Anda di halaman 1dari 6

Panduan Solat Jemaah

Solat Berjemaah Mengikut Fikh Mazhab Syafie


1. Niat dalam solat
Makmum mestilah berniat makmum sewaktu takbiratul ihram. Batal solat jika dia sengaja
mengikut imam tanpa niat makmum atas alasan tiada apa ikatan antara dia dengan
imam. Kecuali kalaulah pengikutan dia dengan imam itu secara kebetulan, tidak batal
solat, namun dia dikira solat sendirian (munfarid).
Makmum yang syak niatnya samada niat makmum atau tidak, jika dalam solat, batal
solatnya. Kecuali dia belum mengikuti imam 1 rukun perbuatan, maka, dia boleh berniat
menjadi makmum.
Imam pula, untuk mendapat kesempurnaan berjemaah, hendaklah berniat imam sewaktu
takbiratul ihram jika dia ada makmum bersamanya seawal solat. Jika di pertengahan
solat, baru ada makmum mengikutinya, maka dia berniat imam sesudah makmum
selesai bertakbiratul ihram. Imam yang yang tidak berniat imam, sah sembahyangnya
tapi tidak mendapat kelebihan berjemaah. Kecuali untuk solat jumaat, adalah wajib bagi
seseorang berniat samada imam ataupun makmum.
2. Takbiratul ihram
Tidak boleh mendahului atau serentak dengan imam dalam takbiratul ihram. Makmum
kena tunggu selesainya imam takbiratul ihram, barulah boleh dia takbiratul ihram. Jika
tidak, batal solatnya.
Makmum yang takbiratul ihram dan mendapati imam sujud, boleh sahaja terus sujud
tanpa mengucapkan takbiratul intiqalat.
Begitu juga, jika dia mendapati imam tasyahud awal atau tasyahud akhir, terus sahaja
boleh duduk tasyahud tanpa perlu bertakbir intiqalat. Membaca tasyahud itu dibolehkan
baginya.
Makmum yang takbiratul ihram kemudian mendapati imam telah memberi salam
sebelum dia sempat duduk, maka dia hendaklah terus sahaja berdiri meneruskan
solatnya. Tidak perlu baginya duduk lagi. Dia dikira mendapat jemaah.
3. Menunggu makmum

Adalah lebih afdhal berjemaah dengan orang yang sedikit di awal waktu daripada
bersembahyang berjemaah dengan orang yang banyak di akhir waktu. Justeru, tidak
sunnah mentakhirkan sembahyang sebab menanti akan orang yang banyak atau
menanti orang-orang terpilih.
Sunnat bagi imam menanti di 2 tempat dalam sembahyangnya; Rukuk dan tasyahud
akhir; akan orang yang dirasakan datang untuk mengikutnya. Jika dia menunggu untuk
makmum mengikutnya masuk jemaah, dia boleh melebihkan tasbih dalam kiraan ganjil
5x, 7x sehingga kesempurnaannya ialah 11x. Jika tiada apa keuzuran seperti itu, makruh
imam membaca tasbihnya dalam rukuk atau sujud lebih dari 3x.
4. Makmum Muwafik
Makmum muwafik (mengikut imam pada waktu kadar dia sempat membaca fatihah)
yang dikira uzur hendaklah menyempurnakan bacaan fatihahnya tetapi tidak boleh
ketinggalan dengan imam melebihi 3 rukun panjang (rukun perbuatan) sebagai syarat
mendapat rakaat. Uzur di sini adalah seperti makmum itu bacaan fatihahnya lambat
sedangkan imam membaca cepat. Atau makmum syak bacaan fatihahnya. Atau
makmum sibuk membaca doa iftitah dan taawuz. Jika tiada uzur, tidak boleh ketinggalan
dengan imam melebihi 2 rukun perbuatan atau sembahyangnya batal. Termasuk tiada
uzur, ialah seperti makmum membaca surah atau makmum diam.
Makmum muwafik yang was-was dalam membaca fatihah tidak dikira sebagai uzur. Dia
perlu menyelesaikan fatihahnya dan hanya dimaafkan sekadar 2 rukun (rukuk & itidal).
Batal solat jika imam menuju sujud sedangkan dia masih lagi qiyam dan membaca
fatihah.
5. Makmum Masbuk
Makmum masbuk (mengikut imam pada waktu kadar dia tidak sempat membaca fatihah)
hendaklah terus membaca fatihah tanpa dilengahkan dengan doa iftitah dan taaawuz.
Bila imam rukuk, dia hendaklah terus sahaja memberhentikan bacaan fatihahnya. Dia
dikira mendapat rakaat, sekiranya dia mendapat rukuk itu bersama imam sekurangkurangnya tukmaninah (sekadar waktu melafaz subhanAllah).
Sekiranya dia melengahkan bacaan fatihahnya atas sebab sibuk membaca doa iftitah
atau taawuz atau diam disebabkan lupa atau mendengar bacaan imam: Maka bilamana
imam

