Anda di halaman 1dari 7

Terjemahan dan penyusunan semula 'Kertas Kerja Kursus : Muafiq dan Masbuq'

edisi jawi.
Dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Kelantan.
Cetakan pertama: 1995.

Kandungan dan susunan buku ini sama seperti risalah kuning yang dipetik oleh
Dr Abd Basit dalam kuliahnya: (Risalah kecil berwarna kuning berjudul Muafik
dan Masbuk. Risalah ini diambil dari kitab berjudul Al Qauluttam fi
ahkamilmakmumi wal imam ala mazhabil imami Syafie. Kitab tersebut telah
diterjemah dan diringkaskan oleh Yusof Zaki, dengan judul Masalah imam dan
makmum.)
Nota:
Artikel ini diterjemah dan disusun semula dari risalah asal edisi jawi, dengan
sedikit tambahan dari penyusun bicara (pen), yang dinyatakan dalam bentuk
kurungan; atau dari sumber lain yang dinyatakan. Risalah berkenaan hanya
memuatkan perbincangan muafiq dan masbuq dari aliran mazhab Syafie sahaja.
Sila maklumkan jika terdapat sebarang kesilapan. Semoga mendatangkan
manfaat di dunia dan akhirat buat semua dalam apa jua bentuk, mudahmudahan kita digolongkan Allah s.w.t. dalam golongan orang-orang yang
bertakwa, Allahumma amin.

Makna / definisi

Masbuq

Masbuq pada bahasa = tertinggal.

Istilah = makmum tak cukup masa untuk menghabiskan bacaan fatihah, dengan
bacaan sederhana sebelum imam rukuk.

Muafiq

Bahasa = bersekali.

Istilah = makmum mempunyai masa yang cukup untuk menamatkan bacaan


fatihah, dengan bacaaan sedehana sebelum imam selesai rukuk.

Makmum menentukan statusnya samada masbuq atau muafiq

Jika seorang makmum ating untuk solat berjamaah di belakang imam yang
berdiri dalam solat, makmum itu hendaklah terus bertakbiratul ihram.

Jika solat itu adalah solat bacaan lantang (jahr/jahar); makmum tersebut boleh
menentukan samada dia adalah masbuq atau muafiq.

Jika dia yakin akan menyempurnakan bacaan fatihah sebelum imam rukuk, maka
dia adalah makmum muafiq.

Jika dia yakin dia pasti tidak sempat menyempurnakan fatihah kerana imam
hampir rukuk, maka dia adalah makmum masbuq.

Jika solat itu adalah solat bacaan perlahan, dan dipercayai imam sudah lama
berdiri dalam solat, makmum tersebut hendaklah terus bertakbiratul ihram,
jangan berlengah-lengah bahkan terus membaca alfatihah.

Jika setelah dia dapat menyempurnakan bacaan alfatihah barulah imam rukuk,
maka dia adalah muafiq.

Jika dia belum sempat menyempurnakan alfatihah tetapi imam sudah rukuk,
maka dia adalah masbuq.

Tatacara

Tatacara makmum masbuq.

Setelah makmum yakin bahawa dia adalah masbuq, dia hendaklah terus
membaca alfatihah. Jangan menghabiskan masa dengan bacaan-bacaan sunat
yang lain. Jika imam rukuk, dia hendaklah terus rukuk tidak perlu menamatkan
bacaan alfatihah.

Jika makmum itu rukuk dan sempat berthamakninah bersama imam ketika rukuk
itu, dia dikira mendapat rakaat itu.

Jika makmum itu tidak sempat berthamakninah bersama imam dalam rukuk itu,
dia dikira tidak mendapat rakaat itu. [pen- makmum perlu terus mengikut imam
seperti biasa (iktidal bersama imam, sujud bersama imam, duduk di antara dua
sujud dan seterusnya; sehinggalah imam masuk ke rakaat yang seterusnya).]
Selepas imam menamatkan solat (iaitu selepas salam), makmum perlu
mencukupkan bilangan rakaat solatnya itu.

Tatacara makmum muafiq.

Setelah makmum yakin bahawa dia adalah makmum muafiq, dia hendaklah
menamatkan bacaan alfatihah, walaupun tertinggal tiga rukun yang panjang
seperti imam rukuk rukuk, itidal, sujud, duduk antara dua sujud, kemudian imam
sujud yang ke dua. Ketika ini jika makmum dapat tamatkan bacaan alfatihah dia
perlu rukuk, itidal, sujud dan mengikut imam seterusnya seperti biasa.

Tetapi jika ketika ini makmum belum lagi tamat bacaan alfatihahnya, apa yang
perlu dilakukannya? Ia adalah seperti berikut:

-sebelum imam pindah berdiri (masuk ke rakaat seterusnya), atau imam duduk
tasyahud (bagi kes imam berada dalam rakaat ke dua atau rakaat akhir),
makmum mempunyai dua pilihan untuk dilakukan. Dia perlu memilih salah satu
daripadanya:

-Pertama, dia terus sujud mengikut imam dalam sujud, dalam tahiyat awal atau
dalam qiam, dengan meninggalkan acara tertib solat asal bagi dirinya. Makmum

dikira tidak mendapat rakaat tersebut dan hendaklah mencukupkan bilangan


rakaat solatnya selepas imam selesai solat.

-Ke dua, makmum berniat mufaraqah dari imam. Jangan lagi mengikut imam.
Tetapi hendaklah dia bersolat dalam keadaan dia tidak lagi berjamaah.

[pen-tiga rukun yang panjang adalah rukuk, sujud yang pertama dan sujud yang
ke dua].

Rakaat makmum masbuq dan muafiq

Makmum masbuq mendapat rakaat jika sempat rukuk bersama imam dengan
thamakninah, walaupun dia tidak sempat tamatkan bacaan alfatihah.

Makmum muafiq mendapat rakaat jika dapat tamatkan bacaan alfatihah dan
dapat rukuk sebelum imam bangkit dari sujud ke dua (bangkit dari sujud untuk
berdiri atau untuk membaca tahiyat).

Masbuq atau muafiq boleh berlaku terhadap makmum dalam mana-mana rakaat
solat.

Sebab makmum muafiq ditinggalkan oleh imam

Lazimnya, jika seseorang makmum tiba awal berdiri di belakang imam untuk
berjamaah dia tidak akan ditinggalkan oleh imam dalam melakukan rukun-rukun
solat. Tetapi ada ketikanya dia mungkin boleh tertinggal disebabkan berlaku
sesuatu perkara yang berpunca samada dari dirinya sendiri ataupun imam.

Berpunca dari dirinya sendiri (makmum):

1.

Bacaan alfatihahnya semulajadi lambat.

2.
Makmum yakin dia belum lagi membaca alfatihah atau was was samada
sudah membaca alfatihah atau belum. *Dr Basit makmum tetap kena habiskan
alfatihah.
3.
Makmum tidak terus membaca alfatihah sebaik sahaja selepas
takbiratul ihram kerana menunggu imam tamat membaca alfatihah. [pen- kes ini
lazimnya berlaku semasa solat bacaan lantang/jahar contohnya solat isya].
4.
sunat.

Makmum mengambil masa panjang kerana membaca bacaan-bacaan

5.
Makmum memanjangkan sujud samada secara sengaja atau tidak
sengaja.
6.

Makmum mengambil masa panjang untuk membaca tasyahud awal.

7.

Makmum tertidur.

a.

semasa duduk untuk membaca tasyahud awal.

b.
Semasa duduk antara dua sujud sehingga imam rukuk atau hampir rukuk,
barulah dia sedar.
8.

Makmum ragu adakah dia masbuq atau muafiq.

9.

Lalai dan terus terlupa bahawa dia berada dalam solat.

10.
Tersalah sangka ketika mendengar takbiratul intiqalat imam. (selepas
rakaat kedua) makmum duduk dan membaca tasyahud awal.
11.
Terlalu lambat bergerak semasa berpindah dari satu rukun ke satu rukun
sedangkan imam tidak membaca tasyahud awal, dan apabila makmum selesai
membaca tasyahud, makmum pun bangun dan didapati imam sudah rukuk atau
hampir rukuk.
12.
Ditinggalkan oleh imam kerana menghabiskan masa dengan berkeadaan
was-was.
13.
Habis masa kerana mengajar atau menegur imam-imam yang terlekat
bacaan.

Berpunca dari imam:

1.
membaca atau bergerak (berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain)
terlalu cepat.
2.
meninggalkan bacaan surah selepas membaca alfatihah. *Dr Basit
contoh: selepas tamatkan bacaan alfatihah, imam terus rukuk tanpa membaca
surah lazim. Jika begini, makmum tetap perlu tamatkan bacaan alfatihahnya.

Dalam kes-kes di atas ini, makmum perlu tamatkan bacaan alfatihah.

Keadaan makmum yang dikira masbuq

Jika makmum dalam keadaan masbuq, maka dia bolehlah membaca alfatihah
sekadar yang dia sempat sahaja. Kemudian terus rukuk bersama imam.
Keadaan-keadaan yang membuatkan makmum dianggap masbuq:
1.
Makmum tiba untuk takbiratul ihram semasa imam sedang atau hampir
rukuk [pen- makmum mengetahui imam hampir rukuk berdasarkan bacaan surah
imam, hal ini berlaku jika imam membaca secara lantang].
2.
Makmum tiba untuk takbiratul ihram dalam solat bacaan perlahan
(sirriyah), dan tiba-tiba imam terus rukuk.
3.
Makmum tak dapat terus bersujud untuk mengikut imam setelah imam
sujud, kerana berlaku kesesakan.
4.
Makmum sengaja melengahkan memulakan takbiratul ihramnya
sehingga imam hampir rukuk.

Masalah yang berlaku khilaf ulama dalam menentukan status; adakah masbuq
atau muafiq

Segala tatacara dan kaedah yang telah lepas tidak disebut perkara-perkara atau
masalah yang berlaku khilaf di kalangan ulama, dan bolehlah diikuti oleh
makmum semasa menunaikan solat berjamaah. Tetapi sebagai menambahkan
lagi pengetahuan, bolehlah kita mengikuti sedikit sebanyak tentang khilaf ulama
dalam masalah muafiq dan masbuq.

1.
Makmum yang tertidur dan tetap papan punggungnya semasa
membaca tasyahud awal dan tersedar setelah imam hampir rukuk. Menurut
Syeikh Ramli dia dikira sebagai makmum muafiq iaitu dimaafkan ketinggalan
dari imam sehingga tiga rukun panjang untuk membaca alfatihah. Tetapi kata
Syeikh Ibn Hjr dia dikira sebagai makmum masbuq.
2.
Makmum yang sedang mengikut imam tiba-tiba dia mendengar takbir
intiqal, dia tersalah sangka imam membaca tahiyat awal, dia pun duduk
membaca tahiyat awal, sedangkan imam tidak duduk membaca tahiyat awal.
Apabila imam takbir pula untuk rukuk barulah dia sedar dia pun bangun untuk

membaca alfatihah. Kata Imam Syeikh Ramli dia dikira sebagai makmum muafiq.
Tetapi kata Syeikh Ibn Hjr dia adalah masbuq.
3.
Makmum terlupa dia adalah makmum semasa sujud atau semasa
tahiyat awal. Apabila imam hampir rukuk barulah dia teringat dia adalah
makmum dan terus berdiri untuk membaca alfatihah. Kata Syeikh Ramli dia
adalah muafiq. Kata Ibn Hjr dia adalah masbuq.
4.
Makmum ragu-ragu adakah dia masbuq atau muafiq. Kata Syeikh
Ramli dan Khatib Syarbini dia adalah muafiq. Mengikut kenyataan dalam kitab
thfh?? dia adalah masbuq.

Penutup: Nota

1.
Makmum muafiq yang sempat menghabiskan bacaan alfatihah
sedangkan imam sudah bangun berdiri atau duduk membaca tasyahud dan
makmum itu tidak juga berniat mufaraqah atau tidak terus sujud dan bangun
mengikut imam, maka solat makmum itu batal.

2.
Makmum masbuq tetapi dia cuba juga untuk menghabiskan bacaan
alfatihah sehingga imam sujud makmum hendaklah sujud mengikut imam
ataupun berniat mufaraqah. Jika tidak berbuat demikian solatnya batal.
3.
Makmum muafiq yang telah rukuk bersama-sama imam tiba-tiba
teringat bahawa dia masih belum membaca alfatihah, kalau dia bangun berdiri
dan meninggal (iqtida) mengikut imam, solatnya batal.

Anda mungkin juga menyukai