Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN PELAKSANAAN

HALAQAH TAFAQQUH
FIDDIN HATAF
PROGRAM BINA UPAYA
GURU PENDIDIKAN ISLAM
PERINGKAT SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
FEBRUARI 2019
Panduan Pelaksanaan HATAF 2019

KANDUNGAN

1. PENGENALAN  3 

2. OBJEKTIF  3 

3. SENARAI JAWATANKUASA  3 

4. KUMPULAN SASAR  3 

5. WAKTU PELAKSANAAN  4 

6. TATACARA PELAKSANAAN  4 

7. PENGISIAN  4 

8. PELAPORAN DAN DOKUMENTASI  7 

9. BORANG  REKOD PERJUMPAAN HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN  11 

2
Panduan Pelaksanaan HATAF 2019

PENGENALAN

1. Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam (PBUGPI) Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) merupakan lanjutan dari Kursus Khas Guru Pendidikan Islam (KKGPI) KPM
yang telah dilaksanakan bermula tahun 2001 hingga 2009.

2. Mulai tahun 2013, KKGPI telah digantikan dengan PBUGPI KPM. Aktiviti yang
terkandung dalam PBUGPI adalah seperti berikut:

2.1 Multaqa Nasional Guru Pendidikan Islam;


2.2 Multaqa Guru Pendidikan Islam Peringkat Zon;
2.3 Daurah Mursyid Peringkat Kebangsaan;
2.4 Daurah Mursyid Peringkat Negeri;
2.5 Halaqah Taqarrub Mursyid Peringkat Negeri;
2.6 Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Daerah; dan
2.7 Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Sekolah.

3. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 September 2015, KPM


perlu memberi pendedahan tentang bahayanya Islamic State dan militan kepada semua GPI.
Disebabkan bilangan GPI adalah ramai dan mereka mempunyai pelbagai latar belakang
pendidikan dan latihan, kejelasan halatuju pemikiran dan komitmen mereka amat perlu
diselaraskan bagi memastikan wujud kesatuan pemikiran dalam kalangan warga pendidikan
dan masyarakat.

4. Melalui program PBUGPI ini adalah diharapkan peserta dapat menerima dengan jelas
hala tuju dan citra negara terutamanya peranan mereka sebagai pendakwah agar menepati
5 ciri Pendidik Muslim iaitu sebagai Muallim, Mudarris, Murabbi, Muaddib dan Mursyid.

OBJEKTIF

5. Objektif program ini adalah seperti berikut:-


a. Mengukuhkan kefahaman GPI mengenai ajaran Islam yang sebenar seiring
dengan hasrat dan aspirasi negara.
b. Menyatukan hati (wahdatul qalb), pemikiran (wahdatul fikr), matlamat (wahdatul
hadaf) dan amal (wahdatul amal) berpandukan ajaran al-Quran dan Sunnah.
c. Memperkasa peranan GPI sebagai mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan
mursyid dalam membentuk akhlak dan sahsiah murid.
d. Memasyarakatkan GPI sebagai sukarelawan dakwah 1 GPI 1 Masjid (1GPI1M)
dalam usaha mengembangkan syiar Islam.

SENARAI JAWATANKUASA

6. Jawatankuasa yang terlibat adalah seperti di lampiran 1.

KUMPULAN SASAR

7. HATAF PBUGPI melibatkan semua Guru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan


Malaysia di sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.

3
Panduan Pelaksanaan HATAF 2019

WAKTU PELAKSANAAN

8. Masa yang diperuntukkan adalah selama 1jam 30minit bagi setiap kali perjumpaan. Ia
dilaksanakan di luar waktu PdP yang munasabah agar tidak menjejaskan waktu pengajaran
dan pembelajaran (PdP) murid.

9. Perjumpaan ini dicadangkan dilaksanakan 11 kali setahun.

TATACARA PELAKSANAAN

10. Tatacara pelaksanaan adalah seperti di lampiran 2. Kesesuaian tarikh dan masa perlu
diberi perhatian agar tugas hakiki guru tidak terabai.

PENGISIAN

11. Taburan pengisian dan contoh pengisian perjumpaan adalah seperti berikut:

Sesi perjumpaan dalam setahun


Modul
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
1. Taaruf 
2. Al-Quran          
3. Hadith          
4. Tauhid  
5. Fiqh Ibadah  
6. Fiqh Muamalah 
7. Fiqh Munakahat 
8. Fiqh Jinayat 
9. Tasawuf 
10. Sirah 
11. Isu semasa          
12. Aktiviti Kemasyarakatan 

Jadual 1 : Taburan modul pengisian perjumpaan.

