Anda di halaman 1dari 1

MAKMUM YANG MUAFIQ DAN KEADAAN-KEADAANNYA

1. Orang muafiq dimaafkannya ketinggalan 3 rukun yang panjang daripada imamnya. Jika orang
muafiq itu selesai membaca Al-Fatihah dan dia sempat rukuk sebelum imamnya masuk kepada
rukun yang keempat, seperti membaca tashahud akhir atau berdiri kepada qiam walaupun
sebelumnya imam mendului dengan duduk istirahat atau perkara yang menyerupai rukun seperti
duduk bagi tashahud awal, maka makmum itu dapat rakaatnya dan hendaklah dia meneruskan
tertib sembahyangnya sendiri.

2. Dan jika imam sudah masuk kepada rukun yang keempat seperti dia berdiri sampai kepada had
qiam, yang sudah layak untuk membaca Al-Fatihah atau dia duduk pada had yang layak untuk
membaca tashahud akhir sedangkan makmum yang muafiq itu belum lagi sempurna membaca Al-
Fatihah nya, maka luputlah rakaat itu bagi makmum tersebut dan tiada lagi dibenarkan
mengerjakan tertib sembahyang dirinya kerana sudah luput rakaatnya.

Maka makmum tersebut diberi pilihan antara 2 perkara :


i. Memilih untuk mendapatkan rukun di mana imam berada padanya. Seperti pada qiam
atau tashahud akhir supaya sembahyang tidak batal dan diwajibkan tambah satu rakaat lagi selepas
salam imam.

ii. Memilih untuk meniatkan mufaraqah daripada imamnya ketika itu hendaklah
mengerjakan tertib sembahyang dirinya dan rakaat itu dimansuhkan dalam bilangan rakaatnya.

HUKUM ORANG MASBUK DAN SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA MASBUK

1. Seseorang boleh terjadi masbuk seperti disebabkan oleh kesesakan atau lambat gerak-gerinya.

2. Sesetengah daripada orang masbuk itu adalah orang muafiq yang telah lalu, yang disebabkan
terpaksa mengerjakan mengikut sembahyangnya, tiba-tiba bila dia bangun untuk qiam didapati
imam telah rukuk atau hampir kepada rukuk, maka dia dihukumkan sebagai orang masbuk juga.

3. Dan sesetengah daripada makmum yang dihukumkan sebagai masbuk itu, ialah disebabkan
perlakuan kebanyakan imam yang mempercepatkan bacaan sehingga makmum yang berdiri
daripada sujud tidak dapat membaca Al-Fatihah dengan sempurna dalam qiamnya, tiba-tiba imam
sudah rukuk, maka wajib bagi makmum itu turut rukuk bersama imam kepada dia seperti orang
masbuk dan dia turut dapat rakaat itu walaupun yang demikian berlaku pada setiap rakaat.

Anda mungkin juga menyukai