Anda di halaman 1dari 14

MASBUH, MUWAFIQ & MUFARAQAH DALAM SOLAT

APA ITU MASBUH


Masbuh = seorang ma’mum yang masuk solat berjamaah tetapi dia tidak sempat
menghabiskan bacaan al Fatihah, kerana imam telah rukuk atau imam sedang
sujud atau imam sedang duduk antara 2 sujud atau imam sedang baca tahiyyat.
Maka ma’mum ini dinamakan Ma’mum Masbuh.

CONTOH MASALAH MA’MUM MASBUH

1. Jika Ma’mum Masbuh masuk solat berjamaah ketika imam sedang sujud @ duduk
antara 2 sujud @ baca tahiyyat, maka setelah dia takbiratul’ihram, ma’mum
berkenaan hendaklah terus ikut apa yang imam sedang lakukan. Tidak perlu kelam
kabut mengejar imam. Dalam keadaan ini, ma’mum tersebut kena menambah
rakaat yang tertinggal setelah imam beri salam.

2. Jika Ma’mum Masbuh belum selesai baca al Fatihah, sedangkan imam telah rukuk,
maka ma’mum tersebut kena habiskan baca al Fatihah itu, dan diikuti rukuk. Ini
HARUS kerana dia belum tertinggal sehingga 3 rukun fi’li.Ma’mum
boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi 3
rukun fi'li(perbuatan).

3. Jika Ma’mum Masbuh baru selesai Takbiratul’ihram, tiba-tiba imam pun rukuk, maka
makmum tersebut tidak perlu baca al Fatihah, dia boleh terus rukuk mengikut
perbuatan imam. Dalam keadaan ini, ma’mum tersebut dikira memperolehi rakaat
yang sempurna.

4. Ma’mum Masbuh dikira mendapat rakaat yang sempurna, bilamana dia sempat
rukuk, walaupun waktu itu imam sedang melakukan pergerakan untuk Iktidal.

Sekiranya imam telah Iktidal berserta tamaninah (iktidal yang sempurna),


sedangkan Ma’mum Masbuh baru hendak rukuk atau hanya sempat menyentuh
tangannya ke lutut tanpa tamaninah, maka dia dikira telah tertinggal rakaat, dan
perlu menambah rakaat yang tertinggal setelah imam beri salam.

5. Jika Ma’mum Masbuh masuk berjemaah ketika imam sedang bertasyahud akhir,
maka hendaklah dia takbiratul ihram dan terus duduk mengikut perbuatan imam.
Dalam hal ini mereka dikira berjemaah tetapi semua bilangan rakaat dalam solat itu
hendaklah diganti selepas salam imam.

APA ITU MUWAFIQ

Muwafiq = seorang ma’mum yang masuk solat berjamaah setelah imam selesai
takbiratul’ihram, dan dia mempunyaikesempatan untuk baca al fatihah dalam
rakaat yang pertamanya, maka ma’mum ini dikira sebagai jamaah yang
sempurna dan tidak perlu menambah rakaat selepas imam memberi salam.
Ma’mum Muwafiq juga boleh berlaku JIKA dia masuk solat berjamaah pada rakaat
yang ke-2 atau ke-3 atau ke-4 imam, serta sempat rukuk bersama Imam. Maka dia
telah mendapat satu raka'at bersama imam. Menurut mazhab Syafi'ie, dia
hendaklah sempat rukuk mengikuti imam secara tamaninah, yakni tidak terlalu
gopoh-gapah.
[Rujukan: Prof Dr Abd Karim Zaidan, al-Mufassal, bab Solat]

HUKUM ORANG MUWAFIQ

1. Hukum bagi Ma’mum Muwafiq boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang)


daripada imam tidak melebihi 3 rukun fi'li (perbuatan).

Namun ada pendapat mengatakan bahawa, Ma’mum Muwafiq dimaafkan, sekiranya


mereka tertinggal jarak 3 rukun yang panjang daripada imamnya, iaitu tidak
termasuk rukun yang pendek.

Contoh : rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun pendek seperti
iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara 2 sujud.

2. Jika Ma’mum Muwafiq ada masa yang cukup untuk baca fatihah, tetapi dia termasuk
dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang
mengharuskan orang ini memotong bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai
mana ma’mum yang masbuh. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).

Namun, mengikut qaul yang asah (diterima) seperti yang tersebut dalam kitab al-
Raudah, ma’mum itu hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu
diberi keuzuran.

Harus diingat bahawa, bacaan al-Quran itu ada tiga cara


iaitu Tartil (lambat), Tadwir (sederhana),dan Hadr (laju). Jadi, kalau pada
rakaat pertama kita ketinggalan membaca al-fatihah, maka pada rakaat seterusnya
hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan al-
fatihah.

3. Masalah Takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam. Terdapat


beberapa pendapat, ada yang menyebut :

1. Mesti tidak melebihi 2 rukun fi'li (perbuatan)


2. Mesti tidak melebihi 3 rukun fi'li (perbuatan)
3. Mesti tidak melebihi 3 rukun fi'li yang panjang

Berdasarkan pemahaman saya, semuanya betul. Perbezaan ini timbul disebabkan


cara mengira rukun yang terbabit.

Contoh : Jika Ma’mum Muwafiq sedang Rukuk, Imam pula sedang Duduk Antara 2
Sujud. Perbezaan rukun antara ma’mum dan imam ialah 1. Rukuk, 2. Sujud & 3.
Duduk Antara 2 Sujud. Berdasar pendapat diatas :
1. Dikira sebagai 2 rukun fi'li kerana permulaan kiraan bermula dari
1. Sujud , 2. Duduk Antara 2 Sujud. Rukuk tidak dikira kerana waktu itu ma’mum
sedang Rukuk, justeru itu permulaan kiraan adalah dari perbuatan ma’mum untuk
rukun seterusnya iaitu Sujud.

2. Dikira sebagai 3 rukun fi'li kerana permulaan kiraan bermula dari


1. Rukuk, 2. Sujud, 3. Duduk Antara 2 Sujud.Permulaan kiraan adalah dari
perbuatan yang sedang dilakukan oleh ma’mum iaitu Rukuk.

3. Dikira sebagai 3 rukun fi'li yang panjang kerana permulaan kiraan bermula
1. Rukuk, 2. Sujud, Duduk Antara 2 Sujud (duduk Antara 2 Sujud tidak dikira kerana
ianya rukun pendek) 3. Sujud ke-2. Permulaan kiraan adalah dari perbuatan yang
sedang dilakukan oleh ma’mum iaituRukuk. Wallahu’alam.

CONTOH MASALAH MA’MUM MUWAFIQ

1. Seorang Ma’mum Muwafiq sedang solat berjamaah, sebelum imam qiam berdiri
tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk. Maka Ma’mum
Muwafiqberkenaan dikira mendapat rakaat itu walaupun pergerakannya tidak
serentak dengan imam, selagi dia tidak ketinggalan 3 rukun solat yang panjang.
[dalam hal ini dia terlewat 3 rukun fi’li yang panjang iaitu rukuk, sujud, (duduk
antara 2 sujud tidak dikira kerana ianya rukun pendek) & sujud kedua]

2. Seorang Ma’mum Muwafiq sedang solat berjamaah, sebelum imam duduk Tasyahud
Akhir ma’mum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.

Kedua-duanya contoh di atas menunjukkan bahawa ma’mum berkenaan masih lagi


berada dalam jarak 3 rukun daripada imamnya, belum lagi masuk ke rukun ke-4.

Sebagaimana contoh-contoh di atas itu bahawa rukun-rukun yang renggang atau


jarak antara ma’mum dengan imam ialah 3 rukun yang dikira daripada : 1. Rukuk, 2.
Sujud, 3. Sujud ke-2.

3. Jika seorang Ma’mum Muwafiq solat berjamaah, apabila imamnya sudah berada
dalam qiam ke-2 untuk membaca al Fatihah tetapi ma’mum berkenaan masih lagi
berada di qiam pertama belum lagi habis bacaan fatihahnya, atauimam sudah
berada di Tasyahud Akhir, sedangkan ma’mum masih lagi berada di qiam pertama
dan fatihahnya belum selesai.

Maka hukum solat ma’mum sedemikian adalah batal,KECUALI dia membuat 2


pilihan dengan segera semasa imam hendak berpindah kepada rukun ke-4 iaitu :

Pilihan pertama : ma’mum berkenaan dikehendaki meninggalkan bacaan fatihahnya


dan terus mengikut dan melakukan apa yang sedang dilakukan oleh imam, dan dia
wajib tambah satu rakaat lagi selepas salam imam, atau
Pilihan kedua : ma’mum berkenaan dikehendaki ‘Niat Mufaraqah’ dari mengikut
imam, kemudian ia hendaklah meneruskan bacaan al Fatihah dan rukun-rukun yang
lain secara seorang diri sehingga selesai solatnya. Dalam hal ini dia tidak dapat
pahala solat berjamaah.

Jika ma’mum berkenaan gagal membuat pilihan segera sebelum imam sampai
kepada rukun ke-4 iaitu qiam ke-2 atau tasyahud akhir maka batal solat ma’mum
itu dengan sampainya imam kepada rukun ke-4 sedangkan dia masih berada di
rukun yang pertama; tetapi tidak mengapa jika sama-sama berpindah (selisih) iaitu
ma’mum sedang berpindah kepada rukuk manakala imam sedang berpindah kepada
qiam ke-2 atau berpindah kepada Tasyahud Akhir.

MASALAH-MASALAH MA’MUM MUWAFIQ

Ulama-ulama fekah telah menjelaskan bahawa hukum MA’MUM MUWAFIQ itu ada
beberapa masalah. Ada antara mereka yang sepakat dan ada juga yang berlainan
pendapat.

Berikut adalah kesepakatan hukum yang telah diputuskan oleh ulama


muta’akhirin sepertimana yang terkandung dalam ‘Kitab Panduan Sembahyang
Berjemaah’ [Kitabnya kecik, nipis tetapi isinya amat bernas] karangan Allahyarham
Tuan Guru Haji Abdul Rahman, ayah kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Loh Lubuk
Tapah :

1. Ma’mum Muwafiq yang dimaafkan oleh syarak adalah mereka yang tertinggal 3
rukun daripada imamnya. Ini dikhususkan untuk orang yang lambat bacaannya
kerana tabiat kejadiannya begitu, dan bukan disebabkan was-was (teragak-agak).

Tetapi orang yang lambatkan bacaannya kerana was-wastidak dimaafkan jika


mereka ketinggalan 3 rukun, melainkan dimaafkan sekiranya dia sempat habiskan
bacaan fatihahnya sebelum imam turun untuk sujud.

Jika tidak sempat menghabiskan bacaannya, hendaklah dia berniat mufaraqah. Jika
tidak berniat mufaraqah sebelum imam turun sujud, dan sebaik imam turun sujud,
maka batal solatnya.

Ma’mum Muwafiq yang was-was dihukumkan seperti orang


yang sengaja melambatkan bacaan Fatihahnya. Mereka ini tidak boleh
meninggalkan bacaan al fatihah dan kena terus melakukan apa yang dibuat oleh
imam. Jika tidak dia dikira seperti hukum orang yang sengaja meninggalkannya.

2. Ma’mum Muwafiq yang syak samaada dia telah membaca Fatihah atau tidak, dan dia
ketika itu belum lagi rukuk sedangkan imamnya sudah rukuk. Maka ma’mum
berkenaan WAJIB membaca Fatihah dan dimaafkan ketinggalan dari imam 3 rukun
panjang.

Jika ma’mum berkenaan belum selesai bacaan Fatihahnya sedangkan imam telah
berpindah ke rukun ke-4 baginya, maka ma’mum berkenaan ketika itu kena segera
buat pilihan samaada hendak mufaraqah atau terus mengikut imam. Jika ma’mum
tidak juga membuat pilihan, sedangkan imam telah sampai kepada rukun ke-4,
maka batal solat ma’mum tersebut.

3. Ma’mum Muwafiq yang lupa membaca al fatihah sehinggaimamnya rukuk tetapi


ma’mum itu belum rukuk. Kemudian dia teringat bahawa dia belum lagi membaca al
fatihah. Maka WAJIB ma’mum ini membaca Fatihah dan tidak boleh dia rukuk
bersama imam, dan dia dimaafkan sekalipun dia ketinggalan 3 rukun panjang dari
imamnya.

4. Ma’mum Muwafiq yang syak adakah dia sudah membaca al fatihah atau belum
lagi, ataupun dia teringat bahawa dia belum lagi membaca al
fatihah, kemudian rukuk bersama imam. Maka hukumnya makmum tersebut tidak
boleh kembali untuk membaca Fatihah, bahkan wajib dia terus mengikut imam.
Nanti apabila imam selesai memberi salam, WAJIB dia menambahkan satu rakaat
lagi.

5. Ma’mum Muwafiq yang syak samaada dia sudah membaca al fatihah atau tidak
semasa dia rukuk, sedangkan imamnya belum lagi rukuk. Maka WAJIB ma’mum ini
bangun semula (qiam), dan membaca al Fatihah, dan dia dimaafkan sekalipun
ketinggalan 3 rukun yang panjang daripada imamnya.

6. Ma’mum Muwafiq yang tertinggal membaca al fatihahkerana sibuk membaca doa


iftitah atau membaca bacaan sunat yang lain, tiba-tiba imamnya rukuk sebelum ia
sempat menghabiskan bacaan al fatihah, hukumnya WAJIB dia menghabiskan
bacaan al fatihahnya dan dimaafkan sekalipun dia ketinggalan 3 rukun daripada
imamnya.

7. Ma’mum Muwafiq yang sedang menunggu saktah imamnyayakni beliau


memperhatikan bacaan al Fatihah imamnya untuk mendapat pahala sunat dan
bercadang membaca al Fatihah apabila imam membaca surah nanti, tetapi sebaik
sahaja imam selesai membaca Fatihah,

i. imamnya terus rukuk tanpa membaca apa-apa surah. Justeru, ma’mum tidak sempat
membaca Fatihah. atau

ii. imamnya baca surah yang terlalu pendek sehingga ma’mum tidak sempat
menghabiskan bacaan Fatihah.

Maka ma’mum tetap WAJIB baca al Fatihah sekalipun dia ketinggalan 3 rukun yang
panjang daripada imamnya dan ianya dimaafkan.

8. Ma’mum Muwafiq tertidur di tengah solat pada Tasyahud Awal dengan tetap
punggungnya di tempat duduk, berterusan tidur, lalu ditinggal oleh imam
sehingga imam turun untuk rukuk. Barulah ma’mum terjaga dari tidurnya. Masalah
ini terdapat perselisihan di antara ulama :
i. Syeikh Ibnu Hajar berkata : Ma’mum ini sepertiMa’mum Masbuh (iaitu tidak boleh
ketinggalan dari imam sebanyak 3 rukun panjang. Bahkan diahendaklah membaca
Fatihah sekadar yang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat rukuk
serta ada tamaninah, maka dikira dapat rakaat tersebut.

ii. Syeikh Ramli berkata : Ma’mum tersebut sepertiMa’mum Muwafiq (iaitu dimaaf
ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)

9. Ma’mum Muwafiq yang hanya mendengar seruan takbirimam. Apabila imam


bertakbir untuk qiam, disangka imam duduk untuk Tasyahud Awal. Lalu ia duduk
bertasyahud. Apabila dia mendengar imam bertakbir untuk rukuk, disangkanya
bangun dari Tasyahud Awal. Selepas itu baru ma’mum sedar bahawa takbir imam
tadi untuk rukuk. Dalam masalah ini ada berlaku khilaf pendapat :

i. Syeikh Ibnu Hajar berkata : Ma’mum ini sepertiMa’mum Masbuh (iaitu tidak boleh
ketinggalan dari imam sebanyak 3 rukun panjang. Bahkan diahendaklah membaca
Fatihah sekadar yang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat rukuk
serta ada tamaninah, maka dikira dapat rakaat tersebut.

ii. Syeikh Ramli berkata : Ma’mum tersebut sepertiMa’mum Muwafiq (iaitu dimaaf
ketinggalan 3 rukun panjang dari imam) . sama dengan di atas

10. Ma’mum Muwafiq yang sama-sama membaca Tasyahud Awal bersama imam.
Apabila imam berdiri dari Tasyahud Awal, makmum masih membaca Tasyahud
Awal. Apabila makmum berdiri dari Tasyahud Awal, didapati imam sudah rukuk atau
hampir hendak rukuk. Berlaku khilaf di antara Ibnu Hajar dan Ibnu Ramli:

i. Syeikh Ibnu Hajar berkata : Ma’mum ini tidak termasuk dalam kalangan Muwafiq,
kerana dikira sebagai sengaja meninggalkan bacaan Fatihah. Dia hendaklah
membaca Fatihah, kemudian rukuk bersama imam berserta Tamaninah. Jika ini
sempat dilakukan, maka dikira dapat rakaat tersebut.

Jika dia tidak sempat rukuk serta tamaninah, maka hendaklah dia niat mufaraqah
sebelum imam turun sujud. Dan setelah mufaraqah dari imam, hendaklah ia
melakukan aturan solat dengan berseorangan. Jika tidak niat mufaraqah, maka
batallah solat ma’mum berkenaan.

ii. Syeikh Ramli berkata : Ma’mum tersebut seperti Ma’mum Muwafiq (iaitu dimaaf
ketinggalan 3 rukun panjang dari imam).

SOAL & JAWAB

1. Soalan :
Seorang ma’mum menyertai solat berjemaah ketika imam telah selesai membaca al-
fatihah, dan belum pun dia sempat menghabiskan fatihahnya, imam dah mula
rukuk.
Jadi apakah benar ada pendapat yang mengatakan :
1. Jika ma’mum waktu itu sempat membaca separuhdaripada surah al-fatihah tersebut,
maka ma’mum wajib menghabiskannya.
2. Jika dia hanya sempat baca sedikit sahaja daripada surah al-fatihah tersebut, maka
ma’mum berkenaan boleh terus rukuk bersama imam bagi mendapatkan rakaat
tersebut.

Jawab:
Ini adalah masalah khilafiah, dan huraian dalam masalah ini memang
banyak versinya. Dalam hal membaca al Fatihah dalam Solat
Berjamaah, secara keseluruhannya fuqaha' berpecah kepada 3 golongan
bergantung keadaan berikut :

1. Pendapat Imam Malik & Imam Ahmad Ibnu Hanbal :

- Ma'mum membaca Fatihah bersama imam, walaupun ketika itu imam membaca
Fatihah secara sirr (perlahan) ;
- Ma'mum tidak membaca Fatihah bersama imamketika imam membaca Fatihah
secara jahar(kuat).

2. Pendapat Imam Hanafi :

- Ma'mum sama sekali tidak membaca Fatihah


semasa solat berjamaah samada secara sirr
atau jahar (tidak baca Fatihah bila solat berjamaah)

3. Pegangan Mazhab Imam Syafie :

- Ma'mum membaca Fatihah dan surah al Quran ketika imam membaca Fatihah
secara sirr, (contoh solat zohor @ asar)
- Ma’mum hanya membaca Fatihah sahaja ketika imam membaca secara jahar.

Dalam kes di atas, anda tidak sempat membaca al Fatihah hingga habis dan imam
telahpun rukuk.
Jika anda masbuh = anda tidak mendapat raka'at, tetapi
Jika anda muwafiq = anda mendapat satu raka'at ?
Ini berdasarkan alasan berikut :

1. Pendapat Ibnu Hazm (al Muhalla, Jld 3, ms 243),


juga pendapat Imam Bukhari dalam Juz al Qira-ah
dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya :

“Tidak dipandang memperoleh raka'at apabila tidak sempat membaca fatihah


sebelum Imam rukuk ketika Imam berada di raka'at yang sirr (senyap / perlahan)
bacaannya.”

Mereka mempertikaikan lafaz hadis," siapa yang mendapat rukuk bersama imam,
sungguhlah telah mendapat raka'at." Menurut Imam-imam tersebut, lafaz asal
berbunyi," sesiapa yang mendapat raka'at, maka sungguh telah mendapat solat."
Mendapat raka'at ini bermakna sempat membaca Fatihah.
2. Pendapat Imam Ibnu Mundzir (bermazhab Syafi'e):

Tidak menyukai perbuatan setengah imam yang sengaja melambatkan rukuk bagi
memberi peluang ma’mum yang lewat untuk mendapatkan raka'at.

Ibadah Solat ialah kerehatan bagi jiwa, tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa.
Tertib dan tamaninah perlulah dijaga. Jika tidak sempat membaca fatihah, rukuklah
bersama imam maka tambahlah satu raka'at lagi.

