Anda di halaman 1dari 14

KESIHATAN WANITA

1.0 Mukaddimah

Wanita adalah anugerah Allah SWT begi kaum lelaki yang diikat dengan tali pernikahan. Wanita juga sebagai penyeri bagi sesebuah rumah tangga kerana tanpa dua jenis yang berbeza ini tidaklah dinamakan rumah tangga (keluarga). Oleh itu, kertas kerja ini sedikit sebanyak akan membantu dan memberikan pendedahan pada kaum wanita untuk mendalami dan mengenali diri mereka sendiri. Di samping itu, kertas kerja ini bukan untuk berbangga-bangga dan menunjuk kelebihan tetapi ia lebih memberikan sedikit pengalaman dan ilmu yang dikurniakan Allah untuk manfaat kita bersama. Keharmonian ,kebahagian ,kedamaian sesebuah rumahtangga adalah menjadi tanggungjawab suami dan isteri .Oleh itu kajilah serta selidiklah diri anda , ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENJADI SEORANG ISTERI ?

2.0

Kepentingan Kesihatan

Lahiriah 2.1 Menjadi penyokong dalam keluarga Jika seseorang wanita tidak mempunyai tubuh badan yang sihat, nescaya ia akan menjadi bahan bualan bagi jiran-jiran tetangga kerana ianya amat penting sekali dalam menghiasi rumah ataupun dalam menjaga kebersihan suaminya serta anak-anak. Oleh itu, jika sebuah rumah tiangnya tidak kuat, nescaya dinding serta atap akan diterbangkan oleh angin. 2.2 Mendidik Jil (generasi) Islam Seseorang wanita diberi tanggungjawab untuk menjaga amanah yang diberikan oleh Allah sama ada lelaki ataupun wanita. Oleh itu dalam mendidik seorang anak, seseorang ibu haruslah mempunyai daya tahan yang kuat serta minda yang sihat dalam membentuk syakhsiah dan peribadi anaknya. Jika tiada semua ini maka anak akan mula melarikan diri dan terasa terhina di atas kelemahan keperibadian yang ada pada ibunya.

2.3 Tempat bercucuk tanam dan menghasilkan zuriat Firman Allah SWT:

.
Maksudnya: Isteri-isteri kamu ialah ladang bagi kamu untuk bercucuk tanam maka datanglah kepada isteri kamu di mana sahaja yang kamu kehendaki.

( )
maksudnya: Apabila seseorang suami mengajak isterinya di atas katil (berjimak) maka isterinya menolak dan suaminya tidur dalam keadaan marah maka para malaikat melaknat si isteri hingga ke subuh.1 Daripada dua dalil di atas maka kita dapati bahawa seseorang wanita itu haruslah mempunyai tuibuh badan yang sihat dan jiwa yang kental dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang ibu. Batiniah Di dalam menghadapi situasi dan cabaran sebagai orang yang bergelar isteri, seorang wanita haruslah mempunyai sifat yang lemah lembut serta keperibadian yang tinggi. Oleh itu dalam mencapai 2 sifat yang mulia haruslah mempunyai dalaman yang kuat. Haruslah bagi mereka sentiasa merapatkan diri pada Khaliqnya dan juga Rasulnya serta sentiasa mengawal atau mengubah sesuatu perangai ataupun sikap yang negatif dan juga melampaui batasan bagi seorang tiadanya toleransi dan lain-lain lagi. wanita. Contohnya seperti sifat marah, iri hati,

3.0

Gejala dan permasalahan yang dihadapi oleh wanita


Setiap seseorang itu tidak lekang daripada menghadapi sesuatu masalah sama

ada masalah luaran atau dalaman begitu juga dengan kaum wanita yang mana telah digariskan oleh para saintis barat 70% daripada kehidupan seseorang wanita selalu diselubungi oleh permasalahan. Di bawah ini diberikan serba sedikit masalah dalaman yang dihadapi oleh seseorang wanita.
1

