Anda di halaman 1dari 14

HIJRAH DETIK

BERSEJARAH
KONSEP HIJRAH
• BAHASA: BERPINDAH DARI SATU TEMPAT KE TEMPAT LAIN
• ISTILAH SYARAK: PERPINDAHAN RASULULLAH DAN UMAT ISLAM DARI MEKAH KE
MADINAH (YATHRIB)
• BERLAKU PADA TAHUN 13 KERASULAN BAGINDA
• UMAT ISLAM BERHIJRAH SECARA BERANSUR-ANSUR DAN SECARA RAHSIA AGAR TIDAK
DIKETAHUI OLEH ORANG KAFIR QURAISY
• TIADA YANG BERANI MENGISYTIHARKAN DIRI UNTUK BERHIJRAH, KECUALI SAIDINA
UMAR AL-KHATTAB
• SETELAH HAMPIR 2 TAHUN PENGHIJRAHAN PARA SAHABAT, BARULAH RASULULLAH
BERHIJRAH BERSAMA SAIDINA ABU BAKAR.
• PENGHIJRAHAN RASULULLAH DAN UMAT ISLAM DISEBABKAN PENENTANGAN KAFIR
QURAISY DAN ANCAMAN YANG BERTERUSAN TERHADAP UMAT ISLAM DAN RASULULLAH
SENDIRI
FAKTOR PENGHIJRAHAN RASULULLAH

1. ISYARAT / ARAHAN DARIPADA ALLAH:


MAFHUM AYAT 30 SURAH AL-ANFAL – dan ingatlah, ketika orang
kafir Quraisy Mekah menjalankan tipu daya terhadapmu untuk
menahanmu atau membunuhmu atau mengisirmu. Mereka menjalankan
tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka kerana Allah sebaik-
baik yang menggagalkan tipu daya.
2. MEMELIHARA AKIDAH
Ancaman terhadap umat Islam terlalu berat – penyiksaan, pemulauan, pembunuhan atau kembali
murtad. Oleh itu, demi akidah yang benar umat Islam sanggup meninggalkan tanah air dengan
berhijrah ke Madinah

3. PELAWAAN PENDUDUK MADINAH (YATHRIB)


- Suasana politik di Madinah yang goyah dan penguasaan kaum Yahudi, menyebabkan umat
Islam di Madinah (puak Aus dan Khajraj) mengajak Rasulullah ke Madinah dan menjadi
pemimpin mereka.
- Rasulullah dan penduduk Madinah mengadakan 2 kali perjanjian sebelum peristiwa hijrah
terlaksana – Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2
- Rasulullah telah menghantar Mus’ab bin Umair untuk mengajar al-Quran dan berdakwah di
Madinah
ISI PERJANJIAN AQABAH 1 DAN 2

• AQABAH 1: • AQABAH 2:
1. Tidak syirik kepada Allah 1. Melindungi dan
2. Tidak mencuri mempertahankan Rasulullah
3. Tidak berzina seperti melindungi keluarga
4. Tidak membunuh anak sendiri
5. Tidak berdusta
6. Tidak menderhakai perkara baik
PERISTIWA PENTING SEMASA
PENGHIJRAHAN RASULULLAH
1. 12 Safar (Mekah):
- Pemuda Quraisy dari pelbagai puak mengepung rumah Rasulullah
- Saidina Ali tidur di atas katil rumah Rasulullah
- Rasulullah dan Saidina Abu Bakar keluar dari rumah Baginda
- Rasulullah dan sahabatnya melalui jalan yang tidak biasa dilalui menuju ke gua Thur. Nabi berada
di situ selama 3 hari
- Abdullah putera Saidina Abu Bakar ditugaskan sebagai peninjau dan melaporkan kepada
Rasulullah apa yang berlaku di Mekah
- Asma’ puteri Rasulullah menghantar makanan kepada Rasulullah di gua Thur
- Pembesar Quraisy menawarkan hadiah 100 ekor unta kepada yang berjaya menangkap Rasulullah
• Kumpulan yang
mengejar Rasulullah
berjaya mengesan
Nabi di gua Thur.
Tetapi dengan kuasa
Allah, mereka tidak
berjaya mengesan
keberadaan Rasulullah
dan sahabatnya di
dalam gua Thur.
Rasulullah
mententeramkan
saidina Abu Bakar
yang ketakutan.
2. Rabiul awal
(Quba’)
- Quba’ ialah bandar
yang berhampiran
Madinah. Rasulullah
berada di sana
beberapa hari dan
telah membina masjid
yang dinamakan
Masjid Quba’
3. 12 Rabiul Awal (Madinah @ Yathrib)
- Ketibaan Rasulullah disambut gembira oleh penduduk
Yathrib. Mereka berebut-rebut memegang tali unta Nabi
dengan harapan Rasulullah bermalam di rumahnya. Akhirnya
Rasulullah membiarkan unta Nabi berjalan sendiri dan
memilih rumah yang akan disinggahinya. Akhirnya unta nabi
berhenti di rumah Abu Ayub Al-Ansori
KESAN PERISTIWA HIJRAH

Aspek Kesan

Ajaran Islam tersebar luas kerana dapat dilakukan dengan lebih luas
Agama
dan tiada halangan seperti yang berlaku di Mekah

Kehidupan masyarakat Madinah bertambah baik dari segi akidah,


Sosial
syariat dan akhlak

Politik Tertegaknya negara Islam pertama di bawah pimpinan Rasulullah

Kedudukan ekonomi umat Islam bertambah kukuh melalui sistem


Ekonomi
ekonomi Islam. Penguasaan kaum yahudi telah tamat.
IKTIBAR DARI PERISTIWA HIJRAH
1. Kita perlu bijak menyusun perancangan dan strategi sebelum membuat sesuatu tindakan. Apakah
perancangan yang dilakukan oleh Rasulullah?
2. Kita perlu bersikap optimis – yakin bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.
Apakah bukti Rasulullah bersikap optimis?
3. Kita perlu mencari rakan yang baik, setia dan boleh membantu kita Ketika di dalam kesusahan.
Siapakah mereka di sebalik peristiwa hijrah? Apakah peranan mereka?
4. Kita perlu sabra dan tabah menghadapi sebarang halangan dan cabaran. Apakah cabaran yang
dilalui oleh Rasulullah dan umat Islam?
5. Kita hendaklah sentiasa bertawakal dan memohon pertolongan hanya kepada Allah. Apakah
maksud tawakkal? Apakah buktinya Rasulullah bertawakkal kepada Allah?
6. Kita hendaklah mengutamakan dan memelihara kesucian akidah dan keselamatan nyawa.
Apakah bukti Rasulullah bertindak sedemikian?
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai