Anda di halaman 1dari 3

2.

3 Kepentigan Kompetasi Kecerdasan Emosi


Dalam buku panduan EQ Panduan Meningkayan Kecerdasan EMOSI (2006) dan
diedit oleh Mohd. Azhar Abd. Hamid menunjukkan kepentingan kompetasi kecerdasan
emosi adalah empat jenis, ia itu EQ dan gangguan komunikasi, EQ dan kemahiran
mencerap, EQ dan kemahiran Interpersonal, dan EQ dan kemahiran Persepsi.
2.3.1 EQ dan Gangguan Komunikasi
Semasa berkomunikasi akan terdapat pelbagai gangguan atau halangan untuk
mencapai komunikasi yang berkesan. Halangan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja,
sama ada pada penghantar mesej dan penerima mesej. Gangguan komunikasi
mempunyai tiga jenis, iaitu gangguan peribadi, gangguan psikologi, dan gangguan fizikal
dan persekitaran.
Gangguan peribadi yang disebab oleh factor-faktor peribadi seseorang seperti lemah
pendengaran, letih, mengantuk, kurang tumpuan, dan sebagainya. Seterusnya,
gangguan psikologi disebabkan perbezaan nilai, tanggapan atau ketidakstabilan emosi
seseorang semasa mengantar mesej atau menerima mesej. Akhirnya, gangguan fizikal
dan persekitaran disebabkan oleh bunyi bising, jarak yang jauh, dinding pemisah dan
lain-lain.
Aspek gangguan ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan mana-mana sahaja. Oleh itu,
kita perlulah bersedia dan mengatasi gangguan ini bagi memastikan komunikasi berlaku
secara berkesan.

2.3.2 EQ dan Kemahiran Persepsi


Persepsi

melibatkan

proses

menerima

mesej,

memilih,

menyusun

dan

mentafsirkannya.persepsi banyak dipengaruhi oleh latar belakang dan pengalaman.


Seseorang membuat tanggapan pada sesuatu perkara bergantung latar belakang
beliau. Jika pengalaman lampau bersifat positif, ada kecenderungan dia menganggap
perkara itu secara positif, begitu juga sebaliknya.
Dalam hal ini, seseorang yang EQ yang tinggi tidak semestinya persepsi mereka itu
mesti tepat ataupun betul. Oleh yang demikian seorang yang EQ tinggi akan berhati-hati

dalam membuat persepsi dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan yang tanpa bukti
yang kukuh.
Persepsi memberikan kesan yang besar terhadap proses komunikasi dan hubungan
dengan orang lain. Persepsi yang betul dapat membantu meningkatkan imej diri,
berkomunikasi juga akan menjadi lebih berkesan.

2.3.3 EQ dan Kemahiran Mencerap


Mencerap adalah suatu proses menerima mesej, mentafsir, memahami, mengingat, dan
mendorong untuk member maklum balas atau member sesuatu tindakan. Tujuannya,
adalah mendapatkan maklumat, menyelesaikan masalah, meningkatkan interaksi,
mengurangkan konflik dan lain-lain. Mencerap berkait dengan tahap emosi bagi
seseorang. Jika seseorang mempunyai konsentrasi dan kestabilan emosi yang tinggi,
maka cerapannya akan menjadi berkesan dan komunikasi juga menjadi lebih berkesan.
Antara faktor emosi yang mempengaruhi dan boleh mengurangkan daya cerapan,
faktor-faktor seperti emosi tidak stabil akibat gangguang peribadi, contohnya masalah
keluarga, kewangan, dan lain-lainnya. Emosi yang rendah akibat tekanan kerja
berlebihan. Emosi mempengaruhi cerapan maklumat iaitu hanya menerima maklumat
yang disukai sahaja. Emosi yang tidak stabil akan menghasilkan tindak balas agresif.
Ada tanggapan negative pada seseorang atau kejadian. Emosi tidak tenteram dan
hanya berpura-pura mencerap.
Oleh yang demikian, proses cerapan yang baik hanya dapat dilakukan oleh individu
yang memiliki EQ yang baik dan stabil.

2.3.4 EQ dan Kemahiran Interpersonal


Komunikasi atau interaksi antara dua orang individu bagi mencapai kehendak masingmasing, ini disebut komunikasi interpersonal. Ini penting bagi mendapatkan maklumat,
merapatkan hubungan, bekerjasama, menyelesaikan tugas dan masalah. Hubungan
interpersonal dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya faktor kesamaan iaitu latar
belakang, tahap pendidikan, bangsa, agama, pekerjaan serta lain-lainnya. Ini mudah

difahami kerana seseorang yang mempunyai latar belakang,sama bangsa, atau sama
tahap pendidikan, umumnya berkomunikasi akan lebih mudah, mesra, sealiran dan tidak
tersekat-sekat. Mereka tidak berasa tertekan emosi, rendah diri ataupun terasing.
Secara ringkasnya, faktor kesamaan mempengaruhi tahap emosi dan harga diri
seseorang seterusnya mempengaruhi cara berinteraksi dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai