Anda di halaman 1dari 18

Kisah 25 Rasul

Nabi Adam a.s

Nabi Adam a.s dan Hawa diturunkan ke bumi(sambungan bg mukasurat 11)

Mendengarkan firman Allah tersebut, Adam dan Hawa menjawab dengan penuh
penyesalan, “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah menganiaya diri sendiri.
Kalau Tuhan kami tidak mengampunkan dan menyayangi kami nescaya kami termasuk
golongan orang yang rugi.”
Akibat peristiwa tersebut, Allah telah memerintahkan Adam dan Hawa untuk
keluar daripada syurga dan turun ke bumi. Allah berfirman, “Turunlah kamu, antara
kamu dengan sebahagian yang lain akan saling bermusuhan dan di bumi kamu
mempunyai tempat tinggal dan kehidupan sampai waktu yang ditentukan.” Allah telah
menyuruh Malaikat Mikail dan Malaikat Jibril untuk membawa Adam dan Hawa keluar
dari syurga. Lalu Adam dan Hawa pun turun ke bumi dan terpisah. Adam telah turun di
satu kawasan di India dan Hawa pula turun di Jeddah. Akan tetapi, dengan izin Allah,
Adam dan Hawa telah bertemu semula di Padang Arafah.

Peristiwa Qabil membunuh Habil(pembetulan nombor ayat dan sambungan bagi


mukasurat 16)

Surah Al-Maidah ayat 31:


“Maka Allah mengirim seekor burung gagak yang mencakar-cakar tanah untuk menanam
bangkai saudaranya. Qabil berkata: ‘Sungguh, amat celaka aku. Aku tidak mampu
berbuat seperti burung gagak itu untuk menguburkan saudaraku.’ Maka jadilah dia
termasuk orang yang menyesal.”
Allah telah menghukum Qabil sejak dia membunuh Habil. Betisnya terikat ke paha dan
mukanya sentiasa terdongak menghadap matahari.

Setelah mengetahui perbuatan kejam Qabil ke atas habil, nabi Adam berasa
sangat sedih dan terkesan atas peristiwa tersebut, Nabi Adam telah menangisinya selama
40 tahun. Selepas itu, Adam dan Hawa dikurniakan dengan ramai anak dan keturunan
yang berkembang biak di pelbagai tempat di muka bumi. Nabi Adam telah berdakwah
dan mendidik anak-anaknya dengan keimanan serta menerapkan ketaqwaan kepada
Allah.
Nabi Adam telah hidup selama 1000 tahun. Semasa kewafatannya, malaikat
datang menguruskan dan menguburkan mayat baginda. Nabi Adam telah disemadikan di
kawasan baginda pertama diturunkan dari syurga. Selepas pemergian Adam, anak-anak
baginda meneruskan tanggungjawab berdakwah dan mentadbir bumi.
Nabi Idris a.s
Nabi Idris adalah keturunan keenam daripada nabi Adam. Nama baginda ialah
Idris bin Mahlail bin Qinan bin Anusy bin Syits bin Adam dan nama sebenarnya ialah
Khanaukh. Nabi Idris adalah keturunan nabi Adam yang pertama dilantik menjadi nabi
selepas Adam a.s dan Syits a.s. Baginda juga merupakan moyang kepada nabi Nuh a.s.
Allah telah menyebut Idris sebagai Nabi dan orang yang benar di dalam surah Maryam
ayat 56-57.
“Ceritakanlah (kepada mereka, wahai Muhammad! (kisah)) Idris di dalam al-
Quran. Sesungguhnya dia adalah orang yang benar(shiddiq) dan seorang nabi. Kami telah
mengangkat (darjatnya) ke tingkatan yang tinggi.”
Semasa kanak-kanak, Idris telah belajar daripada Syits dan baginda telah
mendapat banyak ilmu. Setelah dewasa, Allah telah melantik Idris menjadi nabi dan
memberikan baginda sebanyak 30 kitab. Setelah menjadi nabi, Idris telah menyeru
pengikutnya menyembah Allah dan berbuat kebaikan.
Nabi Idris adalah orang yang pertama menulis menggunakan pen dan memakai
baju yang berjahit.Nabi Idris juga memiliki kepakaran menunggang kuda, mengira, ilmu
bintang, menggunting dan menjahit pakaian. Baginda juga adalah seorang yang sangat
berani dan gagah dalam melaksanakan dakwah dan menentang kejahatan sehingga
digelar Asadul Asad iaitu Singa dari segala Singa.
Sepanjang nabi Idris berdakwah, baginda hanya mempunyai pengikut yang
sedikit. Ramai orang yang menentang nabi Idris sehingga baginda terpaksa melarikan diri
dan meninggalkan Mesir.
Allah telah menurunkan wahyu kepada baginda dan memberitahunya bahawa
Allah mengangkat darjat nabi Idris seperti seluruh amalan anak Adam. Salah satu
malaikat pilihan Allah datang menemui Nabi Idris dan mengajak baginda berbincang
sehingga amalan nabi Idris bertambah. Kemudian, malaikat tersebut membawa nabi Idris
di antara kedua sayapnya naik ke langit. Apabila sampai ke langit keempat, mereka
bertemu dengan Izrail. Izrail bertanya di mana nabi Idris. Malaikat yang membawa nabi
Idris memberitahu bahawa Idris ada di belakangnya. Kemudian, Izrail memberitahu
bahawa nyawa nabi Idris harus dicabut di langit yang keempat dan Izrail terus mencabut
roh nabi Idris.
Begitulah kisah nabi Idris yang telah Allah muliakan di dalam firmanNya,
“Ingatlah kisah Ismail, Idris dan Zulkifli. Masing-masing tergolong orang yang
sabar.”(Al-Anbiya’:85)

Nabi Nuh a.s


Nama sebenar Nabi Nuh a.s ialah Nuh bin Lamik bin Matusyalak bin Khanaukh,
iaitu Idris a.s. Nabi Nuh adalah keturunan nabi Adam yang kesepuluh dan merupakan
rasul yang pertama diutuskan Allah kepada manusia. Nabi Nuh adalah seorang yang
bertaqwa, jujur dan memiliki peribadi mulia. Baginda telah diutuskan kepada manusia
ketika kerosakan telah meluas di muka bumi dan manusia telah mula menyembah
berhala. Allah berfirman kepada Nuh, “Berilah peringatan dan amaran kepada kaummu
sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya.”
Nabi Nuh telah menyeru kaumnya agar menyembah Allah yang satu dan
meninggalkan penyembahan berhala yang sia-sia. Baginda berdakwah siang dan malam
dengan berbagai cara seperti memberi amaran tentang seksa Allah tanpa mengenal putus
asa. "Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: "Wahai
kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selainNya."" Sesungguhnya
(kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar
(kiamat)." Al-A’raf:59)
Malangnya, usaha nabi Nuh tidak berjaya. Hanya beberapa orang daripada
golongan miskin dan hina sahaja yang mempercayai baginda. Allah menerangkan di
dalam al-Quran, "dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit."(11:40)
Kaum nabi Nuh yang selebihnya tetap menyembah berhala dan menentang ajaran nabi
Nuh. Mereka sentiasa menyeksa nabi Nuh dan pengikut baginda dan menuduh nabi Nuh
membawa ajaran sesat.
Orang-orang kaya dan pembesar kaum nabi Nuh enggan beriman kerana
kesombongan mereka. Mereka lebih menyayangi harta-benda dan anak-pinak mereka dan
takut kemuliaan mereka akan hilang sekiranya beriman. Setiap kali nabi Nuh menyeru
dan mengajak mereka agar menyembah Allah, mereka akan menghina dan menentang
nabi Nuh. Kemuncak penentangan mereka berlaku apabila mereka dengan sombong
berkata, “Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah
memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang
kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar. Nuh
menjawab: “Hanya Allah yang akan mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia
menghendaki, dan kamu sekali-kali tidak dapat melepaskan diri.” (11:32-33)
Kaum Nabi Nuh terus menentang dengan pelbagai cara dan telah menyebabkan
Nabi Nuh tertekan. Ketika itu, Nabi Nuh menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan
baginda berdoa untuk mengadu kepada Allah, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku
telah mendustakan aku. Maka ambillah suatu keputusan antara aku dan mereka, dan
selamatkanlah aku beserta orang-orang mukmin yang menyertaiku.”
Allah telah memakbulkan doa nabi Nuh. Semasa kaum Nuh sedang bercadang
untuk bersatu menentang baginda, Allah telah memerintahkan nabi Nuh untuk membina
sebuah kapal yang sangat besar. Tidak ada kapal yang akan dapat menandingi saiz kapal
itu nanti. Untuk tujuan tersebut, nabi Nuh diperintahkan untuk menanam pokok jati dan
menunggunya sehingga 100 tahun untuk membolehkan pokok-pokok tersebut membesar.
Allah juga telah mengingatkan nabi Nuh supaya tidak memberitahu kaumnya tentang
bala bencana yang akan menimpa mereka. Allah juga mengingatkan nabi Nuh agar
menguatkan hati dan tidak berasa belas kasihan ketika umatnya diazab.
Setelah menunggu selama 100 tahun, nabi Nuh menebang pokok-pokok jati yang
ditanam dahulu. Kayu daripada pokok-pokok jati tersebut digunakan untuk membina
kapal. Semasa nabi Nuh yang dibantu dengan pengikutnya berusaha menyiapkan kapal,
mereka sentiasa diejek dan dipermainkan oleh para pembesar kaum kafir yang melalui
tempat pembinaan kapal. Namun, nabi Nuh tetap tabah meneruskan pembinaan kapal dan
sentiasa berserah kepada Allah.
Akhirnya kapal tersebut pun siap dibina. Apabila tanda-tanda azab Allah semakin
hampir, Allah berfirman, “Sehingga apabila telah datang perintah Kami dan tungku-
tungku memancarkan air, maka angkutlah segala jenis (binatang) secara berpasangan ke
dalam kapal. Begitu juga keluargamu dan orang-orang yang beriman, kecuali orang-
orang yang telah ditetapkan kebinasaannya…”(11:40)
Nabi Nuh segera melaksanakan perintah Allah dan memenuhkan kapal tersebut.
Apabila baginda bersama-sama penumpang kapal telah selamat berada di dalam kapal,
Allah memerintahkan langit untuk menurunkan hujan yang sangat lebat dan
memerintahkan bumi agar memancarkan mata air yang banyak. Banjir mulai pasang
menjadi seperti lautan luas dengan ombak yang ganas. Seluruh muka bumi termasuk
gunung-ganang ditenggelami air. Kapal nabi Nuh berlayar di tengah-tengah lautan yang
bergelora dan dipukul oleh ombak-ombak sebesar gunung.
Di dalam keadaan yang kelam-kabut tersebut, nabi Nuh terlihat anaknya yang
sedang berusaha menyelamatkan diri di atas puncak sebuah bukit. Nuh berasa sangat
kasihan terhadap anaknya dan memanggil anaknya , “Hai anakku, naiklah (ke kapal)
bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.”(11:42).
Tetapi, anak nabi Nuh tetap berdegil dan dengan sombong menolak, “Aku akan pergi
berlindung ke sebuah gunung yang akan menyelamatkan aku dari banjir ini.” Nuh
mengingatkan anaknya bahawa tiada siapa yang akan terselamat dalam banjir itu. Tiba-
tiba datang satu ombak besar yang memisahkan nabi Nuh dan anaknya. Akhirnya anak
nabi Nuh yang derhaka mati lemas dan binasa bersama orang-orang kafir yang lainnya.
Setelah semua orang yang derhaka dimusnahkan, Allah memerintahkan bumi agar
menelan kembali semua air banjir dan mengarahkan langit agar menghentikan hujan. Air
banjir beransur surut dan kapal nabi Nuh berlabuh di atas gunung Judiy. Allah
memerintahkan agar nabi Nuh turun dari kapal dan memulakan kehidupan yang baru.
Nuh dan pengikut baginda telah turun dari kapal tersebut pada 10 Muharam iaitu pada
hari Asyura. Peristiwa ini telah menjadi asas kepada kebiasaan masyarakat sekarang yang
memasak makanan pada hari Asyura sebagai tanda kesyukuran.

Nabi Hud a.s

Sambungan cerita
Akhirnya, awan tebal datang kepada kaum Aad. Mereka berasa sangat gembira
kerana menyangka awan tersebut akan membawa hujan yang telah lama mereka nantikan.
Akan tetapi, mereka telah tersilap kerana awan gelap itu adalah petanda awal kehancuran
mereka. Allah telah mengirimkan awan tersebut untuk menurunkan azab seksa kepada
kaum nabi Hud.
Angin puting beliung yang sangat kencang dan dahsyat diturunkan kepada kaum
Aad. Angin tersebut menghempas dan menghancurkan kaum Aad selama lapan hari dan
tujuh malam tanpa henti. Mereka bertempiaran lari dan cuba menyelamatkan diri dengan
bersembunyi di dalam gua-gua di bawah gunung. Malangnya, tiada seorangpun yang
terselamat. Semua bangunan dan rumah yang mereka banggakan selama ini turut hancur
musnah. Firman Allah di dalam surah Adz-Dzariyat ayat 42, “angin itu tidak membiarkan
suatu pun yang dilandanya, melainkan dijadikannya seperti serbuk.”
Begitulah kesudahan yang hina bagi kaum nabi Hud yang takbur dengan harta
kekayaan mereka dan enggan bersyukur kepada Allah. Sebagai balasan atas
kesombongan mereka, Allah turunkan azab yang telah menghancurkan mereka sama
sekali.

