Anda di halaman 1dari 15

SOLAT BERJEMAAH

SOLAT BERJEMAAH
Definisi Solat Berjemaah
 Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada
seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang
imam.
Hukum Solat Berjemaah
 Menurut pendapat Imam Al Syafie solat berjemaah adalah sunat
muakkad.
Sabda Nabi S.A.W “Solat berjemaah itu melebihi solat
sendirian dengan 27 darjat”. ( Bukhari, Muslim )
 Sekurang-kurang solat jemaah ialah seorang imam dan seorang
makmum dan jemaah yang ramai lebih afdhal dari jemaah yang
sedikit.
SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH

1. Sekurang-kurangnya 2 orang. Seorang imam dan seorang


makmum
2. Makmum hendaklah berniat sebagai makmum dan
perbuatan solat hendaklah mengikut imam
 Makmum hendaklah berniat mengikuti imam tetapi imam
tidak disyaratkan berniat menjadi imam.
 Sunat imam berniat menjadi imam untuk mendapatkan
ganjaran pahala berjemaah.
 Makmum hendaklah mengikuti perbuatan imam dan
dilarang mendahului segala perbuatannya.
SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH
2. Makmum mengetahui gerak geri imam
 Makmum hendaklah mengetahui gerakan imam dengan
cara dapat melihat imam atau melihat saf makmum
hadapan, dapat mendengar suara imam atau suara
mubaligh( makmum bersuara kuat beritahu makmum
belakang)
SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH
3. Imam dan makmum berhimpun dalam satu tempat.
Terdapat beberapa keadaan perhimpunan:
 a. Imam dan makmum dalam satu bangunan masjid dan
jarak antara makmum dan imam atau makmum terakhir
adalah jauh atau ditingkat yang berlainan tetapi segala
pergerakan imam diketahui.
 b. Imam dan makmum bukan di dalam satu bangunan
seperti di tengah padang. Jarak makmum tidak boleh jauh
lebih dari 300 hasta dari makmum terakhir dan tiada
dinding yang menghalang antara mereka. Sekiranya yang
menghalangnya adalah jalan, ikutan tersebut masih dikira
sah.
 c. Imam di dalam masjid dan makmum diluar masjid.
Jarak antara makmum dengan makmum terakhir tidak
boleh melebihi 300 hasta serta tiada dinding yang
menghalangi mereka.
SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH

4. Makmum hendaklah berada di belakang imam


5. Imam mestilah lelaki jika makmum lelaki atau
perempuan. Jika Jemaah semua perempuan maka sah imam
perempuan
6. Imam hendaklah yang memiliki bacaan yang baik
7. Tidak sah mengikut imam yang telah diketahui batal
solatnya.
SUSUNAN SAF
MASBUQ DAN MUAFIQ

Definisi makmum Masbuq


 Masbuq ialah makmum yang ketinggalan, iaitu makmum
yang tidak memperoleh masa yang cukup untuk membaca
al-Fatihah bersama imam dalam solat berjemaah.

Definisi makmum Muafiq


 Muafiq bermaksud makmum yang mempunyai masa yang
cukup bersama imam untuk membaca al-Fatihah dengan
bacaan yang sederhana.
Situasi Makmum Masbuq
Situasi 1
 Makmum mengangkat takbir untuk berjemaah, imam sedang rukuk atau
hampir-hampir akan rukuk. Dalam situasi ini sekiranya makmum
mendapati imam sedang rukuk maka hendaklah terus mengangkat takbir
beserta niat dan wajib berdiri sebentar (lamanya dalam kadar bacaan
Subhanallah) teruskan rukuk bersama imam.
 Sekiranya makmum berjaya rukuk bersama imam, dia dikira memperoleh
satu rakaat walaupun tidak sempat membaca al-Fatihah. Al-Fatihahnya
ditanggung imam.
Situasi 2
 Makmum mengangkat takbir dan sempat berdiri bersama imam dalam
masa yang singkat, maka hendaklah ia membaca al-Fatihah sekadar mana
yang dapat dan teruskan mengikut imam rukuk dengan syarat dapat
berhenti bersama dalam rukuk tersebut.
Duduk Makmum Masbuq

 Makmum masbuq masih mendapat pahala berjemaah,


sekiranya makmum sempat duduk mengikuti imam
sebelum imam memberi salam.
 Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
"Sesungguhnya imam itu diangkat untuk diikuti" (HR.Al-
Bukhari dan Muslim).
 Akan tetapi makmum yang mengikuti dari awal solat
mendapat ganjaran lebih besar daripada makmum yang
mengikutinya kemudian.
Situasi Makmum Muafiq
 Jika makmum muafiq masih belum selesai membaca al-
Fatihah sedangkan imam telah rukuk, dia wajib menghabiskan
bacaan al-Fatihahnya, dalam kadar imam selesai sujud dan
bangun daripada sujud yang kedua.
 Sekiranya makmum masih belum selesai membaca al Fatihah
sedangkan imam sudah pun berdiri ataupun duduk tahiyat
akhir maka hendaklah makmum memilih sama ada berpisah
dengan niat mufaraqah (berpisah) ataupun terus mengikuti
solat imam tetapi rakaat tersebut tidak di ambil kira serta
perlu menambah rakaat tersebut setelah imam selesai
memberi salam.
 Jika tidak buat salah satu maka solat dikira batal.
Hukum Makmum Muafiq Dan Makmum
Masbuk
 Dimaafkan kepada makmum muafiq tertinggal jarak tiga
rukun yang panjang daripada imam tidak termasuk rukun
yang pendek.
 Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala
rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk
tasyahud awal dan duduk antara dua sujud
 Bagi makmum yang masbuq, dimaaf meninggalkan bacaan
al Fatihah, dan bacaannya ditanggung oleh imam.
Membatalkan Solat

 Haram membatalkan solat tanpa sebab yang munasabah


pada syarak. Diharus membatalkan solat sekiranya:
 a. Mencegah daripada berlakunya jenayah.
 b. Menyelamatkan harta benda dari mudharat.
 c. Menyelamatkan nyawa seperti bidan.
 d. Membantu orang yang diancam atau dizalimi
Hikmah Solat Berjemaah

 a. Melatih jemaah sentiasa patuh kepada ketua.


 b. Melatih jemaah hidup berdisiplin
 c. Melahirkan perasaan kasih sayang antara jemaah.
 d. Memberi peluang berkenalan antara jemaah

Anda mungkin juga menyukai