4
Panduan Pelaksanaan HATAF 2019

Masa Pengisian Kandungan Durasi slot


3.00 ptg Tilawah - membaca 3 – 5 ayat dan terjemahan 15 minit
Al-Quran setiap ahli daripada surah yang tertentu.
- ayat-ayat berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran.
- Bacaan-bacaan gharib yang kerap berlaku
kesalahan (jika ada).
- Ibrah ayat secara ringkas oleh mursyid.
3.15 ptg Sima’ Hadith - membaca 3 – 5 hadith tarqhib wa tarhib / 15 minit
fadhail yang tertentu beserta makna.
- Ulasan ringkas oleh mursyid.
3.30 ptg Perbahasan - Perbahasan ilmiah mengikut modul 30 minit
Ulama’ bidang.
4.00 ptg Isu semasa - Perbincangan untuk mencari ibrah bagi 30 minit
memperbaiki ummah.
4.30 ptg Solat Asar berjamaah. 15 minit

Jadual 2 : Contoh pengisian perjumpaan peringkat sekolah yang dilaksanakan dalam tempoh 1 jam
30 minit.

Bil Surah Ayat Al-Quran


1 Al-Baqarah 1-18, 19-36, 52-72, 73-90, 91-108, 109-126, 163-180,
181-198, 199-216, 217-234, 235-252, 253-270
2 Ali Imran 1-10, 11-29, 20-26, 27-31, 41-50, 51-60, 61-67, 68-85,
86-96, 104-111
3 Al-An’am 10, 11-20, 21-30, 31-40, 41-50, 51-65
4 Al-A’raf 1-10, 21-30, 31-40, 41-50, 65-72

Jadual 3 : Contoh pengisian modul Tilawah Al-Quran.

Bil Kitab Hadith Penyusun


1 Hadith 40 Imam An-Nawawi
2 Fadhilat Amal Muhammad Zakaria
3 Targhib wat Tarhib Al-Hafidz Al-Mundziri

Jadual 4 : Contoh pengisian modul Sima’ Hadith (Mendengar Hadith).

Bil Bidang Ilmu Tajuk


1 Tauhid  Af’aalullah (Perbuatan Allah)
 Iradatullah (Kehendak Allah)
 Beriman dengan Qada’ dan Qadar
 Takfir
2 Fiqh Ibadah  Solat semasa sakit / sukar
 Sujud syukur
 Muwafiq dan masbuq dalam solat berjemaah

5
Panduan Pelaksanaan HATAF 2019

Bil Bidang Ilmu Tajuk


3 Fiqh Muamalah  Simpanan dan pelaburan
 Insurans dan takaful
 Pinjaman dan luqatah
 Jual beli skim piramid
4 Fiqh Munakahat  Nikah, cerai, eddah
 Ikhtilat
 Nasab
5 Fiqh Jinayat  Maqasid Syariah
 Akta Mahkamah Syariah (Akta 355)
 Imam dan pemerintah Islam
6 Tasawuf  Sifat Mahmudah (zuhud, ithar, tawadhuk, tazallul dll.)
 Sifat Mazmumah (namimah, ujub, wahan, ananiah dll)
 Taqarrub ilallah (mendekati Allah)
 Mujahadah & mukasyafah
7 Sirah  Keluarga para nabi dan Ahlul Bait
 Ghazwatun Nabi (Peperangan yang melibatkan Nabi SAW)
 Sahabat besar Nabi saw
 Musuh umat Islam
 Rasulullah saw sebagai rahmatan lil ‘alamin

Jadual 5 : Contoh pengisian modul Perbahasan Ulama’.

Bil Perbincangan Isu Semasa Ibrah


1 Pendekatan Dakwah Kontemporari Kepelbagaian medium dakwah
2 Hedonisme Keperluan uzlah hati
3 Radikalisme Kepentingan ta’ani (tenang dalam tindakan)
4 Liberalisme Kepentingan talaqqi (belajar melalui guru)
5 Pluralisme Kepentingan kebersihan hati dan jati diri
6 Anti Hadith Kepentingan belajar ilmu Hadith
7 Penipuan Jual Beli Kepentingan tabayun (selidiki kebenaran)
8 Ragut Kepentingan usaha pencegahan
9 Buli Kepentingan penghayatan Islam

Jadual 6 : Contoh pengisian modul Perbincangan Isu Semasa.

12. Modul aktiviti kemasyarakatan adalah sebagai aktiviti akhir setiap tahun. Pemilihan
aktiviti bergantung kepada kesesuaian dan kemudahan yang ada di sesuatu tempat.
Pengisiannya adalah lebih menjurus ke arah membangkitkan rasa pritahin bagi menyelami
keadaan masyarakat setempat. Cadangan aktiviti adalah seperti berikut:

Bil Aktiviti Kemasyarakatan Pengisian


1 Ziarah Warga Emas - Tazkirah 3 minit.
- Serahan bantuan keperluan harian.
2 Ziarah Asnaf Zakat - Tazkirah 3 minit.
- Serahan bantuan keperluan harian.
3 Menyantuni Gelandangan - Tazkirah 3 minit.
- Serahan bantuan keperluan harian

6
Panduan Pelaksanaan HATAF 2019

Bil Aktiviti Kemasyarakatan Pengisian


4 Gotong-royong Kebersihan Masjid - Tazkirah 3 minit.
- Khidmat tenaga
5 Sukarelawan Pencegahan Maksiat - Tazkirah 3 minit.
- Khidmat nasihat
6 Sukarelawan Hospital - Khidmat nasihat “Panduan ibadah bagi
orang sakit”.
7 Ziarah Kubur - Tahlil
- Khidmat tenaga
8 Ziarah Mahabbah Ketua Kampung/ - Perbincangan hubungan strategik
Pengerusi Taman Perumahan dakwah.
Jadual 7: Contoh pengisian modul Aktiviti Kemasyarakatan.

