Anda di halaman 1dari 3

Norliza Binti Kamat Pismp Pai 1 Semester 2

Tauhid al-Uluhiyyah Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. Allah SWT mengutuskan para rasul bertujuan menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman-firman Allah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut: Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku. (Al-Anbiya: 25) Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut. (An-Nahl: 36) Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berka ta (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia. (Al-Muminun: 23) Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya. (Al Araf: 65 -Tauhid uluhiyyah juga bermaksud seseorang yang telah menetapkan bahawa segala ibadatnya hanya untuk Allah dan ikhlas kerana Allah semata-mata. -Tauhid uluhiyyah juga mengEsakan Allah dari sudut perbuatan hamba-NYA yang diperintah atau disuruh. cth: puasa, zakat, sembahyang

Tauhid Rububiyah -Iaitu mengesakan Allah Subhanahu wa Taala dalam segala perbuatanNya, dengan meyakini bahawa Dia sendiri yang menciptakan segenap makhluk. -Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Allah menciptakan segala sesuatu (Az-Zumar: 62)

-Bahwasanya Dia adalah Pemberi rezeki bagi setiap manusia, binatang dan makhluk lainnya. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Dan tidak ada suatu binatang melatapun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, (Hud: 6) -Tauhid Rububiyyah juga membawa makna iaitu seseorang yang menyakini hanya Allah sahaja Tuhan semesta Alam dan manusia pula haruslah MengEsakan Allah dari sudut perbuatan-Nya. -Selaian itu, Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beritiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuhan sekelian alam. Dalil-dalil yang berkaitan: Surah al-Anam ayat 17 yang bermaksud :Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan jika Ia mengenakan (melimpahkan)engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu

Sifat ar-Rahman dan ar-Rahim termasuk dalam tauhid Rububiyyah atau Uluhiyyah?

Ar-Rahman dan ar Rahim merangkumi dalam tauhid Rububiyyah

Ar-Rahman dan ar-Rahim merupakan dua nama dari nama-nama Allah, dua nama tersebut menunjukkan atas sifat dari sifat-sifat Allah, yaitu sifat kasih sayang.

Al Qur'an al Karim mencantumkan Rububiyyah Allah dari segi memilik dengan Nama nama Nya yang elok dan sifat sifat Nya yang sempurna. Perhatikanlah firman Allah dalam ayat al Kursi: "Allah, tidak ada sebarang Tuhan melainkan Dia, yang hidup kekal terus menerus, mengurus (makhluk), tidak mengantuk dan tidak ti dur, kepunyaan Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa IzinNya. Allah mengetahui apa apa yang berada di hadapan dan di belakang mereka, manakala mereka pula tidak mengetahui apa apa dari ilmu Allah melainkan perkara yang dikehendaki oleh Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak terasa berat menjaga kedua dan Allah Maha Tinggi dan Maha Besar" (A1-Baqarah : 255)

Rujukan:
http://www.google.com.my/#hl=en&source=hp&q=maksud+tauhid+rububiyyah&oq=maksud+tauhi d+rubu&aq=0&aqi=g1&aql=&gs_sm=c&gs_upl=1920l6521l0l8735l18l12l0l1l1l0l803l1805l2 -1.2.61l4&fp=277168f13485760a&biw=1366&bih=667 http://hasan98.tripod.com/tauhid.htm http://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/4a.htm

Mohd Salleh, A.,& Ahmad, M.F. (2008). Islam Agama Rabbani -Dasar Pendidikan Islam Teras. Selangor Darul Ehsan: Percetakan Polygraphic Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai