Anda di halaman 1dari 40

ISLAM & KONSEP-KONSEP ASAS

ISLAM, IMAN & IHSAN

PENDIDIKAN ISLAM MPW1143


APA ITU ISLAM?
EKSTREM
AMAN
PATUH

SEJAHTERA APA ITU ISLAM TULEN


&
SUCI

PAKSAAN KONGKONGAN
ISLAM
 Islam digelarkan kepada agama yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w, agama ini bukanlah rekaan
Rasulullah bahkan ketetapan dari Allah s.w.t.

 Islam dari aspek bahasa:


 Tuli dan suci
 Damai, Sejahtera, aman
 Taat dan menyerah

 Islam dari segi syarak ialah : mentauhidkan Allah,


patuh, tunduk dan jujur hati kepadanya serta
beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t. Namun
makna yang paling banyak digunakan dalam al-Quran
ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
SAMB……..
 Islamadalah untuk seluruh manusia dan tidak
dikhaskan kepada bangsa tertentu dan golongan
tertentu sahaja. Kepatuhan dan penyerahan diri
yang dikehendaki oleh Allah s.w.t merupakan
kepatuhan dan penyerahan yang berpandukan
ajaran Allah s.w.t yang dibawa dan disampaikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w.

 Kepatuhan bererti menjalani semua hukum yg


diwajibkan oleh Allah yg mencakupi hukum
iktikadiyyah (kepercayaan), hukum amaliyyah
(fiqh) dan hukum akhlakiyyah (budi pekerti).
Oleh itu, syariat mencakupi bidang iman, amalan
& akhlak.
DALIL
﴾‫سلَـم‬
ْ ‫اإل‬
ِ َّ َ‫ين ِعند‬
ِ‫َّللا‬ ِ ‫﴿ ِإ َّن‬
َ ‫الد‬
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah
Islam” (3:19)

‫سالَ ِم ِدينًا فَلَن يُ ْقبَ َل ِم ْنهُ َو ُه َو ِفي‬ ْ ‫اإل‬ َ ‫َو َمن يَ ْبت َ ِغ‬
ِ ‫غ ْي َر‬
َ ‫س ِر‬
‫ين‬ ِ ‫اآلخ َر ِة ِم َن ا ْل َخا‬
ِ
Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-
kali tidak- lah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di
akhirat termasuk orang-orang yang rugi (3:85)

‫س َك ِبا ْلعُ ْر َو ِة‬ ْ ‫س ٌن فَقَ ِد ا‬


َ ‫ست َ ْم‬ ‫س ِل ْم َو ْج َههُ إِلَى ه‬
ِ ‫َّللاِ َو ُه َو ُم ْح‬ ْ ُ‫َو َمن ي‬
ِ ‫َّللاِ عَاقِبَةُ ْاْل ُ ُم‬
‫ور‬ ‫ا ْل ُوثْقَى َو ِإلَى ه‬
“Dan sesiapa Yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah
(dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan
kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada
simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada
Allah jualah kesudahan segala urusan” (31:22)
IMAN
 Perkataan IMAN berasal drp perkataan Arab )‫ (امن‬yang
bermaksud aman atau membentuk keadaan aman dan tenteram.
 Dari segi istilah :
‫اإلقرار باللسان والتصديق بالجنان والعمل باْلركان‬
Iman bermakna berikrar dengan lisan membenarkan dengan hati,
dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
 Untuk memenuhi pengertian beriman kepada Islam mestilah
mempunyai ketiga-tiga perkara tersebut. Jika tidak, maka
tidaklah sempurna keimanan seseorang itu terhadap agama
Islam.

 Sabda Rasulullah s.a.w


‫ليس االيما ن با لتمني وال با لتحلي ولكن ما وقر في القلب وصدقه العمل‬
Maksudnya: Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan,
tetapi ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan
perbuatan
MAKSUD IMAN
SAMB...
 Seseorang Muslim itu diwajibkan beriman kepada Allah
s.w.t. dan rasulNya yg bermaksud membenarkan segala
apa yg datang drpd Allah s.w.t. juga dari rasulNya serta
menerimanya & tunduk bukan hanya membenarkan
(tasdiq) sahaja.

 Iman itu mempunyai asas2nya yg kukuh iaitu; (Rukun


Iman)
1. Beriman kepada Allah s.w.t
2. Beriman kepada para malaikat Allah
3.Beriman dengan Kitab-kitab Allah
4.Beriman dengan Rasul-rasul Allah
5.Beriman dengan hari Akhirat
6.Beriman dengan Qadha’ dan Qadar
IHSAN
 Ihsan dari segi bahasa (‫ )احسان‬bermaksud membuat baik iaitu
lawan membuat jahat dan ‫ احسن‬pula ialah perbuatan baik.

 Ihsan ditakrifkan dgn makna membuat sesuatu kebaikan dgn


penuh keikhlasan kpd Allah s.w.t dan melakukan secara
tekun dan terbaik. Kesempurnaan amalan seseorang itu adalah
bergantung kepada sifat ihsan yg wujud dlm diri setiap muslim.
Bahkan ibadat yg dikerjakan oleh seseorang itu mungkin
menjadi sia2 dan tidak mendatangkan sebarang kesan yg baik
kiranya tidak disertai dgn sifat ihsan.

 Tegasnya ihsan adalah merupakan asas penting utk


kesempurnaan dlm mengerjakan sesuatu ibadat kpd Allah s.w.t
yg memberi nikmat dan kelebihan. Namun sebenarnya makna
ihsan ini lebih luas. Perbuatan-perbuatan baik meliputi semua
tingkah laku yg mengangkatkan taraf manusia serta mendidik
jiwa seseorang dan menghampirkan dirinya kpd penciptanya.
ASAS-ASAS ISLAM
Aqidah, Syariat, Akhlak
AGAMA
 Agama (al-Din) dari segi bahasa : Kepercayaan dan
keyakinan terhadap ajaran atau fahaman tertentu.
Ianya dikaitkan dgn ibadat dan hubungan dengan Tuhan.

 Istilah : Membenar dgn perkataan @ mengakui keEsaan


pencipta, mempercayai dan menyakini Pencipta serta apa
yg disampaikanya, dgn sepenuh hati dan
membuktikannya dgn amalan, di samping melakukan
apa yg diperintah serta meninggalkan apa yg dilarang.
Al-Din mencakupi segenap aspek kehidupan, termasuk
hubungan manusia dgn Tuhan, hubungan manusia dgn
manusia dan hubungan manusia dgn alam.
A) AQIDAH
 Aqidah ialah asas paling utama tamadun Islam. Aqidah
Islam bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.
 Definisi dari segi bahasa ia membawa maksud ikatan @
simpulan. Perkataan aqidah juga mempunyai pengertian
sesuatu yg menguatkan dan mengukuhkan.
 Dari segi istilahnya pula ialah : Kepercayaan dan
keyakinan yg teguh terhadap segala perkara yg
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yg erat dan
tersimpul kuat sehingga tidak mungkin terurai / tercerai
dgn apa cara sekalipun.
 Asas aqidah Islam ialah : Beriman kpd Allah s.w.t para
malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, percaya
pada hari Akhirat dan qada’ dan qadar. Aqidah Islam
tidak boleh dipaksa semua orang mempercayainya
KONSEP TAUHID
 Aqidah yg benar tidak wujud melainkan dalam Islam shj
kerana ianya agama yg dijamin & dipelihara oleh Allah
s.w.t dan Islam adalah agama aqidah & syariah.

 Aqidah merupakan sudut ilmu keyakinan dan syariah


merupakan sudut taklif (tuntutan) dlm peribadatan,
muamalat, jenayah dsb. Segala amalan seseorang tidak
berguna tanpa aqidah walaupun melakukan kebaikan
sebanyak mana sekali pun. Jika diumpamakan manusia
yg hidup tanpa berpegang dgn aqidah adalah spt haiwan.

 Musuh Islam sentiasa berusaha agar umat Islam berpisah


drp aqidah mereka agar mudah dikuasai dan dijajahi dari
segi luaran & dalaman.
TAUHID
 Tauhid didefinisikan sebagai : MengEsakan Allah pada sifat
Rububiyyah, Uluhiyyah dan Nama-nama serta sifat-Nya)

Pembahagian Tauhid
1. Tauhid Rububiyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat
(Nama-nama serta Sifat-Nya )
1. TAUHID RUBUBIYAH
 Definisi : Mentauhidkan Allah s.w.t. sbg pencipta alam,
mengurus & mentadbir, menghidupkan, mematikan,
mendatangkan manfaat, mudarat dsb.

 Tauhid ini sahaja tidak mencukupi dalam mencapai iman


dan Islam kerana org kafir juga menyedari & mengetahui
segala keupayaan Allah s.w.t tetapi tidak mahu menyerah
diri kepadaNya.