PELAPORAN DAN DOKUMENTASI

13. Setiap perjumpaan perlu direkodkan kehadiran, tajuk perbahasan ilmiah dan isu
semasa yang dibincangkan mengikut format pelaporan seperti di lampiran 3.

14. Manakala format pelaporan seperti di lampiran 4 hendaklah dikumpulkan oleh Pejabat
Pendidikan Daerah seterusnya dipanjangkan kepada Bahagian Pendidikan Islam KPM
melalui Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri.

PENUTUP

15. Halaqah Tafaqquh Fiddin adalah salah satu aktiviti dalam Program Bina Upaya Guru
Pendidikan Islam KPM yang berfungsi sebagai wadah muzakarah ilmu agama agar
profesionalisme GPI sentiasa dipertingkat.

7
Panduan Pelaksanaan HATAF 2019

Lampiran 1

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : YB. Menteri Pendidikan Malaysia


Penasihat : Ketua Setiausaha KPM
Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timb. Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
(Operasi Pendidikan)
Setiausaha : Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM
Pen. Setiausaha : Timbalan Pengarah,
Pengurusan Dakwah & Syiar Islam, BPI, KPM
Urus setia : Ketua Unit Dakwah, BPI KPM
Ahli Jawatankuasa : Semua Pengarah Pendidikan Negeri

JAWATANKUASA PERINGKAT NEGERI

Pengerusi : Pengarah Pendidikan, JPN


Timb. Pengerusi : Timbalan Pengarah Pendidikan, JPN
Naib Pengerusi : Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, JPN
Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan
Islam, JPN
Pen. Setiausaha : Ketua Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN
Ahli Jawatankuasa : Pegawai Pendidikan Daerah, PPD
: Penolong-Penolong Pengarah, SPI JPN
: Penyelia Pendidikan Islam SPI JPN
: Ketua Mursyid Negeri
: Penolong Ketua Mursyid Negeri

JAWATANKUASA PERINGKAT DAERAH

Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah, PPD


Timb. Pengerusi : Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, PPD
Naib Pengerusi : Ketua Unit Pendidikan Islam, PPD
Setiausaha : Penyelia Pendidikan Islam, PPD
Ahli Jawatankuasa : Ketua Mursyid Daerah
: Penolong Ketua Mursyid Daerah

8
Panduan Pelaksanaan HATAF 2019

JAWATANKUASA PERINGKAT SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua / Guru Besar


Timb. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Ketua Bidang Kemanusiaan / Pendidikan Islam
Penyelaras : Ketua Mursyid Sekolah
Penolong Penyelaras : Penolong Ketua Mursyid Sekolah
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Pendidikan Islam
: Semua Guru Bahasa Arab

9
Panduan Pelaksanaan HATAF 2019

Lampiran 2

Carta alir di bawah adalah merujuk kepada gerak kerja pelaksanaan Halaqah Tafaqquh
Fiddin peringkat sekolah.

Mula

Penetapan tarikh dan masa perjumpaan


oleh Ketua Mursyid Sekolah / Penolong
Ketua Mursyid Sekolah

Kesesuaian tarikh dan masa


Tidak
Ya

Makluman kepada Pengetua/Guru Besar

Perjumpaan

Rekod dan dokumentasi setiap kali


perjumpaan

Penghantaran laporan tahunan ke


PPD/JPN/KPM

10
Lampiran 3

BORANG REKOD KEHADIRAN


HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN (HATAF) PROGRAM BINA UPAYA
GURU PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Tarikh Siri halaqah


Tempat Kumpulan
Masa Tidak hadir

Bil. Nama Peserta Tandatangan

1.

2.
3.

4.

5.

6.

7.

8.
* Satu kumpulan dihadkan kepada maksimum 15 peserta sahaja.

Tajuk Perbahasan Ilmu :________________________________________________

Tajuk Isu Semasa :________________________________________________

Catatan/Ulasan :

Dicatat Oleh
Nama :…………………………………………

Tandatangan :…………………………………………
Lampiran 4

LAPORAN HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN (HATAF) PROGRAM BINA UPAYA


GURU PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2019

Daerah : ____________________________________
Negeri : ____________________________________

Nama pegawai yang melapor : ____________________________________


Jawatan : ____________________________________
Nombor Telefon Bimbit : ____________________________________

Penentuan Skor :
Status Deskripsi (Tahap Pelaksanaan)
Aktif Bilangan perjumpaan 6 – 11 kali setahun
Kurang Aktif Bilangan perjumpaan 1 – 5 kali setahun
Tidak Aktif Tiada perjumpaan dalam setahun semasa

Status
Bil Nama Sekolah Kurang Tidak
Aktif
Aktif Aktif
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Kekuatan :…………………………………………………
Kelemahan : …………………………………………………
Cadangan Penambahbaikan: …………………………………………………

Disahkan Oleh
………………..………
( )

Anda mungkin juga menyukai