Anda di halaman 1dari 20

PELAJARAN 14

SOLAT
BERJAMAAH
PENGIKAT
HATI
Maksud Solat Berjamaah
 Bahasa- berasal drpd perkataan “JAMAA” yang
bermaksud berkumpul.
 Istilah- Solat makmum bersama solat imam
dengan sekurang-kurangnya seorang imam dan
seorang makmum mengikut syarat2 tertentu.
Hukum & Dalil Solat Berjamaah
 Bagi individu - sunat muakkad
 Bagi komuniti masyarkat - fardhu kifayah.

Dalil solat berjamaah :

Surah al-Baqarah ayat 43


Syarat Menjadi Imam
 Imam boleh membaca al-Fatihah dengan bacaan
yang betul.
 Imam lelaki bagi semua makmum. Imam
perempuan pula hanya boleh jika semua
makmumnya perempuan.
 Makmum menyakini sahnya solat imam.
Ciri-ciri keutamaan orang yang
dipilih sebagai Imam
Apabila terdapat 2 orang atau lebih ahli jamaah yang
mencukupi syarat, maka keutamaan pemilihan Imam
adalah seperti yang berikut :
Pemimpin
Imam yang dilantik oleh pemerintah
Tuan rumah
Lebih ‘alim dan berpengetahuan
 Lebih fasih bacaan al-Quran
 Lebih wara’ dan soleh
 Lebih baik akhlaknya
 Lebih bersih badannya serta kemas pakaiannya
 Lebih merdu suaranya
 Telah berkahwin
 Lebih tua
Kedudukan Imam dan Makmum
 Imam dan seorang makmum yang sama jantina.
 Sekumpulan makmum lelaki sahaja
 Imam perempuan dan dua makmum perempuan
 Imam dan makmum berbeza jantina
 Imamperempuan dan tiga atau lebih makmum
perempuan
 Sekumpulan
makmum lelaki dan seorang
makmum perempuan
 Seorang
makmum lelaki dan sekumpulan
makmum perempuan
 Sekumpulan
makmum lelaki dan sekumpulan
makmum perempuan
Syarat Solat Berjamaah
 Makmum berniat mengikut imam
 Makmum mengetahui pergerakkan imam
 Kedudukan makmum dibelakang imam,
iaitu tumit makmum mesti dibelakang
tumit imam
 Pergerakkan makmum mengikut semua
rukun fi’li imam selepas sempurna
pergerakkan imam
 Jarak antara saf terakhir dalam masjid
dengan saf pertama di luar masjid tidak
boleh melebihi 150 meter (300 hasta)
Makmum Muafiq
 Makmum yang sempat membaca surah
al-Fatihah dengan sempurna bersama-
sama dengan imam sebelum imam
rukuk pada rakaat pertama.
 Makmum muafiq hendaklah
menyempurnakan rakaat bersama-sama
dengan imam.
Makmum Masbuq
 Makmum yang tidak sempat membaca surah al-
Fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan
imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama.
 Jika sempat rukuk dan toma’ninah bersama-sama
dengan imam, makmum mendapat rakaat tersebut
 Makmum masbuq hendaklah sempurnakan rakaat
yang tertinggal selepas imam menberi salam
Kaifiat Solat Bagi Makmum Masbuq
 Tidak tergesa-gesa mendapatkan rakaat bersama imam
 Berdiri tegak, berniat, takbiratul ihram dan toma’ninah
serta terus mengikut pergerakkan imam
 Tidak memberi salam bersama-sama imam, sebaliknya
berdiri selepas imam memberi salam untuk
menyempurnakan rakaat yang tertinggal
 Menyempurnakan segala rukun solat sehungga salam
Hikmah Solat Berjamaah
 Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan patuh kepada
arahan pemimpin kerana melazimkan diri mengikut segala
pergerakkan imam
 Menyatukan hati umat Islam kerana sentiasa solat dalam saf
yang teratur
 Melatih diri menjadi pemimpin yang berkualiti kerana
mengikut kaifiat solat berjamaah yang betul
 Ganjaran pahala dengan kelebihan 27 kali ganda berbanding
solat bersendirian
 Menjadikan tubuh badan lebih segar dan bertenaga kerana
solat berjamaah menyeimbangkan cas elektrik positif dan
negatif dalam badan
Latihan :
1. Nyatakan maksud solat berjamaah
2. Nyatakan hukum serta dalil kewajipan solat
berjamaah
3. Jelaskan dua syarat menjadi imam
4. Jelaskan ciri keutamaan orang yang dipilih serbagai
imam
5. Jelaskan tiga syarat solat berjamaah
6. Bezakan makmum muafiq dengan makmum masbuq
7. Jelaskan kaifiat solat bagi makmum masbuq yang
berada situasi berikut :
a. makmum melakukan takbiratul ihram ketika imam
rukuk.
b. Makmum sempat rukuk tetapi tidak sempat toma’ninah

Anda mungkin juga menyukai