 Dua golongan manusia yg ingkar akan tauhid


Rububiyyah iaitu :
i. Golongan yg ingkar akan wujudnya tuhan spt
Atheis, teori Darwin, Sosialisme, Komunisme dsb.
ii. Golongan yg mengakui wujudnya tuhan tetapi
mensyirikkannya spt golongan Majusi (dua
pencipta) dan Nasrani (konsep trinity : 3 tuhan).
2. TAUHID ULUHIYYAH
 Definisi : Mengkhususkan peribadatan/penyembahan
hanya kpd Allah s.w.t kerana hanya Allah yg layak
disembah dan diibadati. Tauhid ibadah iaitu tauhid Allah
s.w.t. pada af’al (perbuatan) hambaNya spt solat, puasa,
zakat, haji, tawakkal, minta pertolongan, takut, harap
dsb. Orang-orang musyrikin menjadikan selain Allah
s.w.t. sebagai tuhan. Mereka menyembahnya, memohon
pertolongan darinya.
3. TAUHID AL-ASMA’ WA AL-SIFAT
 Definisi : beriman dengan semua nama2 dan sifat2 Allah
s.w.t. yang diberitahu oleh AQ & AS tanpa
mengumpamakannya, mengingkarinya, mengubahnya
atau membentukkannya dengan sesuatu, apatah lagi
menyamakanNya dengan makhluk-makhluk ciptaannya.
Dialah satu-satunya yg menyandang sifat2
kesempurnaan tersebut dan bersih dari sifat
kekurangan/kelemahan.
• Dari ketiga2 tauhid ini maka lahirlah “Syahadah” :
penyaksian bahawa Tiada Tuhan yg disembah kecuali
Allah iaitu penyaksian ini merangkumi ketiga2 tauhid
tersebut.
B) SYARIAH
 Islam menggariskan syariah sbg peraturan hidup
individu & masyarakat yg mencakupi segala bidang
kehidupan manusia spt ibadat, ekonomi, kewangan,
politik, harta benda, jenayah, kekeluargaan, sosial,
hubungan antarabangsa dsb.

 Syariah dari segi bahasa : jalan yg lurus/sumber air yg


mengalir.

 Dari segi istilah : Undang2 (hukum) & ketetapan2


Allah s.w.t melalui rasulNya utk menjadi amalan
setiap manusia berkaitan ibadat mahupun muamalat
utk kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat.
K EISTIMEWAAN SYARIAH ISLAM
Datang dari Allah s.w.t : Ia disampaikan melalui
RasulNya dan termaktub di dlm AQ & AS. Oleh itu
manusia dipertanggungjawabkan untuk memahami &
melaksanakannya tanpa ragu kerana ia bukannya
undang2 ciptaan manusia.

Sempurna : peraturannya terperinci berbanding


undang2 ciptaan manusia yang banyak kelemahan dan
kejahilan. Syariat Islam mampu menyelesaikan
masalah yang dihadapi manusia setiap zaman, masa
dan keadaan.

Menyeluruh (syumul) : iaitu meliputi seluruh aspek


kehidupan manusia sama ada urusan peribadi,
keluarga, masyarakat, negara & antarabangsa.
Syariah juga meliputi ibadat, jenayah, ekonomi,
politik, sosial dsb.
SAMB...

Adil : keadilan yg dimaksudkan iaitu memberikan


hak kpd mereka yg berhak dan wajib diberikan kpd
semua samada muslim, kafir, keluarga / bukan ahli
keluarga.

Jelas : ianya bersumberkan Al-Quran dan Hadith


serta sumber sampingan yg lain iaitu Ijma’, Qias,
Istihsan, Masalih Mursalah dsb. Jelas yg
dimaksudkan di sini iaitu tiada keraguan terhadap
syariah Islamiah.
MATLAMAT PERUNDANGAN ISLAM
 Matlamat utama ialah mengatur hidup manusia atas asas
makruf dan mengenepikan munkar.
 Syariah mengatur peraturan yg lengkap bagi keseluruhan
hidup manusia, namun manusia juga bebas membuat
undang-undang baru yg sesuai dgn keperluan semasa dgn
syarat tidak melampaui batasan haram/tidak terkeluar
drp batasan wajib.
 Dalam menggubal undang2, Islam menyarankan dua
kaedah iaitu mengutamakan kemaslahatan umum dan
ia membawa kesenangan dan kemudahan kpd manusia.
 Pelaksanaan syariah bertujuan menyelamatkan dan
memelihara kehidupan manusia. Menurut Syatibi,
ada lima perkara asas yg mesti dipelihara iaitu
memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta.
SAMB…
 Pembahagian syariah Islam boleh diklasifikasikan kpd dua
bahagian utama iaitu :
1. Ibadat : perbuatan/amalan yg berkaitan dgn hak Allah
s.w.t, bertujuan mendekatkan diri seseorang individu
muslim dgn Allah s.w.t. Contoh ibadat : sembahyang, zakat,
puasa dan menunaikan haji.
2. Muamalat : hukum yg berkaitan dgn perbuatan antara
sesama manusia, ianya peraturan yg mengatur cara hidup
manusia spt jual beli, nikah kahwin, pewarisan dsb.
Muamalat dibahagikan kpd beberapa bahagian, antaranya:
a. Undang2 Sivil
b. Undang2 Keluarga
c. Undang2 Jenayah
d. Undang2 Acara Sivil & Jenayah
SAMB…
a. Undang2 Keluarga : berkaitan perhubungan
keluarga, perkahwinan, hak-hak dan kewajipan
dalam hubungan rumahtangga.
b. Undang2 Sivil : berkaitan tingkah laku seseorang
spt jual beli, sewa menyewa, gadaian, jaminan,
pensyarikatan dan lain-lain.
c. Undang2 Jenayah : berhubung kesalahan jenayah
yg dilakukan oleh manusia yg menyebabkan ia wajar
menerima hukuman samada hudud, qisas @ takzir.
d. Undang2 Acara Sivil & Jenayah : berhubung
undang2 kehakiman, pendakwaan, tuntutan, cara
pembuktian dgn penyaksian, ikrar, sumpah dsb.
C) AKHLAK
 Akhlak (bahasa) : al-Khulq yg bererti ciptaan, tabiat,
perangai, perilaku.

 Istilah : “Suatu sifat yg tetap dan sebati di dlm jiwa,


di mana dgnnya akan melahirkan perbuatan-perbuatan
(sama ada baik ataupun buruk) tanpa perlu kepada
pemikiran dan renungan terlebih dahulu”.
SAMB...
 Ruang lingkupnya (skop) sangat luas meliputi :
1. Akhlak dengan Allah: beriman dan beribadat
dengan penuh ikhlas, meninggalkan laranganNya,
sentiasa bertaubat, mencari keredhaanNya,
menerima qada’ & qadar Allah s.w.t.
2. Akhlak dengan manusia: Akhlak dgn Rasulullah
s.a.w, diri sendiri, ibubapa, suami/isteri, anak2,
kerabat, guru, jiran, masyarakat dan manusia
seluruhnya (muslim dan non-muslim)
3. Akhlak terhadap makhluk selain manusia :
Malaikat, jin, haiwan ternakan, haiwan bukan
ternakan dan alam semulajadi (flora dan fauna)
SAMB : KEPENTINGAN AKHLAK
a. Akhlak dihubungkan dgn tujuan perutusan utama
Rasulullah s.a.w.
b. Akhlak yang baik menunjukkan kesempurnaan iman
seseorang.
c. Akhlak memberatkan timbangan amalan yg baik,
begitulah sebaliknya. Akhlak menjadi perkara yg paling
berat nilai timbangannya di akhirat.
d. Akhlak yang baik akan menghapuskan dosa, dan akhlak
yang buruk akan merosakkan amalan yang baik.
e. Dicintai oleh Rasulullah saw. Sabda baginda :
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling
dekat tempat duduknya denganku di akhirat ialah yang
paling baik akhlaknya di kalangan kamu.”
f. Akhlak merupakan sifat Rasulullah s.a.w yang dipuji oleh
Allah s.w.t di dalam AQ. Pujian tersebut menunjukkan
pentingnya akhlak dalam Islam.
g. Kedudukan antara manusia
ISLAM

AKIDAH SYARIAH AKHLAK

Khaliq

Rukun Ibadah Muamalah


Iman Makhluk

Khusus Khusus

Umum Umum
MAQASID AL-SYARIAH
(TUJUAN-TUJUAN SYARIAH)

AGAMA, JIWA, AKAL,


KETURUNAN, HARTA
MAQASID AL-SYARIAH
Bahasa : ertinya tujuan-tujuan syariah. Istilah maqasid
as-syariah : makna dan tujuan yg hendak dicapai oleh
syara’ dlm mensyariatkan sesuatu hukum bagi
kemaslahatan umat manusia.
Tujuan hukum ini merupakan salah satu faktor penting
dalam menetapkan hukum melalui ijtihad. Maqasid as-
Syariah di kalangan ulama usul fiqh disebut juga dgn
asrar as-Syariah iaitu rahsia2 yg terdapat di sebalik
hukum yg ditetapkan syara’. Contoh perintah solat, larang
minum arak, zina, mencuri dan membunuh.
SAMB...
 Pemeliharaan terhadap lima dasar di atas ditinjau
dari segi kepentingan dan kekuatannya terbahagi kpd
tiga kategori iaitu:

1
•Dharuriyyat (Asasi)

2
•Hajiyyat (keperluan)

3
•Tahsiniyyat (Pelengkap)
SAMB...
a)Dharuriyyat ialah keperluan asasi yg mesti ada
pada setiap individu iaitu agama, jiwa, akal,
keturunan dan harta benda.

C ontoh :
1. Beriman, solat, puasa, haji dimaksud untuk
memelihara agama,
2. Makan dan minum merupakan usaha untuk
memelihara jiwa atau tubuh badan,
3. Perkahwinan untuk memelihara keturunan.
SAMB...
b) Hajiyyat ialah keperluan manusia utk menghindarkan
diri drp kesulitan2 dan menghilangkan kesempitan.
Kedudukan hajiyyat dibawah dharuriyyat tetapi tetap
diperlukan agar manusia dapat untuk memelihara
keperluan yg lima.

contohnya mengerjakan solat & puasa adalah


kemaslahatan dharuriyyat dalam memelihara agama.
Tetapi bagi orang yg musafir dan menghadapi kesulitan
(masyaqqah) utk melaksanakannya, maka syariat
memberikan keringanan (rukhsah) bagi mereka utk
mengerjakan solat dgn jama’ dan qasar dan puasa di hari
lain.
SAMB...
C) Tahsiniyyat adalah segala sesuatu keperluan yg
dapat menyempurnakan keperluan yg lima.

Tahsiniyyat ini berorientasi kpd kemuliaan akhlak


(makarim al-akhlak) baik dlm bidang ibadah
mahupun muamalat spt cara makan serta minum
dan tatacara pergaulan.
MAQASID AL-KHAMS : LIMA TUJUAN
Maqasid al-Khams ialah lima tujuan bagi menjaga
matlamat pelaksanaan syariah iaitu :

AGAMA

JIWA

AKAL

KETURUNAN

HARTA
1. MEMELIHARA AGAMA
 tujuannya untuk membebaskan manusia dari
belenggu taklid & khurafat serta mengajak
manusia supaya beriman kpd Allah & perkara2 yg
berkaitan dgnnya dan menjauhkan syirik

 Contoh : perintah solat & puasa merupakan salah


satu matlamat syariah utk memelihara agama
kerana solat dpt menghindar dari perbuatan keji &
mungkar manakala puasa dpt menundukkan hawa
nafsu manusia.
2. MEMELIHARA JIWA
Islam sangat menghargai jiwa & ianya tidak dapat
dinilai dgn harga. Islam melarang perbuatan
membunuh diri dan nyawa org lain malah ia
merupakan dosa terbesar selepas syirik.

Firman Allah s.w.t yg bermaksud : “Dan janganlah


kamu membunuh jiwa yg diharamkan Allah
melainkan dgn sesuatu sebab yg dibenarkan”.
3. MEMELIHARA AKAL
 Akal mempunyai fungsi yang tinggi dalam
kehidupan dan dengan adanya akal manusia layak
diberi taklif iaitu tangungjawab. Dengan akal
manusia boleh menentukan sesuatu itu baik atau
buruk, dan wajib dijaga drpd rosak atau hilang
kewarasannya.

 Islam tidak mengizinkan umatnya mendekati arak


termasuk juga segala jenis minuman yang
memabukkan dan dadah.
4. MEMELIHARA KETURUNAN
 Keturunan adalah suatu penghormatan dan amat
dihargai. Segala perbuatan yg boleh menjatuhkan
kehormatan & keturunan

 Contohnya mengumpat, menuduh, berzina dsb


adalah dilarang keras. Hukuman khusus thdp
perbuatan zina (sebat dan rejam) disyariatkan bagi
tujuan tersebut. Malah Islam juga melarang
pergaulan bebas antara lelaki & perempuan.
5. MEMELIHARA HARTA
 Semua manusia mempunyai kecenderungan ingin
memiliki dan menguasai harta dan kecenderungan
yang tinggi ini sekiranya tiada peraturan yang
mengawalnya, akan menimbulkan kesan buruk.

 Maka Islam mengharamkan riba, judi, rasuah,


menipu, mencuri, merompak & amalan2 yg
membawa unsur2 negatif, malah Islam
mensyariatkan zakat & sedekah ke jalan Allah SWT.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai