarkan hati dengan muraqabah Allah Subhanahuwata’ala (sedar bahawa


Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat terhadap apa sahaja yang kita lakukan)
3. Memenuh hari-hari berpuasa dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah
SWT

4. Membersihkan jiwa dan menghaluskan perasaan.

5. Saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi sesama umat Islam.

Syarat Wajib Puasa

1. Islam.

2. Berakal – tidak sah puasa orang yang hilang akal.

3. Baligh.

4. Tiada keuzuran yang menghalangnya berpuasa.

Rukun Puasa

1. Berniat.

2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar
hingga tenggelam matahari.

Syarat Sah Puasa

1. Islam.

2. Berakal.

3. Suci daripada haid dan nifas sepanjang siang hari puasa (bagi perempuan).

4. Berniat setiap malam.

5. Menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa.

6. Pada hari yang sah puasa – tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa.

Perkara Yang Membatalkan Puasa


1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja, sama ada daripada
jenis makanan atau bukan makanan.

2. Memasukkan sesuatu melalui dua jalan (qubul dan dubur).

3. Memuntahkan makanan dengan sengaja.

4. Jimak (bersetubuh).

5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.

6. Keluar darah haid (bagi perempuan).

7. Keluar darah nifas (bagi perempuan) .

8. Gila.

9. Murtad atau terkeluar daripada Islam sama ada dengan perkataan, perbuatan atau
keyakinan.

10. Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa .

Golongan Yang Dibolehkan Tidak Berpuasa

1. Orang sakit dan sulit berpuasa.

2. Orang yang bermusafir.

3. Orang yang terlalu tua atau pesakit yang tiada harapan untuk sembuh.

4. Wanita hamil dan menyusui anaknya.

Puasa-Puasa Sunat

1. Puasa Hari Arafah.

2. Puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram) dan Hari Tasu’a (9 Muharram).

3. Puasa hari Isnin dan Khamis.

4. Puasa tiga hari setiap bulan. Lebih afdal jika dilakukan pada hari putih iaitu setiap
13, 14 dan 15 haribulan Hijrah.

5. Puasa enam hari dalam bulan syawal.

6. Selang sehari berpuasa (pada hari ini berpuasa, esok tidak berpuasa)

7. Puasa pada hari 8 Zulhijjah.


8. Memperbanyakkan puasa pada bulan Muharram, Zulka’idah, Rejab dan juga
Zulhijjah.

9. Memperbanyakkan puasa pada bulan Sya’ban.

Puasa Yang Diharamkan/ Hari Yang Diharamkan Berpuasa

1. Satu Syawal Hari Raya Aidilfitri.

2. Sepuluh Zulhijjah iaitu jatuh pada Hari Raya Aidil Adha.

3. Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu hari-hari Tasyrik.

4. Bagi wanita – hari sedang kedatangan datang haid atau nifas.

5. Puasa sunat oleh seorang isteri sedangkan suaminya melarangnya berpuasa.

6. Puasa pada separuh kedua daripada bulan Sya’ban.

Pengertian Zakat

Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( ‫ ) زَ كَى‬bermaksud suci dan subur, termasuklah
bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan
penerima zakat.

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-
syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Hukum Zakat

Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-
syarat wajib.

Kadar Zakat
2.5 %

Syarat Sah Zakat


1. Niat
2. Memberi Milik (At-Tamlik)

Untuk sahnya pemberian zakat disyaratkan “memberi milik”, iaitu dengan cara diberi
kepada orang yang berhak. Oleh itu tidak memadai (tidak sah) setakat memberi guna
(ibahah) atau setakat memberi makan tetapi ia mestilah dengan cara memberi milik.

Jenis-Jenis Zakat

1- Zakat Fitrah :
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan
perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh
dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat
Sunat Aidil Fitri.

2- Zakat Harta :
Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar
pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib
dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :

• Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)


• Zakat Perniagaan (termasuk saham)
• Zakat Pendapatan
• Zakat Binatang Ternakan
• Zakat Emas dan Perak
• Zakat Pertanian
• Zakat Galian (Emas dan Perak)
Syarat Wajib Menunaikan Zakat

1. Islam - Mengeluarkan zakat adalah ibadah di sisi Allah SWT. Tidak wajib zakat ke
atas harta orang kafir.

2. Merdeka (Bukan hamba) - Bebas mencari rezeki yang halal dan tidak dihalangi oleh
sesiapa.

3. Milik sempurna - Harta mestilah dimiliki sepenuhnya dan dapat digunakan pada masa
yang dikehendaki tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain. Sempurna dari segi
pemilikan (Hak Hiyazah) dan keupayaan mengurus (Hak tasarruf).

4. Cukup Nisab - Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan
zakat. Sesetengah harta yang hendak dizakatkan mestilah bersamaan atau lebih nilainya
dengan nilai 85 gram emas mengikut harga semasa seperti zakat emas, pendapatan,
wang simpanan dan saham. Manakala, sesetengah harta yang lain menggunakan kadar
nisab yang tersendiri seperti zakat ternakan, tanaman dan rikaz dan perak.

5. Cukup haul - Haul ialah berlalu tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki. Perkiraan
haul dalam hukum syarak adalah berdasarkan kepada tarikh hijriiah (354/355 hari).
Apabila genap setahun harta dimiliki, barulah diwajibkan zakat

Hikmah Disyariatkan Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan
ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

 Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada


golongan yang kurang berada.
 Membersihkan diri pembayar zakat.
 Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
 Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH
SWT di kalangan golongan yang berada.
 Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
 Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping
perhubungan antara manusia dengan manusia.
 Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk
mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
 Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan
kewangan.
 Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai
ALLAH SWT.
 Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Pengertian Haji

Maksud Haji: Mengunjungi Baitullahilharam di Makkah kerana mengerjakan ibadat


tertentu pada masa tertentu dan syarat-syarat tertentu

Syarat Wajib Haji :

1. Islam

2. Baligh

3. Akil

4. Merdeka

5. Berkemampuan

6. Syarat-syarat berkemampuan: sihat tubuh badan. Cukup perbelanjaan pergi balik


dan untuk keluarga. Kenderaan selamat.Terjamin keselamatan semasa perjalanan dan
mengerjakan haji.dapat izin suami bagi isteri dan ditemani 2 muhram.

Rukun Haji

1. Niat. Niat melakukan haji dan dilakukan di miqat manani tertentu( tempat niat )
2. Wukuf di padang arafah pada 9 zulhijjah. Berada di padang arafah walaupun
sekejapm antara gelincir matahari hari 9 zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 zulhijjah

3. Tawaf di ka’bah 7 kali.Mengelilingi baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat


tertentu · Dilakukan selepas wukuf di arafah bagi haji dan selepas niat ihram bagi
umrah

Jenis-jenis Tawaf :

1. Tawaf qudum- Tawaf selamat datang.Sunat dilakukan bagi yang baru sampai ke
mekah

2. Tawaf ifadhah. Tawaf rukun dan wajib

3. Tawaf widak- Tawaf selamat tinggal. Sunat dilakukan bagi hendak meninggalkan
kota Mekah

4. Tawaf sunat.- Tawaf yang boleh dilakukan bila-bila masa

5. Tawaf nazar- Wajib dilakukan bagi yang bernazar untuk melakukan tawaf

Syarat-syarat Tawaf

 Menutup aurat

 Suci daripada hadas

 Dilakukan sebanyak 7 kali mengelilingi ka'abah

 Dimulakan dengan penjuru hajar aswad

 Mengirikan ka'abah

 Dilakukan di dalam kawasan masjidil haram

4. Sa’i

Erti Sa’i: Berjalan berulang alik dari bukit safa ke bukit marwa sebanyak 7 kali.
Dilakukan selepas tawaf.

Syarat-Syarat Sa’i:

 Dimulakan dari bukit safa dan berakhir di bukit marwa


 Dilakukan sebanyak 7 kali dengan yakin

 Dilakukan selepas tawaf rukun

 Dilakukan dengan perjalanan biasa

 Memulakan niat sai'e semasa mula di bukit safa

5. Bercukur: Bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai.

6. Tertib. Rukun haji yang dilakukan hendaklan dengan susunan yang betul

Anda mungkin juga menyukai