Nabi Ibrahim a.s

Nama sebenar baginda ialah Ibrahim bin Tarikh bin Nahar bin Sarugh. Baginda
adalah daripada keturunan nabi Nuh a.s. Ibrahim telah dilahirkan di negeri Babilon.
Kemudian, Ibrahim dan keluarganya berpindah dan menetap di Hirran yang terletak di
wilayah Caledonia. Pada masa itu, terdapat seorang raja yang memerintah dengan kejam
iaitu Raja Namrud dan orang ramai menyembah tujuh bintang dan berhala.
Semenjak kecil, keimanan nabi Ibrahim telah terpelihara. Baginda tidak
mempercayai berhala-berhala yang disembah oleh kaumnya. Bagi Ibrahim, berhala-
berhala tersebut hanyalah patung yang tidak berakal, tidak dapat melihat, mendengar atau
berkata-kata. Berhala-berhala itu adalah ciptaan manusia dan tidak mampu menolong
orang-orang yang menyembahnya.
Baginda sentiasa berfikir dan mencari-cari Tuhan yang sebenar. Ibrahim selalu
memerhatikan kejadian alam seperti matahari, bulan dan bintang di dalam usahanya
mencari Tuhan. Allah berfirman di dalam al-Quran, “Dan demikianlah Kami perlihatkan
kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi, dan
(Kami memperlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin. Ketika
malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah
Tuhanku.” Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada
yang tenggelam.” Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah
Tuhanku.” Tetapi setelah bulan itu terbenam dia berkata: “Sesungguhnya jika Tuhanku
tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat.”
Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini yang lebih
besar,” maka tatkala matahari itu telah terbenam, dia berkata: “Hai kaumku,
sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.”(6:75-78)
Selepas mendapat hidayah daripada Allah, nabi Ibrahim semakin yakin dengan
keimanannya. Baginda mula menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Nabi Ibrahim
dengan terang-terangan akan menghina berhala-berhala di depan kaumnya. Pada suatu
ketika, nabi Ibrahim bersumpah di dalam hatinya, “Demi Allah! Aku akan bertindak
(menghancurkan) berhala-berhala kamu sepeninggalan kamu nanti.”(21:57).
Kaum nabi Ibrahim mempunyai satu hari perayaan di mana pada hari tersebut
mereka akan pergi berkumpul beramai-ramai di tengah-tengah kota. Nabi Ibrahim telah
merancang untuk memusnahkan berhala kaumnya ketika semua orang telah pergi ke
tapak perayaan tersebut. Apabila ayah nabi Ibrahim mengajaknya untuk mengikuti acara
tersebut, Ibrahim menolak dan mengatakan bahawa baginda sakit.
Setelah semua orang meninggalkan kampung mereka, Ibrahim telah menyelinap
keluar dan menuju ke tempat penyembahan berhala dengan membawa sebilah kapak.
Ibrahim mendapati berhala-berhala tersebut disusun di dalam sebuah dewan yang besar.
Di tangan berhala-berhala tersebut terdapat berbagai makanan. Ibrahim berkata, “Apakah
kamu tidak makan?Kenapa kamu tidak menjawab?Ibrahim segera bertindak
menghancurkan berhala-berhala itu dengan tangan kanannya.”(37:91-93). Nabi Ibrahim
telah memusnahkan semua berhala di situ dan hanya meninggalkan satu berhala yang
paling besar. Kemudian, baginda meletakkan kapak yang digunakannya tadi di tangan
berhala tersebut.
Apabila kaum nabi Ibrahim pulang daripada tempat perayaan, mereka berasa
sangat terkejut melihat berhala-berhala mereka hancur. Mereka tertanya-tanya siapakah
yang berani menghancurkan berhala-berhala tersebut. Kebetulan terdapat beberapa orang
yang pernah mendengar nabi Ibrahim menghina berhala. Mereka menuntut agar nabi
Ibrahim ditangkap dan dibicarakan di hadapan khalayak ramai. Nabi Ibrahim berasa
gembira kerana hajatnya untuk menyampaikan kebenaran di khalayak umum tercapai.
Setelah semua orang ramai berkumpul dan Ibrahim di bawa ke hadapan, mereka
bertanya, “Ibrahim! Engkaukah yang menghancurkan tuhan-tuhan kami? Ibrahim
menjawab, “Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah
kepada berhala itu, jika ia dapat berkata-kata.”(21:62-63)
Jawapan nabi Ibrahim telah membuatkan kaumnya menyedari kelemahan berhala
sembahan mereka. Orang-ramai mula resah dan mereka terus berkata, “Engkau telah tahu
bahawa patung itu tidak dapat bercakap dan menjawab. Mengapa engkau minta kami
bertanya kepadanya?” Ibrahim dengan segera menjawab, “Kalau begitu kenapa kamu
menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat dan tidak mendatangkan
mudarat sedikitpun bagimu?Ah! Celakalah kamu. Bagaimana kamu menyembah selain
Allah, apakah kamu tidak berakal?”(21:66-67)
Jawapan nabi Ibrahim itu telah mebuatkan orang ramai dan para pembesar marah
dan terhina. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menyangkal hujah nabi Ibrahim. Untuk
menutup kelemahan mereka, nabi Ibrahim telah dijatuhkan hukuman dibakar di dalam
unggun api. “Mereka berkata, “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhanmu kalau kamu
benar-benar ingin bertindak.”(21:68)
Orang-ramai termasuk orang yang sakit pun segera mengumpul sebanyak-banyak
kayu api untuk membakar Ibrahim. Kayu api tersebut dikumpulkan di satu tempat dan api
pun dinyalakan. Api terus menjulang tinggi dan marak menyala dengan dahsyat. Tidak
pernah ada unggun api sebesar itu. Nabi Ibrahim diletakkan di atas pelontar batu dan
dilemparkan ke dalam api tersebut. Baginda menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah
dan berdoa agar diselamatkan dari kekejaman kaumnya. Ketika itu Allah berfirman
kepada api, “Wahai api! Jadilah kamu sejuk dan berikan keselamatan kepada Ibrahim.”
Apabila nabi Ibrahim berada di dalam unggun api tersebut, api telah menjadi sejuk dan
baginda terselamat daripadanya.
Selepas terselamat daripada unggun api tersebut, nabi Ibrahim terus berdakwah
kepada kaumnya dan termasuk kepada bapa baginda. Bapa nabi Ibrahim ialah seorang
pengukir berhala dan nabi Ibrahim ingin mengajak beliau beriman. Malangnya, bapa nabi
Ibrahim tetap enggan beriman kepada Allah. Nabi Ibrahim tidak berputus asa dalam
usaha dakwahnya dan terus menyeru semua orang untuk menyembah Allah yang satu.
Pada suatu hari, nabi Ibrahim telah dipanggil untuk berdebat dengan Raja Namrud. Raja
Namrud adalah seorang raja zalim yang sangat berkuasa sehingga dia mengaku sebagai
tuhan.
Nabi Ibrahim telah berdialog dengan Raja Namrud. Raja Namrud sering
menyangkal kenyataan Ibrahim mengenai Allah dan mengatakan dia juga boleh
melakukan segala perkara yang dilakukan oleh Tuhan nabi Ibrahim. Apabila Ibrahim
berkata, “Tuhanku boleh menghidupkan dan mematikan,” Raja Namrud dengan sombong
menjawab, ‘Aku juga dapat menghidupkan dan mematikan.” Sebenarnya makna kata-
kata Namrud hanyalah kemampuannya menentukan siapa yang hendak dibunuhnya
ketika menjatuhkan hukuman mati ke atas dua orang rakyatnya. Seorang dibunuh dan
yang seorang lagi dibebaskan. Pada kemuncak perdebatan, Raja Namrud kehilangan kata-
kata apabila nabi Ibrahim menyatakan, “Allah menerbitkan matahari dari arah timur.
Cuba kamu ubah dan terbitkan ia dari barat.” Walau bagaimanapun, Raja Namrud tetap
dengan keangkuhannya dan enggan beriman. Sebagai balasan Allah, Raja Namrud dan
pengikutnya telah diazab dengan sepasukan nyamuk yang menghisap habis darah dan
daging mereka. Raja Namrud pula diseksa dengan seekor nyamuk yang masuk ke dalam
hidungnya selama 40 tahun. Sepanjang tempoh itu Raja Namrud akan memukul-mukul
kepalanya dengan tongkat sehingga dia mati dalam keadaan terseksa.
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim telah memohon kepada Allah agar menunjukkan
bagaimana Allah mematikan dan menghidupkan hamba-hambaNya. Nabi Ibrahim
sememangnya tidak meragui kebesaran Allah, tetapi baginda berharap agar dapat
mententeramkan hati dan mengukuhkan lagi keimanannya.Allah telah memperkenankan
doa Ibrahim dan berfirman, “Ambillah empat ekor burung, lalu cingcanglah semuanya
olehmu. Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian
itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera.”
Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah tersebut dan menyaksikan sendiri kebesaran
Allah apabila burung-burung yang telah dicincang tersebut datang berterbangan dan
bercantum kembali.
Nabi Ibrahim telah berkahwin dengan seorang wanita yang rupawan bernama
Sarah. Oleh kerana keselamatan nabi Ibrahim tidak terjamin, mereka sekeluarga berhijrah
ke Syam. Kemudian, nabi Ibrahim dan isteri baginda pergi ke Mesir. Raja Mesir ketika
itu telah mendengar berita tentang kehadiran Sarah yang sangat cantik di negaranya.
Baginda segera memerintahkan agar nabi Ibrahim dan Sarah dibawa mengadap di
hadapannya. Setelah nabi Ibrahim dan Sarah dibawa mengadap, Raja Mesir segera
bertanya kepada Ibrahim, “Siapakah perempuan itu?” Ibrahim menjawab, “Saudaraku.”
Saudara yang dimaksudkan oleh nabi Ibrahim adalah saudara seagamanya. Nabi Ibrahim
tidak menyatakan bahawa Sarah adalah isterinya untuk menjaga keselamatan mereka
berdua. Selepas itu, Sarah diperintah untuk tinggal di istana. Tetapi, hasil keberanian dan
ketegasan Sarah, Raja Mesir telah membenarkan Sarah kembali ke pangkuan Ibrahim.
Sarah juga telah dihadiahkan seorang hamba wanita yang bernama Hajar.
Setelah lama hidup bersama, nabi Ibrahim masih belum mendapat cahaya mata.
Sarah kemudiannya membenarkan nabi Ibrahim untuk mengahwini Hajar. Hasil dari
perkahwinan tersebut, Hajar telah melahirkan Ismail. Dengan izin Allah, Sarah juga telah
berjaya melahirkan seorang anak yang dinamakan Ishak tidak lama selepas itu.
Nabi Ibrahim telah hidup selama 200 tahun. Baginda adalah merupakan orang
yang pertama berkhitan(bersunat), menerima tetamu dan memiliki uban. Semasa wafat,
nabi Ibrahim dan Ishak hadir di majlis pengebumian baginda. Jasad nabi Ibrahim
dikebumikan bersebelahan dengan makam iserinya, Sarah di Murbi’ah.

Nabi Ismail a.s


Pembukaan muka surat 1
Nabi Ismail adalah anak lelaki sulung kepada nabi Ibrahim a.s hasil dari
perkahwinan baginda dengan Hajar.

Sambungan cerita muka surat 6

Mata air yang ditemui itu kemudiannya menjadi telaga zam-zam yang masih
wujud sehingga hari ini.

Sambungan cerita muka surat 9

Peristiwa yang berlaku di Mina ini telah menunjukkan ketaatan Ismail sebagai
seorang anak yang tidak berbelah bagi kepada ayah baginda dalam melaksanakan
perintah Allah. Ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam setiap kali merayakan hari
raya aidil adha adalah sempena mengingati peristiwa penyembelihan nabi Ismail ini
.

Penutup/Sambungan cerita muka surat 10

Dengan izin Allah Nabi Ismail dan ayahnya berjaya menyiapkan kaabah. Selepas itu,
mereka tinggal bahagia bersama-sama.
Nabi Ismail telah wafat ketika berusia 170 tahun. Baginda telah dikebumikan di
Hijr bersebelahan dengan makam ibunya Hajar. Dakwah baginda telah diteruskan oleh
saudaranya, Ishak a.s.

Nabi Ayub a.s


Penjelasan:
a)Nama Isteri nabi Ayub a.s
Petikan dari buku di bawah
“Isteri beliau ada yang mengatakan bernama Layyaa binti Ya’akub. Adapun yang lain
mengatakan dia bernama Rahmah binti Afraathim. Menurut ahli sejarah lain, dia bernama
Layyaa binti Mansa binti Ya’akub. Pendapat yang terakhir ini lebih menonjol. Kami
sependapat dengan pendapat itu sebagaimana kami kutip dalam tafsir.”(mukasurat 355)
-Ada yang mengatakan bahawa isteri Ayub a.s bernama Rahmah. Nama itu merujuk pada
ayat, ‘rahmatan min indinaa,’ sebagai rahmat dari sisi kami. Tentu saja penafsiran seperti
itu terlalu jauh dari kebenaran.(mukasurat 364)

b)cerita berpandukan buku “Kisah Para Nabi:Teladan Bagi Orang Berakal”


Tajuk Asal: Qishashul Anbiya’ Ibratul li Ulil Albab
Penulis: Abul Fidaa’ Ismail bin Kathir al-Quraisy (Ibnu Kathir)
Penterjemah: Abu Hasan Din Al-Hafiz, Taat Amrullah, dan Harun ArRasyid Haji Tuskan
Penerbit: Darul Fajar Sdn Bhd., Lot G-2B, Ground Floor, Safuan Plaza, Jalan Raja
Alang, 50300 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-26987885

c)Belalang emas
Abu Hurairah menyatakan riwayat sari Nabi s.a.w, bahawa baginda bersabda yang
bererti, “Apabila Allah mnengembalikan kesihatan Ayub a.s, maka dia dihujani oleh
belalang emas. Dia mengambil belalang-belalang itu lalu dimasukkan ke dalam
pakaiannya. Tiba-tiba terdengar seruan:”Wahai Ayub!Kamu sudah kenyang?” Ayub
menjawab:”Wahai Tuhanku!Siapakah orang yang tidak mahu menerima
rahmatMu””(Riwayat Abu Daud) (mukasurat 362)

Nabi Musa a.s


Mukasurat 4

Tajuk: Nabi Musa Membesar di Istana Firaun

Sambungan cerita mukasurat 9

Tajuk: Nabi Musa Meninggalkan Mesir

Nabi Musa telah membesar menjadi seorang pemuda yang gagah. Pada suatu hari,
baginda masuk ke dalam kota Mesir. Di sana, baginda bertemu dengan dua orang pemuda
yang bergaduh. Salah seorang daripadanya berbangsa Bani Israel, iaitu bangsa nabi Musa
manakala yang seorang lagi berbangsa Qibthi, iaitu bangsa Firaun. Sebaik melihat nabi
Musa, pemuda Bani Israel itu terus meminta agar nabi Musa menolongnya. Apabila Nabi
Musa mendengar teriakan pemuda tersebut, baginda bergegas untuk datang menolong.
Nabi Musa ingin menggertak pemuda Qibthi tersebut lalu baginda memukulnya. Akan
tetapi, pemuda Qibthi tersebut telah rebah dan mati akibat pukulan tersebut. Nabi Musa
berasa amat menyesal dan segera memohon keampunan daripada Allah di atas kesilapan
yang tidak disengajakan itu.

Mukasurat 12

Tajuk: Nabi Musa a.s Menetap di Madyan

Mukasurat 17

Tajuk: Nabi Musa a.s Menerima Wahyu

Mukasurat 20

Perintah Allah agar nabi Musa pergi menemui Firaun telah mengingatkan baginda akan
kisah yang telah membuatkan baginda melarikan diri daripada Mesir pada suatu ketika
dahulu. Nabi Musa menyatakan kebimbangannya itu kepada Allah. Nabi Musa juga telah
memohon kepada Allah supaya mengizinkan baginda membawa Harun, saudara
sepupunya yang berada di Mesir.
Harun adalah seorang yang fasih berbicara, manakala nabi Musa mempunyai
sedikit kelemahan dalam hal ini. Allah telah meyakinkan nabi Musa dengan menjanjikan
kemenangan. Allah juga telah bermurah hati untuk mengabulkan permohonan nabi Musa
untuk menjadikan Harun sebagai nabi dan penolong baginda. Sebagai persediaan
sebelum berhadapan dengan Firaun, nabi Musa telah berdoa kepada Allah, “Wahai
Tuhanku! Lapangkanlah dadaku (hatiku), permudahkanlah urusanku, lepaskanlah
kekeluan lidahku, agar mereka dapat memahami ucapanku.”(20:25-28)
Mukasurat 21

Tajuk: Dakwah Kepada Firaun


Mukasurat 33

Tajuk: Penyembahan Anak Lembu

Mukasurat 38

Tajuk: Perintah Menyembelih Sapi Betina

Mukasurat 40

Tajuk: Nabi Musa Bertemu Nabi Khidir a.s

Mukasurat 45

Tajuk: Qarun Yang Lupa Daratan

Pada zaman nabi Musa, terdapat seorang yang sangat kaya-raya bernama Qarun.
Hartanya melimpah ruah dan tidak terkira banyaknya. Malangnya, kekayaan Qarun telah
menjadikannya seorang yang angkuh dan bongkak. Dia selalu keluar ke tengah-tengah
masyarakat sambil mempamerkan kekayaannya. Masyarakat di sekelilingnya selalu
menasihati Qarun agar tidak sombong dan angkuh kerana Allah tidak menyukai
hambaNya yang lupa diri.
Pada suatu hari, Qarun telah mengupah seorang pelacur untuk menyebarkan
fitnah tentang nabi Musa bahawa dia telah berlaku sumbang dengan baginda. Apabila
melihat nabi Musa di tengah-tengah orang ramai, pelacur itu berkata, “Wahai Musa!
Engkau telah melakukan perbuatan yang tidak layak denganku.” Nabi Musa berasa amat
terpukul dengan fitnah tersebut. Baginda segera mendirikan solat dua rakaat dan berdoa
kepada Allah. Selepas itu, nabi Musa menemui pelacur tersebut dan menyuruhnya
bersumpah dan memberitahu siapa yang telah menyuruhnya menyebarkan fitnah tersebut.
Pelacur itu akhirnya bertaubat dan mengaku bahawa dia memfitnah nabi Musa atas
perintah Qarun. Nabi Musa terus sujud sambil mendoakan Qarun. Allah telah
mengirimkan wahyu kepada nabi Musa bahawa bumi telah diperintahkan untuk mentaati
perintah nabi Musa.
Ketika Qarun keluar ke tengah-tengah masyarakat dengan memakai pakaian dan
perhiasan-perhiasan yang mewah, dia melalui tempat di mana nabi Musa sedang
mengajarkan ilmu agama. Orang ramai terus terpesona memerhatikan Qarun dan
berpaling dari majlis ilmu nabi Musa. Keadaan itu telah membuatkan nabi Musa
memanggil Qarun dan bertanya tentang tujuan sebenarnya berada di situ. Qarun dengan
angkuh mencabar nabi Musa agar masing-masing berdoa untuk melihat doa siapa yang
dimakbulkan Allah.
Nabi Musa telah memberi peluang kepada Qarun untuk terlebih dahulu berdoa.
Tetapi doanya tidak dimakbulkan oleh Allah. Kemudian nabi Musa berdoa agar Allah
menundukkan bumi kepada baginda pada hari itu. Allah memperkenankan doa nabi
Musa. Tanpa berlengah, nabi Musa memerintahkan bumi untuk menelan Qarun. Ketika
itu juga bumi menelan Qarun sehingga paras kaki. Musa berkata, “Telanlah lagi!”Qarun
ditelan separas lutut. Perkara itu berterusan sehingga bumi menelan Qarun sehingga paras
dada. Kemudian, nabi Musa memerintahkan bumi agar membawa seluruh harta kekayaan
Qarun ke hadapannya agar dapat dilihat dengan jelas oleh Qarun sendiri. Selepas itu,
bumi diarahkan menelan Qarun beserta harta-hartanya sehingga lenyap daripada muka
bumi. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berasa insaf dan sedar bahawa mereka
harus bersyukur dengan rezeki yang telah Allah tetapkan untuk diri masing-masing.

Mukasurat 46

Tajuk: Kewafatan Nabi Musa a.s

Nabi Luth a.s

Sambunga cerita Mukasurat 2


Mereka tidak percaya dan tidak berasa gentar dengan janji azab pedih daripada Allah
yang akan memusnahkan mereka semua.

Nabi Syuib a.s

Mukasurat 1

Nabi Syuib adalah seorang nabi yang diutuskan kepada penduduk Madyan. Baginda
adalah bapa mertua kepada nabi Musa . Nabi Musa telah berkahwin dengan anak
perempuan nabi Syuib dan tinggal bersama nabi Syuib selama sepuluh tahun di Madyan.
Penduduk Madyan bertutur menggunakan bahasa Arab dan nabi Syuib adalah merupakan
seorang yang sangat petah berkata-kata. Kelebihan baginda ini digunakan dengan
sebaiknya dalam menyampaikan dakwah kepada penduduk Madyan.

Sambungan Mukasurat 3

Penentangan kaum Madyan ini telah diceritakan dengan panjang lebar di dalam surah al-
A’raf ayat 85 sehingga 93, surah Hud ayat 84 sehingga 95 dan surah Asy-Syu’ara ayat
176 sehingga 190.

Nabi Ilyas a.s

Mukasurat 2

Nabi Ilyas telah menerima penentangan yang hebat daripada kaum Ba’labak. Mereka
bukan sahaja menolak seruan nabi Ilyas, bahkan mereka mengancam untuk membunuh
baginda. Oleh kerana kaum Ba’labak sangat derhaka kepada Allah, Allah telah
menurunkan azab kepada mereka. Negeri mereka telah dilanda kemarau panjang
sehingga menyebabkan hujan tidak turun selama tiga tahun. Para penyembah berhala Ba’l
tersebut kehausan, binatang ternak mereka mati, tanaman mereka kering dan mereka
kehabisan bekalan makanan. Setelah mereka terasa sangat terseksa oleh kepanasan,
kelaparan dan kehausan disebabkan oleh kemarau tersebut, mereka bersepakat untuk
berjumpa dengan nabi Ilyas. Mereka telah menyatakan penyesalan mereka di hadapan
nabi Ilyas dan meminta nabi Ilyas berdoa kepada Allah agar menghentikan kesengsaraan
mereka. Nabi Ilyas telah berdoa kepada Allah agar menghentikan kemarau yang melanda
kaum Ba’labak dan menyelamatkan mereka dari bahaya kelaparan. Allah telah
memakbulkan doa nabi Ilyas. Hujan turun memberi air yang banyak kepada mereka dan
menyuburkan semula ladang pertanian serta ternakan. Rezeki kaum Ba’labak melimpah
ruah dan mereka hidup dalam kesenangan. Malangnya, mereka telah kufur selepas
mereka hidup senang. Mereka enggan bersyukur kepada Allah malah memberikan
tentangan yang lebih hebat kepada dakwah nabi Ilyas. Keadaan yang buruk telah
memaksa nabi Ilyas lari menyelamatkan diri demi keimanannya. Beliau dari dalam
keadaan luka-luka dan bersembunyi dalam sebuah gua. Di sana, nabi Ilyas mengasingkan
dirinya selama beberapa lama sehinggalah Allah menggantikan raja kaum Ba’labak
dengan raja yang baru. Selepas itu, nabi Ilyas kembali semula kepada kaum Ba’labak dan
mengajak mereka mengesakan Allah.

Nabi Muhammad s.a.w

Mukasurat 1

Nabi Muhammad ataupun nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah bin Shaibah
(Abdul Muthalib) adalah rasul utusan terakhir yang diutuskan oleh Allah kepada umat
manusia. Nabi Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah bangsa Arab di Mekah pada
tahun Gajah. Nabi Muhammad telah selamat dilahirkan oleh ibu baginda, Aminah binti
Wahb bin Abd Manaf pada pagi hari Isnin, 9 Rabiul Awwal yang bersamaan degan 20
April 571M. Ayahnya telah meninggal dunia semasa baginda semasa baginda masih
berada di dalam kandungan. Setelah lahir, Nabi Muhammad telah diserahkan kepada
seorang ibu susuan yang bernama Halimah binti Abu Dhu’aib.

Mukasurat 4

Abu Thalib menjaga dan mendidik Nabi Muhammad dengan penuh kasih sayang. Nabi
Muhammad pula telah membesar menjadi seorang remaja yang mulia dan disukai oleh
penduduk Mekah. Semasa berusia 12 tahun, Nabi Muhammad telah mengikuti
rombongan perdagangan Abu Thalib ke Syam. Semasa di dalam perjalanan, mereka
bertemu dengan seorang rahib Kristian yang bernama Bahira.

Mukasurat 9

Dalam suatu peristiwa,Mekah telah dilanda banjir yang menyebabkan bangunan Kaabah
rosak.Penduduk Mekah segera membaikinya dan membangunkan semula dinding-
dinding yang roboh.Semasa mereka hendak meletakkan kembali Hajar Aswad di
tempatnya,terjadi perselisihan tentang siapa yang layak untuk melakukannya.Suku kaum
Mekah bertelagah sehinggalah terdapat saranan untuk mengambil orang yang pertama
masuk ke Kaabah pada keesokan harinya untuk menjadi hakim antara mereka.Secara
kebetulan, Nabi Muhammad menjadi orang pertama yang memasuki Kaabah. Baginda
telah memberi penyelesaian yang adil dengan mengarahkan agar Hajar Aswad diletakkan
di atas sehelai kain. Kemudian, wakil setiap suku kaum akan memegang hujung kain
tersebut dan bersama-sama mengangkat Hajar Aswad sebelum Nabi Muhammad
meletakkan Hajar Aswad di tempatnya.Semua orang berpuas hati dengan cadangan
baginda dan masalah mereka dapat diselesaikan. Daripada peristiwa ini, Nabi
Muhammad mendapat gelaran al-Amin kerana sikap baginda yang sentiasa bercakap
benar.

