Anda di halaman 1dari 1

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH DARI SEGI SAINS

seorang professor bukan Islam dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah
membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjemaah di dalam Islam dan kelebihan
solat berjemaah tersebut dalam kehidupan umat Islam:
-

tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas
negatif.
Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat,
kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas
positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh
badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan
aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan
tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan
aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.
mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat
secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam
mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3
rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat).

Solat subuh:
-

Dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar
dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita
mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan
solat Subuh berjemaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke
dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Solat zohor:

Setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak,
cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu
kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan
peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.
Oleh sebab itu solat Zohor (berjemaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa
kepada pemulihan cas-cas tadi.Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila
kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan
banyak cas-cas ini.

Solat asar:
-

Sekali lagi proses penyeimbangan seperti di atas berlaku apabila kita mengerjakan solat
Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Solat maghrib:

setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti
yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak
terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan
pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjemaah),sebanyak tiga rakaat.
Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga
dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari
sebelumnya (Zohor dan Asar).

Solat isya:
-

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi
empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan
tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau
lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita

Anda mungkin juga menyukai