Anda di halaman 1dari 14

Motivasi Guru Tahfiz

{ MATLAMAT MOTIVASI GURU }

Memberi kesedaran pada guru betapa tingginya nilai mereka.


Memberi semangat dalam mendidik.
Menyatukan kefahaman antara guru dan mudir, pihak atasan, dan masyarakat.
Memberi atur cara dan program dalam mendidik.
Berkongsi pengalaman sendiri.
Mencari jalan penyelesaian dalam mendidik.
Memahami situasi semasa yang dihadapi oleh ma’had2 tahfiz di malaysia.
Memberi penerangan pada mak ayah serta masyarakat tentang kepentingan untuk melahirkan generasi
Huffaz.
Menggabungkan dan mengatur jadual dalam pelajaran.
Mengimbangi masa belajar dan Bersosial.
Memberi dorongan pada pelajar serta memberi tunjuk ajar yang betul.
Untuk mengekalkan guru yang berkualiti.
Menggunakan teknik dan tektik untuk membaca Al-Quran.
Menyelesaikan masalah guru selalu bertukar ganti.
Perselisihan faham yang berlaku di ma’had, siapa kah puncanya?.

{ ANTARA AGENDA YANG AKAN DIKONGSIKAN INSYAALLAH }

( 1 ) BAGAIMANA NAK KUATKAN SEMANGAT MENGAJAR.

( 2 ) PERKARA YANG MELEMAHKAN SEMANGAT UNTUK MENGAJAR.

( 3 ) SEBAB2 GURU TAHFIZ TAK SEMANGAT MENGAJAR TAHFIZ.

( 4 ) APAKAH STRATEGIK YANG PERLU DIBUAT OLEH GURU.

( 5 ) BAGAIMANA NAK KUATKAN SEMANGAT PELAJAR.

( 6 ) PERKARA YANG PERLU DITERAPKAN DALAM MINDA PELAJAR.

( 7 ) PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK GURU.

( 8 ) PENGORBANAN YANG HARUS GURU BERIKAN DALAM MENGAJAR.

( 9 ) PERKARA YANG MESTI DIJAUHI GURU.

( 10 ) PERKARA YANG MENYEBABKAN KURANG BERKAT DALAM MENGAJAR.

( 11 ) KEPENTINGAN MENJALINKAN UKHWAH DENGAN MUDIR,GURU.

( 12 ) GURU UMPAMA.

( 13 ) SIFAT2 YANG HARUS ADA PADA PENDIDIK.

( 14 ) SIFAT YANG TAK PATUT ADA PADA PENDIDIK.

( 15 ) CIRI2 GURU SUCCESS.


( 16 ) MASALAH : GURU v/s MUDIR.

( 17 ) MASALAH : GURU v/s PELAJAR.

( 18 ) NASIHAT YANG PERLU GURU BERIKAN PADA PELAJAR SETIAP MASA.

( 19 ) MASA YANG SESUAI UNTUK BAGI MOTIVASI PELAJAR.

( 20 ) ADAB MENGAJAR.

( 21 ) KESAN NEGATIF APABILA GURU TINGGALKAN MA’HAD.

( 22 ) KESAN NEGATIF PADA GURU SENDIRI APABILA TINGGALKAN MA’HAD.

( 23 ) PATUTKAH PELAJAR DIROTAN ?.

( 24 ) TANGGAPAN SALAH GURU KEPADA MURID.

( 25 ) ANA ADA KELEBIHAN.

(1)

>> BAGAIMANA NAK KUATKAN SEMANGAT MENGAJAR <<

Sentiasa meminta pandangan dari guru yang lebih berpengalaman.


Menanamkan sifat untuk mendidik.
Tidak berputus asa dalam mengajar.
Sentiasa menjalinkan hubungan baik diantara mudir dan guru2 lain.
Berfikiran positif dalam setiap hal.
Mestilah merasakan diri ini bertuah kerana dapat mengajar Al-Quran,seperti sabda Rasulullah s.a.w :
‫خيركم من تعلم القران وعلمه‬. : sebaik2 diantara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran kemudian dia
mengajarnya.
Merasakan pelajar adalah hadiah dari Allah untuk memberinya peluang sedekah jariah.
Jika pelajarnya hafiz dan mengajarnya bayangkan berapa banyak pahala yang dia akan dapat.
Merasakan pelajar adalah saham akhiratnya.
Sentiasa memberikan nasihat pada pelajar.
Rasul2 terdahulu banyak lagi ujian yang dihadapi untuk perjuangan islam.
Sahabat2 Rasul juga berjuang demi Al-Quran.

(2)

>> PERKARA YANG MELEMAHKAN SEMANGAT UNTUK MENGAJAR<<

Tiada persiadaan dari segi niat dan motivasi.


Tempat guru yang kurang selesa.
Peraturan kelas tak kemas.
Pakaian yang tak beri semangat.
Pelajar kurang bagi respons.
Pakaian pelajar tak teratur.
Tempat duduk guru kurang gah.
Persiadaan buku catatan atau fail tak kemas.
Mengajar sekadar untuk semak sabaq pelajar tanpa memberi motivasi.
Kurang merasakan diri sebagai pendidik.
Jarang mengangkat tangan dan berdoa pada Allah supaya memberinya semangat.
Kurang berkominikasi dengan mudir dan guru atau pelajar.
Tak mandi sebelum kelas atau pakaian yang lusuh.
* Guru mestilah menjadikan tempat mengajar adalah tempat paling istimewa dan selesa,bantal untuk
bersandar mestilah disediakan dan juga meja yang elok,pen dan buku tulis ( rekod pelajar ) mestilah
bersamanaya.

(3)

>> SEBAB2 GURU TAHFIZ TAK SEMANGAT MENGAJAR TAHFIZ <<

Bayaran gaji atau elaun tak sepadan dengan pengorbanan yang dilakukan.
Purata gaji guru tahfiz swasta tak lebih dari rm 1500 berbanding berkerja dengan kementerian yang
gajinya rm 3000 sebulan.
Merasakan dengan gaji kurang rm 1500 tak mampu nak tanggung keluarga.
Kemudahan yang kurang disediakan, contoh :
– Tak ada kontrak,mungkin dipecat bila2 masa.

– Susah nak buat pinjaman atau loan.

– Quaters yang tak selesa.

– Kadang2 kerja bertambah tetapi payah nak claim balik.

– Susah nak dapat cuti.

– Berkerja tanpa syarat yang tertentu,mungkin syarat berubah.

– Cuti tak menentu,kerana banyak cuti terletak pada kuasa mudir.

– Ada sesetengah benda mengajar kena disediakan sendiri.

Kemahiran tidak dihargai.


Apabila ia rajin maka sekolah akan bergantung padanya.
Tak dapat bonus hujung tahun.
Cuti tiada gaji.
Bersalin tiadad gaji atau mungkin separuh gaji.
Terikat dengan banyak komitmen contoh :
– Menjadi warden sambilan.

– Hantar pelajar ke hospital ( tiada claim )

– Mengajar subject yang tak berkaitan dengan kemahiranya.

– Pelajar bertambah setiap tahun tapi bilangan sama.

Diwajibkan jaga pelajar sampai tidur.


Cuti hujung minggu kadang2 terganggu.
Kadang2 terpaksa guna duit sendiri untuk kegunaan pelajar atau sekolah.
Campur tangan orang luar bidang hafazan.

(4)
>> APAKAH STRATEGIK YANG PERLU DIBUAT OLEH GURU <<

Fikirkan bagaimana nak naikkan semangat pelajar.


Fokus setiap perkara yang dilakukan.
Merancang masa depan setiap pelajar.
Meletakkan target dan sasaran walaupun tak logik.
Memasang impian untuk setiap pelajar menjadi Hafiz Al-Quran dan ulama.
Membuatkan buku laporan dan catatan harian.
Mengenali setiap pelajar tentang tingkah lakunya dan keluarganya.
Mencuba perkara yang berbeza,kerana pelajar tidak sama,mungkin sukatanya lain.
Berbincang dan mengambil pengalaman.
Mencari idea2 yang baru untuk menaikkan semangat pelajar.
Tidak menggunakan cara yang sama bagi setiap pelajar.
Jangan melemahkan diri sendiri.
Mestilah menanamkan sifat sabar yang tinggi dalam mendidik.

(5)

>> BAGAIMANA NAK KUATKAN SEMANGAT PELAJAR <<

Tanamkan dalam diri mereka tentang keistimewaan seorang Al-Hafiz.


Membakar semangat pada mereka bahawa Allah yang telah memilih mereka.
Menyedarkan pada mereka bahawa bukan ramai yang Hafiz 30 juz,carilah dalam keluarga atau jiran
dan sedara mara mereka adakah ada yang hafal Quran selainya?.
Mereka adalah yang tergolong dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang berjuang untuk islam.
Terangkan dan ceritakan tentang fadhilat dan keistimewaan yang mereka akan dapat di dunia dan di
akhirat.
Memberi semangat dan jangan marah pada pelajar.
Mendengar luahan dan keluhan mereka.
Meletakkan target hafiz dalam masa tiga tahun.
Ambil masa paling kurang setengah jam untuk menaikkan semangat pelajar setiap hari.

(6)

>> PERKARA YANG PERLU DITERAPKAN DALAM MINDA PELAJAR <<

Menghafal Al-Quran bukan susah cuma ia mengambil masa.


Jika menghafal Quran maka pelajaran2 lain pun akan jadi mudah.
Apabila Quran sudah dihafal maka otak akan menjadi kuat dan ilmu2 lain juga mudah dipelajari.
Ilmu2 agama tak akan terpisah dari dalil Al-Quran,maka apabila sudah hafal Quran maka senang
untuk ingat dalil2,berbanding dengan orang yang tak hafiz mestilah hafal dalil.
Hafal Quran boleh memberi syafaat pada orang lain juga.
Allah sayang pada orang Hafiz,dan rezki untuk mereka terbentang luas.
Pastikan menjadi Al-Hafiz 30 juz kerana orang yang tak hafiz akan merasa rugi akan datang.
*Orang yang Hafiz 30 juz walaupun tak ingat lancar tapi suatu masa nanti dia akan mengulang juga
Quran tu,tetapi orang yang tak sempat hafiz menyesal dan takkan mengulang Quran.

