Anda di halaman 1dari 10

2.

0 KONSEP SYAHADAH Ia adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW. Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan yang hak. Syed Qutb menjelaskan: Sesunguhnya ciri pertama yang membezakan tabiat (masyarakat Islam) ialah masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya kepada Allah di dalam semua perkara dan semua urusan perhambaan ini dilambang dan dibentuk oleh syahadah, (sesungguhnya tidak ada tuhan yang disembah kecuali Alllah dan sesungguhnya Muhammad SAW itu pesuruh Allah).

Ia merupakan rukun yang pertama dari dasar Islam, bahkan rukun yang lain tidak akan tegak sekiranya syahatain ini tidak berdiri dengan sempurna. Seluruh anggota tubuh manusia yang hidup tidak akan berfungsi sekiranya nyawanya tidak ada. Begitu juga kalimah syahadah merupakan roh setiap aspek ajaran Islam. Setiap amal atau ibadah seorang Muslim yang bukan kerana Allah ibarat menanam benih yang mati. Oleh sebab itu setiap amal kebajikan orang-orang fakir dianggap tidak ada harga di sisi Allah.

Firman Allah SWT :Ertinya : Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka itu kerjakan daru jenis amal (yang mereka pandang baik ), lalu kami jadikan dia terbang sebagai debu yang berterbangan.

2.1 Pengertian Syahadah dan Tuntutannya. ) dalam bahasa Arab bermakna perkhabaran tentang apa Syahadah ( yang telah dilihat dan pengakuan tentang perkara yang telah diketahui. Dari segi penggunaannya dalam bahasa Arab, perkataan syahadah juga boleh digunakan untuk sijil atau apa-apa sahaja surat yang mengandungi keterangan-keterangan dan akuan. Perkataan 'Syahadah' juga mengandungi maksud: ikrar dan pengakuan serta keyakinan. Syahadah yang akan kita bincangkan di sini adalah penyaksian, pengakuan dan keyakinan pada Dua Kalimah Syahadah yang menjadi syarat untuk seseorang itu memeluk agama Islam. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH

2.1.1 Syahadah Kepada Allah SWT. Syahadah ini bermaksud mentauhidkan Allah dengan tauhid Rububiyyah, tauhid Uluhiyyah, tauhid al Asma, as Sifah wa al Af`al serta tidak menghadapkan sembahan kepada sesuatu yang lain selain dari Allah SWT.

Di dalam kalimah La Ilaha Illallah terdapat dua perkara rukun iaitu nafi (penafian) dan ithbat ( penegasan ). Nafi dapat diperhatikan pada kalimah ( La Ilaha ) yang bererti menolak sebarang bentuk pengabdian selain daripada

Allah. Penegasannya dapat diperhatikan pada kalimah ( Illallah ) yang bererti menegaskan tentang hakikat ketuhanan Tuhan yang maha Esa lagi tunggal ( Allah ).

2.1.2 Syahadah Kepada Rasul SAW. Syahadah ini bermaksud ikrar dan tasdiq dengan segala syariat yang dibawa oleh Nabi atau Rasulullah SAW dan segala pemberitahuan mengenai perkara ghaib semuanya datang dari Allah serta menerima semua akhlak dan sifat kerasulan seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

Syahadah ini merupakan teras Islam yang kedua. Syahadah ini menuntut manusia mengetahui, membenar dan meyakini bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah serta membuktikannya dengan

perkataan dan perbuatan secara sekaligus.

Pembuktian dengan perkataan ialah melafazkan kalimah syahadah itu dengan lidah. Manakala pembuktian dengan perbuatan ialah menegakkan tingkah laku dan seluruh tindak tanduk yang bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW serta menurut jejak langkah baginda.

Tugas Rasulullah SAW adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Allah SWT adalah penciptanya yang layak disembah dan Dialah yang

meletakkan manusia ke jalan yang lurus. Dengan keyakinan ini barulah manusia dapat sampai ke jalan kebahagiaan dan kesempurnaan sebenar.

Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta dan Sirat al-Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah dan terhad. Manusia sering kali melakukan kesilapan. Oleh itu pengutusan para rasul menunjukkan kebijaksanaanNya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia.

Sebagai kesimpulannya, adalah tidak sepatutnya manusia mengingkari rasul Allah . Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang

sewajarnya ketika mana mereka berkata : Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia. ( al-Anam : 91)

2.2 HUBUNGAN SYAHADAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA Contoh termudah ialah antara suami isteri, sekiranya antara mereka mempunyai kepercayaan yang kukuh maka rumahtangga yang dibina akan berkekalan, sebaliknya jika tiada persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain maka rumahtangga yang dibina akan retak dan berlaku perpecahan keluarga.Seperti konsep syahadah dalam kehidupan, sebagai seorang hamba Allah S.W.T kita seharusnya berpegang teguh pada perkara ini. Hubungan sesama manusia harus dijaga maka seharusnya hubungan antara Allah juga harus dijaga. Bagaimana untuk menjaga hubungan dengan Allah? Melalui amalan dan penghayatan terhadap Agama Islam,maka hubungan manusia dengan Allah S.W.T dapat ditingkatkan.

Seharusnya, kita harus sedar bahawa setiap yang berlaku dan setiap yang terjadi adalah daripadaAllah S.W.T, manusia hanya pengantara kepada manusia yang lain.Bekenaan manusia sebagai pengantara, jika kita selami selain pengakuan terhadapkeesaan Allah,kita juga mengucap syahadah dengan mengakui bahawa NabiMuhammad adalah utusan Allah yang menjadi persuruhnya menyampaikan ajaranAgama Islam.Sekiranya kita tidak percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruhAllah s.w.t, maka terbatallah syahadah kita. Ini kerana, apabila seseorang itu beriktikadmengakui bahawa Allah S.W.T merupakan tuhan yang maha berkuasa maka sekaliguswajib mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah S.W.T. Maka barulah sempurna pengakuan syahadah yang dinyatakan.

Dalam usaha meningkatkan keimanan seseorang individu itu perlulah benar-benar mengakui bahawa pengakuan yang dilaksanakan mestilah memenuhi tuntutanyang di nyatakan.Sekiranya dia masih ragu-ragu terhadap pengakuannya maka diamasih belum mencapai takat keimanan yang sebenar. Ada kalanya seseorang yangmerasakan bahawa dia telah mencapai tahap dimana keimanannya sudah mantap,namun seharusnya dia berusaha untuk memantapkan keimanan yangdimiliki.Bagaimana untuk meningkatkan keimanan diri? Pelbagai amalan dan cara yangtelah disarankan oleh Agama Islam untuk meningkatkan iman dalam diri. Syahadah kita tidak akan terpesong dari ajaran Islam yang sebenar sekiranya kita berpegang teguh kepada akidah Islam.Jika kita merenung jauh, apakah hubungan syahadah dalam kehidupan kita.Persoalan ini telah lama timbul dan jawapan yang sebenarnya adalah kerana Allah S.W.T, andai kita tidak berpegang teguh pada konsep syahadah yang sebenar maka kita akan lalai dan memandang enteng hukum dan ketetapan Allah S.W.T.Kita lihat hubungan suami isteri, sememangnya konsep syahadah digunakan dalam hidup berumahtangga.Sekiranya seorang suami yang tidak mempercayai kesetiaan isteri dan begitu juga sebaliknya maka ruma tangga yang dibina tidak akan bahagia kerana perasaan syak wasangka yang timbul telah mengeruhkan keadaan. Begitu jua dalam urusan seharian,seseorang majikan tidak akan dapat mendapat kepercayaan daripada kakitangan bawahannya sekiranya dia sendiri tidak mempercayai dan menghargai kepercayaan orang bawahannya

2.3 PERSELISIHAN PENDAPAT DALAM KALANGAN ULAMA DALAM MENERANGKAN MENGENAI SYAHADAH 2.3.1 At-Tajus As-Subki Dalam kitab Irsyadul Ibad, At-Tajus As-Subki mengatakan dalam bab Iman : Bahawa amalan anggota tubuh seperti solat, haji, zakat dll tidak dipandang sah jika tidak disertai iman dalam hati, dan tidak dipandang sah iman dalam hati jika tidak disertai ucapan dengan lisan dua kalimah syahadah secara nyata . Dalam Kitab Al-Hushunul Hamidiyah mengatakan : Bahawa mengucapkan atau mengikrarkan dua kalimah syahadah dengan lisan adalah syarat bagi seseorang untuk disabitkan hukum hukum Islam ke atasnya. 2.3.2 Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab Rh. Mengatakan dalam Kitab Ad-Durar .

Sekadar mengucapkan lafaz syahadah tanpa mengetahui maknanya dan tanpa mengamalkan tuntunannya, maka itu tidak membuat seseorang menjadi muslim, maka sesiapa yang bersaksi, mengucapkan dua kalimah syahadah, sedang dia masih beribadah kepada selain Allah (melakukan

kesyirikan) maka syahadahnya tidak dianggap sah meskipun dia solat, zakat, puasa dan melaksanakan sebahagian ajaran Islam.

Sesungguhnya mengucapkan kalimah tanpa disertai pengetahuan ( ilmu ) akan maknanya dan tidak mengamalkan tuntunannya berupa iltizam dengan tauhid dan tidak meninggalkan amalan syirik serta mengkufuri Toghut, maka sesungguhnya pengucapan itu tidak bermanfaat, berdasarkan ijma para Ulama

Dari perkataan ulama dapat diambil hukum bahwa Syahadah adalah syarat sah diterimnya amal, dan sebagai syarat sah keislaman secara syarie Kewajiban Menegakkan Syahadah dengan mengikrarkan secara zahir Perkataan Syaikh Muhammad al-Sanusi,tentang wajibnya ikrar syahadah bagi Muslim Kauni atau Muslim Keturunan

Ketahuilah,bahwa manusia terbagi menjadi 2 golongan mukmin dan Kafir,adapun mukmin ( yang berstatus keturunan ), maka wajib mengucapkan dua kalimat syahadat sekali seumur hidupnya yang diniatkan untuk menjalankan kewajiban syariat lainnya,dan jika ia menolak (enggan bersyahadah), maka dia telah bermaksiat. [Dikutip dalam kitab menegakkan syariat syahadah,oleh Umar Zia ul Haq,dalam kata pengantar]

Menurut Syaikh Muhammad Abdul Wahab Rh.bahwa keislaman terbagi menjadi dua yaitu : Islam Kauni dan Islam Syarei. Adapun Islam Kauni ialah Islam yang bertaqlid dan berdiri dalam lingkungan dan keadaan dari orang tua,sebagaimana Islamnya alam dan makhluk hidup yang lainnya secara fitrah penciptaan,sedangkan Islam Syarei ialah keislaman yang berpijak atas dasar tuntunan syariat yang berdasar petunjuk ajaran Al-quran 2.3.3 Ibnu Taimiyah Rh.

: : : :

Telah dipasti kebenarannya adalah dari ad-Din Rasul SAW dan sepakat seluruh ummat (sahabat ) bahwa dasar Islam dan yang diperintah pertama kepada manusia adalah syahadah kerana dengan syahadah yang kafir jadi muslim, musuh jadi pelindung, orang yang halal darah dan hartanya menjadi terlindungi darah dan hartanya. Kemudian

jika hal itu keluar dari hatinya, maka ia sungguh telah beriman. Jika mengucapkannya dengan lisan tanpa hati, maka ia menampakan keislaman tanpa ada iman dalam hati ( ia Munafiq), Dia berkata ( Ibnu Taimiyah ), dan jika tidak mengucapkannya padahal ia mampu, maka ia adalah kafir lahir batin menurut kesepakatan kaum muslimin

2.3.4 Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

SYAHADAH ialah : Pengakuan, Pembenaran,dan keyakinan bahwa Tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah Swt tiada sekutu bagi-Nya. Jadi makna secara menyeluruh ialah Keyakinan dan Pengakuan bahwa tidak ada yang berhak diabdi kecuali Allah lalu berkomitmen dengannya dan mengamalkan tuntunannya dan tidak mempersekutukan-Nya.i nilah Hakikat

Syahadah Dengan mengucapkan ialah mengakui bahwa Alloh adalah esa & tidak ada sekutu bagi-Nya dalam ibadah & pemerintahan-NYA

Kandungan makna syahadah menurut penjelasan di atas.b ahwa nilai dasar SYAHADAH yang syarei ialah yang menuntut pembersihan aqidah dari syirik Uluhiyah dan syirik Mulkiyah. jika tidak terpenuhi dua aspek ini atau salah satunya saja, maka dianggap masih berstatus MUSYRIK, Sebaliknya seorang dikatakan MUWAHID jika mentauhidkan Allah pada aspek Uluhiyah dan aspek Mulkiyah

Anda mungkin juga menyukai