Anda di halaman 1dari 7

ADAB SOLAT BERJEMAAH

(KITAB BIDAYATUL HIDAYAH)


DISEDIAKAN OLEH:US HASWADI
ADAB MENJADI IMAM
Sebaik-baiknya seseorang imam itu meringkaskan
solatnya.(ittiba’)
Memulakan takbiratul ihram selepas selesai muazzin
iqamah.
Mengarahkan para jemaah meluruskan dan
merapatkan saf.
Menguatkan suara pada bacaan yang sepatutnya
supaya didengari oleh makmum.
Berniat menjadi imam.
Perlahankan suara pada bacaan yang sepatutnya.
(sambungan)
Diam sekejap selepas bacaan al-fatihah.
Jangan lebih 3 kali tasbih pada rukuk dan sujud.
Jangan memanjangkan bacaan sunat pada tahiyyat
akhir.
Berwirid selepas memberi salam.
Mengadap makmum selepas memberi salam atau
berpusing ke kanan.
Baca doa bagi dirinya dan para jemaah.
ADAB MAKMUM
Makmum jangan menguatkan suara melebihi imam.
Niat menjadi makmum.
Duduk dibelakang imam.
Mengikut arahan imam supaya lurus dan rapatkan saf.
Perbuatan jangan mendahului atau serentak dengan imam.
Membaca alfatihah selepas imam membaca alfatihah.
Menghayati bacaan imam.
Menyebut “amin” serentak dengan imam selepas imam
membaca alfatihah.
Berwirid bersama imam setelah selesai solat.
Solat jemaah dari segi syara’ bermaksud
menyambungkan solat yang dilakukan dengan
mengikut perbuatan imam. Ia merupakan satu syiar
yang perlu dipertahankan dan ditunaikan oleh umat
islam. Ia juga merupakan satu wasilah dan cara untuk
memupuk mahabbah dan kasih sayang serta semangat
tolong menolong antara sesama muslim.Ia adalah
sunnah muakkadah dan makruh hukumnya
meninggalkan solat berjemaah.
solat berjemaah yang paling baik dan afdal adalah
yang didirikan di masjid. Ini berdasarkan beberapa
hadis Nabi SAW yang sangat mengambil berat akan
solat berjemaah yang dilakukan di masjid.Antaranya :
1. Daripada Abu Hurairah :
‫ْج ِد أَ ْو َرا َح أَ َع َّد هَّللا ُ لَهُ فِى ْال َجنَّ ِة نُ ُزالً ُكلَّ َما َغ َدا أَ ْو َرا َح‬
ِ ‫َم ْن َغ َدا إِلَى ْال َمس‬
Maksudnya :” Sesiapa yang pergi dan balik dari
masjid, maka Allah akan menyediakan baginya tempat
di syurga setiap kali dia pergi dan balik.”
Riwayat Muslim (1556)
TAHUKAH ANDA?
SOLAT BERJEMAAH ADALAH SUMBER KEKUATAN
ORANG MUKMIN.

Anda mungkin juga menyukai