Anda di halaman 1dari 11

Solat Berjemaah

Soalan-soalan:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.

Imam Terlupa Tahiyat Awal


Bacaan Al-Fatihah Makmum dalam Solat Berjemaah
Membaca Jahar (kuat) dan Sir (perlahan) dalam Solat
Dua Imam Satu Surau
Kanak-Kanak dalam Saf
Kedudukan Dalam Jemaah
Hukum Solat Sunat Berjamaah
Solat Fardhu Berimamkan Orang Solat Qasar
Solat Sunat Berimamkan Solat Fardhu
Berimamkan Pengawal Keselamatan Bank Riba
Bismillah Sebelum Al-Fatihah
Imam yang Menolak Ayat Al-Quran
Makmum Terbatal Wuduk
Solat Berjemaah di Mukim Sendiri
Cara Solat Masbuk
Mengaminkan Bacaan Fatihah
Adab Bacaan Makmum
Cara Solat Jenazah

19.
20.

Imam Terlebih Rakaat


Jadi Imam Bagi Makmum Belum Baligh

1. Imam Terlupa Tahiyat Awal


Soalan:
Assalamualaikum..
Apakah hukumnya jika seorang Imam itu yang sepatutnya
duduk tahiyat awal tetapi dia terus bangun kerana terlupa?
Apabila dia sudah tegak berdiri dia teringat dan terus duduk
untuk tahiyat awal. Adakah batal sembahyang Imam
tersebut?
Azrin, JB
Jawapan:
Jika imam terlupa duduk tahiyat awal dan dia terus berdiri.
Seandainya berdirinya tersebut belum sempurna dan dia duduk
kembali, maka dibolehkan berbuat demikian. Namun jika berdirinya
telah sempurna maka imam perlu meneruskan solatnya hingga akhir
dan boleh menggantikannya dengan sujud sahwi.

2. Bacaan Al-Fatihah Makmum dalam Solat Berjemaah


Soalan:
Kalau kita menjadi makmum sembahyang fardu, adakah kita
perlu membaca Al-Fatihah semasa imam membaca surah. Dan
kalau perlu, adakah sah sembahyang kita apabila kita tidak
sempat habis membaca Al-Fatihah kerana imam membaca
surah pendek. Kes ini adalah bukan kes makmum masbuk
atau muafik?
Jaafar, KL
Jawapan:
Mengikut pendapat jumhur ulamak termasuklah imam Asy-Syafi'i
sendiri, membaca Al-Fatihah di dalam solat bagi makmum adalah
satu rukun daripada rukun-rukun solat. Ini bermakna tidak sah solat
makmum itu jika ia berkesempatan membaca Al-Fatihah tetapi
ditinggalkannya dengan sengaja.
Dalam sebuah hadis yang sahih Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada
solat (tidak sah) bagi sesiapa yang tidak membaca Surah Al-Fatihah".
Ini berbeza dengan pendapat imam Abu Hanifah yang tidak
mewajibkan makmum membaca surah Al-fatihah. jika anda membaca

Jika anda rasa tidak sempat berbuat demikian, maka anda hendaklah
rukuk bersama imam kerana bacaan imam akan dikira sebagai
bacaan makmum seperti juga kedudukannya orang yang masbuk. Ini
kerana dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan Rasulullah SAW
pernah menjelaskan: imam itu dilantik untuk diikuti oleh makmum
sekiranya ia rukuk maka hendaklah anda semua rukuk dan sekiranya
ia sujud maka hendaklah anda semua sujud. Bagaimanapun bagi
sesetengah ulamak Syafi'i seperti imam Nawawi orang terlibat luput
rakaat pertama dan ia dikehendaki menambah rakaat yang luput itu
diakhir solatnya.

3. Membaca Jahar (kuat) dan Sir (perlahan) dalam Solat


Soalan:
Mengapakah dalam solat berjamaah hanya waktu zohor dan
asar sahaja makmum kena membaca surah sendiri,
sedangkan tiga waktu yang lain itu makmum hanya membaca
fatihah saja?
RBJ , Temerloh
Jawapan:
Nabi pernah membolehkan para makmum membaca dalam solat bila
imam mengeraskan bacaan. Ketika itu solat Subuh, bacaan sahabat
mengganggu baginda. Selesai solat baginda bersabda: "Mungkin
kamu membaca di belakang imam? Kami menjawab: "Betul, dengan
bacaan yang cepat ya Rasulullah". Baginda bersabda: "Jangan kamu
lakukan itu kecuali membaca al Fatihah, kerana solat tidak sah tanpa
membacanya". (HR. Bukhari)
Kemudian baginda melarang semua bacaan pada solat jahar (bacaan
kuat) iaitu setelah baginda mengerjakan solat jahar (Solat Subuh).
Baginda bersabda: "Adakah di antara kamu tadi yang membaca
bersama
denganku
?".
Salah seorang sahabat menjawab: "Benar ya Rasulullah". Nabi
bersabda: "Sekarang aku katakan, janganlah kamu menyaingiku".
Menurut Abu Hurairah semenjak mendengar itu mereka berhenti
membaca bila Rasulullah mengeraskan bacaannya dalam solat.
Mereka membaca berbisik bila imam mengeraskan bacaannya.
Memusatkan perhatian terhadap bacaan imam oleh Rasulullah SAW
dinyatakan sebagai suatu kesempurnaan mengikut imam. Rasulullah
SAW bersabda: "Imam hanya untuk diikut, apabila ia takbir, takbirlah,
apabila ia membaca perhatikanlah". (HR Abu Daud dan Muslim)

Untuk lebih jelas lagi kami ungkapkan hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari, Muslim dan Abu Daud. "Rasulullah SAW membaca ayat
dengan suara jelas (jahar) dalam solat Subuh dan pada dua rakaat
pertama pada solat Maghrib dan Isyak. Baginda bacanya dengan
berbisik pada solat Zohor, Asar dan pada rakaat ketiga solat Maghrib
serta dua rakaat terakhir pada solat Isyak. Para makmum
mengetahui bahawa baginda membaca sir (perlahan) dari gerakan
janggut baginda, dan kadang-kadang dari bacaan ayat yang baginda
bacakan kepada mereka". (Sila rujuk "Contoh Solat Nabi": Karya
Muhammad Nasyiruddin Albani)

4. Dua Imam Satu Surau


Soalan:
Apakah hukumnya sembahyang dua imam (dua kumpulan
makmum) dalam satu surau yang hanya dipisahkan oleh
dinding, seandainya sembahyang tersebut ialah sembahyang
fardhu yang dilakukan serentak?
Azman, Kuala Lumpur
Jawapan:
Mengerjakan solat dengan dua imam dalam satu surau dalam masa
yang sama hukumnya tidak boleh. Dalam masalah ini kami
kemukakan tentang imam tetap dalam satu masjid. Jika satu jamaah
hadir disuatu masjid yang mempunyai imam tetap tetapi pada masa
itu ia tidak hadir, maka diperintahkan kepada mereka
menghantarkan utusan menjemput ia hadir. Tetapi jika bimbang luput
waktu solat, maka dibolehkan seorang yang lain tampil menjadi
imam. Kata Imam Nawawi, jika dibimbangkan timbul fitnah
hendaklah mereka solat bersendirian dan diistihbabkan kepada
mereka mengulangi solat bersama imam itu jika ia hadir. Jadi jelaslah
jika tidak hadir saja imam tetap disuruh solat sendirian jika khuatir
menimbulkan fitnah apakah lagi dengan sengaja membuat jemaah
sendiri di belakang atau di sebelah imam yang sedang solat.
Seandainya kita orang yang datang kemudian, sedangkan di dalam
surau atau masjid tersebut ada dua imam yang sedang berjemaah,
maka dalam hal ini ada beberapa pendapat. Jika makmum dapati dua
orang imam masing-masing sedang solat dengan jemaahnya, maka
ikutilah imam yang tetap. Namun jika keduanya tidak termasuk imam
yang tetap dan masing-masing sebaya dan memiliki ciri-ciri imam

Imam Al Tarmizi telah menjelaskan dalam Al Sunah iaitu


diistihbabkan kepada imam bertasbih enam kali dalam rukuk dan
sujud supaya makmum di belakangnya sempat bertasbih tiga kali".
Kemudian menurut Imam Syafi'e dalam kitab Al-Umm "Pada hemah
saya eloklah setiap masa bagi imam menambahkan tasyahud, tasbih
dan bacaan surah sekadar yang dilihatnya boleh memberi
kesempatan kepada makmum yang berat lidahnya menyempurnakan
bacaannya yang perlu dibaca olehnya."

5. Kanak-Kanak dalam Saf


Soalan:
Saya nak tahu tentang hukum kanak-kanak yang belum
baligh sembahyang bersama dengan kita. Apa hukumnya,
tolong jelaskan?
Norfazly, Kemaman
Jawapan:
Jika kita solat berjamaah sedangkan didalam saf tersebut terdapat
kanak-kanak, maka solat kita tetap sah bahkan pahala berjamaah
tetap tidak terjejas, cuma hanya berkurang dalam pahala saf. Jadi
perkara yang tidak baik jika kita melarang kanak-kanak ikut bersamasama orang tua berjamaah di masjid. Bahkan setengah masjid di
tempat kita sengaja membuat pengumuman melarang kanak-kanak
umur lima tahun masuk ke dalam masjid. Sebetul cara ini secara
tidak langsung kita telah mematikan minat anak untuk datang dan
mencintai masjid. Padahal Rasulullah SAW pernah membawa cucu
baginda ke dalam masjid ketika baginda menjadi imam. Ketika itu
Hassan dan Hussein memanjat bahu baginda sehingga baginda
melamakan sujudnya. Ini membuktikan bahawa Rasulullah begitu
peka terhadap perkembangan agama kanak-kanak.
Barangkali masyarakat kita perlu merubah minda yang keliru dalam
mendidik anak-anak mencintai masjid dan melatih mereka dalam
solat. Jangan terlalu memperhatikan pahala saf sehingga minat anakanak dikubur atau diabaikan. Wallahu A'lam.

6. Kedudukan Dalam Jemaah


Soalan:
Bagaimanakah kedudukan/jarak imam dan makmum dalam
sembahyang berjemaah:
i) suami/isteri
ii) sesama perempuan
Zainal, KL
Jawapan:
Jarak antara imam dengan makmum dalam solat berjemaah adalah
sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat kita sekarang. Itulah
yang terbaiknya. Ulamak syafii menjelaskan jika imam berada di atas
menara masjid manakala makmum pula berada dalam masjid solat
tetap sah kerana keduanya masih berada dalam bangunan yang
sama. Jika imam berada di dalam masjid, manakala makmum berada
di luar masjid maka jarang antara imam dengan makmum jangan
melebihi dari 300 hasta.
Jika makmum menunaikan solatnya lebih dari jarak ini, maka hukum
solatnya tidak sah. Jika imam menunaikan solat jamaah dengan
hanya seorang makmum, maka makmum hendaklah berdiri
disebelah kanan imam kebelakang sedikit. iaitu jarak antara tumit
imam dengan hujung jari kaki makmum ialah sekadar satu jengkal
sahaja. Demikian yang disebut di dalam kitab syarah Muhadhdhab
oleh
imam
An-Nawawi.
i)Suami/isteri Apabila suami menjadi imam manakala isterinya
menjadi makmum, maka jarak antara imam dengan makmum dalam
kes ini adalah seperti yang biasa kita lihat sekarang, cuma isteri
hendaklah berdiri di sebelah kiri suaminya. Itu sahaja.
ii)Sesama perempuan Jarak imam dengan makmum dalam solat
jamaah yang diimami oleh orang perempuan. sesetengahnya
berpendapat imam perempuan berada dihadapan sedikit dari
makmum, tetapi yang afdalnya menurut imam An-Nawawi di dalam
Syarah Muhaddhabnya, imam perempuan hendaklah berdiri di
tengah-tengah saf yang pertama, kemudian jarak antara saf demi saf
adalah sebagaimana yang biasa kita lihat sekarang.

7. Hukum Solat Sunat Berjamaah


Soalan:
Adakah benar kenyataan yang di buat oleh sesetengah ahli
agama yang menyatakan 'tidak ada solat sunat yang
dilakukan secara berjemaah'. Jika benar, bagaimana pula
dengan solat terawih yang dilakukan secara berjemaah?
Adakah istilah masbu'/muafiq untuk solat sunat terawih jika
dilakukan secara berjemaah?
Nurmaya, Illinois USA
Jawapan:
Solat sunat ini banyak bahagiannya, diantara solat sunat Rawatib
yang dikerjakan secara sendirian ketika sebelum dan sesudah solat
sunat Fardhu, solat Tahajjud, solat Dhuha dan lain-lain. Begitu juga
solat sunat ada dikerjakan secara berjamaah seperti solat sunat
gerhana matahari dan gerhana bulan, solat sunat 'Aidil Fitri dan Aidil
'Adha, solat sunat Tarawih dan sebagainya.
Mengenai solat Tarawih, sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh
Rasulullah SAW solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan
sendirian ataupun secara berjamaah di masjid ataupun surau. Telah
sepakat pendapat ulama bahawa adalah lebih afdhal solat sunat
Tarawih itu dikerjakan dengan berjamaah.
Rasulullah SAW pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di
Masjid Nabawi dengan berjamaah. Pada malam yang keduanya,
baginda dapati sambutan begitu ramai daripada para sahabat,
sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak
menganggap solat Tarawih itu sebagai wajib. Ternyata benar pada
malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang
berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih
berjemaah bersama Rasulullah SAW. Tetapi Rasulullah tidak mahu
hadir kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadah itu
sebagai wajib, bukan kerana tidak mahu berjamaah.
Kemudian pada zaman Sayidina Umar Al Khattab, beliau
menghimpun para sahabat yang solat berkelompok- kelompok dalam
masjid menjadi satu jemaah. Namun perubahan yang dilakukan oleh
Sayidina Umar ini tidaklah menimbulkan anggapan bahawa solat
Tarawih ini menjadi wajib.
Begitu juga halnya jika kita terlambat datang untuk Tarawih

8. Solat Fardhu Berimamkan Orang Solat Qasar


Soalan:
Sebelum mendirikan solat jamak dan qasar, ada seorang
hamba Allah yang ingin mengerjakan solat berjemaah dengan
saya;
Adakah solat sempurnanya sah (4 rakaat), dengan
berimamkan saya (Solat 2 rakaat)?
Saya sedang mengerjakan solat Maghrib (mengikut Imam
yang solat Tamam). Bolehkah saya melakukan solat jamak
takdim (Isyak) apabila selesai mengerjakan solat maghrib
tersebut?
Dan bolehkah saya berniat ingin menjamakkan solat jamak
takdim ketika sebelum memberi salam. (terlupa untuk
menjamakkan solat ketika berniat pada takbiratul ihram)?
Halim, Kota Tinggi
Jawapan:
Sah hukumnya mengerjakan solat jamaah dengan dengan imam
yang mengerjakan solat qasar. Tetapi setelah imam memberi salam
anda hendaklah meyambung rakat solat yang masih berbaki. Jika
anda mengerjakan solat maghrib secara berjemaah dengan imam,
anda dikehendaki mengikut segala perbuatan imam, kerana
berdasarkan keterangan dari sebuah hadis yang sahih sesungguhnya
imam itu dilantik untuk dikuti oleh makmum.
Setelah selesai mengerjakan solat maghrib bersama dengan imam,
anda hendaklah mengerjakan pula solat isyak secara qasar sebanyak
2 rakaat dengan terlebih dahulu melakukan iqamat secara perlahan
dan tidak mengganggu para jamaah lain. Bagaimanapun janganlah
anda menunaikan solat isyak itu ditempat anda solat maghrib tadi
sebaliknya berundur sedikit kebelakang dan setelah iqamat
tunaikanlah solat isyak secara qasar 2 rakat.
Adalah sah meniatkan solat jamak taqdim sebelum memberi salam
pada solat yang pertama, namun adalah lebih afdal kiranya ia berniat
pada ketika takbiratulihram.

9. Solat Sunat Berimamkan Solat Fardhu


Soalan:
Soalan saya ialah, sedang saya sembahyang didatangi oleh
seorang menepuk bahu saya, dengan tujuan untuk
berimamkan saya untuk sembahyang zuhur, apakah saya
perlu beritahu beliau yang saya sembahyang sunat bukannya
sembahyang zuhur, atau sembahyang beliau tadi sah atau
sebaliknya?
Rusli, KL
Jawapan:
Para ulamak menjelaskan sah seorang yang menunaikan solat fardu
solat berimamkan orang yang menunaikan solat sunat. Kerana itu
tidak perlu imam yang terlibat membuat sesuatu isyarat supaya ia
tidak dijadikan imam oleh orang yang ingin menunaikan solat fardhu
itu, kerana ia sedang bersolat sunat. Lihat Fiqh Sunnah oleh Sayyid
Sabiq.

10. Berimamkan Pengawal Keselamatan Bank Riba


Soalan:
Saya ada terlihat seorang yang biasa menjadi imam
sembahyang berjamaah di surau menjadi pengawal
keselamatan di salah sebuah bank yang ada mengamalkan
sistem riba. Apakah hukumnya makmum yang ikut
dibelakangnya sedang ia berkerja dengan bank riba. Saya
teringat akan hadith Rasulullah SAW bahawa sesiapa yang
terbabit di dalamnya akan memdapat dosa. Diharap dapat
tuan memberi penjelasan supaya tidak ada keraguan.
MY, Dungun
Jawapan:
Umumnya adalah sah berimamkan orang yang melakukan maksiat
dan imam yang fasik sebagaimana menurut iktikad ahli sunnah WalJamaah. Ini kerana ada beberapa tokoh ulama menunaikan solat di
belakang Hajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi di zamannya yang banyak
membunuh orang dalam sejarahnya. Ini menunjukkan perkara ini
adalah dibolehkan dan solat adalah sah.
Yang pentingnya ialah seseorang itu menunaikan solat mencukupi
syarat-syarat dan rukun-rukunnya. Inilah pendapat yang dipegang
oleh jumhur ulama termasuklah mufti negara Arab Saudi dalam fatwa

11. Bismillah Sebelum Al-Fatihah


Soalan:
Seperti yang diketahui dalam solat jemaah lima waktu
terdapat tiga waktu yang disunatkan bagi imam membaca
dengan suara yang lantang iaitu maghrib, isyak dan subuh.
Kemusykilan
saya
ialah
bagaimanakah
hukumnya
sembahyang itu, misalnya maghrib apabila imam membaca
al-Fatihah tetapi hanya mula membaca dengan lantang
dengan ayat yang kedua dari al-Fatihah maksudnya dia hanya
membaca
dengan
lantang
bermula
dengan
ayat
Alhamdulillahirabbila'lamin. Saya harap agar ustaz dapat
memberi penjelasannya.
Muslim, K Kangsar
Jawapan:
Para ulama berselisih pendapat tentang membaca Bismillah sebelum
membaca al-Fatihah. Adakah ia dianggap sebahagian dari surah alFatihah itu sendiri atau tidak. Bagi imam Asy-Syafii, Bismillah adalah
sebahagian dari surah al-fatihah, kerana itu ia hendaklah dibaca
bersama al-Fatihah. Jika solat itu solat yang nyaring ia dibaca nyaring
oleh imam. Jika solat itu solat yang sembunyi (tidak nyaring), ia
hendaklah dibaca secara sembunyi oleh imam.
Ini bermakna berdasarkan pendapat imam Asy-Syafii membaca
bismillah ketika membaca surah al-Fatihah adalah sunat. Sesetengah
ulama berpendapat bismillah bukanlah sebahagian dari al-Fatihah
dan mereka berselisih pula tentang asal ayat bismillah ini. Walau
bagaimanapun jika anda berimamkan imam yang bermazhab Hanafi
yang tidak membaca Bismillah sebelum membaca al-Fatihah solat
anda tetap sah, kerana mereka yang berpegang dengan mazhab
Hanafi sebenarnya membaca Bismillah tetapi secara senyap tidak
terang.
Tambahan pula seluruh ulamak berpendapat membaca Bismilah
sebelum membaca al-Fatihah adalah sunat cuma teknik
pelaksanaannya sahaja yang mereka perselisihkan iaitu samada
dengan terang atau tidak terang.

12. Imam yang Menolak Ayat Al-Quran


Soalan:
Bolehkah seseorang itu sembahyang dibelakang orang yang
menolak ayat Al-Quran contohnya hukum hudud dan
sebagainya?
Nasir, Kulim
Jawapan:
Berhubung hukum orang yang menolak ayat-ayat Al-Quran seperti
ayat-ayat yang menyentuh tentang hukum Hudud dan sebagainya
haruslah dibuat penelitian terlebih dahulu. Andainya ia menolak
dalam erti kata ingkar akan ayat tersebut, tidak beriman dan
mempermainkan ayat Allah secara jelas dan terang, orang ini diminta
bertaubat dengan segera, kerana dengan perlakuannya itu ia telah
menjadi seorang yang murtad, terkeluar dari Islam. Ia dikehendaki
mengucapkan dua kalimah syahadah semula.
Jika ia mempercayai ayat-ayat tersebut, tetapi tidak dilaksanakan
tuntutannya, maka ia dikira sebagai berdosa besar. Kedudukannya
tak ubah seperti orang yang mempercayai kewajipan solat, tetapi ia
sendiri tidak melaksanakan solat itu, maka ia dihukumkan telah
melakukan dosa besar kepada Allah SWT. Seorang mukmin yang
sejati akan menjauhkan diri dari melakukan dosa besar ini, apa lagi
untuk melakukan suatu perbuatan yang menyebabkan ia menjadi
murtad.
Bagi setiap mukmin yang sejati setiap ayat Allah yang memerintah
supaya dilaksanakan hukum-hukumnya maka ayat itu hendaklah
dilaksanakan tanpa banyak soal. Ulasan tentang perkara yang
menyebabkan murtad ini telah dijelaskan secara terperinci di dalam
kitab Tanwir Al-Qulub karangan Imam Najmudin Al-Kurdi, Al-Iman,
Arkanuhu, Wa Nawaqiduhu oleh Muhammad Nuaim Yasin dan lainlain. Sila rujuk kepada huraian mereka yang dinyata ini. Sila rujuk
juga kitab Mastika hadis jilid yang pertama keluaran Pusat Islam
Malaysia.

13. Makmum Terbatal Wuduk


Soalan:
Di waktu bersembahyang berjemaah dengan hanya seorang
makmum. Jika makmum tersebut terbatal wuduknya, apa
yang perlu dilakukan oleh imam tersebut?
Ajau, Subang

14. Solat Berjemaah di Mukim Sendiri


Soalan:
Saya menetap di Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. Saya selalu
sembahyang berjemaah di Masjid Negeri Shah Alam kerana ia
merupakan tempat yg terbaik untuk sembahyang berjemaah
bagi saya. Masalah saya ialah bolehkah dan apakah
hukumnya jikalau saya sembahyang berjemaah di Masjid
Negeri sedangkan di Seksyen 4 pun mempunyai surau untuk
berjemaah dan tempat itu dekat dengan kediaman saya?
Jefri, Shah Alam
Jawapan:
Solat berjemaah di mukim sendiri itu lebih afdhal dalam
mengimarahkan surau atau tempat solat dimana kita tinggal. Namun
jika kita merasakan berjemaah di surau tersebut hati kita tidak
tenang disebabkan imamnya zalim, tidak amanah dan sebagainya,
ataupun bacaannya tidak fasih sehingga merosakkan kosentrasi kita
dalam berjemaah, maka dibolehkan untuk mencari tempat
berjemaah yang lebih baik.

15. Cara Solat Masbuk


Soalan:
Dalam berjamaah saf depan telah penuh,datang seorang
hamba berjamaah bersama, sedangkan dia berseorangan di
belakang. Apakah hukumnya menurut Islam?
Hassan, Kuching
Jawapan:
Jika seseorang terlambat mengikuti solat berjamaah sehingga
menyebabkan ia melakukan masbuk, maka jika ia yakin bahawa saf
yang mana dia berada itu akan didatangi orang lain, tidak perlulah ia
mengganggu saf yang di depan dengan memberitahu salah seorang
dalam saf tersebut supaya berundur ke belakang. Namun jika ia
yakin bahawa tidak ada jemaah lagi yang akan datang maka
bolehlah ia memberitahu kepada salah seorang yang berada paling
sudut supaya berundur ke belakang dengan cara mencuit bahunya
dalam solat.
Jika ia khuatir akan terjadinya fitnah kerana tidak semua jemaah

16.Meng 'Amin' kan Bacaan al-Fatihah


Soalan:
Assalamulaikum wrt;
Jelaskan cara meng 'Amin' kan bacaan al-Fatihah di dalam
sembahyang berjemaah mengikut sunnah?
Abu Ahmad Amin, Subang Jaya
Jawapan:
Selepas membaca Al Fatihah, kita disunatkan membaca amin yang
bermakna "Perkenankanlah ya Allah...". Apabila kita solat berjemaah,
maka makmum tidak boleh mendahului bacaan amin imam. Dalam
hal ini Abu Hurairah meriwayatkan sebagaimana yang diceritakan
oleh Abu Dawud dan Daruquthni dengan sanad yang shahih sebagai
berikut: "Adalah Rasulullah SAW apabila telah selesai membaca
Ummul Quran (al-Fatihah) ditinggikan suaranya, lalu baginda
membaca amin".
Adapun berkenaan dengan ucapan amin makmum dalam solat
berjemaah, abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda
Nabi SAW: "Apabila imam membaca amin hendaklah engkau
membaca amin, kerana sesungguhnya para malaikat membaca amin
bersama dengan bacaan imam. Sesiapa yang bersamaan bacaan
aminnya dengan ucapan amin para malaikat, sesungguhnya akan
diampunkan (Allah) dosa-dosanya yang terdahulu". (Riwayat Bukhari
dan Muslim)

17. Adab Bacaan Makmum


Soalan:
Apakah hukumnya seseorang makmum membaca dengan
suara kuat hingga mengganggu kekhusyukan jemaah lain di
sekitarnya? Misalnya dia membaca al-Fatihah dan surah
dengan bersuara yang jelas, bukan sahaja dia sendiri dapat
mendengar bahkan orang lain juga mendengar.

18. Cara Solat Jenazah


Soalan:
Bagaimanakah caranya menyembahyangkan jenazah,iaitu
niat sembahyang dan cara-caranya?
Amar, Taiping
Jawapan:
Setelah mayat selesai dimandikan dan dikafan wajib
disembahyangkan. Syarat-syarat sembahyang jenazah adalah:
a.

Sama juga dengan syarat-syarat sembahyang yang lain


seperti menutup aurat, bersih badan dan pakaian dari najis dan
mengadap kiblat.

b.

Mayat itu hendaklah dimandikan dan dikafan.

c.

Mayat itu hendaklah diletakkan di hadapan orang yang


menyembahyangkannya (di sebelah kiblat) kecuali sembahyang
ghaib atau sembahyang di atas kubur.

Rukun Sembahyang jenazah ada tujuh perkara:


1.

Niat ("Sahaja aku sembahyang atas mayat yang hadir fardhu


kifayah empat takbir kerana Allah Taala").

2.

Berdiri bagi orang yang berkemampuan berdiri.

3.

Takbir empat kali (termasuk takbiratulihram).

4.

Membaca Fatihah (selepas takbir yang pertama).

5.

Selawat ke atas Nabi SAW (selepas takbir yang kedua).

Ibrahim Shahid, Perak


Jawapan:
Makmum yang baik hendaklah mengikuti adab dan kaedah yang
telah ditentukan. Dalam hal bacaan dianjurkan makmum tidak
mengganggu bacaan imam ataupun jemaah yang lain dengan cara
melantangkan suara dan sebagainya. Makmum hendaklah
mendengar bacaan imam yang dijaharkan (solat bacaan kuat seperti
Maghrib dan Isyak) dan hendaklah para makmum membaca alFatihah di dalam hatinya mengiringi al-Fatihah imam. Ini didasarkan

pula

19. Imam Terlebih Rakaat


Soalan:
Apakah yang harus kita lakukan jika imam terlebih rakaat
dalam solat. Adakah makmum mesti niat pisah imam atau
menunggu sehingga imam memberi salam, sedangkan isyarat
sudah diberi tetapi imam tidak mendengar?
Rina, Batu Pahat
Jawapan:
Jika imam terlebih atau terkurang rakaatnya sedangkan makmum
telah memberitahukan keadaan tersebut dengan membaca tasbih,
maka teruskan solat tersebut. Setelah salam beritahulah kepada
imam tentang kedudukan yang sebenarnya. Dengan demikian imam
boleh melakukan sujud sahwi. Dalam sebuah hadith diriwayatkan
oleh Jamaah dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi SAW pada suatu ketika
baginda solat Zuhur, lalu ditanya, "Apakah rakaat solat itu memang
ditambah?". Baginda bertanya: "Mengapa demikian ?". Para sahabat
berkata: "Baginda telah melakukan solat lima rakaat". Maka
bagindapun sujud dua kali setelah memberi salam itu".
Hadith atas membuktikan bahawa solat yang terlebih rakaatnya
kerana lupa dan dalam rakaat ke empat tidak duduk maka solat itu
tetap sah.

20. Jadi Imam Bagi Makmum Belum Baligh


Soalan:
Bolehkah kita niatkan sebagai imam bagi anak-anak yang
belum baligh?
Amron, Tanjong Malim
Jawapan:
Solat berjemaah dapat ditegakkan dengan solat seorang diri bersama
imam, sekalipun salah seorang diantaranya itu anak kecil atau
wanita. Dari Ibnu Abbas meriwayatkan. "Saya menginap di rumah
ibu saudaraku Maimunah. Nabi SAW bangun untuk
bersembahyang malam. Sayapun mengikutinya dan berdiri di
sebelah kirinya. Dipegangnya kepalaku dan diperintahkannya
agar berdiri disebelah kanannya" (Riwayat Jamaah)

Anda mungkin juga menyukai