Anda di halaman 1dari 13

BAB 3 SUMBER AJARAN ISLAM

• Sumber yang disepakati dalam Islam:


 Sumber asasi: Al-Quran & As-Sunnah
 Sumber ijtihadi: Ijma’ & Qiyas
• Dalil:
 “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada
Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbeza
pendapat, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya” (An-
Nisa’:59)
AL-QURAN
• Al-Qur’an ialah nama terbitan dari Qa-ra-’a,yaq-ra-u, bermaksud
BACAAN. Juga dikenali sebagai al-Kitab, al-Furqan dan al-Zikr
• Al-Qur’an dari segi istilah bermaksud Kalam Allah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Bahasa Arab
yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya dikira
ibadah
• Peringkat penurunan
 Dari Allah ke Lauh Mahfuz (sekaligus)
 Dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah (sekaligus)
 Dari Baitul Izzah kepada Rasulullah (wahyu diturunkan secara
berperingkat selama 23 tahun.
AL-QURAN

Cara penurunan wahyu Fungsi Al-Quran

• Terus dalam hati Nabi • Hidayah


• Malaikat • Mu’jizat
menampakkan dirinya • Perlembagaan
• Malaikat menyerupai • Melengkapi akal
manusia • Rahmat
• Gemercingan loceng
AL-QURAN
PENULISAN DI ZAMAN NABI
Melalui hafalan Nabi & para sahabat atau dicatit (contoh pada
pelepah tamar)

Zaman Abu Bakar As-siddiq


Al-Quran dikumpulkan atas cadangan Umar, kerana ramai
Huffaz yang mati syahid dalam peperangan yamamah

Zaman Usman Bin ‘Affan


Berlaku perselisihan bacaan antara arab syam dan Iraq, Al-
Quran ditulis dalam 1 rasm yang dinamakan Rasm Usmani
AS-SUNNAH
• Dari segi bahasa beerti ‘jalan’ atau ‘cara’, baik yang
terpuji atau tercela
• Dari segi istilah bermaksud segala sesuatu yang
bersumber dari Rasulullah s.a.w baik dalam bentuk qauli
(ucapan), fi`li(perbuatan), mahupun taqrir (pengakuan)
• Fungsi As-Sunnah
Mentafsir ayat-ayat Al-Quran
Mengkhususkan ayat umum
Menguatkan hukum
Membataskan ayat mutlak
AS-SUNNAH
• Sunnah Qauliyyah: Kata-kata yang diucapkan oleh
Rasulullah dalam pelbagai keadaan dan tujuan.
Contoh : “Sesungguhnya amalan itu bergantung
kepada niat”.
• Sunnah Fi`liyyah: Perbuatan yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w seperti Puasa, Solat, Haji.
• Sunnah Taqririyah: Pengakuan Rasulullah s.a.w
terhadap apa yang dilakukan dan diucapkan oleh
Sahabat baginda. Contohnya Rasulullah tidak
menegah Sahabat memakan dhab.
cahaYa petuNjuk_ctu085/jun2011
AS-SUNNAH
• Kitab Hadith: sunan sittah (Sunan Bukhari, Muslim,
Abi Daud, At-Tirmizi, Ibn Majah & An-Nasai)
• Sewaktu zaman Nabi, hadith sekadar dihafal dan
tidak dicatat kerana ditakuti bercampur dengan Al-
Quran sebagai wahyu yang utama
• Pengumpulan hadith berlaku setelah kewafatan
baginda rasulullah s.a.w kerana
Al-Quran telah sempurna diturunkan, As-Sunnah
menjadi sumber rujukan kedua
Wujudnya golongan yang memalsukan hadith
1.5 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

Ajaran Islam bersumberkan


wahyu Allah. Wahyu yang
diturunkan kepada nabi melalui
2 pendekatan iaitu:
Dalam bentuk lafaz dan makna
RABBANI iaitu wahyu Al-Qur`an
Dalam bentuk makna sahaja
iaitu al-Sunnah.
Islam adalah berbeza dengan
agama lain
KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

Syariah Islam merangkumi


segenap aspek kehidupan,
memenuhi segala kepentingan
samada daruriyyat, hajiyyat dan
SYUMUL tahsiniyyat. Islam mempunyai
matlamat yang jelas dalam
hidup. Islam sebagai al-din
merangkumi segenap aspek
kehidupan
KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

Islam bersifat sepadu dan


seimbang. Mempunyai kaitan
antara satu dengan yang lain.
Mesti mengambil syariat Islam
SEPADU keseluruhannya.
DAN Seimbang merangkumi aspek
SEIMBANG rohani dan jasmani, individu
dan masyarakat, dunia dan
akhirat. Semua ciptaan Allah
juga bersifat seimbang untuk
manfaat manusia
KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

Meliputi semua tempat, masa


dan bangsa.
Firman Allah yang bermaksud,
“Katakanlah wahai Muhammad:
UNIVERSAL Wahai sekalian manusia! Aku
(‘ALAMI) adalah pesuruh Allah kepada
kamu semua”. (al-`araf-158)
Islam dengan sifat sejagat ini
akan menjamin kemaslahatan
manusia
KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

Islam bukan agama teori sahaja,


sebaliknya juga bersifat ideal
dan realistik. Mencakupi seluruh
PRAKTIKAL kejadian manusia dan seluruh
(WAQI’I) bidang kehidupan.
Ajaran Islam keseluruhannya
sesuai untuk dipraktikkan dalam
kehidupan
KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

Firman Allah yang bermaksud,


“Sesungguhnya agam yang yang
diredhai di sisi Allah hanyalah
Islam”.(`Ali-`imran-19).
TINGGI Ketinggian islam adalah
DAN bermula dari keyakinan bahawa
AGUNG Islam itu datang dari Zat yang
maha Tinggi. Mempunyai
kedudukan tertinggi dan tiada
agama lain yang lebih tinggi dari
Islam

Anda mungkin juga menyukai