Anda di halaman 1dari 8

Satu set soalan objektif yang merangkumi kesemua aras Taksonomi Bloom.

A. Aras pengetahuan: 1. Apakah pengertian solat fardhu ? A. Dimulakan dengan wudhuk dan diakhiri dengan salam. C. Dimulakan dengan wudhuk dan diakhiri dengan bacaan tahiyyat. B. Dimulakan dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. D. Dimulakan dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan bacaan tahiyyat.

2.

Berapakah waktu solat fardhu sehari semalam ? A. 4 waktu C. 5 waktu B. 3 waktu D. 6 waktu

3.

Apakah hukum mendirikan solat fardhu ? A. Sunat C. Harus B. Wajib D. Makruh

4.

Berapakah jumlah rakaat bagi solat Isyak ? A. 4 rakaat C. 3 rakaat B. 2 rakaat D. 5 rakaat

5.

Solat fardhu terdapat di dalam rukun ? A. Iman C. Islam B. Negara D. Nikah

6.

Apakah nama solat yang dilakukan pada waktu pagi ? A. Subuh C. Asar B. Maghrib D. Isyak

7.

Bilakah solat Isyak dilakukan ? A. Pagi C. Malam B. Aras Kefahaman: B. Petang D. Tengahari

8.

Bagaimanakah tanda masuknya waktu Maghrib ? A. Bermula dari terbenamnya matahari sehingga hilang syafaq(cahaya merah dikaki langit). C. Bermula dari hilang syafaq sehingga terbit fajar sadiq. B. Bermula terbit fajar sodiq sehingga terbit matahari.

D. Bermula terbenamnya matahari sehingga terbit fajar sodiq.

9.

Bagaimanakah tanda masuknya waktu Isyak ? A. Bermula dari hilangnya syafaq sehingga tengah malam. C. Bermula dari hilang syafaq sehingga terbit fajar sadiq B. Bermula dari awal malam sehingga tengah malam. D. Bermula dari fajar sodiq sehingga terbit matahari.

10.

Bagaimanakah tanda masuknya waktu Subuh ? A. Bermula dari ayam berkokok sehingga terbitnya matahari. C. Bermula dari awal pagi sehingga terbitnya matahari. . B. Bermula terbit fajar sodiq sehingga terbitnya matahari. D. Bermula terbitnya fajar sodiq sehingga terbenamnya matahari

11.

Bagaimanakah tanda masuknya waktu Zohor ? A. Bermula dari gelincir matahari sehingga bayangbayang sesuatu benda menjadi sama panjang. C. Bermula dari gelincir matahari sehingga matahari terbenam. B. Bermula dari matahari ditengah kepala sehingga terbenamnya matahari.

D. Bermula dari terbit matahari sehingga terbenamnya matahari.

12. Bagaimanakah tanda masuknya waktu Asar ? A. Bermula dari masa bayang sesuatu benda bertambah panjangnya sehingga terbenam matahari. C. Bermula dari masa bayang sesuatu benda sama panjang sehingga terbenam matahari. 13. B. Bermula dari masa bayang sesuatu benda bertambah panjangnya sehingga gelincir matahari.

D. Bermula dari masa bayang sesuatu benda sama panjang sehingga terbenam matahari.

Solat dapat mencegah kita daripada melakukan perkara yang____________. A. Baik C. Diperintah B. Dilarang D. Disuruh

14.

Solat difardhukan secara langsung dalam peristiwa__________________. A. Israk dan Mikraj C. Nuzul Quran B. Lailatul Qadar D. Maulidur Rasul

C. Aras Aplikasi: 15. Ahmad tersesat didalam hutan.Dia ingin menunaikan solat fardhu zohor. Apakah penanda telah masuk waktu solat zohor ?

A. Terbit matahari sehingga terbenamnya matahari.

B. Gelincir matahari hingga bayang-bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya. D. Gelincir matahari hingga bayang-bayang menjadi lebih panjang daripadanya.

C. Terbitnya matahari sehingga tergelincirnya matahari.

16.

Fatimah menghadiri Kem Tautan Budi. Dia ingin menunaikan solat Asar tetapi tidak mengetahui waktunya masih ada atau sudah habis. Kawan-kawannya sudah ke dewan untuk mendengar taklimat. Apakah yang perlu dilakukannya ?

A. Fatimah perlu mengukur bayang bayang matahari.


3

B. Fatimah perlu menunggu rakannya pulang.

C. Fatimah perlu menanti hari hampir gelap.

D. Fatimah perlu menghubungi ibunya.

17. Baihaqi terlewat bangun dari tidur. Dia perlu mendirikan solat subuh. Apakah yang perlu dilakukannya untuk memastikan waktu subuh masih ada ? A. Dia perlu memastikan tanda merah di kaki langit ada. C. Dia perlu memastikan matahari sudah terbenam. 18. B. Dia perlu memastikan matahari belum terbit.

D. Dia perlu memastikan terbitnya fajar saadiq.

Abu ingin mencuri buah dihujung kampungnya. Tetapi Abu teringat akan pesanan Ustazah Nora bahawa selalu bersolat akan memelihara diri kita dari melakukan kejahatan. Abu tidak jadi mencuri. Ini menunjukkan,solat dapat memelihara diri dari_______________________. A. Melakukan kebaikkan C. Melakukan kejahatan B. Melakukan kebajikan D. Melakukan kemesraan

19.