Riadhus Solihin

3.1 Pusingan haid yang tidak teratur Pusingan haid yang tidak teratur ini biasanya berlaku bagi mereka yang kurangnya vitamin di dalam tubuh badan yang mana metabolismenya mengeluarkan tenaga melebihi daripada had dan juga kepekatan darah ataupun perjalanan darah tidak sempurna. 3.2 Sakit belakang Penyakit ini haruslah diambil perhatian yang khusus kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi bongkok tiga sebelum pada masanya. Ia juga boleh melibatkan kedinginan dalam hubungan kelamin hingga boleh menyebabkan lumpuh separuh badan. Penyakit boleh dikesan sekiranya bangkit daripada awal tidur terasa lenguh di bahagian tulang belakang ataupun tidak boleh duduk tegak lebih daripada 10 minit. 3.3 Sakit bahagian pinggang Sakit ini boleh dikesan ketika berjalan kaki, naik tangga ataupun mengangkat benda yang berat. Ia juga perlu diambil perhatian yang khusus kerana ia boleh melibatkan kesuburan dan juga kekuatan pegangan ovari di dalam rahim. 3.4 Lenguh di bahagian sendi Perkara ini mudah terjadi apabila seseorang itu gemar memusingkan tubuh badannya kekiri dan ke kanan dengan paksaan atau mematahkah jejari. Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh kurangnya air dalam tubuh badan dan memakan benda yang berasid. 3.5 Tidak bermaya Perkara ini sering menimpa kepada mereka yang kurang membuat sesuatu kerja yang mengeluarkan peluh atau haba di dalam badan .Ini boleh menyebabkan urat saraf tidak berfungsi dengan baik dan akan menyebabkan seseorang itu berasa bosan lalu mudah dihinggapi penyakit. 3.6 Terasa seram sejuk

Ini disebabkan oleh perubahan suhu di dalam badan yang berpunca daripada makanan atau minuman . 3.7 Angin senggugut Penyakit adalah yang paling kerap menimpa ramai wanita khususnya yang menuntut di Mesir. Ini disebabkan oleh cara pengambilan makanan yang tidak seimbang dan juga tiadanya senaman yang khusus bagi menggerakkan segala angin ke arah yang betul. Ia boleh menyebabkan saluran yang hampir dengan ovari tersekat oleh lemak dan menjadikan ia sempit. Tanda penyakit ini ialah terasa sakit memulas di bahagian perut ketika keluarnya darah haid pada hari yang pertama. Seandainya dibiarkan, ia boleh menyebabkan keguguran pada kandungan yang pertama. 3.8 Darah istihadhah Ia adalah darah penyakit yang keluar selepas tamat tempoh peredaran haid. Penyakit inimungkin disebabkan oleh dua punca. Pertama, daripada jin dan kedua daripada ketidakaturan peredaran darah. *Penyakit ini boleh menyebabkan kurang kesuburan pada benih. 3.9 Ngilu seperti terasa dicucuk jarum Penyakit ini biasanyaberlaku apabila terlalu sejuk dan juga terlalu kerap minum air batu. Ia biasa dihadapi oleh mereka yang mengalami lemah sendi. 3.10 Daya kemutan dan tarikan benih

Lemah daya kemutan adalah penyakit yang jarang berlaku pada kalangan wanita, tetapi tidak mustahil ia boleh menimpa mereka yang lebih muda ( 23 32 ) dan yang lebih tua umurnya serta mereka yang telah melahirkan anak pertama. Sekiranya tidak dibendung ia boleh membawa kepada keruntuhan sesebuah rumahtangga. Tanda penyakit ini ialah lemahnya daya tahan air kencing ketika ia keluar. 3.11 Badan berbau

Penyakit ini ada banyak faktor dan antaranya ialah faktor pemakanan. 3.12 Mulut berbau

Mulut berbau adalah penyakit yang paling jarang sekali oleh golongan wanita. Tetapi ia tidak boleh dipandang remeh kerana ia adalah salah satu adab daripada orang yang pergi merisik sebagaimana ketika Baginda SAW hendak meminang sesorang dan mengutus Sulaim lalu berpesan:


maksudnya: lihatlah urat-urat betisnya (untuk mengetahui kesegaran dan kesuburan tubuh) dan ciumlah dekat mulutnya (mengetahu bau mulutnya) Biasanya ia disebabkan oleh pemakanan yang tidak teratur contohnya terlalu banyak makan bwang putih atau bawang merah. Selain itu mungkin juga disebabkan kerosakan pada gusi mulut. 3.13 Terasa takut untuk mengenali dan menghadapi perkahwinan

Hal ini berlaku disebabkan oleh kata-kata ataupun cerita-cerita yang datang daripada mereka yang telah bernikah yang menceritakan pengalaman-pengalaman mereka pada malam perkahwinan dan juga sepanjang hubungan suami isteri , serta ketidak lagi bersedia untuk bergelar ISTERI atau takut hilangnya keayuan wajah selepas berkahwin atau takut ketegangan pada kulit dan kemontokan tubuh badan . 3.14 Tekanan perasaan

Perkara ini berlaku apabila sesorang itu terlalu memikirkan masalahnya dengan serius dan juga tiada orang yang ingin mencuri hatinya. 3.15 Kesuburan

Kesuburan adalah satu titik kebahagiaan di dalam rumah tangga kerana dengannyalah akan melahirkan zuriat yang menyinarikan hidup kedua-dua ibu bapa. Oleh yang demikian Islam mengambil berat akan hal kesuburan ini. Sabda Baginda SAW:


maksudnya: hendaklah kamu berkahwin dengan wanita yang subur dan tidak mandul kerana pada hari kiamat kelak aku berbangga melihat kamu sebagai umat yang paling banyak jumlahnya. (hadis riwayat Abu Dawud dan An-NasaI) Penyakit kesuburan adalah berpunca daripada faktor umur. Kesuburan seseorang wanita itu bermula daripada umur lepas baligh hinggalah mencecah ke 30 tahun (waktu yang paling subur). Selepas daripada 30 tahun ke atas, benih akan mula tidak berapa aktif dan mula kurangnya kualiti di atas sebab penjagaan badan yang tidak teratur. Selepas daripada umur 45 tahun, kemungkinan benih akan mati. 3.16 Penyakit keputihan

Tanda penyakit ini dapat dikesan iaitu dengan merasa gatal-gatal di pangkal faraj dan juga mengeluarkan sejenis cecair keputihan kelabu. Dan penyakit ini boleh menyebabkan empunya diri mudah tersinggung, iri hati dan marah tanpa sebab. Selain itu penyakit ini juga boleh menyebabkan kurangnya kualiti pada benih. *Penyakit ini boleh menyebabkan kemandulan sekiranya tidak di bendung lebih awal .

4.0

Cadangan dan saranan

4.1 Senaman Senaman adalah amat penting bagi setiap individu samada permpuan ataupun lelaki ,selagi mana adanya nafas keluar masuk ,maka seseorang itu tidak boleh lari dari menjaga tubuh badannya segar dan suami tidak makan di luar. Di sini saya sertakan senaman yang agak bersesuian untuk seorang wanita : 1) Senaman untuk mengecilkan faraj . Caranya ialah dengan berbaring terlentang, kemudian lipatkan kaki sehingga lutut mencecah ke dada dan betis rapat ke peha. Peluklah kaki itu dengan kedua belah tangan seperti memeluk bantal dan ulang sebanyak tiga kali. 2) Untuk ketegangan payu dara.

Duduk bersila dengan kaki disilangkan agar kedua-dua tumit kaki terdongak ke atas. Badan ditegakkan sambil kedua-dua tangan diangakat ke atas sambil dirapatkan dengan tolakan yang menjurus ke belakang. Pastikan badan anda dalam keadaan tegak. 3) Untuk ketegangan kulit muka. Duduk bersilang kaki seperti di atas. Kedua-dua tangan memegang kepala lutut dan diluruskan serta badan ditegakkan. Ngangakan mulut selebar yang boleh sambil mengerak-gerakkannya ke kiri dan ke kanan. 4) Untuk mengawal pangkal rahim. Berbaring terlentang. Urutlah urat di tepi perut yang berada di tepi rahim ke atas. Ulang sebanyaktiga kali. Amalkan ketika mahu tidur atau ketika bangun dari tidur. Adalah disyorkan agar urutan ini menggunakan minyak. 5) Untuk kekuatan tulang belakang. Meniarap dengan menongkat badan menggunakan kedua-dua siku. Angkatkan pinggang sama rata dengan badan. Pastikan postur badan lurus dan stabil. Amalkan dalam masa dua sehingga lima minit. Atau amalkan bersila sambil menegakkan badan selama 15 minit setiap kali selepas solat subuh 6) Untuk menguatkan tenaga batin. Dalam keadaan meniarap. Kaki kanan di bawah kaki kiri serta tumit kaki kanan dikepit oleh ibu jari dan jari yang kedua. Kedua tangan ditemukan dan ke arah bawah dagu agar hujunga jari jemari mencecah ke leher sambil leher ditegakkan kebelakang. Seluruh badan ditolakkan kebelakang seperti kedudukan di atas. Sehingga ia tidak boleh digerakkan ke belakang lagi. 7) Untuk menaikkan peranakan. Sama seperti di atas.

8)

Untuk menjarangkan anak.

Duduk dengan menemukan kedua-dua tapak kaki. Pastikan jarak antara tumit dan faraj sejengkal. Tahan nafas dan tundukkan badan perlahan-lahan sehingga dagu mencecah ke lantai sambil meneran seakan-akan membuang air kecil. Insya Allah air mani akan mengalir keluar. Amalan ini dilakukan selepas berjimak sekiranya untuk menjarangkan anak (merancang keluarga). 9) Latihan untuk kemutan. Kemutan faraj yang berkesan akan memberi kenikmatan yang tidak terhingga semasa berlakunya jimak. Kemutan yang tidak mengikut cara yang betul tidak akan bertenaga dan tiada kesan dirasai oleh suami. Lakukan latihan mengemut faraj sebanyak 20 kali sekurang-kurangnya. Ia dilakukan setiap hari dalam tempoh sebulan penuh. Ia terbahagi kepada dua: Pertama: Latihan kemutan luar: Tumpukan perhatian seolah-olah mahu menahan air kencing iaitu dengan menarik otot punggung kedalam. Ia dilakukan dengan penuh penumpuan serta menahan kemutan tujuh saat pada setiap kali perlakuan. Kedua: Latihan kemutan dalaman: Lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan kembali najis ke dalam dubur. Ia dilakukan selama tujuh saat. * Pelajarilah dan amalkanlah ia semata-mata untuk ibadah yakni memberi kesenangan dan keselesaan kepada suami agar suami tidak berasa dingin dalam melakukan hubungan seksual dan juga agar suami sukar melupakan isterinya.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Minuman Halba Halia bara/ halia Pati minyak Cekur Jerangau Lempoyang

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Makanan Bunga cengkih Bunga lawang Daging arnab Madu lebah Gergil Daun sup

7. 8. 9. 10.

Sahlap Kerkedil Kayu manis Bunga cengkih

7. 8. 9. 10. 11.

Bawang putih Gula batu B eras + susu lembu Dhob Sunam unta

4.2 4.3

Urutan Jumpa pakar kaunselor atau orang yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan masalah seperti doktor sakit puan ,ibu dll

5.0

Masalah selepas berkahwin

5.1 Terasa bersalah Perkara ini tejadi apabila tidak dapat melayani suami dengan baik serta tiadanya tanda tanda kehamilan selepas 6 bulan perkahwinan . 5.2 Tidak puas dalam hubungan seksual Perasaan ini mula timbul apabila suami tidak pandai melayani serta membelai dengan kasih sayang dan kelembutan diatas ranjang . Ia juga boleh berlaku apabila isteri amat memerlukan tetapi si suami tidak dapat memuaskan si isteri mungkin diatas sebab tertentu 5.3 Tekanan jiwa Perkara ini biasanya berlaku apabila seorang suami tidak lagi mengendahkan teguran isterinya atau suami sudah bermain kayu tiga atau si isteri mengadu satu-satu masalah kepada suaminya tetapi ianya tidak dilayan atau juga menahan kerenah anak dan bila diminta bantuan darinya tidak di endahkan. . 5.4 Badan terasa sengal-sengal Perkara ini mula berlaku diakibatkan terlalu membuat kerja- kerja rumah yang berat ,ianya kerap berlaku pada mereka yang sudah berkahwin.

5.5 Kulit beransur-ansur menjadi kedut Ianya akan mula kelihatan apabila seorang isteri melahirkan anak yang pertama, jika selepas bersalin si isteri tidak mula mengambil langkah langkah tertentu nescaya si suami akan mula rasa tawar hati . 5.6 Mudah terasa hati pada kata-kata suami Perkara ini biasa berlaku pada sesebuah keluarga ,ianya mungkin disebabkan oleh teguran dari suami atau kata kata gurauan atau ejekan suami di tas kekurangan isterinya.aa 5.7 Masih kurang mesra dengan keluarga suami Perasaan kurang mesra terhadap keluarga suami bisanya disebabkan oleh beberapa faktor diantaranya : Adik-beradik lelaki suami ramai jadi segan untuk beramah mesra. Adik-beradiknya tidak boleh menerima teguran. Ayah dan ibu mertua jenis pendiam Tidak tahu bagaimana hendak memulakan topik perbualan Isteri perangainya pendiam atau tidak suka bergaul dengan sesiapa . Isteri bersikap ego atau memandang rendah pada seseorang atau melepaskan kata-kata dihadapan bapa atau ibu mertua tanpa bertapis dan berfikir apakah akibat disebalik kata-katanya itu. 6.0 Pesanan ayah kepada anak perempuannya. 6.1 Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai engkau berbohong kepada suamimu kerana dengan berbohong engkau membuat suamimu meragui kejujuranmu dan berperasangka buruk terhadap dirimu. Ingatlah bahawa dua hal ini merupakan racun kehidupan rumahtangga. 6.2 Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai engkau terlampau mengikut

perasaan kerana hal ini membuatkan rumahtangga serupa seperti neraka.

10

6.3

Jika suamimu seorang yang cemburu hendaklah engkau tidak dalam hal berdandan dan berhias diri kerana ia akan

berlebihan

membangkitkan kebenciannya dan ia akan menganggap bahawa isterinya berdandan dan berhias untuk dilihat oleh lelaki lain. 6.4 Hati-hatilah jangan sampai engkau memuji lelaki lain di hadapan suamimu walaupun pujianmu itu dengan niat yang baik. Tetapi bagi seorang suami tidak akan senang mendengar isterinya memuji lelaki lain. 6.5 Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai makan terlalu kenyang

keranan hal itu akan merosakkan kecantikan paras rupa dan menyebabkan kegemukan. 6.6 Anakku, ketahuilah bahawa kegembiraanmu berkait erat dengan

kegembiraan suamimu. Engkau yang dapat membuatmu bahagia dan dialah yang dapat membahagiakanmu. Sebaliknya, engkau juga dapat membuatnya malang dandia juga dapat membuatmu malang, oleh itu, berhati-hatilah, jangan sampai terjadi kebencian pertama ankata dirimu dan suamimu, sebab kemungkinan kebencian yang pertama itu akan disusuli oleh kebenciankebencian berikutnya yang tiada kesudahan. 6.7 Taatilah suamimu sedaya yang mungkin dan hindarilah percakapan

yang bersifat olok-olokan dan ejek-ejekan serta perbicaraan yang tidak berguna. Janganlah sekali-kali engkau terlalu cemburu kerana kecemburuan adalah kunci perceraian. 6.8 Janganlah engkau sering menyalah-nyalahkan suamimu kerana hal

ini dapat menimbulkan kemarahan dan kebenecian. 6.9 mukamu. 6.10 Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi Jagalah kesihatan baik-baik dan jauhilah penggunaan alat-alat

kecantikan yang dapat merosak kesegaran wajahmu dan kemanisan air

kewajipanmu dan ketahuilah bahawa urusan luar rumahtangga adalah urusan usmimu sedangkan urusamu sendiri didalam rumahtanggamu.

11

6.11

Aturlah baik-baik urusan rumahtanggamu dan jagalah jangan sampai

ada orang lain yang mengetahui rahsiamu . 6.12 Jagalah dirimu jangan sampai membuat sesuatu yang menimbulkan

perselisihan. Apabila berlaku perselisihan faham jagalah jangan sampai ada orang lain yang mengetahuimya . 6.13 Ketahuilah bahawa suami yang berperangai lembut, Menghargai

kecerdikan isterinya, kehalusan perasaannya dan kebijaksanaannya yang sanggup menahan berbagai keluhan di dalam dada ia tidak resah berulangulang kali mendengar perbicaraan mengenai soal-soal kecil urusan-urusan rumahtangga yang tidak melegakan perasaan isterinya. Janganlah sekali-kali membangkitkan api kemarahannya.

7.0

SUAMI IDEAL

Tidak dinafikan setiap seorang wanita sentiasa bercita cita atau menyimpan perasaan untuk memiliki seorang jejaka yang boleh memberi kebahagiaan serta berasa tenang dan selamat apabila bersamanya, disini mungkin boleh di jadikan sebagai panduan serba sedikit : Seseorang yang berilmu Seseorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi Seseorang yang menitik beratkan kesihatan dan kebersihan samada diri ,tempat dll Seorang yang bertanggung jawab terhadap apa yang di amanahkan padanya. Seorang yang penyanyang. Seorang yang lembut tutur bicaranya apabila bercakap dengan seseorang . Seorang yang mempuyai matlamat hidup. Seorang yang ringan tulangnya. Seorang yang boleh bertolak ansur dalam satu satu perkara atau masalah. Seorang yang tidak cepat panik dan putus asa. Seorang yang matang dan berpandangan jauh Seorang yang warak dan bertaqwa. Dll. (tepuklah dada ,tanyalah selera mana yang suka )

12

8.0

Penutup Rujukan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam Bahtera Nakhoda Mengenali Wanita Mutiara Hikmah Perkara-perkara yang anda ingin tahu tentang lelaki Wanita dan Seks Tetapi malu untuk Bertanya Permata Yang Hilang

13

HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. MANHAL PMRAM 2000

14

Anda mungkin juga menyukai