Anda di halaman 1dari 35

SOLAT BERJAMAAH

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tunaikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan rukuklah (sembahyang) bersamasama orang yang rukuk. (surah Al-Baqarah: 43)

SOLAT JEMAAH
Solat jemaah adalah solat yang dilakukan tidak kurang daripada 2 orang atau beramairamai yang dipimpin oleh seorang yang dipanggil imam dan yang mengikut mamum. Ada pelbagai solat yang boleh dilakukan secara jemaah antaranya ialah: Solat 5 waktu (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak) Solat Jumaat Solat Tarawikh, Aidilfitri, Aidiladha dsbgnya.

HUKUM SOLAT BERJAMAAH


Pendapat Imam An-nawawi fardhu kifayah - tuntutan melakukannya tidak gugur daripada semua penduduk kampung sehingga suasana berjamaah itu benar-benar kelihatan wujud
Pendapat Imam Ar-Rafie Sunat Muakkad

Bagaimana untuk melakukannya?


Berniat di dalam hati untuk melakukan solat kemudian diikuti ingin menjadi makmum atau imam. Mamum hendaklah mengikuti imam dan tidak dibenarkan mendahului imam. Imam dan mamum harus berada dalam satu jarak yang tidak terputus oleh sungai atau tembok. Imam hanyalah seorang dan mempunyai syarat-syarat untuk menjadinya.

SYARAT MENJADI IMAM

Imam mestilah diyakini oleh makmum Imam jangan seorang ummi sedangkan makmum seorang qari Imam jangan seorang perempuan sedangkan makmumnya seorang lelaki

Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Muslim

Dari Abdullah bin Masud,dia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:menjadi imam dari suatu kaum ialah mana yang lebih baik bacaan Al Qurannya.Bila semuanya sama bagus hendaklah diimamkan yang paling alim akan sunnah Rasul.Kalau semuanya sama alim maka dahulukan mereka yang lebih dulu hijrah.Kalau mereka sama dulu hijrah maka imamkanlah mereka yang lebih tua usianya.

Syarat-syarat berimam

Ada persamaan sembahyang antara dua pihak. Sembahyang fardhu boleh berimam dengan orang yang sembahyang sunat. Mamum mesti mengikut Imam dan tidak mendahului Imam. Kedudukan mamum hendaklah dibelakang Imam. Mamum berniat mengikut Imam.

Samb
Janganlah Imam kurang kebolehannya daripada mamum. Imam adalah seorang lelaki. Imam hendaklah orang yang berdiri sendiri dan tidak ma,mum sebagai orang lain. Imam mestilah bersih daripada hadas dan najis.

FAEDAH-FAEDAH SEMBAHYANG BERJEMAAH

Allah SWT mensyariatkan agar umat Islam berkumpul pada waktu-waktu tertentu Untuk beribadat kepada Allah dalam bentuk jemaah Dapat berkasih sayang dan cinta-mencintai(mahabbah) Kenal-mengenali antara satu sama lain Dapat melahirkan suatu lambang kebesaran Islam Bagi melahirkan kemuliaan dan kehebatan orang-orang Islam Mengajari orang-orang yang tidak mengetahui agama Memberi galakan kepada orang yang tidak sembahyang berjemaah Mengembalikan umat Islam hidup bersatu padu Mengembalikan manusia kepada pengawalan diri

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH


Mendapat ganjaran lebih daripada Allah S.W.T Sembahyang berjemaah melebihi sembahyang seorang diri dengan 27 darjat (Riwayat Al-bukhari dan Muslim) Melatih diri bersifat disiplin Mengeratkan tali persaudaraan dan bertukar fikiran Menunjukkan kekuatan dan kesepaduan islam Menimbulkan perasaan sama rata sesama orang islam Melatih sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu kebaikan

ADAB SOLAT BERJAMAAH


Aishah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. telah bersolat dengan memakai sehelai Khamisa (pakaian) yang bercorak. Baginda telah memandang kepada corak-coraknya ketika melakukan solat. Setelah selesai (dari bersolat) baginda memerintahkan dengan katanya Pergilah (kembalikan) dengan pakaianku ini kepada Abu Jahm dan ambillah darinya Inbijaniya (pakaiannya) yang tidak bercorak kerana ia telah mengalihkan penumpuanku di dalam solat.

Anda tidak mengenakan pakaian yang menarik perhatian seperti: - pakaian yang kotor dan berbau,

- baju yang terlukis padanya gambar-gambar objek yang bernyawa - baju yang tertulis padanya tulisan-tulisan yang tidak sesuai dipakai untuk bersolat.

Pastikan telepon bimbit berada di dalam mod senyap. Jika telefon anda berdering ketika sedang bersolat, anda perlu mematikannya atau menghentikan deringan tersebut secepatnya. Dengan membiarkannya, anda mengganggu penumpuan ibadat anda dan bahkan sesiapa yang bersama-sama berjemaah Sheikh Ahmad Kutty; cendekiawan Islam di Intitusi Islam Toronto, Kanada.

Anda tidak membaca surah, doa, zikir dan tasbih dengan kuat ketika bersolat sehingga boleh didengari oleh imam dan makmum yang lain kerana yang demikian mengganggu penumpuan mereka.

Kesimpulan
Makruh

hukumnya mengganggu kekhusyukan orang lain di dalam solat menerusi perbuatan kita (samada disengajakan atau tidak) kerana yang demikian mencacatkan mutu ibadah dan mengurangkan pahala solat berjemaah.

RUMUSAN SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah ialah sembahyang beramai-ramai yang sekurangkurangnya 2 orang, seorang menjadi imam dan seorang menjadi mamum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar fadhilat pahalanya. Tuntutan sembahyang jemaah pada lima waktu dan hukumnya fardu kifayah.

PERIHAL SAF
Daripada Anas r.a. berkata Adapun Nabi s.a.w. akan melihat kepada kami sebelum memulakan solat seraya berkata: Rapatkanlah (saf) dan luruskan barisan kamu sekelian. al-Bukhari & Muslim Anas r.a. juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: Luruskan barisan kamu (kerana) barisan yang lurus itu daripada kesempurnaan solat. Abu Daud Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya (Hadith Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah RA)

Membentuk saf/barisan yang lurus & tidak membiarkan ruang yang renggang antara saf.

Kesimpulan
Barisan saf mestilah lurus. Setiap individu mestilah berdiri rapat dengan bahu menyentuh bahu saudara bersebelahan. Ibu jari kaki diarahkan menghadap kiblat. Ruang kosong perlu diisikan sebelum membentuk saff yang baru. Makruh hukumnya untuk berdiri sendirian di dalam satu-satu saf. Pembentukan saf yang baru bermula dari tengah; belakang imam, bukan di hujung saf.

MASBUQ DAN MUAFIQ

Berlakunya muwafiq dan masbuq ke atas seseorang mamum pada mana-mana sahaja rakaat sembahyangnya, dan kadangkala berlakunya kepada mamum muwafiq menjadi mamum masbuq pada rakaat berikutnya. Setiap mamum wajib mengetahui dan memahami tentang kedudukan mamum muwafiq dan masbuq untuk menjamin sembahyangnya sah dan tidak terbatal.

APA ITU MASBUQ?


Masbuq: seorang mamum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca AlFatihah bersama Imam. Ini disebabkan Imam telah pun rukuk atau hampir-hampir rukuk kemudian mamum tadi masuk ke saf sembahyang berjemaah.

APA ITU MUAFIQ?


Muafiq: Seorang mamum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana ia mempunyai masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam dengan bacaan yang sederhana.

BILA BERLAKU?

Ia boleh berlaku ke atas seseorang mamum kepada empat rakaat sama ada pada rakaat pertama, rakaat kedua, rakaat ketiga, dan seterusnya pada rakaat keempat.

HUKUM ORANG MUAFIQ

Hukum bagi orang muafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya. Tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara dua sujud.

CONTOH DAN GAMBARAN MUAFIQ

Seorang mamum yang muafiq sedang solat berjemaah, sebelum imam berdiri tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk. Maka mamum berkenaan mendapat rakaat itu kerana ketinggalan daripada imam belum masuk kepada rukun keempat. Seorang mamum yang muafiq sedang berjemaah sebelum imam duduk tasyahud akhir mamum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.

Kedua-dua contoh menunjukkan bahawa mamum berkenaan masih lagi berada dalam jarak tiga rukun daripada imamnya, belum lagi masuk ke rukun keempat. Sebagaimana contoh-contoh itu bahawa rukun-rukun yang jarak antara mamum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira daripada:
Rukuk Sujud yang pertama

Sujud yang kedua

HUKUM ORANG MASBUQ

Mamum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh mamum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya.
Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (mamum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka. (hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

CONTOH DAN GAMBARAN MASBUQ

mamum itu pada mulanya dia adalah muafiq, di dalam menunaikan peraturan-peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia berdiri tiba-tiba imam telah rukuk atau hampir rukuk, hukum mamum itu ialah orang masbuq. Jika ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu, dan diamaafkan dia meninggalkan bacaan fatihah.

CONTOH-CONTOH MASBUQ

Imam terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila mamum berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan AlFatihah, maka hukumnya wajib ke atas mamum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu. Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia membaca al fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.

MASBUQ JUMAAT
Solat jumaat diwajibkan dengan berjemaah. Oleh itu, tidak sah jumaat kecuali dengan berjemaah sekurang-kurangnya dengan 40 puluh orang yang berakal, cukup umur(baligh), merdeka dan bermastautin. Bagi seorang mamum masbuq yang ingin mendapat jumaat, dia hendaklah sekurangkurangnya sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua serta mempunyai tamakninah. Kemudian dia hendaklah menambah satu lagi rakaat selepas salam imam dan disunatkan membaca fatihah dan bacaan ayat quran yang sunat dengan

MASBUQ JUMAAT samb...

Jika ia tidak sempat mendapatkan rukuk bersama imam pada rakaat kedua itu, maka hendaklah ia menyempurnakan solat itu sebagai solat zohor iaitu dengan menambahkan empat rakaat selepas salam imam. Bacaan fatihah serta ayat yang sunat selepasnya hendaklah dengan perlahan.

RUMUSAN MUWAFIQ DAN MASBUQ


Muwafiq ialah mamum yang sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah dengan bacaan sederhana ketika qiam imamnya sebelum rukuk imamnya. Masbuq ialah mamum yang tidak sempat menghabiskan bacaan AlFatihah dengan bacaan sederhana dalam qiam imamnya seperti ketika dia masuk berjemaah itu imamnya sudah hampir rukuk atau sedang rukuk.

Bahan Rujukan
Ahmad & Mohd Farid. (2008). Islam Agama Rabbani: Dasar Pendidikan Islam Teras. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Abdul Al-Qari. (2003). Kewajipan & Keunggulan Sembahyang Jemaah: menurut Al-Quran & As-sunnah. Kuala Lumpur: AlHidayah Publishers. Hanafi Mohamed. (1999). 40 Fadhilat Sembahyang Berjemaah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Hassan Ahmad. (1990). Masalah Muwafiq dan Masbuq. Kota Bharu: Syarikat Jaafar Rawas.

Anda mungkin juga menyukai