Anda di halaman 1dari 18

ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

ADAB-ADAB
SEMBAHYANG BERJEMAAH
Daripada risalah
PEDOMAN SEMBAHYANG BERJEMAAH
Karangan
Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pondok Lubok Tapah

Susunan:
Syed Ahmad Ridwan Ben Yahya
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬


‫ وعلى آله وصحبه أجمعين‬،‫ والصلاة والسلام على سيدنا محمد‬،‫الحمد لله رب العالمين‬

Solat berjemaah disyariatkan di Madinah, ia merupakan


khususiyah bagi umat Nabi Muhammad SAW.
Hukum solat berjemaah adalah:
▪ Sunat muakkad di sisi Imam Rafie’.
▪ Kata qil sunat kifayah.
▪ Kata qil fardu ain.
▪ Pandangan yang lebih kuat adalah fardu kifayah sebagaimana
dinyatakan oleh Imam Nawawi.

Solat jemaah mestilah zahir tandanya dengan didirikan


sembahyang pada satu tempat di kampung kecil dan beberapa tempat
di kampung besar dengan sekira-kira zahir tandanya. Jika muafakat
mereka dengan mendirikannya di dalam rumah dan tiada zahir
tandanya, maka tuntutan fardu tidak gugur.

Sabda Nabi SAW:


‫صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة‬
Ertinya: Solat jemaah itu lebih afdal daripada solat seorang diri dengan
27 darjat. (riwayat Imam Bukhori dan Muslim)

1
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

ADAB-ADAB SOLAT BERJEMAAH:

1. Sekurang-kurang berjemaah adalah seorang imam dan seorang


makmum.

2. Sembahyang berjemaah secara tidak khusyuk lebih afdal


daripada sembahyang seorang diri secara khusyuk.

3. Sembahyang Jemaah paling afdal adalah sembahyang Jumaat,


kemudian Subuh hari Jumaat, kemudian Subuh selainnya,
kemudian Isyak, kemudian Asar, kemudian Zohor, kemudian
Maghrib.

4. Sembahyang di masjid bagi selain perempuan adalah afdal.


Sembahyang berjemaah bagi perempuan afdal di rumah.

5. Hadir perempuan ke masjid bersama jemaah lelaki adalah


makruh bagi yang muda, tidak makruh bagi yang tua kerana
dibimbangi fitnah.

6. Jika muafakat solat qada bagi imam dan makmum, maka


disunatkan berjemaah. Jika tidak muafakat seperti:
▪ Zohor dan Asar,
▪ Sembahyang tunai di belakang sembahyang qada,

2
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

▪ Sembahyang qada di belakang sembahyang tunai,


▪ Sembahyang fardu di belakang sembahyang sunat,
▪ Sembahyang sunat di belakang sembahyang fardu
maka hukumnya khilaful aula.

7. Jika bertembung antara sembahyang di masjid seorang diri dan


sembahyang di luar masjid secara berjemaah, maka hendaklah
didahulukan berjemaah kerana kelebihan yang bergantung
dengan diri ibadah lebih utama daripada kelebihan yang
bergantung dengan tempat ibadah.

8. Sunat diulangi sembahyang fardu secara berjemaah jika sudah


sembahyang secara berjemaah sekalipun. Tidak disunatkan
lebih daripada sekali. Status sembahyang kedua adalah sunat.

9. Wajib berniat menjadi imam dan menjadi makmum ketika


takbiratul ihram kerana disyaratkan berjemaah pada
sembahyang yang diulangi itu.

10. Jika nyata batal sembahyang yang pertama, maka hukumnya:


▪ Sembahyang kedua tidak boleh menggantikannya mengikut
pandangan Imam Nawawi dan Syeikh Ibnu Hajar.
▪ Bersalahan bagi Syeikh Zakaria Al-Ansori kerana mengikut
pandangan Syeikh Ibnu Imad dan Imam Ghazali. Kata beliau:

3
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

Memadai yang kedua ganti yang pertama jika dia berniat


sembahyang yang kedua sebagai fardu.

11. Sembahyang berjemaah dengan kumpulan yang ramai lebih


afdal daripada yang sedikit.

12. Jika imam kumpulan yang sedikit lebih utama dengan menjadi
imam kerana ilmunya, maka sembahyang bersamanya lebih
baik.

13. Berjemaah di tiga Masjid (Masjidil Haram, Masjid Nabawi, dan


Masjid Al-Aqsa) adalah afdal secara mutlak kerana berganda-
ganda pahala pada tiga masjid itu.

14. Sembahyang berjemaah di tempat yang sedikit serta


mendengar bacaan imam lebih afdal daripada berjemaah di
tempat yang ramai yang tidak didengari bacaan imam.

15. Harus orang yang sembahyang seorang diri berniat mengikut


imam di tengah sembahyang, jika berlainan rakaat kedua-
duanya sekalipun, tetapi hukumnya makruh.

16. Jika makmum berniat mufaraqah dengan imam kerana imam


berhadas, lalu dia berniat mengikut imam yang lain, maka

4
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

hukumnya tidak makruh.

17. Diutamakan untuk menjadi mengikut susunan berikut:


▪ Imam yang memerintah pada tempatnya seperti qadi dan
naibnya.
▪ Imam ratib (imam yang dilantik oleh nazir di tempat
tersebut).
*kecuali imam yang dilantik oleh raja negeri itu, maka dia
diutamakan atas yang memerintah itu.
▪ Orang yang lebih faqih.
▪ Orang yang lebih qori.
▪ Orang yang lebih warak.
▪ Orang yang lebih dahulu berpindah ke kampung Islam.
▪ Orang yang lebih tua pada Islam, bukan pada umur.
▪ Orang yang lebih bangsanya.
▪ Orang yang lebih bersih pakaian, badan, dan pekerjaan
daripada pekerjaan yang mengeluarkan peluh.
▪ Orang yang lebih elok suara.
▪ Orang yang lebih elok rupa.

18. Jika makmum berniat mufaraqah disebabkan keuzuran, maka


fadhilat jemaahnya tidak luput seperti:
▪ Keuzuran diri makmum atau,

5
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

▪ Imam meninggalkan sunat yang dimaksudkan seperti


tasyahud awal, qunut, panjang bacaan imam sedangkan
makmum lemah.
▪ Tergesa-gesa kerana sesuatu urusan.

19. pada sesetengah keadaan makmum wajib berniat mufaraqah


seperti datang perkara yang membatalkan sembahyang
imamnya sedangkan makmum mengetahui hal tersebut, maka
wajib makmum berniat mufaraqah dengan segera. Jika
makmum tidak berniat mufaraqah, maka batal sembahyang
makmum dengan sepakat para ulamak, jika makmum tidak
mengikut perbuatan imam sekalipun.

20. Perkara yang berkaitan dengan mengikut imam ada sebanyak


4 perkara:
o Pertama: Mendapat fadilah Jemaah.
o Kedua: Mendapat Jumaat.
o Ketiga: Mendapat fadilat takbiratul ihram.
o Keempat: Mendapat rakaat.

21. Makmum mendapat fadilat berjemaah selama mana imam


belum memberi salam (sebelum imam menyebut huruf mim
pada a’laikum pada salam pertama), jika makmum tidak sempat
duduk bersama imam sekalipun, kerana makmum telah

6
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

mendapat satu rukun bersama imam iaitu takbiratul ihram,


tetapi keadaannya kurang berbanding mereka yang mendapat
awal sembahyang.

22. Jika makmum mengangkat takbiratul ihram dan tiba-tiba imam


bagi salam, maka tertegahlah dia daripada duduk kerana duduk
itu untuk mengikut imam dan padahal imam sudah selesai.
Maka jika makmum duduk:
o dengan sengaja lagi tahu akan haramnya, maka batal
sembahyangnya,
o dengan lupa atau jahil yang diuzurkan, maka tidak batal
sembahyangnya.
Dan wajib atasnya berdiri dengan segera apabila ingat atau
tahu. Dan sunat sujud sahwi di akhir sembahyangnya

23. Jika imam belum lagi memberi salam mengiringi takbiratul


ihramnya, maka makmum wajib duduk. Jika makmum tidak
duduk dengan sengaja lagi tahu akan wajibnya, bahkan terus
berdiri sehingga imam memberi salam, maka batal sembahyang
kerana ada padanya menyalahi yang keji denga imamnya.

24. Sunat bagi kumpulan yang datang ke tempat berjemaah


padahal imam sudah rukuk pada rakaat yang akhir, bahawa
menanti mereka imam memberi salam, kemudian membuat

7
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

jemaah yang lain supaya dapat berjemaah pada sekalian


sembahyang selama mana masa tidak sempit.

25. Sunat bagi mereka yang hadir ke tempat berjemaah, tiba-tiba


imam telah melaksanakan sebahagian sembahyang, bahawa
menanti ia akan jemaah yang lain sekira-kira mengharap ia ada
jemaah yang lain lagi.
* Berkata Syeikh Ibnu Hajar: Ini tempatnya sekira-kira tidak
luput fadilat awal waktu atau waktu ikhtiar. Maka jika luput
ia, maka disunatkan berjemaah segera dengan yang pertama.

26. Jika seseorang keluar dari rumahnya dengan niat mahu


menunaikan sembahyang jemaah, tiba-tiba dia mendapati ahli
masjid sudah selesai sembahyang, ditulis baginya balasan
berjemaah juga.

27. Seseorang makmum dikira mendapat Jumaat dengan mendapat


satu rakaat dengan imam seperti dia mendapatkan imam pada
rukuk bagi rakaat yang kedua serta tetap dengan imam di
dalamnya, maka dapat Jumaaatnya dan hendaklah dia
menambah satu rakaat sahaja lagi selepas imamnya memberi
salam dengan jahar. Dan sempurnalah Jumaatnya jika sah
jumaat imam.

8
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

28. Wajib berniat Jumaat atas mereka yang mengikut imam solat
Jumaat kemudian daripada rukuk bagi rakaat yang kedua, dan
menyempurnakan ia akan Zohor empat rakaat kemudian
daripada salam imamnya.
* Kata qil: Harus berniat Zohor.

29. Dan didapati fadilat takbiratul ihram imam dengan dua


perkara:
▪ Dengan hadir makmum waktu takbiratul ihram
imamnya.
▪ Dengan takbir makmum mengiringi takbir imam tanpa
berlambatan.
Mendapat takbiratul ihram bersama imam adalah satu
kelebihan yang lain pula.

30. Sunat meninggalkan berlari segera ke tempat berjemaah jika


takut luput takbiratul ihram bersama imam sekalipun,
demikian lagi takut luput jemaah mengikut pandangan yang
sah, melainkan pada Jumaat. Maka wajib bersegera sekadar
kuasa jika dia berharap mendapat takbir sebelum imam
memberi salam.

31. Sunat bagi imam dan yang sembahyang seorang diri menanti
mereka yang masuk kepada tempat sembahyang yang ingin

9
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

mengikutinya pada rukuk yang akhir dan tasyahud akhir


kerana Allah dengan tiada panjang menanti dan tiada dibeza
antara semua yang masuk kepada sembahyang supaya dapat
rakaat baginya pada yang pertama dan dapat berjemaah pada
yang kedua.

32. Sunat imam menanti di dalam sujud yang kedua supaya orang
muafiq yang ketinggalan daripadanya dapat menghubunginya
setelah menyempurnakan bacaan fatihahnya.

33. Sunat bagi imam meringankan sembahyang serta


melaksanakan semua sunat aba’dh dan sunat-sunat hai’ah.
Maksudnya jangan melaksanakan dengan yang paling kurang
dan paling sempurna melainkan jika makmum yang kebiasaan
mengikut imam reda dengan panjangnya dengan:
• Makmum melafazkannya atau tidak melafazkannya
tetapi imam mengetahui reda mereka mengikut
pandangan Imam Ramli.
• Syeikh Ibnu Hajar berpandangan wajib diketahui dengan
lafaz mereka, tidak memadai dengan diam.

34. makruh memulakan solat sunat setelah dilaungkan iqamah, jika


iqamah tanpa izin imam sekalipun. Jika seseorang solat sunat
tiba-tiba dilaungkan iqamah, hendaklah dia menyempurnakan

10
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

solat sunat itu, jika tidak bimbang luput jemaah dengan salam
imam. Jika bimbang luput jemaah itu, maka hendaklah dia
berhenti daripada solat sunat itu dan masuk kepada berjemaah
selama dia tidak mengharap dapat jemaah yang lain.

35. Makmum masbuq dikira mendapat rakaat bersama imam


ketika imam rukuk dengan dua perkara:
▪ Pertama: Dapat takbiratul ihram dengan sempurna.
▪ Kedua: Dapat rukuk yang dikira dan dibilang bagi imam
lagi dapat tetap serta imam sebelum imam bangkit
daripada sekurang-kurang rukuk dengan yakin.
* Adapun rukuk yang tidak dikira bagi imam seperti
imam berhadas atau terkena najis, maka makmum
masbuq tersebut dikira tidak mendapat rakaat itu.

36. jika imam berhadas di dalam iktidal, nescaya dia mendapat


rakaat itu, bahkan jika imam berhadas setelah tetap rukuk
makmum bersama imam, maka dia juga dikira mendapat rakaat
itu.

37. Jika makmum tidak tetap bersama imam di dalam rukuk atau
ia syak pada mendapatkan toma’ninah, maka dia dikira tidak
mendapat rakaat itu, maka dia wajib menambah satu rakaat

11
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

lagi selepas memberi salam. Orang yang syak disunatkan sujud


sahwi pada akhir sembahyangnya.

38. Jika hampir habis waktu sembahyang dan kita mendapati ada
seseorang yang sembahyang dan dia sedang rukuk – jika kita
mengikutinya nescaya kita mendapat satu rakaat di dalam
waktu, dan jika kita sembahyang seorang diri nescaya tidak
mendapat satu rakaat di dalam waktu – maka wajib pada ketika
itu kita mengikut imam supaya mendapat rakaat di dalam
waktu, maka status sembahyang kita dikira tunai.

39. Sunat takbir intiqalat bagi makmum yang masbuq yang


berpindah ia bersama imam dengan keadaan berikut:
▪ Jika dia mengikut imam ketika iktidal, hendaklah dia
bertakbir ketika turun kepada sujud dan seterusnya.
▪ Jika dia mengikut imam ketika:
o sujud pertama, atau
o sujud kedua, atau
o duduk antara dua sujud, atau
o tasyahud awal, atau
o tasyahud akhir
dia tidak perlu bertakbir ketika turun kepada sujud dan
selainnya.

12
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

40. Sunat muafakat makmum dengan imam pada zikir perbuatan


yang dia mendapat imam dalam perbuatan itu daripada tahmid,
tasbih, tasyahud, doa, selawat atas keluarga Nabi, jika ketika
tasyahud awal bagi makmum sekalipun.

41. Sunat bagi makmum masbuq bertakbir apabila berdiri selepas


dua salam imam bagi mencukupkan sembahyangnya jika
makmum duduk bersama imam pada tempat duduknya jika dia
sembahyang seorang diri seperti:
▪ Dia mendapatkan imam pada rakaat yang ketiga pada
sembahyang empat rakaat, atau
▪ Dia mendapatkan imam pada rakaat yang kedua pada
sembahyang Maghrib.
Jika tidak, dia tidak perlu takbir, hanya perlu berdiri sahaja
seperti:
▪ Dia mendapatkan imam pada rakaat kedua atau keempat
bagi sembahyang empat rakaat, atau
▪ Dia mendapat rakaat ketiga bagi sembahyang Maghrib.

42. Hendaklah makmum mengangkat dua tangannya kerana


mengikut imam yang berdiri daripada tasyahud awal, jika itu bukan
tempat tasyahud bagi makmum sekalipun.

13
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

42. makmum jangan duduk tawarruk pada selain tasyahud akhir.

43. Sunat bagi makmum tidak bangun melainkan selepas dua salam
imam.

44. haram makmum berhenti selepas imam memberi salam jika


bukan pada tempat duduknya dan batal sembahyangnya
dengan berhenti itu. Adapun jika tempat duduk bagi makmum
seperti dia mendapatkan imam pada rakaat yang ketiga pada
sembahyang empat rakaat, maka imam duduk membaca
tasyahud akhir dan dia membaca tasyahud awal. Maka ketika
itu haruslah dia berhenti selepas salam imamnya jika lama
sekalipun.

45. Makmum masbuq tidak boleh bangun sebelum salam imamnya


tanpa berniat mufaraqah. Maksud berdiri itu adalah bercerai
daripada had duduk, bukan bermaksud berdiri tegak. Jika dia
sengaja berdiri tanpa berniat mufaraqah daripada imam, maka
batal sembahyangnya.

46. Jika dia berdiri sebelum salam imam dengan lupa atau jahil
haramnya, maka wajib atasnya duduk, dan segala perbuatan
yang dilakukannya sebelum duduk tidak dikira. Jika dia ingat
atau tahu selepas berdiri dan dia tidak kembali duduk, maka

14
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

batal sembahyangnya kerana dia tidak melakukan duduk yang


wajib baginya.

47. Sunat bagi seorang lelaki berdiri di sebelah kanan imam. Jika
dia tidak melakukannya, maka sunat imam menggerakkannya
tanpa melakukan perbuatan yang banyak sehingga makmum
berada sebelah kanannya. Menyalahi hal ini hukumnya makruh
yang meluputkan fadilah berjemaah.

48. Jika datang seorang lelaki lain hendaklah dia bertakbir di


sebelah kiri imam, kemudian kedua-duanya sama-sama
berundur ketika berdiri atau rukuk sehingga jadi satu saf di
belakang imam.

49. Dua lelaki yang hadir bersama sunat berdiri di belakang imam
dan sunat berdiri pada saf pertama, kemudian saf kedua, dan
begitulah hingga ke belakang imam.

50. Saf paling afdal di kanan imam, saf di kanan lebih afdal
daripada hampir kepadanya pada sebelah kiri.

51. Mendapat saf awal lebih baik daripada mendapatkan rukuk


selain daripada rakaat yang akhir. Mendapat rukuk bagi rakaat
yang akhir lebih baik daripada mendapatkan saf awal.

15
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

52. Sekurang-kurang saf itu dua orang, maka makruh jika


makmum seorang diri daripada saf sejenisnya jika dapat
padanya ruang, dia sepatutnya masuk kepada ruang itu jika
menyelangi beberapa saf sekalipun kerana cuai mereka itu
dengan meninggalkan ruang, dan kerana makruh jemaah bagi
setiap mereka yang berada di bawah saf yang ada lapang itu,
kecuali ketika ada keuzuran.

53. Jika tidak didapati ruang pada saf, hendaklah ditarik seseorang
daripada saf yang tiga orang atau lebih yang diharapkan dia
mengikut tarikan itu dan makmum sudah mengangkat
takbiratul ihram.

54. Makruh membuat saf sebelum penuh saf yang diatas.

55. Makruh seorang lelaki berdiri di sebelah kiri imam, di


belakangnya, atau sama betul dengan tumitnya, dan makruh
terjauh daripada imam melebihi 3 hasta.

56. Sunat jangan lebih 3 hasta antara imam dan saf awal dan antara
tiap-tiap saf.

57. Sunat berdiri di belakang imam golongan lelaki, kemudian –


jika sempurna saf mereka itu – kanak-kanak, kemudian

16
ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJEMAAH

perempuan. Maka apabila hadir kanak-kanak dan mendahulu


mereka itu pada saf yang awal, kemudian hadir lelaki yang
baligh, maka tidak diundurkan kanak-kanak daripada saf awal
kerana kanak-kanak terlebih berhak pada ketika itu, dan
kerana kanak-kanak lelaki dan lelaki baligh itu satu jenis.

Syed Ahmad Ridwan Ben Yahya,


28 Syawal 1442H/9 Jun 2021M
Selising, Pasir Puteh, Kelantan

‫وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬

‫والحمد لله رب العالمين‬

17

Anda mungkin juga menyukai