(Rujukan: ‘As Solah’ oleh Prof TM Hasbi As Siddiqui, Pustaka Bulan Bintang, Jakarta)

2. Soalan :
Seseorang menyertai solat berjemaah ketika imam sedang duduk Tahiyyat Awal,
apabila imam bangkit untuk rakaat ke-3, dia pun bangkit dan mula membaca surah
al-fatihah untuk rakaat pertamanya. Disebabkan imam terlalu cepat membaca surah
al-fatihah, dia tidak sempat menghabiskan fatihahnya, imam dah rukuk, adakah dia
sepatutnya rukuk sekali dengan imam atau habiskan bacaan fatihahnya bagi
mendapatkan rakaat pertama tersebut.

Jawab:
Solat berjamaah ada disiplin seperti dalam ketenteraan. Imam dan kelajuannya
sepatutnya sudah diketahui oleh para ma’mum, dan para ma’mum hendaklah serasi
dengan kelajuan imam.

Dalam kes di atas, menurut fuqaha' Syafi'iy dibolehkan lewat sedikit tapi jangan
sampai ketinggalan dari imam melebihi 2 rukun fi'li (perbuatan) tanpa uzur.
Kemudian dia haruslah ‘adjust’ dengan kelajuan imam. Kerana berdasarkan mafhum
hadis,"Sesungguhnya dijadikan imam itu supaya diikuti ma’mum, oleh itu janganlah
kamu menyalahinya. Jika dia bertakbir hendaklah kamu bertakbir, apabila dia rukuk
hendaklah kamu ikut rukuk, dan apabila dia sujud hendaklah kamu ikut sujud. “
(HR Syaikhan dari Abu Hurairah)

Rujukan: Syeikh Rahbawi, solat 'ala madzhaabil arba'ah.

3. Soalan :
Apakah syarat agar bacaan al Fatihah kita boleh ditanggung oleh imam ?

Jawab:
Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk, manakala ma’mum yang masbuh
belum habis baca fatihah, maka wajib ma’mum itu memutuskan atau berhentikan
bacaan fatihahnya dan terus rukuk. Namun ada beberapa syarat seperti dibawah.

Syarat untuk membolehkan ma’mum memotong bacaan fatihah dan ditanggung


oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah
dan ta'awuz (auuzubillah).
Dalam hal ini, Ma’mum yang masbuh tadi hendaklah terus membaca
rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula
denganbismillah.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat
berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya".

Justeru, bagi mereka yang masbuh ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah
terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca fatihah.

Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam
dengan tamaninah.

Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan


bertakbir. Ini taktik orang yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu
membaca fatihah. Walhal perbuatan itu dihukumkan makruh.

4. Soalan :
Apakah dalam bab masbuh, adakah nas atau dalil untuk kita tepuk bahu imam ?

Jawab:
Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu
sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, maka dihukumkan makruh.

Kalau kita hendak masbuh, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu
atau menguatkan suara semasa bertakbir.

Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa
mengimamkan solat Jumaat.

5. Soalan :
Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal Tahiyyat Awal, bagaimana ma’mum
boleh menegurnya ?

Jawab:
Dalam hal ini, ma’mum itu perlu tahu adakah kesilapan itu, samaada ianya perkara
rukun atau sunat dalam solat.

Kalau dalam perkara sunat, ma’mum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi
imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua
sebaliknya terus qiam selepas sujud.

Dalam hal ini, ma’mum wajib ikut imam, cuma dia boleh menegur dengan
menyebut subhanallah supaya imam tahu dia terlupa Tahiyyat Awal dan boleh sujud
sahwi kemudian.

Jika ma’mum berkeras dan membaca Tahiyyat Awal maka solatnya batal.
Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit
selepas rakaat ke-4 pada solat asar (imam terlebih rakaat).

Kalau ma’mum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika
ma’mum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya
sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga
memberi salam.

Sebaliknya ma’mum diberi pilihan sama ada

1. Hendaklah duduk Tahiyyat Akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam, atau
2. Niat mufarakah (berpisah daripada imam).

APA ITU MUFARAQAH

Mufaraqah = niat untuk memisahkan diri dari mengikuti imam semasa


mengerjakan solat berjamaah. Maksudnya dia kena meneruskan solatnya
secara sendiri tanpa perlu berhenti dan ulang semula solatnya.

Kesimpulan bagi persoalan berkaitan hukum ma’mum berniat Mufaraqah


(niat berpisah daripada imam) :

1 Dalam mazhab syafie ma’mum boleh niat mufaraqah dengan Imam


samaada bersebab atau tidak. Ianya dihukumkan makruh.
Dalam solat Jumaat tidak sah niat mufaraqah pada rakaat pertama.
2 Mazhab Hanbali harus mufaraqah dengan Imam dengan sebab keuzuran,
jika tanpa uzur ada 2 pendapat; pertama batal solatnya dan ini merupakan
pandangan yang asah (diterima) dankedua harus
3 Mazhab Hanafi: Makruh makmum memberi salam lebih awal dari Imam
tetapi tidak harus Mufaraqah
4 Mazhab Maliki: Sesiapa yang mengikut Imam tidak harus mufaraqah
dengan Imam

KEUZURAN YANG MENGHARUSKAN MUFARAQAH:

1 Imam membaca panjang sedangkan makmum ada keperluan


2 Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut/tahiyyat awal
3 Sakit
4 Bimbang dikuasai rasa mengantuk
5 Bimbang terbatal solat (rasa nak kencing)
6 Bimbang kehilangan harta
7 Bimbang ditinggalkan kawan
8 Menyelamatkan orang yang lemas, atau seumpamanya.

Dalil mazhab Syafie dan Hanbali:Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan


Bukhari :
‫عبَّاد ْبنُ ُم َح َّم ُد َح َّدثَنِي‬ َ ‫س ْفيَانُ َح َّدث َ َنا‬ ُ ‫ع ْمرو ع َْن‬ َ ‫َقا َل جَا ِبر ع َْن‬
َ‫ص ِلِّي ُمعَاذ كَان‬ َ ُ‫ي َم َع ي‬ َّ
ِِّ ِ‫صلى النب‬ َّ َ ُ‫َللا‬ َّ ‫عل ْي ِه‬ َ َ ‫سل َم‬ َّ ُ ْ
َ ‫صلى ق ْو َمه فيَؤُم يَأتِي ث َّم َو‬ َ ُ َ َّ َ
َ ‫ي َم َع لَ ْيلَة ف‬ ِِّ ِ‫صلَّى النَّب‬ َ ُ‫َللا‬ َّ ‫علَ ْي ِه‬ َ ‫سلَّ َم‬ َ ‫ث ُ َّم ا ْل ِعشَا َء َو‬
َ َ َ َ ْ
‫ور ِة فافتَت َ َح فأ َّم ُه ْم ق ْو َمهُ أتَى‬ َ َ ‫س‬ ُ ِ‫ف ا ْلبَقَ َر ِة ب‬ َ
َ ‫سلَّ َم َرجُل فا ْنح ََر‬ َ
َ ‫صلَّى ف‬ ُ
َ ‫ف َوحْ َدهُ ث َّم‬ َ َ َ
َ ‫َللا َل قَا َل ف ََلنُ يَا أنَاف ْقتَ لَهُ فقَالُوا َوا ْنص ََر‬ ُ ِ َّ ‫َو ََلتِيَنَّ َو‬
‫سو َل‬ ُ ‫َللا َر‬ ِ َّ ‫صلَّى‬ َ ُ‫َللا‬
َّ َ ‫م‬َّ ‫ل‬ ‫س‬
َ ‫و‬ َ ‫ْه‬
ِ ‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ُ ‫ه‬َّ ‫ن‬ ‫ر‬
َِ ‫ب‬ ‫خ‬ ْ ُ َ
‫َل‬ َ ‫ف‬ ‫ى‬َ ‫ت‬َ ‫أ‬ َ ‫ف‬ ‫ل‬
َ ‫و‬ ‫س‬
ُ ‫ر‬َ َّ ‫َللا‬
ِ ‫ى‬ َّ ‫ل‬ ‫ص‬ َ ‫َللا‬
ُ َّ ‫ه‬
ِ ‫ي‬
ْ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ‫م‬
َ َّ ‫ل‬ ‫س‬َ ‫و‬
َ ‫ل‬َ ‫ا‬ َ ‫ق‬ َ ‫ف‬ ‫َا‬ ‫ي‬ ‫ل‬َ ‫و‬ ‫س‬
ُ ‫ر‬ ‫َللا‬
ِ
َ َّ ِ ‫ا‬ َّ ‫ن‬ ‫إ‬ ‫َاب‬
ُ ‫ح‬ ‫ص‬
ْ َ ‫أ‬ ‫ح‬
َ ِ ‫نَ ْع َم ُل نَ َو‬
‫اض‬
‫َار‬ َّ َّ‫ن‬
ِ ‫صلى ُمعَاذا َوإِ بِالنه‬ َّ َ َ‫ك‬ ْ ُ
َ‫ور ِة فافتت َح أتى ث َّم ال ِعشَا َء َمع‬ َ َ َ َ ْ َ َ ْ
َ ُ‫َللا َرسُو ُل فأقبَ َل البَق َر ِة بِس‬ْ َ َ ِ َّ ‫صلى‬ َّ َ ُ‫َللا‬ َ
َّ ‫عل ْي ِه‬َ ‫سل َم‬ َّ َ ‫على َو‬ َ َ ‫يَا فَقَا َل ُمعَاذ‬
ُ‫س ْفيَانُ قَا َل بِ َكذَا َوا ْق َرأْ بِ َكذَا ا ْق َرأْ أ َ ْنتَ أَفَت َّان ُمعَاذ‬ ُ ُ‫ش ْم ِس ا ْق َرأْ قا َل أنَّهُ جَابِر ع َْن َح َّدثنَا الزبَي ِْر أبَا إِنَّ ِلعَ ْمرو فقُ ْلت‬
َ َ َ َ َ َّ ‫َوال‬
‫ضحَا َها‬ ُ ‫س ِِّب ْح يَ ْغشَى إِذَا َواللَّ ْي ِل َوالضحَى َو‬ َ ‫س َم َو‬ ْ ‫ع ْمرو فَقَا َل ْاْل َ ْعلَى َر ِِّبكَ ا‬ َ ‫َهذَا نَحْ َو‬

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:Biasanya Muaz sembahyang bersama


Nabi SAW kemudian beliau pulang mengimami kaumnya.

Pada suatu malam, beliau sembahyang Isyak bersama Nabi SAW kemudian
pulang mengimami kaumnya. Beliau mulai dengan membaca surah Al-
Baqarah. Maka ada seorang lelaki yang membatalkan sembahyangnya
dengan memberi salam terlebih dahulu, kemudian mendirikan sembahyang
bersendirian lalu beredar.

Orang ramai berkata kepadanya: Wahai Si Polan! Adakah kamu sudah


menjadi munafik? Dia menjawab: Tidak! Demi Allah sesungguhnya aku
akan menghadap Rasulullah SAW dan memberitahu akan hal ini. Orang
tersebut menghadap Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah!
Sesungguhnya kami adalah seorang pemilik unta, penyiram tanaman dan
kami berkerja pada siang hari.

Sesungguhnya Muaz telah mendirikan sembahyang Isyak bersama kamu


lalu pulang dan mendirikan sembahyang dimulai dengan membaca surah
Al-Baqarah. Rasulullah s.a.w menemui Muaz lalu bersabda:
Wahai Muaz! Adakah kamu memesongkan sembahyang dengan membaca
itu dan ini.

Sufian berkata: Aku berkata kepada Amru sesungguhnya Abu Az-Zubair


menceritakan kepadaku dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Bacalah surah Asy-Syams, Ad-Dhuha dan Al-A’laa. Maka Amru berkata:
Memang seperti itu.

[Hadis riwayat Imam Muslim, Kitab al-Solat Bab al-Qiraat fi al-Ishak (Bab Bacaan
Dalam Solat Isyak, hadis no.175)]

Imam Nawawi menyebut dalam Sharh Sohih Muslim tentang hadis ini yang
mempunyai beberapa hukum:

1 Harus orang yang solat fardu mengikuti orang yang solat sunat kerana
Saidina Muaz menunaikan solat fardu bersama rasul SAW. Muaz telah
menunaikan kewajipannya solat Isyak bersama rasul SAW, kemudian Muaz
menjadi Imam kepada kaumnya, jadi Solat Muaz adalah sunat sedangkan
kaumnya adalah fardu. Ini dijelaskan dalam riwayat lain selain Muslim.
Hukum makmum solat fardu mengikut imam solat sunat adalah harus
dalam mazhab syafie dan lain-lain.
2 Hadis ini dijadikan dalil oleh pendukung mazhab syafie, harus bagi
makmum memutuskan niat dari mengikut Imam dan meneruskan solatnya
walaupun mengikut pergerakan Imam.

Berhubung masalah ini, ulama mazhab syafie terbahagi kepada 3 :

1. merupakan pandangan yang paling sah (Asah = diterima) harus dengan


uzur atau tanpa keuzuran
2. Tidak harus secara mutlak
3. Harus bagi orang uzur dan tidak harus bagi yang tiada keuzuran

Namun begitu Imam Nawawi menolak golongan yang menjadikan hadis ini
sebagai dalil harus mufaraqahkerana dalam riwayat ini lelaki tersebut
memberi salam, menghentikan solat dan solat semula.

Dalam riwayat Imam al-Bukhariyy riwayatnya lebih ringkas juga dari Jabir
bin Abdullah:

‫غ ْندَر َح َّدثَنَا قَا َل بَشَّار ْبنُ ُم َح َّم ُد َح َّدثَنِي‬ ُ ‫ش ْعبَةُ َح َّدثَنَا قَا َل‬ ُ ‫ع ْمرو ع َْن‬ َ ‫َللا ْبنَعَ ْب ِد جَابِ َر سَمِ عْتُ قَا َل‬ ِ َّ ‫قَا َل‬
َ‫ص ِِّلي َجبَل ْبنُ ُمعَاذُ كَان‬ َ ُ‫ي َم َع ي‬ ِِّ ‫صلَّى النَّ ِب‬
َ ُ‫َللا‬َّ ‫علَ ْي ِه‬
َ ‫سلَّ َم‬ َ َ‫ف ِبا ْلبَقَ َر ِة ا ْل ِعشَا َءفَقَ َرأ َ ف‬
َ ‫صلَّى قَ ْو َمهُ فَيَؤُم ي َْر ِج ُع ث ُ َّم َو‬ َ ‫الر ُج ُل فَا ْنص ََر‬
َّ ‫فَ َك‬
َّ‫او َل ُمعَاذا أَن‬ َ َ ُ ْ
َ ‫ي فبَلغ مِ نه تن‬ َ َ َ َّ
َّ ِ‫صلى النب‬ َّ َ ُ‫َللا‬ َ
َّ ‫عل ْي ِه‬َ ‫سل َم‬َّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ
َ ‫ورتي ِْن َوأ َم َرهُ فاتِنا فاتِنا فاتِنا قا َل أ ْو مِ َرار ثَلث فت َّان فت َّان فقالفت َّان َو‬ َ َ َ َ ُ‫بِس‬
‫ص ِل أ َ ْوسَطِ مِ ْن‬َّ َ‫ا ْل ُمف‬

Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Iza Tawwala al-Imam
Wa Kana Li al-Rajul Hajatan Fakharaja Fa Salla (Bab sekiranya Imam
Memanjangkan bacaan dan seorang itu ada hajat maka dia keluar dari
Imam dan solat)

Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menghuraikan hadis di atas memberi ulasan


yang berbeza berkaitan kata “memberi salam” dalam riwayat Sufyan bin
Uyaynah:

‫ لكن والبن‬, ‫ذكر البيهقي أن محمد بن عباد شيخ عيينة عند مسلم ” فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده ” وهو ظاهر في أنه قطع الصالة‬
‫ وأن‬, ” ‫الحفاظ من أصحاب ابن عيينة وكذا من أصحاب شيخه عمرو بن دينار وكذا من مسلم تفرد عن ابن عيينة بقوله ” ثم سلم‬
‫ وكأنه فهم أن هذه اللفظة تدل على أن الرجل قطع الصالة ; ألن السالم أصحاب جابر لم‬, ‫ وسائر يذكروا السالم‬, ‫يتحلل به من الصالة‬
‫ قال الرافعي في ” شرح المسند ” في الكالم على الروايات تدل على أنه قطع القدوة فقط ولم يخرج من‬. ‫الصالة بل استمر فيها منفردا‬
‫ هذا يحتمل رواية‬. ” ‫من جهة اللفظ أنه قطع الصالة وتنحى الشافعي عن ابن عيينة في هذا الحديث ” فتنحى رجل من خلفه فصلى وحده‬
‫ لكنه غير محمول‬, ‫ ولهذا استدل به الشافعية عن موضع صالته واستأنفها لنفسه‬. ‫عليه ; ألن الفرض ال يقطع بعد الشروع فيه انتهى‬
‫على أنللمأموم أن يقطع القدوة ويتم صالته منفردا ” فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده‬

“Dalam riwayat Ibnu Uyaynah secara zahirnya lelaki tersebut


menghentikan solatnya, memberi salam dan solat semula secara
bersendirian, tetapi al-Baihaqi menyebut bahawa Muhammad Ibn Abbad
sahaja yang meriwayatkan dari Ibn Uyaynah dengan lafaz “Kemudian
memberi salam” manakala Huffaz yang lain dari kalangan murid kepada
Ibnu Uyaynah mahupun murid kepada guru Ibnu Uyaynah iaitu Amru bin
Dinar dan murid kepada Jabir juga tidak menyebut perkataan” Memberi
salam.”

Ini menunjukkan Abbad memahami maksud memutuskan dengan


membatalkan solat sedangkan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan
lelaki tersebut berpisah dari Imam dan tidak membatalkan solatnya.

Tindakan Nabi SAW menegur Muaz r.a dan tidak meminta lelaki tersebut
mengulangi solatnya menunjukkanmufaraqah Imam dengan keuzuran
tersebut adalah harus.

Kesimpulannya : Hukum asal solat berjemaah adalah mesti mengikut


pergerakan dan perbuatan Imam namun Harus bagi makmum niat
mufaraqah dengan imam dengan keuzuran dan menyempurnakan solat
secara berseorangan berasaskan kepada hadis Muaz diatas. Wallahu’alam

SOAL & JAWAB

1. Soalan :
Apa yang perlu dibuat oleh ma’mum apabila mengetahui imam telah batal solatnya
tanpa si imam menyedarinya ? Apakah ma’mum harus membatalkan solatnya, atau
terus mengikuti imam hingga solatnya selesai ?

Jawab :
Apabila ma’mum mengetahui bahawa imam batal solatnya, maka ma’mum tidak
boleh mengikuti imam dan tidak boleh pula menghentikan solatnya, dia kena
teruskan solatnya dengan niat memisahkan diri dari imam (niat mufaraqah).
Sayid Abdurrahman Ba’alawi dalam kitabnya Bughyatul Mustarsyidin, halaman 74
telah mengutip fatwa pengarang kitab Kasyfun Niqab sebagai berikut :

Kesimpulannya, bahawa dalam niat berpisah dari imam itu terdapat 5 hukum. Ada
kalanya wajib, seperti bila ma’mum melihat imam melakukan hal-hal yang
membatalkan solatnya.”

Syeikh Zainuddin Al-Malibari dalam kitabnya Fathul Mu’in mengatakan :

“Niat Mufaraqah itu terkadang wajib, seperti ma’mum mengetahui ada hal-hal yang
membatalkan solat imam, maka seketika itu pula ia wajib niat mufaraqah. Jika tidak
berniat mufaraqah, maka solatnya batal sekalipun tidak mengikuti imam. Keputusan
hukum ini telah disepakati oleh para ulama, sebagaimana yang diterangkan dalam
kitab Al-Majmu.”

Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzah, Juz IV, halaman
256 mengatakan :

“Jika ma’mum solat di belakang imam yang berhadas dengan sebab junub atau
buang air dan lainnya, sedangkan ma’mum mengetahui bahawa imamnya berhadas,
maka ia berdosa karena perbuatannya itu, dan batal solatnya menurut ijmak. Jika ia
tidak mengetahui imamnya berhadas selain dari solat Jumat, maka sah solatnya.
Akan tetapi bila ia mengetahui bahwa imamnya itu berhadas di tengah-tengah
solat, maka wajib baginya niat mufaraqah dengan imam dan menyempurnakan
solatnya secara munfarid (sendirian) melanjutkan rakaat solatnya. Seandainya dia
terus saja mengikuti imamnya sekalipun hanya sebentar atau ia tidak berniat
mufaraqah, maka solatnya dinyatakan batal menurut kesepakatan ulama.”

Anda mungkin juga menyukai