(7)

>> PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK GURU <<


Pakaian guru mestilah menunjukkan perbezaan dengan pelajar.
Pakaian yang menunjukkan haibah dan hebat supaya menonjolkan komitmen guru.
Tidak semestinya memakai serban,tetapi jika memakai serban lebih elok.
Memakai jubah warna putih atau hitam.
Tak elok jika memakai jubah yang ada banyak warna ( jubah tampal ).
Memakai kain atau seluar jenis kurta.
Pakaian mestilah bersih dan kemas walaupun bukan baru.
Memakai wangian yang elok.
Kemas dan tertib itu penting kerana ia akan memberikan pelajar semangat.
Jangan pakai baju busuk atau lusuh.
‫ األعمال السيئة دآء والعلمآء دوآء فاذا فسد العلمآء فمن يشفي الدآء‬: ‫قال حكيم‬.
* Seorang bijaksana pernah berkata :

( Amalan keji itu penyakit,dan ulama pula penyembuh penyakit,apabila ulama telah rosak siapakah
yang akan menyembuh penyakit tersebut )

(8)

>> PENGORBANAN YANG HARUS GURU BERIKAN DALAM MENGAJAR <<

Menganggap pelajar2nya adalah saham untuk akhiratnya.


Meletakkan niat ilmu yang diajarnya untuk sedekah jariah.
jangan merasa bosan dengan pelajar.
Berkorban masa dan keluarga untuk melahirkan pelajar2 huffaz.
Menepati masa dan janji.
Solat berjemaah dengan murid.
Menegur murid tanpa merotan,menganggap pelajar seperti anaknya sendiri.
Jangan masuk lewat dalam kelas dan keluar awal dari kelas.
Memberi semangat dan motivasi setiap hari seperti jurulatih bola sepak.
Berazam untuk mengajar dalam tempoh yang lama,tidak berhenti di tengah jalan.
Bersalaman dengan pelajar dan mendekatkan diri kepada mereka.
Jangan mengutuk atau mengambil kesempatan dari pelajar (minta hadiah).
Memberi dorongan dan semangat supaya pelajar hafal 30 juz.
Mengajar teknik menghafal cara mudah bukan menyusahkan pelajar dengan teknik2 yang pelik.
Sentiasa berfikir untuk mengubah pelajar supaya cemerlang dunia dan akhirat.
Bersabar,berdoa,berazam dan bertawakkal pada Allah supaya dapat mengajar dengan baik.
Meletakkan sasaran dan visi kepada pelajar untuk berjaya.
Jangan rugikan masa hafal pelajar,paling lama pun pelajar hafiz dalam tempoh 3 tahun sahaja.
Target dan beri semangat supaya pelajar sentiasa mengulang.
Tak salah pelajar membuat khidmat untuk guru tetapi janganlah guru jadikan pelajar seperti khadim.

(9)

>>PERKARA YANG MESTI DIJAUHI GURU <<

Lemah semangat dalam mengajar.


Tidak pedulikan pelajar jika mereka rasa malas atau lemah semangat.
Tidak mendengar luahan murid.
Tidak fokus masa depan pelajar akan datang.
Tidak memberi motivasi dan ransangan supaya pelajar terus maju.
Bermain h.p atau perkara2 lain yang melalaikan.
Bersembang dengan guru lain semasa dalam kelas.
Tidak pantau pelajar dalam kelas.
Tidak menegur cara pemakaian pelajar.
Tidak suruh pelajar solat berjemaah.
Tidak pantau pelajar semasa makan dan kurang mendidik cara makan.
Bergurau dengan pelajar tanpa batasan.
Contact dengan orang luar semasa dalam kelas.
Berpuasa sunat sehingga mengantuk dan malas dalam kelas.
Pilih kasih dalam menegur.

( 10 )

>>PERKARA YANG MENYEBABKAN KURANG BERKAT DALAM MENGAJAR <<

Guru tak tepat masa,masuk lewat keluar awal.


Kurang fokus dan kurang ambil berat tentang prestasi pelajar.
Menganggap mengajar tahfiz ini sambilan sahaja dan tak ada komitmen.
Kurang rasa tanggung jawab masa mengajar.
Ambil kerja sambilan,luar dari bidang mengajar sehingga menjejasjkan tahfiz.
Pelajar tidak diberi nasihat.
Tidak berfikiran luar dan tidak memikirkan masa depan pelajar.
Tidak kreatif dan malas nak cuba ubah sikap pelajar.
Tidak menyuarakan pendapat untuk kemajuan pelajar dan banyak berharap pada ma’had.
Lepas tanggung jawab kepada pelajar.
Jasad di ma’had tapi hati terikat dengan benda luar yang tak berkaitan dengan mengajar.
Banyak kaitkan diri dengan kerja.
Berniaga sambilan kononnya.
Kurang bersedekah.
Tiada ikatan ukhwah dengan guru,mudir dan staf.

( 11 )

>> KEPENTINGAN MENJALINKAN UKHWAH DENGAN MUDIR,GURU <<

# Amat penting sekali untuk menjalinkan ukhwah diantara mudir,guru2,staf2,tukang masak dan
selainya,ini kerana kadadng2 berlaku salah faham yang kecil boleh menyebabkan perpecahan yang
dahsyat.

# Antara caranya ialah :

Memberi salam dan berjabat tangan paling kurang sekali sehari,ini kerana kadang2 apabila lama tak
jumpa akan menyebabkan syaitan menghasut dan menimbulkan rasa syak atau sangka buruk.
Mesyuarat paling kurang sekali seminggu.
Jika ada salah faham gunalah orang ketiga supaya selesaikan kemelut itu,apa yang berlaku kadang2
disebabkan mungkin salah faham.
Paling baik ialah berdepan sendiri dan selesai sendiri masalah faham.
Jangan sesekali apa jua masalah beku dalam hati kerana ia akan menjejaskan ukhwah.
Belanja sekadar mampu pada mudir,guru,staf.
Jangan bermasam muka sesama mudir,guru2 dan staf2.
Jangan menceritakan atau kongsikann keburukan mudir,guru dengan pelajar dalam kelas.
Jangan menceritakan masalah mahad pada pihak luar kerana mungkin orang awam merasakan pihak
kita berpecah.
Jika berbincang dengan orang luar tetapi ia seorang yang boleh dipercayai dan memahami tentang
mahad maka boleh tetapi mestilah membawa hasil yang elok untuk mahad.
Jangan buat grup diantara guru atau pelajar.
Sentiasalah suruh pelajar bersatu dengan mudir dan mendahulukan idea mudir.
Jika berbeza pendapat jangan sesekali buat kumpulan sendiri atau berpecah.
Jika ada nak tukar apa2 idea mudir pastikan info pada mudir dahulu sebelum melaksanakanya.
Bertindak secara berjemaah lebih elok dari bertindak berseorangan.

( 12 )

>> GURU UMPAMA <<

Seperti lebah :- Mencari bunga di merata tempat untuk menghasilkan madu,kemudian yang mendapat
faedahnya ialah manusia. Begitulah guru, mereka belajar jauh2 dan keluar negara untuk mencari ilmu
agama kemudian mengajar untuk ummah.
Seperti lilin :- Memberi cahaya pada manusia tetapi membakar dirinya sendiri. Begitulah guru
sanggup membakar semangat pada dirinya dan memberi motivasi kepada pelajar tanpa kira letih dan
masa, sanggup korbankan masa, duit, sakit, tenaga, masalah pelajar dan banyak lagi.
Seperti ejen insuran :- Mencari ahli untuk mendapat komisen dari setiap ahli yang dia dapat masukkan
dalam insuran, seorang ejen insuran tidak akan berputus asa supaya ramai yang masuk insuranya
apabila ia kempen, tidak kira tempat dimana sekali pun ia akan bagitahu, dalam fikiran mereka
seorang masuk pun tak apa. Begitulah guru mengajar dan berdakwah seramai mungkin kerana setiap
orang yang buat baik dengan apa yang diajar maka Allah akan beri pahala pada guru itu sehingga
kiamat, selagi orang masih amal apa yang diajar maka pahalanya takkan putus.
Seperti jurulatih :- Jurulatih tidak akan duduk diam dan berpuas hati dengan latihan yang diberi, ia
akan menegur, marah, komplain, memberi peringatan. Begitulah guru ia akan pastikan pelajar faham
dan beramal dengan apa yang diajarnya, ia akan merotan, marah, nasihat kepada pelajar bukan kerana
benci tetapi untuk pelajar dapat berjaya dunia akhirat.
Seperti komando :- Ia akan sentiasa berjaga jaga supaya tidak diserang dari pihak lawan, ia akan
mengatur strategik setiap masa. Begitulah guru ia akan sentiasa memikirkan supaya pelajarnya dapat
melawan dan mengatasi syaitan yang cuba menghasut pelajar tidak belajar, ia akan memberi tekanan
kepada pelajar kerana hasutan syaitan kepada yang belajar Al-Quran dan belajar agama amatlah kuat.
Seperti mak ayah :- Mak ayah selalu memikirkan yang terbaik untuk anak2 mereka dari segi pakaian,
pelajaran, kawan2nya. Begitulah guru dengan pelajar sebab itulahh degelar pelajar sebagai Anak
murid kerana pelajar ibarat seperti anaknya sendiri, seorang guru sangat sayang pada anak muridnya
dan kenyataan ini hanya guru sahaja yang mengetahui.

( 13 )

>> SIFAT2 YANG HARUS ADA PADA PENDIDIK <<

Seronok dan bangga dengan tugas mendidik.


Jujur.
Bertanggung jawab.
Tidak berkira.
Ikhlas dalam tugasan.
Sentiasa berbincang.
Sentiasa mencari pengalaman baru.
Tak mudah putus asa.
Menghormati orang yang lebih pandai.
Tunjuk ajar pada murid.
Tidak bangga diri.
Tidak bercakap dalam bidang yang dia tak tahu atau ia tiada pengalaman.
Taat dan setia dengan tugas yang diberikan.
Menerima teguran dengan seikhlas hati.
Tidak berbalah dalam perkara fur’uk.
Menyatukan dan bukan memecah belahkan ma’had.
Jangan berlagak alim.
Menyebarkan ilmu dengan luas.
Dikenali orang ramai dan mesra.

( 14 )

>> SIFAT YANG TAK PATUT ADA PADA PENDIDIK <<

Sikap sombong dan takbur.


Sentiasa menyalahkan orang lain.
Berlagak alim dan tunjuk pandai.
Memburukkan orang lain sehingga orang alim.
Membangkitkan isu2 yang tak berkaitan.
Bergaduh dalam perkara yang tak sama dengan pendapatnya.
Tidak mengikut arahan dari pihak atasan.
Membuat perkara yang mengikut fahamanya sendiri tanpa berbincang.
Mengkritik, membangkang, membuat kecoh.
Tidak menepati masa.
Tidak bertanggung jawab dan tak jujur.
Membuang masa yang berkualiti.
Mempertikaikan pendapat orang lain.
Mengada adakan pendapat tapi tak pernah nak buat.
Menjadikan pelajar jadi mangsa masalah peribadinya.

( 15 )

>> CIRI2 GURU SUCCESS <<

Sentiasa solat berjemaah.


Mempunyai misi dan visi yang jelas.
Selalu menepati masa masuk dan keluar kelas,bukan masuk lewat dan keluar awal.
Sentiasa mendoakan untuk kejayaan pelajar.
Tidak berputus asa atau lemah semangat jika pelajar itu lembap.
Selalu fikir untuk naikkan prestasi pelajar dan tidak berpuas dengan prestasi sama.
Tak berasa bangga dengan kejayaan.
Tidak tertekan dengan kritikan dan ujian.
Sentiasa memberi nasihat dan kata2 semangat kepada pelajar tidak ikut masa.
Bersemangat tinggi dan bercita cita besar untuk melahirkan Huffaz.
Memberi semangat pada guru2 lain.
Tidak menjadikan isu gaji adalah masalah utama.
Mencatat setiap perkembangan pelajar dan mengetahui prestasinya.
Penampilan yang menarik semangat mengajar.
Dia akan buat dulu perkara tersebut sebelum menyuruh pelajar.
Memberi inspirasi pada pelajar dan guru2 lain.

( 16 )

>> MASALAH : GURU v/s MUDIR <<


Guru tak berbincang dengan mudir.
Mudah terasa hati apabila ditegur mudir.
Meluahkan masalah mudir kepada pelajar.
Mengumpat mudir dengan guru2 di belakanng.
Mengharap mudir memahami situasinya.
Tidak memberitahu atau tidak meminta izin dari mudir tentang cuti.
Membuat tindakan sendiri tanpa tanya atau bincang dengan mudir.
Berpura pura di depan mudir.
Memburukkan mudir kepada masyarakat.
Memandang negatif pada mudir.
Tak suka mendengar arahan mudir.
Membuat perkara berkaitan sekolah tanpa pengetahuan mudir.
Membuat grup dan kumpulan dalam kalangan guru.
Meminta permintaan yang tak penting.
Merendahkan dan tidak memberi fokus pada mudir ketika mudir berucap dengan pelajar.

( 17 )

>> MASALAH : GURU v/s PELAJAR <<

Guru tidak memberi peluang kepada pelajar.


Kurang motivasi dan nasihat kepada pelajar.
Kurang memberi kata2 semangat dan dorongan.
Membiarkan pelajar membawa cara sendiri.
Tidak memberi tunjuk ajar.
Tidak memuji apabila pelajar buat elok.
Kurang doa supaya Allah beri hidayah.
Kurang menggosok kepala pelajar dan kadang2 tak nak salam dengan pelajar.
Mengaggap pelajar sebagai satu beban dan bukan anugerah dari Allah.
Bermasam muka dan tidak mesra dengan pelajar.
Tidak menegur pelajar yang bukan dalam kelasnya,dan membiarkan kesalahan pelajar.
Mudah putus asa apabila pelajar itu malas atau lembap dalam pelajaran.
Tidak mengkaji masalah pelajar.
Tak nak ambil tahu hal ehwal keluarga pelajar.
Tak nak bina masa depan pelajar.
Tak melawat pelajar sakit yang ada dalam bilik.

( 18 )

>> NASIHAT YANG PERLU GURU BERIKAN PADA PELAJAR SETIAP MASA <<

Hafal Quran kerana Allah,bukan kerana kebendaan.


Fokus untuk jadi Hafiz 30 juz.
Bercita cita untuk baca Quran seumur hidup.
Bila hafiz nanti tak semestinya jadi ustaz,nak kerja lain tak salah.
Bila jadi Hafiz boleh jadi kaya raya asalkan patuh syariah.
Masa depan sangat cerah.
Orang Hafiz tak perlu risau pasal nak cari makan kerana Allah sangat sayang pada orang Hafiz.
Seorang artis sangat gembira apabila seorang menyanyikan lagunya,maka tidak kah Allah sayang
pada hambanya yang hafal kalamnya ( Al-Quran ).
Bercita cita untuk membina ma’had sendiri suatu hari nanti dengan menggunakan wang sendiri.
Mengajak ummah supaya baca Quran.
Menjadi orang kaya dan bantu ma’had2.
Otak manusia tidak akan membesar seperti otot2 badan,untuk kuatkan otak maka ia perlu pada hafal
banyak benda,makin kuat hafal makin cergas otak.
Nak kuatkan sabaq dan sabqi mestilah lancar manzil2 yang lepas.
Belajar dari kesilapan dan baikinya.
Cintakan Al-Quran dengan sepenuh jiwa.
Cara hafal sabaq,mengulang sabqi, baca dan ulang manzil.
Tegur kesalahan di masa dia buat salah dan jangan ditangguh pada suatu hari.
Memory handphone makin banyak diisi progrem atau banyak download maka memory jadi slow atau
mungkin rosak, tetapi Masya Allah otak manusia makin kuat hafal ia jadi lebih mantap dan cerdik.
* Jangan libatkan pelajar dalam politik atau fahaman tertentu yang luaran fahaman mereka.

( 19 )

>> MASA YANG SESUAI UNTUK BAGI MOTIVASI PELAJAR <<

* Motivasi pelajar tidak ada masa tertentu atau terhad,kerana ia ibarat berdakwah jadi tak semestinya
nak tunggu masa.
Motivasi ialah seperti nasihat.
Ia elok dilakukan setiap hari mengikut masa yang guru rasa sesuai.
Adalah penting kerana ia akan memberi satu semangat dan kesedaran pada pelajar.
Selalunya pelajar atau guru akan rasa lemah semangat untuk belajar atau mengajar,apabila guru
memberi motivasi maka ia ibarat seperti memberi semangat pada dirinya sendiri.
* Bagi saya masa yang sesuai ialah :
– Setengah jam sebelum habis kelas pagi.

– Setengah jam sebelum habis kelas petang.

– Selepas solat isyak atau setengah jam sebelum tidur.

Tak salah ulang perkara sama tetapi bergilir gilir dengan guru yang lain supaya pelajar dapat rasa
bahawa pihak guru bersatu dan mempunyai matlamat sama.

( 20 )

>> ADAB MENGAJAR <<

Mengajar bukan untuk tunjuk alim.


Mengajar mengikut kefahaman pendengar.
‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬

‫خاطب الناس على حسب عقولهم‬.

Sabda Rasulullah s.a.w :

” Bercakaplah dengan manusia mengikut tahap kefahaman mereka ”

Tak salah menerima duit tapi biarlah berpatutan.


Mendidik diri sendiri dahulu sebelum mengajar.
Jangan pandai mengajar tapi sendiri tak amal.
‫قال يزيد بن حبيب‬

‫من فتنة العالم أن يكون الكالم أحب اليه من االستماع‬


Berkata Yazid bin Habib :

” Diantara fitnah ( masalah ) orang berilmu adalah lebih suka bercakap daripada mendengar “.

Jangan perbodohkan orang jahil.


Jangan nak berdebat dan tunjuk hebat.
Bersabar dalam mengajar.
Menjaga setiap perkataan yang nak dikatakan.
Menyatakan kata2 yang ia dengari.
Tidak merahsiakan orang yang ia pelajari.
‫قال االمام أحمد بن حنبل‬

‫ العالم تقية والجاهل يتجهل فمتى يتبين الحق‬0‫اذا سكت‬

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal :

” Apabila orang alim senyap ( untuk melepaskan siri ) dan orang jahil terus dengan kejahilanya
bilakah kebenaran akan tertegak “.

Jangan melarang manusia untuk bertanya.


Jangan mengutuk orang lain yang tak sependapat denganya.
Jangan menyalahkan mana2 ulama yang buat salah kerana ulama adalah mujtahid.
Jangan buat manusia berbalah dalam apa jua pendapat hingga berpecah.
Jangan mengajar untuk publisiti.

( 21 )

>> KESAN NEGATIF APABILA GURU TINGGALKAN MA’HAD <<

Ma’had susah nak cari guru ganti.


Pelajar lemah semangat untuk belajar.
Menjejaskan jadual dan perancangan ma’had.
Pelajar jadi susah untuk serasi dengan guru yang baru, kerana guru baru cara pun baru.
Ada sesetengah guru baru yang menyuruh pelajarnya ulang balik hafalan mereka sebelum ni dengan
guru yang pertama, bila pelajar dah ulang separuh jalan guru yang kedua ni keluar, ganti pulak dengan
guru yang ke tiga dan macam2 lah jadinya, yang jadi mangsa ialah pelajar.
Nak satukan pendapat sangat susah.
Menjejaskan keserasian diantara mudir dan pelajar.
Banyak progrem tergendala.
Kadang2 nak dapatkan guru baru memakan masa sampai berbulan atau mungkin sampai setahun,
yang lebih teruk ada sampai ma’had terpaksa ditutup.
Kadang2 melibatkan perbalahan diantara mudir atau pihak ma’had.
Mak ayah kecewa kerana kadang2 anak2 mereka sayang pada guru itu.
Ma’had jadi terumbang ambing.
Prestasi pelajar mungkin menurun.
Jadual tergendala dan susah nak agihkan pelajar.
Ada juga pelajar yang taksub dengan guru mereka sehingga sanggup ikut guru tu ke ma’had baru,
apabila pelajar tu mula belajar memang seronok dengan gurunya tapi masalah pelajar2 pulak.

( 22 )

>> KESAN NEGATIF PADA GURU SENDIRI APABILA TINGGALKAN MA’HAD <<
# Kadang2 guru meninggalkan ma’had dan merasakan bahawa tempat lain tak ada masalah,tanpa
memikirkan risiko sama yang bakal dihadapinya di ma’had baru.
# Kadang2 guru tinggalkan ma’had dengan tanpa alasan yang munasabah, seperti tidak sependapat
dengan mudir atau terasa hati dengan orang2 tertentu.
# Kadang2 guru merasakan apabila ia keluar ma’had itu adalah cara terbaik,sedangkan masalah yang
bakal ditimpa belum diketahui.
# Mungkin ia tertarik dengan bayaran lebih yang diberi oleh ma’had lain rupa2nya tugas pun berat.
# Risiko yang bakal dihadapi :
Menyesal kerana tak fikir panjang.
Malu untuk melawat ma’had itu balik.
Susah nak dapat ma’had baru.
Berdepan masalah yang sama atau mungkin masalah lebih dahsyat.
Susah nak sesuaikan diri.
Mungkin terpaksa balik semula ke ma’had sama kerana tiada tempat lain.
Ada juga yang sampai tahap merayu dengan ma’had lama supaya terimanya balik dan meminta maaf
bersungguh2 kerana kesilapanya keluar sebelum ini.
# Jika guru itu nak berpindah ke sekolah yang di bawah kerajaan atau yang gajinya lebih lumayan tak
salah kerana itu pendapat masing2, tetapi apa yang salahnya apabila guru itu berpindah ke ma’had
swasta yang sama gajinya sebelum ini dengan harapan dapat menyesuaikan diri di tempat baru.
# Sesungguhnya ma’had swasta dimana mana pun sama sahaja masalahnya jad tak haruslah gur itu
berpindah ke swasta lain demi tawaran yang lebih sikit di ma’had swasta yang baru itu.
# Mungkin pada awalnya guru itu tertarik dengan tawaran ma’had baru tanpa selidik masalah yang
dihadapinya, jadi apa yang akan berlaku di sana?? sendiri mau ingat..

( 23 )

>> PATUTKAH PELAJAR DIROTAN? <<

Ramai orang mengatakan pelajar Tahfiz ni mesti dirotan kerana jika tidak dirotan maka mereka jadi
malas belajar dan malas menghafal.

Pandangan ini agak betul jika dipandang dari satu sudut, tetapi sampai bilakah adat merotan pelajar ni
akan berhenti ? jawapanya mudah : selagi pelajar malas.

Bagi pendapat saya sendiri lebih baik kita menukar adat ini dengan kita memberi nasihat dan motivasi
tentang kelebihan menghafal Quran dari merotan setiap hari, kerana apabila pelajar dirotan maka ia
cuma takut pada ketika belajar dengan guru dan apabila ia sudah Hafiz kemudian keluar dari ma’had
ia tak akan mengulang lagi Al-Quran disebabkann trauma ketika masa menghafal dulu.

Kadang2 pelajar dan orang awam takut nak masukan anak mereka dalam bidang Tahfiz hanya
disebabkan takut dirotan, ini hanya disebabkan salah faham.

Pelajar tahfiz melayu atau di malaysia rasanya tak perlu dirotan seperti mana pelajar2 Tahfiz di
pakistan yang perlu dipaksa untuk menghafal, kerana adat di malaysia tak sama macam di pakistan
yang menggunakan kekerasan, sebenarnya orang melayu lebih cerdik dan pintar dari hafiz pakistan
kerana orang melayu kita dapat menggabungkan tahfiz+akademik dalam satu masa, yang
menampakkan kepintaran pelajar pakistan kerana mereka hanya ambil satu bidang dalam satu masa
iaitu Tahfiz sahaja.

( 24 )

>> TANGGAPAN SALAH GURU KEPADA MURID <<


Merotan pelajar boleh mengubahkan pelajar.
Menghafal tak perlu teknik.
Pelajar boleh hafal sendiri tanpa pemantauan.
Tak perlu bagi semangat dan motivasi.
Tak perlu ambil tahu masalah dalaman pelajar.
Hanya mahu pelajar yang berkualiti sahaja dan merasakan pelajar yang lemah tak boleh diubah.
Pandang pelajar dari sudut negatif dan tak berusaha untuk menjadikanya positif.
Mudah putus asa.
Sentiasa mencari kesalahan pelajar tanpa selidik.
Sentiasa menjadikan pelajar mangsa keaadaan.
Sentiasa mengutuk tanpa memberi semangat.
Mengaku dirinya hebat tetapi tak nak ajar pelajar jadi hebat jugak.
Meletakkan target terlalu tinggi tanpa memikirkan tahap kekuatan pelajar itu.
Pelajar mesti hormat guru dulu sedangkan guru tidak menunjukkan kasih sayang.
* Perkara yang saya katakan diatas kebanyakkan yang berlaku pada guru yang tak hafiz 30 juz,
mungkin dia pernah belajar tahfiz sementara atau sampai hafiz 30 juz tapi ia tak belajar cara untuk
mengajar tahfiz.

( 25 )

>> ANA ADA KELEBIHAN <<

Ini adalah ungkapan yang selalu guru cakap kepada murid2 mereka untuk menunjukkan kehebatan
yang ada dalam diri nya, mungkin guru berniat baik dengan perbuatanya cuma dia tersalah cara dalam
ucapan dan percakapanya hingga menyebabkan pelajar salah faham dan terasa hati dengan guru itu.

Jika guru itu benar2 memiliki kelebihan maka haruslah ia menonjolkan kelebihan itu dan jangan pula
rasa salah sangka bahawa ia termasuk dalam bab riya’, mungkin dengan dia menunjukkan
kehebatanya itu boleh memberikan inspirasi pada pelajarnya juga.

Ada juga guru yang selalu menceritakan kehebatan yang ada dalam dirinya dan kehebatanya semasa
belajar dulu, kadang2 ada juga yang mereka reka yang konon bakatnya telah diasah sejak kecil
padahal dia dulunya mungkin seorang pemalas dan pelajar yang selalu buat masalah, maka sifat ini
tidak jujur walaupun guru itu berniat baik untuk menaikan semangat pelajarnya.

Tak salah untuk mengatakan perkataan atau menunjukkan kehebatan yang ada dalam dirinya dengan
rendah diri dan mengatakan kata2 pujian bahawa semua ini adalah milik Allah, kerana ia adalah
anugerah dan pinjaman dari Allah untuknya tetapi mesti lah dengan tujuan yang betul ialah :

Untuk memberi semangat pada pelajar.


Memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar supaya meningkatkan keupayaan mereka dalam
pelajaran.
Bertujuan untuk pelajar menonjolkan bakat mereka, kerana ramai pelajar merasakan mereka tak
bertuah seperti guru mereka.
Supaya pelajar berusaha kearah yang lebih cemerlang.
Memberi tunjuk ajar yang betul.
Supaya pelajar menjadi lebih hebat dari dirinya.
Mengangkat moral dalam diri pelajar.
Supaya pelajar terus maju dalam pelajaran dan jangan terasa hina dengan kehidupan silam mereka
yang tak elok.
Memberi semangat pada pelajar bahawa semua orang boleh jadi hebat jika berusaha dengan cara yang
betul.
Jangan pula menceritakan ke’aiban yang ada dalam dirinya kecuali untuk memberi pelajar semangat
bahawa apa sahaja yang diusahakan boleh berhasil walaupun latar belakang yang tak elok.
Yang salah dalam menunjukkan kehebatan dirinya ialah :

Bertujuan mengangkat dirinya sendiri sehingga ke tahap yang pelajar tak mampu nak sampai ke situ.
Merasa riya’ dan takbur.
Memperlekeh dan memperbodohkan pelajar.
Melemahkan semangat yang ada dalam diri pelajar.
Nak menunjukkan bahawa Allah sayang pada nya.
Menunjukkan dirinya seakan seorang maksum.
Menunjukkan macam dia sahaja orang yang hebat dan rajin dalam dunia ni.
Menyebabkan pelajar merasakan seakan mereka ni tak berfaedah (useless).
Hanya tunjuk dirinya hebat dan sebagainya tapi pelajar tak boleh nak buat pun.
Menyebabkan pelajar rasa terasing dalam bidang agama.
Antara kata2 yang tak patut dikeluarkan dari mulut guru seperti :

Kamu semua ni memang tak guna lah !!.


Kamu semua bukan tahap aku !!.
Aku ada kelebihan cuma malas nak tunjuk je !!.
Setakat korang buat hebat ni aku buat sambil mengantuk jer !!.
Korang buat lah apa sekali pun tak kan sampai tahap kelebihan saya ni.
Aku dapat anugerah dari Allah,, bukan macam korang ni.!!
Korang datang ma’had ni sebab memang korang tak berguna kat rumah pun!!.
Ma’had ni kesian kat mak ayah korang je sebab tu kami terima kamu.
# Orang2 tua kata ” marah tandanya sayang ” Nak marah atau nak mengutuk pelajar tak salah jika
caranya betul untuk memberi kesedaran atau menegur kesilapan mereka kerana guru adalah seperti
jurulatih bola sepak yang marah pada pemainya untuk memberi semangat supaya mereka tak lalai,
bila selesai permainan mereka ok dan tak kecil hati pun.

Anda mungkin juga menyukai