FIQH AL-IBADAH
MUHAMAD NAIM BIN ABDUL HAMID
َو َما أُوتِيتُم ِم َن ا ْل ِع ْل ِم ِإ اَّل قَ ِليًا
Maksudnya:
“Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Ini disebabkan semasa ia masuk berjemaah imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan rukuk. Orang yang
berkeadaan begini sekiranya ia dapati imam sedang rukuk maka hendaklah ia terus bertakbir serta niat sekali dan
setelah berdiri sebentar (lamanya dalam kadar bacaan Subhanallah) teruskanlah rukuk bersama imam.
Sekiranya dapat berhenti bersama imam semasa rukuk, maka itu dikira satu rakaat walaupun tidak membaca al-
Fatihah kerana orang yang masbuk al-Fatihahnya di tanggung oleh Imam.
Sekiranya ia berkesempatan berdiri bersama imam dalam masa yang singkat, maka hendaklah ia membaca al-
Fatihah sekadar mana yang dapat dan teruskan mengikut imam dalam rukuk dengan syarat dapat berhenti bersama
dalam rukuk itu.
Makna muafiq pula ialah makmum yang mempunyai masa yang cukup bersama imam untuk membaca al-Fatihah
dengan bacaan yang sederhana.
Contoh dan gambaran Muafiq:
• Hukum bagi orang muwafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang
panjang daripada imamnya.Tidak termasuk rukun yang pendek.
• Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti
iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara dua sujud.
HUKUM ORANG YANG MASBUQ
Ma’mum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah yang belum
dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh ma’mum itu dikira semuanya ditanggung oleh
imamnya.
1) Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Imam yang menanggung pembacaan,
apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma’mum), dan jika rosak
bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka”. (hadis riwayat Ibnu
Majah dan Hakim)
2) Imam terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila ma’mum berdiri daripada sujudnya
didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan Al- Fatihah, maka
hukumnya wajib ke atas ma’mum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang
masbuq dan dia mendapat rakaat itu.
3) Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia membaca al fatihah
hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah
satu lagi rakaat selepas salam imamnya.
Duduk Masbuq