Ibu rajin bersolat. Orang yang rajin bersolat akan mendapat________________. A. Pahala C. Bala B. Dosa D. Murka

20.

Aminah melakukan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Aminah akan mendapat ____________________. A. Kemurkaan Allah C. Kemarahan Allah D. Aras Analisis B. Keredhaan Allah D. Kebencian Allah

21.

# # # #

Solat ini dilakukan pada waktu petang. Solat ini dilakukan 4 rakaat. Solat ini wajib dilakukan. Solat ini boleh dilakukan secara sendiri dan berjamaah.

Berdasarkan pernyataan ini, apakah nama solat ini ? A. Isyak C. Maghrib B. Subuh D. Asar

22.

* Nabi menerima perintah semasa Israk dan Mikraj. * Dikerjakan 5 kali sehari semalam. * Disebut sebagai tiang agama. * Rukun Islam kedua. * Boleh mencegah daripada melakukan kemungkaran. Berdasarkan kenyataan diatas, apakah perkara ini ? A. Puasa C. Zakat B. Menunaikan Haji. D. Solat.

23.

I Solat Zohor dilakukan 4 rakaat. II Solat Subuh dilakukan 2 rakaat III Solat Isyak dilakukan 3 rakaat IV Solat Asar dilakukan 5 rakaat Pilih kenyataan yang benar. A. I dan II C. III dan IV B. II dan III D. II dan IV

24.

* * * * *

Mendapat pahala. Meneguhkan iman. Membentuk akhlak mulia. Mendapat keredhaan Allah. Terpelihara daripada dosa.

Kenyataan di atas adalah berkaitan dengan ___________________. A. Akibat tidak bersolat. C. Akibat tidak berpuasa. 25. # # # # B. Faedah bermain. D. Faedah bersolat.

Dilakukan pada waktu pagi. Dilakukan secara sendiri dan berjamaah. Wajib dilakukan oleh semua umat islam yang sempurna. Dinamakan solat subuh.

Berdasarkan pernyataan ini, berapakah jumlah rakaatnya ? A. 4 rakaat. C. 3 rakaat. B. 2 rakaat. D. 5 rakaat.

26.

* * * * *

Tidak berdisiplin. Suka membantah. Mendapat azab. Mendapat dosa. Dibalas neraka.

Berdasarkan pernyataan ini, apakah sebabnya ? A. Akibat tidak bersolat. C. Akibat tidak bekerja. 27. I II III IV B. Akibat tidak bersekolah D. Akibat tidak bergaul.

Solat dimulakan dengan takbiratul ihram. Solat dimulakan dengan bacaan al- Fatihah. Solat diakhiri dengan memberi salam. Solat diakhiri dengan bacaan tahiyyat akhir.

Pilih kenyataan yang benar. I dan II I dan IV E. Aras Sintesis: 28. Apakah perintah yang terdapat didalam dalil dibawah ? I dan III II dan IV

A. Mendirikan solat. C. Mengeluarkan zakat.

B. Menunaikan haji. D. Bersedekah.

29.

Apakah kebaikkan melakukan solat ? A. Memantapkan kegembiraan. C. Memantapkan kekayaan. B. Memantapkan keimanan D. Memantapkan kebahagiaan.

30.

Mendirikan solat dapat membentuk _____________________. A. Tubuh badan. C. Kemalasan.


6

B. Ketinggian. D. Akhlak mulia.

31.

Solat yang dilakukan secara berterusan akan ___________________. A. Menenangkan jiwa. C. Merugikan masa. B. Memenatkan badan. D. Membebankan diri.

32.

Waktu solat _______________ antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. A. Sama C. Serupa B. Berbeza D. Semacam

33.

Solat yang dilakukan secara berjamaah akan dapat ____________________.

A. Mengeratkan hubungan. C. Mengeratkan permusuhan 34.

B. Merenggangkan hubungan D. Merenggangkan kebaikkan.

Melakukan solat umpama melakukan ____________________. A. Kekecohan C. Pergaduhan B. Senaman D. Kesalahan

F. Aras Penilaian: 35. Adakah anda berasa berat atau susah hendak melaksanakan solat 5 waktu sehari semalam ? A. Ya, kerana letih dengan aktiviti seharian. C. Ya, kerana sibuk dengan aktiviti seharian. 36. B. Tidak, kerana menunaikan perintah Allah. D. Tidak, kerana ianya tidak meletihkan.

Adakah solat boleh dilakukan tanpa berwudhuk ? A. Tidak C. Boleh B. Ya D. Susah

37.

Solat dapat memelihara seseorang itu daripada melakukan ________________. A. Kebaikkan C. Kemuliaan B. Kemungkaran D. Kesusahan

38.

Solat digalakkan dilakukan _______________________. A. Sebelum masuk waktu. C. Selepas habis waktu. B. Diakhir waktu. D. Diawal waktu.

39.

Sebaik-baik solat, adalah dilakukan secara ___________________________. A. Berjamaah C. Bersendirian B. Berseorangan D. Berhubungan

40.

Adakah perlakuan solat amat susah hendak dilakukan ? A. Ya, sekiranya ia jarang dilakukan. C. Tidak, sekiranya ia jarang dilakukan. B. Ya, sekiranya ia sering dilakukan.

D. Tidak, sekiranya ia sering dilakukan.

SELAMAT MENJAWAB

Disediakan oleh: Ustazah Nor Hanita Bt. Abdullah.

Anda mungkin juga menyukai