Mukasurat 19

Selepas beberapa tahun berdakwah di Mekah, Nabi Muhammad telah didatangi oleh 12
orang lelaki dari Yathrib atau yang sekarang dikenali sebagai Madinah. Mereka telah
mengadakan perjanjian yang dinamakan Perjanjian Aqabah pertama dengan Nabi
Muhammad. Mereka menerima Islam dan mengharapkan Nabi Muhammad dapat
menjadi pemimpin yang boleh menyelesaikan perselisihan kaum di antara mereka.
Beberapa tahun selepas itu, seramai 75 orang daripada Yathrib datang menemui Nabi
Muhammad sekali lagi dan mengadakan Perjanjian Aqabah kedua di antara Nabi
Muhammad dan penduduk Islam Yathrib.

Mukasurat 23
Nabi Muhammad telah mengetuai umat Islam dalam beberapa siri peperangan di antara
umat Islam dan kafir Quraisy serta golongan Yahudi. Peperangan pertama yang diketuai
oleh Rasulullah ialah Perang Badar yang berlaku di antara 313 umat Islam Madinah dan
1000 kafir Quraisy pada tahun kedua Hijrah. Peperangan yang kedua ialah Perang Uhud
di mana kafir Quraisy ingin menuntut bela atas kekalahan mereka di dalam Perang Badar.
Di dalam peperangan sengit yang berlaku dalam tahun ketiga Hijrah ini, tentera Islam
sudah hampir mendapat kejayaan apabila kumpulan pemanah yang ditugaskan oleh Nabi
Muhammad untuk bertahan di bukit mengingkari arahan baginda. Mereka telah
meninggalkan tempat mereka untuk memungut harta rampasan perang. Akibatnya, ramai
sahabat Nabi Muhammad yang terkorban dan Nabi Muhammad sendiri telah mengalami
kecederaan.
Peperangan ketiga yang diketuai oleh Nabi Muhammad ialah Perang Khandak
yang juga dikenali sebagai Perang Ahzab. Di dalam perang ini, umat Islam telah
membina parit besar di sekeliling Madinah bagi menghadapi serangan daripada 10,000
tentera kafir Quraisy. Dengan pertolongan Allah, umat Islam telah berjaya menewaskan
pihak musuh. Selain itu, Rasulullah juga mengetuai Peperangan Khaibar, Tabuk, dan
beberapa ekspedisi peperangan kecil lainnya.
Dengan pertolongan Allah, umat Islam sentiasa beroleh kemenangan dalam
menentang orang-orang yang menolak Islam. Ini telah menambahkan pengaruh Islam dan
menyebabkan Islam tersebar dengan cepat di seluruh tanah Arab. Selepas Islam menjadi
kuat, Nabi Muhammad telah mengetuai umat Islam untuk melakukan haji di Mekah.
Rombongan haji yang pertama itu disertai oleh 1500 umat Islam. Malangnya, rombongan
umat Islam tidak dibenarkan mengerjakan haji pada tahun tersebut. Hasil daripada
peristiwa tersebut, Nabi Muhammad telah menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.
Antara kandungan perjanjian itu adalah gencatan senjata selama 10 tahun dan orang
Islam hanya boleh mengerjakan haji pada tahun berikutnya. Setahun selepas itu, Nabi
Muhammad sekali lagi mengetuai rombongan umat Islam yang lebih besar iaitu lebih
kurang 10000 orang pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji buat kali yang pertama.
Tidak berapa lama selepas itu, kafir Quraisy telah melanggar perjanjian gencatan
senjata yang dipersetujui di dalam Perjanjian Hudiabiyah. Peristiwa tersebut telah
membawa Nabi Muhammad dan umat Islam kepada pembukaan kota Mekah. Dengan
izin Allah, kota Mekah telah jatuh ke tangan umat Islam dengan aman dan tanpa
pertumpahan darah. Nabi Muhammad telah menghancurkan semua berhala yang berada
di Kaabah. Majoriti penduduk Mekah telah memeluk Islam selepas itu.

Mukasurat 24

Tahun berlalu dan Nabi Muhammad telah menyampaikan risalah Islam secara meluas.
Keperibadian dan kepimpinan baginda yang tiada tolok bandingnya telah menjadikan
Islam sangat dikagumi samada oleh peganutnya mahupun musuh. Baginda juga sentiasa
dibantu dan disokong oleh ahli keluarga, para sahabat dan pengikut baginda yang setia.
Sepanjang Nabi Muhammad berdakwah, Allah telah menganugerahkan banyak
kelebihan dan mukjizat kepada baginda. Bahkan, kelebihan diri Nabi Muhammad sudah
ketara semenjak baginda di dalam kandungan ibunya lagi. Di antara mukjizat Nabi
Muhammad ialah munculnya keberkatan di mana-mana baginda berada, bulan terbelah
dua setelah baginda berdoa kepada Allah, air terpancut melalui celah-celah jari baginda,
perjalanan israk dan mikraj, dapat menceritakan tanda-tanda hari kiamat dan juga hal-
hala yang akan berlaku selepas zaman baginda dengan izin Allah. Selain itu, makhluk
Allah yang lain juga memperakui keagungan Nabi Muhammad sehinggakan benda-benda
alam bersaksi atas kenabian baginda, batu kerikil bertasbih, dan pohon kurma merintih
mengadu kepada baginda. Mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad ini
telah membantu dakwah Nabi Muhammad serta membuktikan kenabian dan kelebihan
baginda sebagai rasul pilihan Allah.
Akhirnya, Nabi Muhammad telah jatuh sakit. Dalam hari-hari terakhir hidup
baginda, Nabi Muhammad telah menyampaikan pesanan-pesanan agar umat Islam tetap
berpegang teguh kepada ajaran Islam. Pada usia 63 tahun, Nabi Muhammad telah wafat
di Madinah dan meninggalkan al-Quran sebagai mukjizat terbesar yang berkekalan dan
sunnahnya untuk pegangan umat Islam selepas pemergian baginda.

Anda mungkin juga menyukai