Anda di halaman 1dari 3

Rajah 1

Rajah 1 merupakan sistem penghadaman manusia. Soalan : Pencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil. Huraikan sistem penghadaman dan jelaskan perubahan berlaku kepada bahan makanan dan miunuman yang masuk ke dalam tubuh kita. CTH: Penghadaman ialah satu proses penghancuran atau pengisaran makanan secara fizikal, kemudiannya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan molekul makanan yang kompleks menjadi molekul atau elemen yang lebih halus dan terasing bagi memudahkan proses penyerapan. Bahan yang tidak dapat dimanfaatkan atau dipecahkan akan dibuang menerusi proses seterusnya yang dikenali sebagai penyingkiran. Makanan merupakan komponen penting yang membekalkan tenaga untuk tubuh badan. Namun, makanan yang diambil tidak berada di dalam bentuk yang sesuai untuk digunakan sebagai tenaga oleh sel. Oleh itu, makanan tersebut perlu dicernakan agar ia sesuai digunakan oleh sel-sel tubuh. Penghadaman bermula apabila makanan memasuki tubuh menerusi mulut. Proses ini juga turut melibatkan organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati, pundi hempedu dan pankreas. Penjagaan bermula dari makanan yang kita pilih.

Kebiasaannya, rakyat Malaysia suka makanan berminyak, berlemak, pedas dan banyak perisa yang berkemungkian akan membawa kemudaratan jika pengambilannya tidak dikawal. Sistem penghadaman menjalankan tugas yang penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya bahan-bahan ini dapat digunakan oleh sel-sel tubuh. Ia terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Pencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil. Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita. (i) Kunyahan dan telanan Makanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan lidah apabila masuk ke dalam mulut. Tindakan ini dikenali sebagai tindakan mengunyah. Makanan yang dikunyah tadi akan bercampur dengan air liur dan menjadi lumat. Kemudian makanan yang telah lumat ditelan melalui farinks dan esofagus ke perut. Otot pencerut pada dinding farinks bertanggungjawab kepada tindakan menelan ini. (ii) Penghadaman Penghadaman bermula dari dalam mulut hinggalah ke dalam perut dan usus kecil. Usus kecil merupakan tempat di mana kebanyakan proses penghadaman berlaku. Dalam proses penghadaman bahan makanan diubah dari segi fizikal dan kimianya agar lebih mudah diserap. (iii) Penyerapan Penyerapan nutrient berlaku sebahagian besar pada usus kecil, tetapi ada juga nutrient yang boleh diserap di bahagian lain sistem penghadaman.. (iv) Pembuangan bahan makanan yang tidak hadam Bahan buangan iaitu najis adalah hasil bahan-bahan yang tidak hadam. Pembuang bahan makanan tidak hadam dilakukan oleh usus besar.

Bagaimana sistem penghadaman dan penyerapan bahan makanan boleh bergerak dengan lancar? Jelaskan proses penghadaman . Sistem penghadaman dan penyerapan bahan makanan boleh bergerak dengan lancar boleh melalui pemakanan contohnya makan makanan yang berfiber. Fiber merupakan sentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijiran seperti beras, gandum, oats, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal pea, guava dan sebagainya.

Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu merangsang sistem penghadaman dan

mengelakkan sembelit. Selain itu, fiber turut membantu mengawal dan mengurangkan berat badan. Fiber berupaya memanjangkan waktu mengekalkan makanan dibahagian perut dan membuatkan anda merasa kenyang pada jangka masa yang lebih lama. Hal yang demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori. Setiap orang memerlukan fiber setiap hari, terutamanya pesakit diabetes, orang yang berlebihan berat badan atau obesiti. Menurut cadangan pakar pemakanan jumlah pengambilan fiber dietary yang disyorkan bagi seseorong setiap hari adalah diantara 20 ~ 30 gram. Adalah dicadangkan supaya kuantiti pengambilan fiber ditambah sedikit demi sedikit. Kuantiti air yang diambil setiap hari juga perlu ditambah apabila kuantiti faiber kian bertambah. Dicadangkan 8 gelas air diminum setiap hari. Fiber akan melancarkan proses penghadaman. Lendiran fiber berupaya melicinkan usus dan menyingkirkan bahan buangan lalu memelihara kesihatan bahagian usus. Selain itu,

Anda mungkin juga menyukai