Anda di halaman 1dari 9

Tafsir al-Isyari atau al-Sufi Pendahuluan Perkataan tasawwuf bermaksud menyerah diri kepada Allah selaras dengan apayang

dikehendaki oleh Allah. Tafsir Sufi atau Isyari pula bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dengan tidak berpandukan kepada kenyataankenyataan zahir ayat disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasawwuf dan pentakwilan ini mempunyai titik pertemuan dengan maksud zahir ayat. Sebenarnya pentafsiran ini terbina di atas usaha-usaha yang ada dalam minda seseorang ahli sufi, kemudian diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil al-Quran. Pentafsiran merupakan aktiviti spiritual untuk sampai kepada tahap pemurnian, di mana membuat pentakwilan terhadap sesuatu ayat secara batin yang mendahului makna sebenar sesuatu ayat. Kedudukan Tafsir al-Sufi atau al-Isyari Para ulama berselisih pendapat berhubung dengan tafsir al-sufi ini. Ada di kalangan mereka mengharuskan tafsir al-sufi dan ada pula yang menegahnya. Imam al-Nasafi dengan tegas menolak tafsir al-sufi. Beliau menegaskan: sesuatu dalil itu perlu berdasarkan kepada kenyataan zahirnya dan mentakwilkannya kapada makna lain sebaimana yang dilakukan oleh ahli batin merupakan suatu tegahan (ilhad). Al-Taftazani bersikap lebih sederhana dengan menegaskan: dinamakan orang-orang mulhid (aetis) sebagai Batiniyyah disebabkan mereka mendakwa sesuatu dalil tidak boleh diambil kira berdasarkan kepada dalil yang zahir sahaja, bahkan ia mempunyai beberapa makna yang tidak boleh diketahui melainkan orangorang yang arif. Pendapat tersebut sebenarnya bermaksud menafikan syariat Allah. Seterusnya beliau menegaskan: sedangkan ada sebahagian pengkaji berpendapat maksud sesuatu dalil berdasarkan kepada kenyataan zahir dalil tersebut. Namun begitu, terdapat tanda-tanda tersembunyi yang menunjukan tentang perincian yang mampu ditanggapi oleh ahli suluk dan ianya boleh diselaraskan dengan kenyataan sesuatu ayat. Pentafsiran seumpama ini melambangkan kesempurnaan imam dan kematangan ilmu pengetahuan. Sementara Ibn Ata Allah al-Sakandari dalam Lataif al-Minan menegaskan: ketahuilah pentafsiran golongan ini terhadap kalam Allah dan rasulNya dengan makna-makna dalam bahasa Arab sebenarnya memalingkan makna zahir, tetapi zahir ayat itu dapat difahami berdasarkan ayat-ayat lain yang menjelaskannya dan diperkuatkan dengan penggunaan yang biasa digunakan oleh masyarakat.

Syarat Penerimaan Tafsir al-Sufi Para ulama telah meletakkan beberapa syarat yang perlu diberi perhatian untuk membolehkan tafsir ini diterima. Syarat-syaratnya ialah: y y y y y Pentafsiran sufi ini tidak bertentangan dengan kenyataan nuzum al-Quran atau makna-makna yang zahir. Tidak bertentangan dengan syariat atau akal Pentafsiran tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti syara yang benar Pentakwilan ayat dibuat tidak terlalu asing, misalnya dalam mentafsir ayat alQuran: Seseorang mufassir tidak boleh mendakwa bahawa tafsir al-Sufi atau al-Isyari sahaja yang tepat. Namun perlu baginya mengetahui makna secara zahir terlebih dahulu dan tidak wajar sama sekali terburu-buru mentafsir ayat alQuran secara batin sebelum mentafsir secara zahir.

Syarat-syarat yang dikemukakan di atas merupakan syarat penting yang perludiikuti oleh seseorang mufassir untuk memastikan tafsir al-Sufi diterima. Walaubagaimanapun ianya bukan merupakan syarat yang menyebabkan seseornag itu wajib mengambil atau menerima tafsir al-Sufi, namun ia hanyalah sebagai syarat untuk mengharuskan seseorang menerima dan mengikuti tafsir al-Sufi. Karya-karya Tafsir al-Sufi Antara karya tafsir al-sufi yang penting ialah tafsir Ibn al-Arabi, Tafsir alQuran al-Azim oleh al-Tustari dan Arais al-Bayan fi Haqaiq al-Quran oleh Abi Muhammad al-Syirazi. 1. Al-Futuhat al-Makiyyah: Ibn Arabi Biodata Nama beliau ialah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah al-Khatimi al-TaI al-Andalusi. Beliau dilahirkan di Mursiyah bahagian tenggara Andalusia pada 17 Ramadan tahun 506H/ 1165M dari satu keluarga yang berdarah Arab tulen yang tergolong dalam kabilah Tai. di sebelah timur beliau dikenali dengan panggilan al-Hatimi dan Ibn Arabi. Manakala di barat pula beliau dikenali dengan panggilan Ibn Arabi, sementara di Andalusia beliau dikenali sebagai Ibn Suraqah. Beliau mengambil mazhab al-Zahiri dalam ibadat manakala dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, beliau pengamal tasawwuf yang mendapat cahaya kebatinan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya.

Pendidikan Ibn Arabi dilahirkan dalam lingkungan keluarga yang mempunyai status dalam masyarakat. Ayahnya Ali bin Muhammad pernah memegang jawatan wazir dan juga seorang yang arif dalam bidang fekah, hadis, seorang yang zuhud, taqwa dan mengamal tasawwuf. Ayahnya juga menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli falsafah yang terkenal di Andalus iaitu Abu al-Walid Ibn Rushd dan kerap mengunjungi ahli sufi yang mahsyur iaitu Muhyi al-Din Abd al-Qadir Jailani. Oleh yang demikian secara tidak langsung, Ibn Arabi telah mendapat pendidikan nonformal daripada ayahnya. Beliau mendapat pendidikan awal dengan mempelajari al-Quran dan ilmu qiraat daripada beberapaorang guru seperti Abu Bakr Muhammad bin Khalaf alLakhmi, Abu al-Hasan bin Muhammad al-Raini dan Abu Qasim Abd al-Rahman alQurtubi. Manakala ilmu hadis, fekah dan sastera beliau memepelajarinya daripada Abu Abdullah Muhammad bin Said (Ibn Zakqun), Abu Muhammad Abd al-Haq Asyibili, Abu Bakr Muhammad al-Jad dan Abu al-Qasim Jamal al-Din al-Harsatani. Bagi memantapkan ilmu pengetahuannya, beliau telah merantau ke segenap tempat, di mana pada peringkat awal beliau megembara ke seluruh pelusuk Andalusia setelah beliau memulakan hidup di alam sufi aitu antara tahun 580H hingga 590M. Pada tahun 590H hingga 597H beliau mengunjungi kota-kota di Afrika Utara seperti Tunis (590H),Tlemcen (590H), Fez (591Hdan 593H) dan Marrakesh (597H). selepas itu beliaukembali semula ke Seville di Andalusia. Ibn Arabi meneruskan pengembaraannya ke sebelah timur dengan meninggalkan Andalusia untuk selama-lamanya Antara tempat-tempat yang dilawati beliau ialah Mekah (598H-611H), Baghdad (601H-608H), Qahirah (603H) dan Anatolia (612H). beliau memilih Damsyik sebagai destinasi yang terakhir sehingga beliau meninggal dunia pada malam Jumaat 28 Rabiul Akhir 638H ketika berusia 78 tahun. Beliau disemadikan di dalam Masjid Imam al-Akhbar Muhyi al-Din bin Arabi di kaki bukit Qasiyun, Damsyik. Hasil-hasil Kerja Ibn Arabi tidak sahaja hebat dalam bidang tasawwuf malah beliau juga hebat dalam bidang yang lain seperti bidang hadis dan sasterawan. Menurut al-Syarani, skop penulisan yang dikemukakan oleh Ibn Arabi adalah merujuk kepada bidang tasawwuf yang merupakan paksi kepada seluruh hasil penulisannya. Oleh kerana itu, kita dapati beliau menulis berhubung dengan teori dan praktik tasawwuf, hadis, tafsir al-Quran, biografi para nabi, falsafah , kesusasteraan yang terangkum dalam syair-syair tasawwuf dan juga natural sains Hasil karya beliau ialah: al-Futuhat al-Makiyyah, Fusus al-Hikam, Mawaqi alNujum wa Matali Ahillat al-Asrar wa al-Ulum, Kitab Insya al-Dawair, Kitab Tarjuman al-Asywaq, Kitab Misykat al-Anwar,Kitab Hilyat al-Abdul dan lain-lain lagi.

Persoalan Wahdah al-Wujud Penelitian terhadap aliran tafsir Ibn Arabi tidak boleh dilihat berdasarkan kepada ijaz al-Bayan memandangkan karya ini masih dalam bentuk manuskrip dan sukar didapati. Oleh itu, penelitian adalah berdasarkan kepada kitab al-Futuhat alMakkiyyah dan al-Fusus al-Hikam. Beliau mempunyai daya keintelektualan yang tinggi. Walaubagaimanapun, sebahagian karya-karya yang dihasilkan oleh beliau didapati mengandungi perkataan-perkataan yang mengelirukan khususnya bagi golongan awam. Sesetengahnya mengatakan beliau terpengaruh dengan fahaman wahdatul wujud menyebabkan ada di kalangan ulama memandang negative terhadapnya, bahkan ada di kalangan mereka menganggap beliau sebagi zindiq. Antara tokoh yang menentang keras beliau ialah Radiyu al-Din al-Khayyat. Ibn Taimiyyah pernah menuduh Ibn Arabi dari kalangan ahli falsafah sufi yang mulhid Sementara itu ada di kalangan tokoh lain yang menentang Ibn Arabi melalui karya masing-masing, antaranya ialah: Abu Bakr Ibn Arabi al-Damsyiqi (al-Suyuf alMasyhurah fi Ibn Arabi wa Kalimatihi al-Mahzurah) al-Sakhawi (al-Qaul al-Munabbi fi Akhbar Ibn Arabi), Imad al-Din Ahmad al-Wasiti (Asyiat al-Nusus), Ibn Tulun (Tahdir al-Ibad min al-Hulul wa al-Ittihad). Namun sebahagian ulama yang lain menganggap beliau sebagai wali dan pemimpin orang-orang yang baik. Mereka adalah orang yang bertanggungjawab mempertahankan kedudukan Ibn Arabi daripada sebarang tuduhan melulu. Tokohtokoh tersebut ialah Majd al-Din al-Fairuzabadi, Solah al-Din al-Safdi, Qutb al-Din alHamawi, Siraj al-Din al-Makhzumi, Kamal al-Din al-Zamlakani, Qutb al-Din al-Syiraz, Fakhr al-Din al-Razi, Jalal al-Din al-Sayuti dan lain-lain lagi. Mereka mempertahankan kedudukan Ibn Arabi menerusi hasil karya, misalnya al-Sayutimenerusi Tanbih al-Ghabi fi Tabriah Ibn Arabi dan Siraj al-Din alMakhzumi menerusi kitabnya Kasyf al-Ghita an Asrar Kalam al-Syaikh Muhyi al-Din. Sementara ulama yang bersikap tawaqquf pula antaranya ialah Syaraf al-Din alManyawi. Abdul Halim Mahmud telah mengupas persoalan ini dengan membuat analisa mengatakan bahawa sebenarnya Ibn Arabi yang memperkatakan tentang wahdah ai-wujud telah mentafsirkan berdasarkan tafsiran al-wujud al-wahid iaitu merujuk kepada kewujudan Allah yang sedikit pun tidak memerlukan kepada bantuan makhluk serta dorongan nafsu yang amat memerlukan kepada pengawasan daripada Allah seperti yang tercatat dalam al-Quran dan bukannya wahdah almaujud iaitu melihat tuhan dan makhluk itu adalah sesuatu yang sama. Oleh itu, Muhammad Hamd Zaghlul menyarankan kepada umat islam yang tidak memahami terminologi dan selok-belok ilmu sufi supaya berhati-hati dalam membuat ulasan terhdap konsep wahdah al-wujud oleh Ibn Arabi.

Metod Tafsir Menurut kitab Futuhat al-Makkiyyah dan Fusus al-Hikam, Ibn Arabi cuba membawa kelainan dalam dunia tafsir khususnya apabila beliau menggunakan metod al-nazari al-falsafi dan juga sufi dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran. Keberangkalian pendekatan yang digunakan oleh beliau adalah kesan daripada pemikiran sufi yang dialaminya, sebagai contoh beliau mentafsirkan ayat:

Beliau mengatakan: Ketaatan kepada Rasul bererti ketaan kepada Allah kerana Rasul tidak bercakap kecuali Allah bahkan tidak bercakap kecuali dengan Allah bahkan tidak bercakap kecuali Allah darinya dan ia adalah gambaranNya. Pentafsiran seumpama ini jelas berbeza dengan pentafsir ulama tafsir yang tidak sealiran dengannya. Contohnya al-Tabari dalam mengupas persoalan ini mengatakan ketaatan kepada Rasul dalam melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya adalah suatu ketaan kepada Allah. Pendapat seumpama ini turut dikemukakan oleh al-Zamakhsyari, al-Razi dan lain-lain lagi. Ekoran daripada tafsirannya yang berorientasikan sufi, maka didapati perbahasan yang dikemukakan oleh Ibn Arabi kurang jelas dan sukar difahami khususnya bagi golongan awam. Realiti ini boleh dilihat menerusi pentafsirannya terhadap ayat:

Ibn Arabi mentafsirkan perkataan ( ) sebagai tanda-tanda yang boleh menyampaikan diri kepada Allah. Manakala perkataan ( ) pula ditafsirkan sebagai rumah iman iaitu hati orang-orang yang beriman. Ulama tafsir yang mentafsir alQuran secara zahir mengemukakan pandangan yang jauh berbeza, dimana mereka berpendapat perkataan syair Allah adalah syiar-syiar agama khususnya yang berkaitan dengan ibadat haji. Manakala Bayt al-Atiq pula ditafsirkan sebagai Kaabah yang terletak di Mekah sebagai tempat umat Islam melakukan tawaf dan ibadat lain. Selain itu, Ibn Arabi juga mengkiaskan perkara yang tersembunyi dengan sesuatu yang nyata dalam mengupas ayat-ayat al-quran, misalnya firman Allah:

Beliau mentafsirkan perkataan husband dengan neraca bagi perjalanan cakerawala. Perkataan al-sama ditafsirkan sebagai paksi timbangan manakala perkataan al-qist atau keadilan diumpamakan sebagai tegaknya kejadian manusia dan manusia dianggap sebagai penunjuk timbangan (lisan al-mizan). Ibn arabi mahu menunjukkan kaedah nahu untuk merealisasikan kefahaman sufinya dalam mentafsir ayat-ayat al-quran. Contohnya, beliau mentafsir ayat:

Beliau berpendapat amil (unsur) yang terdapat pada zarf ( ) ialah orangorang yang mengikut pendekatan sufi. Manakala perkataan ( ) bermaksud orangorang yang menghormati dan mematuhi larangan Allah, maka hendaklah meneliti perkara-perkara yang disukai dan direstui oleh Allah misalnya sembahyang. Orang yang mengejarkan sembahyang serta bermunajat kepada Allah maka dia berada di sisi tuhannya. Apabila seseorang itu mematuhi larangan Allah maka adalah terbaik baginya dan orang-orang mukmin apabila tidur dengan keadaan suci maka rohnya berada di sisi Allah lalu dia tidak melanggar perkara larangan Allah. Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa ibn arabi telah member sumbangan yang besar dalam bidang tafsir alquran, Cuma pendekatan isyari atau sufi yang digunakan oleh beliau menyebabkan sesetengah kenyataan atau tafsiran yang dibuat sukar untuk ditanggapi oleh orang biasa. Walaubagaimanapun, kesukaran tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh sesetengah ulama atau umat keseluruhannya untuk meminggirkan tafsiran beliau daripada arus semasa.kerana di dalamnya terdapat khazanah ilmu yang perlu ditimba dan dikaji untuk menjadikannya segar dan mampu memberikan sesuatu yang cukup berharga kepada umat sejagat.

2. Tafsir al-quranal-azim: al-tustari Biodata Nama sebenar beliau ialah abu Muhammad sahl bin Abdullah al-tustari. Beliau dilahirkan pada tahun 200h di sebuah perkampungan yang bernama tustar. Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, warak dan pernah bertemu dengan zu al-nun al-misri di mekah dan menetap di basrah. Al-tustari merupakan seorang ahli sufi dan juga ulama teologi yang hebat dalam bidang metematik dan akhlak. Beliau terkenal dengan kata-kata hikmah yang sering diulang iaitu: Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksiku. Contoh kitab tafsirnya ialah tafsir al-quran al-karim yang dicetak di mesir tahun 1326h/1908m. al-tustari meninggal dunia di basrah pada tahun 283h dan ada juga berpendapat beliau meninggal dunia pada tahun 273h. Metod tafsir Al-tustari tidak mentafsir semua ayat al-quran akantetapi beliau hanya mentafsir ayat-ayat tertentu dari setiap surah dan beliau tidak menyusunnya dalam semua kitab. Pentafsiran tersebut telah dikumpulkan oleh abu bakr Muhammad bin ahmad al-baladi dan disandarkan kitab tersebut kepada al-tustari. Pendahuluan kitab ini, al-tustari menjelaskan makna al-quran secara zahir dan batin. Beliau juga menjelaskan tentang al-had (takrif) dan juga matla. Katanya : setiap ayat-ayat al-quran mesti mempunyai empat makna yang utama iaitu zahir,

batin, had dan matla. Al-zahir bermakna al-tilawah (bacaan), al-batin bermakna kefahaman, al-had bermakna perkara halal dan haram dan al-matla bermakna pencerahan hati oleh Allah terhadap maksud sesuatu ayat. Kenyataan ini menggambarkan al-zahir menurut pandangan al-tustari ialah makna dari sudut bahasa semata-mata dan maksud batin pula ialah makna yang difahami daripada perkataan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Beliau juga telah membezakan kefahaman umat islam terhadap al-quran, di mana makna alquran yang zahir mampu difahami oleh mereka yang mengetahui bahasa arab, sementara makna yang batin hanya mampu diketahui oleh golongan tertentu setelah mendapat panduan dan petunjuk daripada Allah. Al-tustari mempunyai metod tersendiri dalam mentafsir ayat-ayat al-quran. Beliau tidak hanya mentafsirkan al-quran secara insyari sahaja namun kadangkala menjelaskan makna tersebut secara zahir dan kemudian diikuti dengan penjelasan secara batin. Walaubagaimanapun kadang-kadang beliau hanya menjelaskan makna al-quran secara insyari sahaja dan jarang sekali menjelaskan al-quran secara zahir sahaja tanpa merujuk kepada makna batin. Pentfsiran insyari oleh al-tustari kurang jelas, beliau mengemukakan pentafsiran dengan makna-makna yang asing, misalnya dalam mentakwilkan perkataan ( ) dengan mengatakan: i. ii. iii. iv. Huruf al-ba bermakna bahau Allah (kehebatan Allah) Huruf sin bermakna sana Allah (kemuliaan Allah) Huruf mim bermakna majd Allah (kemuliaan Allah) Perkataan Allah bermaksud nama yang maha suci yang merangkumi semua nama-nama Allah dan di antara huruf alif dan lam terdapat perkataan yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh orang-orang yang suci dari sebarang dosa. Perkataan al-rahman bermakna nama khusus yang lahir daripada perkataanyang tersembunyi di antara alif dan lam Perkataan al-rahim bermakna sifat pemurah Allah keatas hambanya dengan member rezeki kepada mereka

v. vi.

Walaupun tafsir al-tustari agak kecil dalam satu jilid dan mengandungi 300 halaman tetapi mengandungi jawapan-jawapan kepada beberapa keraguan yang telah dikemukakan oleh musuh-musuh islam yang bertujuan untuk merosakkan dan menjatuhkan umat islam dan agama islam itu sendiri.

3. Tawilat al-quran: al-qasyani Biodata Nama beliau ialah abd al-razzaq bin ahmad jamal al-dinal-kasyi atau alqasyani. Beliau merupakan seorang mufassir dari kalangan ahli sufi. Beliau telah menghasilkan beberapa karya antaranya ialah istilahat al-sufiyyah, syarh manazil alsairin ,siraj al-wahhaj fi tafsir al-quran, syarh fusus al-hikam, risalah al-qada wa alqadar, tawilat al-quran. Para ulama berselisih pendapat berkaitan dengan tarikh kematiannya. Ada yang berpendapat kematiannya ialah pada tahun 730h dan ada pula yang berpendapat kematiannya ialah pada tahun 887h. Metod penulisan Para ulama sepakat mengatakan tafsir ini merupakan tafsir yang dihasilkan oleh al-qasyani tetapi disandarkan kepada ibn arabi bertujuan untuk menarik minat masyarakat membacanya. Muhammad Rashid rida di dalam mukadimah tafsir al-manar memetik pendapat yang diambil daripada Muhammad abduh mengatakan bahawa kitab tersebut hanya disandarkan kepada Ibn Arabi, tetapi sebenarnya ia adalah hasil karya al-qasyani. Pendapat ini disokong oleh Muhammad husayn al-zahabi.

Katanya: mengingati allah iaah dengan mengenal dan mengingati diri sendiri dan jangan kamu melupainya, kerana sekiranya kamu lupa kepada diri kamu nescaya Allah akan lupa kepada kamu. Oleh itu hendaklah kamu berusaha untuk mendapat kesempurnaan diri setelah kamu Berjaya mengetahui hakikatnya yang sebenar. Seterusnya beliau mentafsirkan perkataan rabbulmashriqi walmaghribdengan mengatakan cahaya allah yang telah zahir kepada kamu, menyebabkan kamu dapat mengetahuinya dengan kewujudan kamu atau di barat yang tersembunyi cahayanya kepada kamu dan kamu terhalang daripadanya. Pentafsiran seperti ini menyebabkan al-qasyani dianggap terpengaruh dengan aliran wahdah al wujud. Ada yang beranggapan pentakwilan tersebut sebagai pentakwilan yang salah.

Anda mungkin juga menyukai