rukuk,

jika

dia

turut

rukuk

dengan

sengaja,

batal

solatnya.

Hendaklah

disempurnakan bacaan fatihahnya dahulu sekadar banyak huruf yang telah dibacanya
(doa iftitah atau taawuz) atau lama diamnya. Jika selesai membaca yang tersebut,
didapati imam masih rukuk, dia dikira mendapat rakaat. Dia dikira tidak mendapat

rakaat, jika imam sudah bangun daripada rukuk dan itidal. Justeru, hendaklah dia
menyesuaikan diri (muwafakat) dengan terus itidal dan tidak wajib baginya rukuk. Jika
imam menuju sujud, hendaklah dia terus menuju sujud juga, tidak wajib baginya rukuk
dan itidal. Syarat baginya tidak boleh ketinggalan dengan imam 2 rukun perbuatan atau
batal solat. Kecuali dia niat mufaqarah, maka dia boleh terus solat sendirian.
Makmum masbuk yang bilamana dia takbiratul ihram, didapatinya imam rukuk tanpa dia
sempat membaca apa-apa dari Al-Fatihah, maka dikira mendapat rakaat sekiranya dia
dapat

rukuk

bersama-sama

imam

sekadar

tukmaninah

atau

kadar

membaca

subhanaAllah. Jika tidak, rakaat tersebut tidak dikira untuknya dan batal solatnya jika dia
ketinggalan dengan imam 2 rukun perbuatan.

6. Memberi Salam
Makruh makmum serentak mengiringi Imam dalam memberi salam malah boleh
menghilangkan kelebihan berjemaah. Tetapi batal solat jika mendahului imam dalam
memberi salam.
Sunnat bagi orang yang masbuk, untuk menyelesaikan baki rakaatnya, bangun selepas
imam selesai memberi kedua-dua salam. Bangunnya itu hendaklah disegerakan dan
tidaklah boleh dia sengaja duduk dengan kadar yang lama. Bangunnya makmum itu
hendaklah diucapkan takbir intiqalat jika dia bangun pada rakaat yang sepatutnya dia
bangun daripada tasyahud awal. Jika tidak, tidak perlu baginya takbir intiqalat.
7. Mengulangi Solat (iadah)
Sunnat bagi makmum mengulangi (iadah) solatnya 1x atas alasan solat pertamanya itu
adalah solat sendirian atau dia ingin menemani orang lain untuk solat berjemaah.
Syaratnya solat kedua itu mestilah solat jemaah. Niatnya adalah sama seperti solat
pertama.
Orang yang solat sendirian kemudian mendapati ada solat jemaah didirikan, ada 3
keadaan. Pertama, dia boleh berhenti terus daripada solat itu dan masuk jemaah. Kedua,
Jika solat itu kurang daripada 2 rakaat, dia boleh sempurnakan solat 2 rakaat. Solat
tersebut dikira solat sunat. Kemudian dia masuk jemaah. Ketiga, jika solat itu sudah
melepasi 2 rakaat, dia boleh menyelesaikan solat fardhunya secara sendirian itu
kemudian dia mengulangi solat dengan berjemaah.
8. Mendahului atau ketinggalan daripada Imam

Haram mendahului imam dengan sengaja satu rukun perbuatan dan batal jikan
mendahului imam dengan 2 rukun perbuatan. Terkecuali bagi mereka yang jahil atau
lupa.
Jika makmum mendahului imam satu rukun dengan terlupa atau tidak sengaja, dia boleh
memilih untuk kembali kepada rukun sebelumnya atau tunggu sehingga imam berada
pada rukun tersebut. Contoh jika makmum rukuk mendahului imam, maka bolehlah dia
menunggu sehingga imam rukuk untuk kembali bersama-sama imam.
Bagi makmum yang ketinggalan tanpa uzur, tidak boleh melebihi 2 rukun perbuatan.
Contoh, makmum masih berdiri, tetapi imam sudah sempurnakan 2 rukun perbuatan dan
menuju sujud.
9. Memperingatkan kelupaan imam
Disunatkan

bagi

makmum

memperingatkan

kelupaan

makmum

dengan

lelaki

mengucapkan tasbih iaitu SubhanaAllah. Wanita pula hendaklah menepuk permukaan


tapak tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kiri. Apabila imam masih
meninggalkan sesuatu yang fardhu, atas keyakinannya yang dia tidak meninggalkannya,
walau setelah makmum mengingatkannya, maka makmum boleh mufaraqah.
Jika imam meninggalkan sunat abaad, walau setelah makmum menegurnya, maka
makmum

tidak

perlu

mufaraqah.

Boleh

sahaja

dia

ikut

imam.

Contoh,

imam

meninggalkan tasyahud awal atas sebab lupa. Walaupun nanti imam tidak sujud sahwi,
makmum boleh sujud sahwi selepas imam memberi salam kedua. Jika imam sujud sahwi,
wajib makmum ikut sekali. Jika tidak batal sembahyang makmum. Bagi imam kena niat
sujud sahwi. Bagi makmum tidak perlu berniat apa-apa kerana dia mengikut imam. Sama
juga jika imam sujud tilawah.
10. Imam batal sembahyang
Imam yang batal sembahyang atas sebab seperti hadas, boleh diganti oleh makmum
dengan syarat makmum belum melakukan satu rukun perbuatan. Pengganti imam
kenalah menggantikan imam di tempat imam berhenti.
Haram bagi makmum bersembahyang di belakang orang yang berhadas jika dia
mengetahui akan hadas orang tersebut. Samalah sekiranya orang tersebut mempunyai
najis pada pakaiannya. Jika sedang sembahyang, makmum baru mengetahuinya, maka
wajib

bagi

makmum

mufaraqah.

Jika

setelah

selesai

solat,

mengetahuinya, sah solat makmum, tetapi tidak bagi imam tersebut.

makmum

baru

11. Syarat menjadi Imam


Syarat menjadi imam mengikut urutan seperti berikut didahului oleh Faqih atau faham
dalam bab hukum hakam agama terutama sembahyang. Jika terdapat dua orang yang
sama faqih, maka dilihat pada elok bacaannya. Samada dia seorang qari ataupun tidak.
Jika

terdapat

persamaan

pada

baik

bacaannya,

maka

dilihat

pula

dari

segi

kewarakannya.
Batal sembahyang orang yang qari di belakang orang yang ummi jika dia mengetahui
akan umminya orang tersebut. Jika di dalam sembahyang, baru dia mengetahuinya,
maka hendaklah dia mufaraqah.
Jika di masjid, maka imam yang dilantik oleh pihak masjid berhak menjadi Imam. Juga, di
rumah, tuan rumah lebih berhak menjadi imam, kecuali dia merasakan ada orang lain
yang lebih berhak maka dia meminta orang lain menjadi imam. Namun, bagi pemimpin,
dia lebih berhak menjadi makmum kepada anak-anak buahnya. Kecualilah dia
menunjukkan orang lain menjadi imam.
Bagi imam yang berlainan mazhab, ia diukur mengikut iktiqad makmum. Jika makmum
dapat

mempastikan

yang

imam

meninggalkan

sesuatu

yang

diambil

kira

sah

sembahyang dalam mazhab makmum, maka tidaklah sah mengikuti imam tersebut.
12. Saf Imam & Makmum
Saf hendaklah mengikut aturannya. Imam mestilah di hadapan makmum dan tidak boleh
makmum terkehadapan daripada imam. Makmum lelaki di hadapan dan makmum
perempuan di belakang lelaki. Tidak boleh saf perempuan berdiri terlalu jauh daripada
saf lelaki yang akhir. Kalau ada 2 orang sahaja untuk berjemaah, makmum hendaklah
berdiri di sebelah kanan imam, dekat betul dengan imam sekira-kira jari kelingking kaki
kiri makmum bertemu tumit kaki kanan imam. Kalau ada 3 orang, maka 2 orang
hendaklah berdiri betul-betul di tengah belakang imam dan jaraknya hendaklah dekat
dengan imam kira-kira pada kadar 3 hasta. Begitu juga antara satu saf dengan saf lain di
belakangnya. Jika terlalu jauh, maka hilanglah kesempurnaan berjemaah. Namun, ia
dikira tetap sah solat.
Imam, sebelum mula mendirikan solat, hendaklah memastikan dahulu barisan saf untuk
rapat dan lurus. Lurus itu mengikut tumit makmum. Manakala rapat itu bermaksud jari
kelingking kaki makmum bertemu satu sama lain. Makmum pula janganlah hanya
menjaga saf pada sebelum solat sahaja atau rakaat pertama sahaja. Sedangkan menjaga
saf agar rapat dan lurus hendaklah berlaku pada setiap rakaat. Oleh yang demikian,

sebaik bangun daripada sujud kedua untuk rakaat seterusnya, betulkanlah semula saf
kita itu walaupun kita dalam keadaan solat.
Makmum yang seorang di kanan imam, bilamana datang seorang lain untuk menyertai
jemaah, maka hendaklah dia berundur ke belakang selepas orang tersebut bertakbiratul
ihram. Jika di belakangnya sempit, maka wajarlah imam tersebut yang mara ke hadapan.
Bagi seorang yang datang lewat kepada jemaah, hendaklah dia mengisi ruang kosong
pada saf yang ada. Makruh baginya memulakan saf baru di belakang saf yang masih ada
ruang kosong untuk diisi makmum. Jika ruang sudah penuh, dan dia seorang sahaja di
belakang, bolehlah dia memulakan saf baru dengan bertakbiratul ihram, kemudian
menarik seorang di saf hadapan menyertainya. Jika dia solat berseorangan di belakang,
solatnya sah tetapi makruh baginya berbuat begitu serta kuranglah kesempurnaan
jemaah baginya.
13. Solat Imam & Makmum
Harus bagi makmum yang solat penuh (tamam) mengikut imam yang solat qasar.
Namun, imam hendaklah memberitahu sebelum solatnya yang dia solat qasar. Tidak
menyalahi juga bagi makmum yang solat fardhu untuk mengikut imam yang solat sunat.
14. Jemaah baru
Bagi satu kumpulan yang masuk ke dalam masjid lalu mendapati imam dalam tasyahud
akhir, afdhal bagi mereka untuk membuat jemaah baru selepas imam selesai salam.
Dengan syarat waktu masih lapang dan tidak sempit.

Anda mungkin juga menyukai